Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Ustaz Mimpi Punca Pesawat #MH370 Jatuh Ke Lautan Hindi! #PrayForMH370

Posted: 25 Mar 2014 08:22 AM PDT




Mula-mula baca cerita ni, Mc pun macam terkejut. Nak kata apa pun taktau, rasanya pembaca blog ada pendapat sendiri dan anggap ini sebagai satu pemahaman dan pengalaman. Terpulang pada pembaca, Mc cuma sediakan bahan untuk ambi tahu.

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir. Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.



Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, "Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku/pesakitku/penyakitku/apa saja, kau tunjukkanlah." Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

"You don't ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside"

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa 'benda' itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka. Amin. SUMBER


McTheory:
Apa macam dah baca? Komen sikit..

INFO! Lautan Hindi Mampukah Penumpang #MH370 Terselamat di sana? #PrayForMH370

Posted: 25 Mar 2014 06:12 AM PDT


Ada yang tanya Mc, apakah ada kemungkinan penumpang pesawat MH370 tu boleh selamat jika terhempas di lautan hindi?

Berat nak jawab soalan ni, tapi biar Mc ceritakan serba sikit mengenai lautan hindi!

Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.


Malah menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.


"Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter".

Peluang untuk kita menjumpai kotak hitam?

Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

"Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari," kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.

Oleh itu menurut beliau jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.

Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mereka.

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai 'Lonely Ocean' amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Menurut Dr Rizal, rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang 'ganas'.

"Isunya ialah menggunakan kapal untuk kita menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal ini kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja," katanya.

Kotak hitam pun belum tentu kita mampu untuk jumpa, inikan pulak nak tanya soalan selamat atau tidak?

Hanya Allah yang mampu menjawab, bagi Mc baik kita redha dan sedekahkan Al-Fatihah pada semua penumpang dan crew yang beragama Islam.






McTheory:
Al-Fatihah!

INFO! CEO MAS Longlai Selepas Terima Berita Pesawat #MH370 Terhempas!

Posted: 24 Mar 2014 11:12 PM PDT


CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya tidak dapat menahan perasaan apabila
dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan sambil
diperhatian Datuk Seri Shahidan Kassim sebaik sidang akhbar berakhir di
PWTC.
TRAGEDI kehilangan pesawat MH370 pastinya dugaan paling besar buat Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Di dalam pesawat itu ada 12 anak buahnya, manakala 227 lagi adalah penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan nasional menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Siapa pun tidak merancang jauh sekali mahu kejadian seperti ini berlaku, namun takdir mengatasi segala-galanya apabila Boeing 777-200ER itu disahkan terhempas di satu lokasi terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sepanjang 16 hari sebelum ini termasuk pada sidang akhbar petang tadi, Ahmad Jauhari kelihatan tenang. Dengan penampilan yang amat ringkas, beliau menjawab setiap soalan wartawan tanpa langsung ada unsur untuk menokok tambah jauh sekali mahu mempolitikkan suasana yang amat tegang itu.

Namun, malam ini, keadaan berubah. Beberapa minit sebelum sidang akhbar bermula, beliau dilihat melangkah longlai sambil menundukkan kepala masuk ke dewan dengan wajah yang amat sugul.

Jika kebiasaannya beliau turut berada di atas pentas, kali ini hanya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Jauhari memilih untuk berada di bawah pentas. Sepanjang Najib membacakan kenyataannya, beliau tunduk. Di sebelahnya, Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.


Sebaik kenyataan mengesahkan pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi, Ahmad Jauhari kelihatan terlalu sedih. Beliau menangis apabila dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Sesungguhnya tanggungan perasaan Ahmad Jauhari sangat berat. Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi yang menyayat hati itu, Ahmad Jauhari hilang 12 anak buah serentak. Beliau juga kehilangan 227 penumpang selain terpaksa berhadapan dengan suasana yang amat menekan perasaan.

Selami hatinya dan fahami tanggungan Ahmad Jauhari, nilai juga air matanya yang tumpah.

HOT! Ketika Seluruh Dunia Bersedih, Masih Ada yang Bergembira Keatas Tragedi Pesawat? #MH370 #PrayForMH370

Posted: 24 Mar 2014 08:54 PM PDT


Sidang media yang dilakukan oleh PM Najib semalam mengemparkan seluruh dunia. Perasaan sedih menyelubungi seluruh pelusuk negara, tergamam, mengalir air mata mulut tak mampu berkata apa-apa.

video sidang media semalam boleh tengok dibawah,




Namun masih ada mangkuk ayun yang tak reti bahasa mempertikaikan kenyataan media dari PM Najib Razak. Apa depa ingat PM main tembak atau syok sendiri saja kot untuk umumkan di dalam sidang media yang di ikuti oleh seluruh dunia. Apa depa lebih hebat dari kredibiliti macam Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB)?

Diantara mangkuk hayun yang bebal dan bodoh semalam!






Seluruh dunia memberi tumpuan pada Malaysia, seluruh dunia mencari pesawat MH370, seluruh dunia dihantui misteri, namun masih ada mangkuk bebal yang kata ini konspirasi kerajaan?

Apakah kerajaan Malaysia begitu hebat hingga mampu mengajak US, UK, China, Perancis, Australis, India, Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan lain-lain pasukan Seacrh And Rescue (SAR) berkonspirasi dalam perkara ini?

Hebat betul Malaysia jika mampu mengawal ejen seperti CIA dan FBI yang turut sama menjejak pesawat MH370 yang hilang.

Di mana letaknya akal manusia yang mempertikaikan perkara pesawat MH370? Dah tentu manusia yang mempertikaikan sidang media PM Najib semalam, takdak otak, bodoh ataupun masih lagi diracun dengan semua ini konspirasi kerajaan, dasar katak dibawah tempurung!

Inilah masalah kerajaan Malaysia, mempunyai rakyat yang hanya memikirkan 'semua salah kerajaan' yang hanya tahu 'kerajaan salah' atau 'kerajaan tak cekap' malah langsung tidak ada rasa percaya pada kerajaan.

Hinggakan kes seserius tragedi MH370 ni pun, depa masih ingat kerajaan main-main.

Sememangnya dan sesungguhnya, penyokong Pakatan Rakyat buta kayu, buta tuli, buta akhlak dan buta segala-galanya.

Kita doakan supaya Allah cerahkan pada mereka yang buta.

Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah pada krew pesawat dan penumpang MH370.


 MB Kedah juga mengucapkan takziah pada semua krew dan penumpang.



McTheory:
Al-Fatihah!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...