Kedah Ke KL - MctHeory |
- KASI PANAS!! Teresa Kok dan penyokong Pembangkang Biadap, hina kesucian masjid!!
- LAA EHH!! RAMAI ORANG PAS BELI UTUSAN HARI NI!!
- TUDIAA LAA!! LANGSUIR MENUNGGU DI KULIM!!
- PANAS!! SAMPAI MAMPUH PUN AKU NOK JADI MB JUGOK!! - NIK AZIZ!!
- PANAS LAGI!! ADUN PKR KEDAH, SEMAKIN KAYA, SAPU TANAH RIZAB!!
- KASI PANAS!! GAMBAR-GAMBAR YANG MELUAT ADUN PAS NAK TENGOK!!
KASI PANAS!! Teresa Kok dan penyokong Pembangkang Biadap, hina kesucian masjid!! Posted: 11 Dec 2011 07:08 AM PST Sesuka hati saja mereka keluar masuk masjid dan mengunakan masjid sebagai tempat berkumpul. Apakah ini bukan satu penghinaan terhadap kesucian masjid. Cuba kita buat perkara yang sama terhadap tempat ibadat mereka. Agak-agak mereka nak marah ke tak? | ||||||||||||||||||||||||||
LAA EHH!! RAMAI ORANG PAS BELI UTUSAN HARI NI!! Posted: 11 Dec 2011 04:35 AM PST Hari ni hari dalam sejarah, apabila ramai betul orang Pas beli akhbar Mingguan Malaysia (Utusan edisi minggu). Mula-mula ingat cerita apa, rupanya depa tertarik dengan cerita Hassan Ali digugurkan. Jika sebelum ni muka puak tegar pembaca Harakah tu hanya jeling-jeling saja pada Utusan. Tapi kali ni mereka bagai terkejut, dan membelek muka depan utusan sambil mengeleng-gelengkan kepala. Ada yang kata "ishhh biar betui nih".. "awat jadi lagu ni.." .. "Hassan Ali ni baguih apa".. dan pelbagai lagi la bunyi yang Mc dengar. Kiranya untuk hari ni, jualan akhbar Mingguan Malaysia, memang laku habis la. Sampai ada yang kejar-kejar mamak jual surat khabar nak beli Mingguan Malaysia. Itu cerita mengenai jualan akhbar Mingguan.. Jika benar Hassan Ali gugur sebagai calon, Pas memang cari pasal la. Sebab Hassan Ali ni pengaruhnya bukan hanya di Selangor. Tapi di seluruh Malaysia. Malah peminatnya juga ramai, sebab dulu, ada yang masuk Pas sebab sokong Hassan Ali masuk Pas. Agak-agak la sekarang ni, kalau Hassan Ali keluar Pas, apa jadi pada pengikut dan peminatnya yang di dalam Pas tu? Pas sekarang bukan macam dulu, dulu siapa pejuang Islam, mereka di sanjung. Sekarang ni, siapa sokong Dap dan komunis (contohnya Mat Sabu) mereka di julang. Malah yang mendokong pejuangan Islam pula di sepak keluar. Pas.. Pas.. makin pelik.. McTheory: Berdoa semoga Hassan Ali keluar dari Pas.. | ||||||||||||||||||||||||||
TUDIAA LAA!! LANGSUIR MENUNGGU DI KULIM!! Posted: 11 Dec 2011 01:11 AM PST Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam. Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya. Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh. "Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah. "Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan. "Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang," katanya. Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir. "Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu. "Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan," katanya. Tiap-tiap hari Mc lalu ikut jalan tu.. alhamdullilah tak pernah nampak. Maklumlah blogger macam Mc ni mana balik tentu masa. Kadang awal, kadang lambat. Hinggakan 2, 3 pagi baru sampai rumah.. Sejak keluar berita macam ni, rasanya kena set masa balik awal saja la. he he he.. McTheory: Bukan takut, tapi seram.. | ||||||||||||||||||||||||||
PANAS!! SAMPAI MAMPUH PUN AKU NOK JADI MB JUGOK!! - NIK AZIZ!! Posted: 10 Dec 2011 10:11 PM PST
Kenyataan balas Nik Aziz ni lawak la bebenor. Orang tanya pendapat beliau mengenai saranan Tun Dr Mahatir yang mahu beliau bersara. Namun si orang tua ni jawab gapo? "Saya lawan dia, nak ikut dia macam mana". he he he.. Tun Dr M suruh Nik Aziz bersara tu, sebab kesian tengok Nik Aziz dah tua macam ni pun masih dok kena kuda dengan Dap. Sudah-sudah la tu, takkan nak mati masa kat pejabat MB kot. Kan baik pada umur sekarang ni dihabiskan dengan amal ibadat. Bukan semua orang Pas suka bila Nik Aziz umumkan nak bertanding lagi PRU ke 13 ni. Ada yang mengeleng-gelengkan kepala. Hari tu cakap lain, sekarang jadi lain. Itu la Pas, itulah Nik Aziz. Tak pernah tepati dengan apa yang pernah di ucapkan.. Balik-balik, Nik Aziz pula marah Tun Dr M, "Siapa suruh dia berhenti" ha ha ha.. Tun Dr M berhenti sebab beliau sedar diri.. bukan macam Pok Nik Aziz nih.. dah nak mampuh pun masih nak jadi MB. McTheory: Harta dunia tak boleh bawa masuk syurga la pok nik.. | ||||||||||||||||||||||||||
PANAS LAGI!! ADUN PKR KEDAH, SEMAKIN KAYA, SAPU TANAH RIZAB!! Posted: 10 Dec 2011 07:11 PM PST Dalam poket kami sekarang terdapat cerita mengenai seorang Adun PKR Kedah yang semakin kaya. Rumahnya 3 tahun lepas biasa saja. Namun sekarang ni dah makin besar. Hinggakan ada swimming pool dan bar (besarnya gaji adun ya). Namun bukan itu yang mahu kita ceritakan. Apa yang mahu didedahkan disini ialah, tentang dua tanah rizab yang dimilik oleh adun ini. Bagaimana adun tersebut memiliki tanah rizab? Siapa yang beri? Apa sumbangannya hingga di anugerahkan tanah rizab? Ohh dan banyak lagi persoalan akan dibongkarkan.. P/s: Bagi mukadimah dulu.. isinya nanti.. McTheory: Kalau ada orang-orang adun tu baca, suruh dia pi sorokkan tanah2 rizab dia tu..ha ha ha.. | ||||||||||||||||||||||||||
KASI PANAS!! GAMBAR-GAMBAR YANG MELUAT ADUN PAS NAK TENGOK!! Posted: 10 Dec 2011 04:11 PM PST Sebenarnya Mc datang ke Alor Setar untuk berjumpa Dato Latt Shariman Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah dengan tujuan lain. Namun tiba-tiba ada satu kejadian kebakaran berlaku. Jadi kami pun turut serta dalam kerja bermasyarakat bersama dengan Tok Latt.
Ulang berita lama. Satu kebakaran berlaku di Kuala Kedah, Kampung seberang Baru. Dua keluarga terlibat, seramai 20 orang ahli keluarga. Kerugian dianggarkan dalam rm50,000. Kejadian berlaku dengan pantas dan tuan rumah tidak dapat mengawal kebakaran yang berlaku. Sebanyak lima buah rumah terbakar. Namun bernasib baik, tiga daripadanya kosong. Keluarga ni hanya bergantung pada kerja nelayan, kebakaran difahamkan berlaku pada waktu sembahyang jumaat. Mengakibatkan keluarga tinggal sehelai sepinggang. Tuan rumah Azhar Aziz, umur 67thn. Satu lagi keluarga Soberi b. Baharom. Azhar Aziz ialah setiausaha Pas Kuala Kedah. Turut berada di tempat kejadian ialah Datuk Latt Shariman yang turun meninjau kawasan kebakaran tersebut, dan menyampaikan bantuan awal dan selepas itu Datuk Latt Shariman (Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah) berjanji akan cuba membantu dari segi jangka panjang pula. Dengar cerita puak Pas marah betul dengan cerita ni. Depa dengki sungguh dengan Tok Latt. Patut orang yang macam ni la diberi peluang untuk jadi wakil rakyat. Bukannya macam Adun Pas tu.. jadi pi la apa pun kat rakyat, depa bukan kisah pun. Malah orang tolong kawasan depa pun, depa bukan nak terima kasih. Dok perli lagi ada.. sungguh biadap. Nak tau cerita YB Nasir Adun Pas "kata Wakil Rakyat bukan Bomba" di depan muka Tok Latt dan muka Mc sendiri, hangpa baca kat blog Media Kedah McTheory: Takmau tolong rakyat, toksah jadi wakil rakyat!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment