BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#MENGENANGMH370 !!! KURANG AJAR !!! APA MASALAH #LEMANRL #LEMAN #RAJALAWAK NI ???

Posted: 25 Mar 2014 08:00 AM PDT



apa masalah anda leman raja lawak ??? sapa kata hanya orang yang meninggal dunia sahaja yang boleh  ucap Al-Fatihah ??? yang masih hidup dan sakit pun boleh lahhh !!! apa bengap sangat ni ??? jangan main-mainkan perasaan orang lain boleh ??? rakyat di seluruh dunia tengah sedih anda pulak hiriskan hati mereka.anda selalu tak baca surah Al-Fatihah ??? tolong jawab soalan saya.baca kan ??? tak salah kott.ini bukan saya yang kata,ustaz-ustaz yang saya pernah belajar pun ada kata tak kira hidup atau meninggal dunia kita boleh ucap Al-Fatihah

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#MENGENANGMH370 !!! KOLEKSI #FB DAN #TWEET MANUSIA BANGSAT MENGHINA APA YANG BERLAKU DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Mar 2014 05:00 AM PDT


di atas dan di bawah adalah semua koleksi tweet dan facebook manusia yang bangsat,semua benda nak dipolitikkan termasuk Menghina PM.minta maaf kalau saya terkasar bahasa kali ni.ini jerrr yang saya boleh gelarkan.saya nak beri contoh tweet tian chua.apa bangang tian chua ni ??? kenapa nak pertikai PM buat PC kat PWTC ??? siapa anda nak pertikai ??? semua media dah berkumpul di sana,kena buat kat PWTC lahhh bengap !!! malas nak komen panjang-panjang.lihat semua gambar di bawah







YANG MENARIK PERHATIAN ADALAH PILOT AIR ASIA YANG BEBAL  DI BAWAH


Ketika negara sedih dan dukacita mengenai tragedi malang pesawat MH370,ada seekor manusia iaitu bernama Krish Jejendira,Pilot Air Asia ini yang mempertikaikan kesahihan pengumuman oleh PM bahawa pesawat berkenaan berakhir di Lautan Hindi.Selain menuduh kerajaan menyembunyikan sesuatu,beliau juga mencarut & maki hamun di status facebooknya.Adakah pilot Air Asia kaki mabuk ini tahu bahawa pengumuman PM bukan dibuat semberono,tetapi profesional dan ia berpandukan data daripada wakil Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom(AAIB).Malah,Perdana Menteri telahpun membuat usul di Dewan Rakyat seperti di bawah.Apa lagi pilot berkenaan mahu lagi ???

Di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih,dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.Di bawah usul itu,dewan turut merakamkan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.Bahawa dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan,rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi.Pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan dan antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang.Kerajaan berpendapat,kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut.Begitulah juga saya diberitahu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada pukul 6 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib,bila patut dilakukan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! TRAGEDI #MH370 !!! PENIPUAN #CNN #BBC MEDIA BARAT !!! CUBAAN CEMAR IMEJ MALAYSIA !!!

Posted: 25 Mar 2014 02:00 AM PDT


Sememangnya kita tahu bahawa media barat selalu membuat liputan yang kurang tepat tentang sesuatu perkara yang berlaku terutamanya apabila melibatkan kerajaan negara-negara Asia.Mungkin mereka telah terperangkap terhadap stigma bahawa kerajaan negara Asia tidak secekap dan secepat kerajaan mereka.Namun penyebaran maklumat palsu dan maklumat yang direka cipta sepatutnya tidak berlaku,terutamanya daripada agensi media sehebat dan ternama seperti CNN.Namun begitu,CNN yang selalunya menjadi rujukan bagi ramai pihak,dengan tidak bertanggungjawab telah membuat satu kesilapan yang amat besar dengan melaporkan berita-berita tidak benar tentang perkembangan kehilangan pesawat MH370.Tanpa segan silu agensi berita ini melaporkan perkara-perkara yang telah direka cipta semata-mata ingin dilihat sebagai pihak yang pertama melaporkan kepada orang awam.CNN sering menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menyiarkan berita yang tidak benar kepada orang awam. 

Namun begitu,yang sebenarnya merekalah yang sibuk menyebarkan cerita- cerita tidak berasas tanpa memeriksanya dahulu.Kadangkala percubaan CNN untuk memainkan emosi waris kepada para penumpang pesawat MH370 dilihat sebagai terlalu palsu dan hanya ingin menegakkan benang yang basah.Dalam keghairahan mereka mencari cerita dan maklumat,mereka lupa akan tanggungjawab mereka untuk melaporkan hal sebenar kepada dunia.Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh CNN,tetapi boleh dikatakan kebanyakkan media barat sedang asyik menyebarkan cerita palsu dan separa benar.Ini juga termasuk dengan berita yang telah disebarkan oleh DailyTelegraph yang terang-terang telah direka cipta untuk melariskan akhbar tersebut.Daily Telegraph kononya telah mendapat transkrip perbualan antara Kapten MH370 dengan menara kawalan penerbangan di KLIA,namun ia adalah penipuan semata-mata kerana ianya adalah rekaan semata-mata.Ianya telah disangkal oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman.Media barat juga seolah-olah ingin terus menyalahkan kerajaan Malaysia dengan mencuba mencari kelemahan pihak yang melakukan operasi mencari dan menyelamat. 

Adakah pihak media barat ingin melemahkan moral para penyelamat yang terdiri daripada para pakar operasi menyelamat dari 26 buah negara di seluruh dunia ??? Walauapapun alasan mereka untuk mengeluarkan berita-berita palsu tersebut,adalah tidak wajar bagi mereka untuk mengelirukan orang awam sehingga boleh menganggu proses mencari dan menyelamat MH370.Tidakkah mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu bakal mengundang satu permasalah yang amat besar kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat di dalam insiden ini ??? Memang benar kata Tun Dr. Mahathir Mohammad bahawa media barat yang diagung-agungkan sesetengah pihak sebenarnya tidak jujur di dalam laporan mereka.Kita sebagai orang awam haruslah sentiasa berhati-hati dalam mempercayai laporan dari pada media tidak kira barat ataupun media tempatan. Ini bukan sahaja dalam konteks pembacaan dan pemahaman untuk diri sendiri tetapi juga bagi mereka yang sering menyebarkan maklumat melalui laman-laman sosial. 

Sebagai orang yang bertanggungjawab kita haruslah memastikan apa yang kita ingin percayai itu adalah dari sumber yang benar dan bukannya direka cipta sepertimana yang telah dilakukan oleh Daily Telegraph dan CNN beberapa hari yang lalu.Mungkin agenda mereka adalah untuk mencemarkan nama baik Malaysia yang sedang melakukan sedaya upaya dalam usaha mencari,menyelamat dan menyelesaikan masalah tentang kehilangan pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

AL-FATIHAH...

TRAGEDI #MH370 !!! KETENANGAN AHMAD JAUHARI LEBUR DENGAN AIR MATA !!!

Posted: 24 Mar 2014 11:00 PM PDT


TRAGEDI kehilangan pesawat MH370 pastinya dugaan paling besar buat Ketua Pegawai Eksekutif MAS,Ahmad Jauhari Yahya.Di dalam pesawat itu ada 12 anak buahnya, manakala 227 lagi adalah penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan nasional menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Siapa pun tidak merancang jauh sekali mahu kejadian seperti ini berlaku, namun takdir mengatasi segala-galanya apabila Boeing 777-200ER itu disahkan terhempas di satu lokasi terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi.Sepanjang 16 hari sebelum ini termasuk pada sidang akhbar petang tadi, Ahmad Jauhari kelihatan tenang.Dengan penampilan yang amat ringkas, beliau menjawab setiap soalan wartawan tanpa langsung ada unsur untuk menokok tambah jauh sekali mahu mempolitikkan suasana yang amat tegang itu. 

Namun,malam ini,keadaan berubah.Beberapa minit sebelum sidang akhbar bermula,beliau dilihat melangkah longlai sambil menundukkan kepala masuk ke dewan dengan wajah yang amat sugul.Jika kebiasaannya beliau turut berada di atas pentas,kali ini hanya pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam,Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Menteri Luar,Datuk Seri Anifah Aman mengiringi Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Ahmad Jauhari memilih untuk berada di bawah pentas.Sepanjang Najib membacakan kenyataannya, beliau tunduk. 


Di sebelahnya,Pengerusi MAS,Tan Sri Md Nor Yusof.Sebaik kenyataan mengesahkan pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi,Ahmad Jauhari kelihatan terlalu sedih.Beliau menangis apabila dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan,P. Kamalanathan.Sesungguhnya tanggungan perasaan Ahmad Jauhari sangat berat.Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi yang menyayat hati itu,Ahmad Jauhari hilang 12 anak buah serentak.Beliau juga kehilangan 227 penumpang selain terpaksa berhadapan dengan suasana yang amat menekan perasaan. Selami hatinya dan fahami tanggungan Ahmad Jauhari, nilai juga air matanya yang tumpah. - Malaysia Gazzete

AL-FATIHAH

FAKTA #PRKKAJANG !!! #KAJANGMOVE GAGAL SEPENUHNYA SEKIRANYA #WAWI #WANAZIZAH TAK JADI #MB SELANGOR !!!

Posted: 24 Mar 2014 08:25 PM PDT


'Kajang Move' atau Gerakan Kajang adalah satu perancangan untuk meletakkan Anwar di tempat yang lebih signifikan di dalam politik,iaitu dengan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor.Mengikut perkiraan Rafizi Ramli,Pengarah Strategi PKR,gerakan ini akan membuka peluang yang lebih baik kepada PR untuk menawan Putrajaya dalam Pilihanraya yang akan datang.Memandangkan Anwar telah didapati bersalah oleh mahkamah,maka Wan Azizah dipersiapkan sebagai boneka pengganti bagi perancangan ini.Pendek kata,perancangan tetap tidak berubah tetapi diteruskan dengan Anwar bergerak di belakang tabir.Sejauh mana sekutu PKR bersetuju dengan gerakan ini sukar untuk dipastikan.Apa yang pasti,Wan Azizah tidak mendapat sokongan kuat sepertimana yang diharapkan PKR.Kemerosotan undi Wan Azizah berbanding Lee Chin Cheh di Kajang,benar- benar memalukan PKR.Nampaknya,penyokong PR di  Kajang lebih mempercayai seorang yang merupakan 'nobody' daripada Presdien parti sendiri.Ketidakyakinan rakyat terhadap Wan Azizah bukannya tidak berasas.   

Selama ini Wan Azizah diketahui sebagai boneka Anwar semata-mata dan tidak tahu berbuat apa-apa.Malah,Wan Azizah sendiri,tanpa berselindung mengakui,tidak tahu bagaimana untuk menangani kemelut antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali,yang mana merupakan masalah utama PKR Selangor sedangkan beliau adalah Presiden parti.Ketika 'disuruh' bertanding di Kajang juga,Wan Azizah mengaku tidak tahu menahu mengenainya dan agak keberatan untuk kembali aktif berpolitik.Bayangkan,apa jenis Presiden yang tidak tahu apa-apa dan boleh disuruh-suruh ???  Bagaimana Wan Azizah boleh dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor,jika begini sikapnya ??? Selangor adalah negeri yang paling 'penting' dalam Malaysia, sekali gus menjadikan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan negeri jauh lebih sukar berbanding negeri lain.Hampir semua isu penting dalam negara datangnya dari Selangor.Selangor hari ini berhadapan dengan begitu banyak masalah,antaranya,masalah air,denggi,jalan yang tidak diselenggara,pusat hiburan yang tumbuh tanpa kawalan,masalah moral anak muda,masalah murtad,isu kalimah 'Allah',isu harga hartanah yang melambung tinggi, isu jurang ekonomi antara kaum yang semakin luas serta isu perkauman.    

Bagaimana Wan Azizah dapat menyelesaikan isu ini yang mana Khalid Ibrahim juga tidak mampu ???  Apakah cukup dengan hanya menyalahkan BN atau UMNO ??? Ini belum lagi diambilkira pengurusan kewangan Selangor yang pastinya memerlukan pengetahuan ekonomi serta ketegasan yang tinggi untuk menangani persepsi atau mungkin juga hakikat bahawa Selangor kini dikuasai kontraktor dan peniaga DAP.Apakah Wan Azizah mampu melakukan semua ini dalam keadaan di mana suaminya berhadapan dengan penjara dan anaknya pula mempunyai masalah rumahtangga ??? Selama Wan Azizah terlibat dalam politik,satu-satunya kebolehannya yang harus diakui oleh setiap rakyat Malaysia ialah bakat lakonannya.Beliau mudah mengalirkan air mata dan meraih simpati.   Itu saja.  Lebih dari itu, Wan Azizah sama saja seperti mana-mana surirumah yang tidak bekerja.Justeru,'Kajang Move' dengan watak yang bertukar dari Anwar kepada Wan Azizah merupakan satu strategi yang bakal merugikan rakyat Selangor sendiri.Walaupun hakikatnya Anwar di belakang Wan Azizah sekiranya Wan Azizah menjadi Menteri Besar, ia tetap Wan Azizah yang perlu menghadiri semua program rasmi negeri serta mempengurusikan mesyuarat,bukan Anwar.Wan Azizah juga yang perlu menandatangani sebarang dokumen rasmi dan berjumpa dengan delegasi tetamu negeri, bukan Anwar.Wan Azizah yang perlu ke pejabat setiap hari, bukan Anwar.Mampukah Wan Azizah melakukan semua ini ???  Apakah Wan Azizah akan berjaya menepis kerakusan politik orang-orang di sekelilingnya di dalam PKR sendiri ??? Apakah Wan Azizah mampu menangani kelicikan DAP atau kebebalan PAS ???    

Walaupun semua rakyat Selangor sedia maklum bahawa jawapan kepada semua persolan ini adalah 'tidak',tetapi melihat dari kemenangan Wan Azizah di Kajang,kita tidak mampu mengharapkan tindakan yang rasional dari PR.Sesungguhnya,penyokong PR tidak peduli biar pun pemimpin mereka tiada berkredibiliti.Contohnya,jika diletakkan Wan Azizah dengan Tun Daim sebagai pilihan Perdana Menteri pun, mereka akan tetap memilih Wan Azizah.Kata orang,manusia sentiasa mendapat apa yang selayaknya untuk dirinya. Jika rakyat Selangor layak mendapat MB yang tidak berfungsi, maka Allah SWT akan meletakkan Wan Azizahlah sebagai MB mereka.Namun,Jika Wan Azizah gagal menjadi MB,maka gagallah sepenuhnya 'Kajang Move' ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...