House PK

House PK


PANAS WEI! KENAPA PAKATAN HARAMI TAKUT SANGAT DENGAN TUN M?

Posted: 23 Nov 2012 06:00 AM PST

Terus terang dikatakan, Tun Dr Mahathir Mohammad walaupun telah menjadi mantan Perdana Menteri Malaysia, tetap mempunyai karisma dan pengaruhnya yang tersendiri. Bapa Permodenan itu seringkali mengeluarkan buah fikirannya tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam Malaysia. Pendapatnya pula tidaklah selalu memihak kepada satu pihak sahaja, kerana beliau sangat berterus terang di dalam menyampaikan ideanya.

Kadang-kala ucapannya digunakan oleh pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan. Terutamanya semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kritikan Tun Mahathir sentiasa tepat dan berisi, ini disambut baik oleh kedua-dua belah pihak kerana teguran yang diberikan ikhlas dari hati beliau sendiri. Namun begitu setelah Datuk Seri Najib memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Dr Mahathir jarang mengeluarkan apa-apa kenyataan mengkritik kerajaan, cumanya beliau sering melemparkan kritikan keras kepada pihak pembangkang pula.

Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohammad menyerang dasar kolaborasi di dalam Pakatan Pembangkang. Dengan menyatakan pakatan di antara pembangkang tidak berunsur perpaduan beliau juga menyelar penyatuan parti-parti pembangkang tanpa apa-apa perjanjian formal. Menurut beliau ini akan mendatangkan masalah sekiranya pakatan pembangkang diberikan kuasa untuk memerintah Malaysia.

Pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam isu ini sememangnya benar, ini kerana belum pun memerintah Malaysia pakatan tersebut sering bertelingkah di dalam isu-isu asas. Sehingga kini konsensus untuk siapa yang akan menerajui Malaysia sekiranya mereka menang masih lagi di dalam "proses" perbincangan.

PAS sibuk dengan sistem perundangan Islam acuan mereka, PKR pula masih lagi berpaksikan Anwar Ibrahim dan DAP tetap mahu orang Cina menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, satu pertelingkahan besar akan berlaku sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Namun sehingga kini belum lagi ada usaha pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikan mimpi haram mereka sebagai suatu kenyataan yang positif.

Bukan sahaja isu siapa yang bakal memimpin, isu berapa kerusi untuk diisi pun sudah menjadi pergaduhan besar. Sehingga kini, mereka masih lagi berkira-kira untuk memenangkan parti mereka sendiri dan bukannya pakatan yang mereka anggotai.
Apakah Malaysia akan terjerumus kedalam lembah kekecohan agama dan kaum sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti? Itulah persoalan utama yang akan terus menjadi tanda tanya di minda para pengundi di Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku, sanggupkah rakyat Malaysia yang selama ini sudah dimanjakan dengan pelbagai kemudahan, berani untuk hidup di dalam keadaan darurat? Sanggupkah risiko diambil oleh rakyat Malaysia, hanya kerana mereka ingin menikmati janji-janji palsu yang telah ditabur berkoyan-koyan oleh agen-agen Pakatan Rakyat?

Walauapapun yang terjadi, kebenaran tetap kebenaran dan kebatilan tetap kebatilan. Sebagai seorang manusia yang berfikiran waras kita seharusnya dapat menilai secara terbuka yang manakah lebih baik untuk diri kita. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berpaksikan keterbukaan pemikiran dan konsep wassatiyyah (kesederhanaan). Secara ringkas, satu perkara tidak boleh lebih dari yang lain, ini kerana kesefahaman yang telah lama dibina ini boleh menjadi sebegitu rapuh sekiranya ideologi-ideologi yang salah meresapi akarnya.

Kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sepatutnya dijadikan pedoman oleh setiap rakyat Malaysia yang mahukan keamanan dan kesejahteraan negaranya. Ia bukan bermotifkan politik, tetapi lebih kepada penghayatan realiti yang sering dilepas pandang oleh kita semua.

Sumber: Mykmu

CILI KASI TARUK! ANWAR HARAMI MEMALUKAN NEGARA JE!

Posted: 23 Nov 2012 04:00 AM PST

Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr, berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri."Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan."Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.Kata Carr Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.

Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata beliau bimbang, pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas perdana menteri Australia,

Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia.

PAS MEMANG SIAL! DOA HANCURKAN BN DI KHUTBAH JUMAAT PULAK DAH!

Posted: 23 Nov 2012 03:42 AM PST

Hari ini 23 Nov 12 bertempat d masjid al- falah ulu yam bharu, kuala kubu Bharu bacaan doa yg di bacakan pd penghujung khutbah jumaat imam di masjid tsebut mengandungi doa hancurkan kerajaan BN.

Di antara intipati doa beliau adalh spt brikut,

" Ya Allah hancurkan kerajaan yang penuh kezaliman tumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya yang akan datang turunkan bala dan kehancuran pada kerajaan yang zalim ini".

Berikutan doa tersebut Mohamad seorang jemaah telah bertanyakan kepada imam tsebut kenapa membaca doa tsebut dan telah blaku sedikit ptengkaran mulut di antara mereka.

Insiden ini telah bjaya dleraikan oleh jemaah yg hadir . laporan polis sedang di buat di balai polis ulu yam baru. di fahamkan beberapa laporan polis lg akan dbuat .

Hancur beb....hancur islam dilacurkan oleh Pas. Tengoklah kalau tak percaya, esok lusa, minggu depan atau bulan depan akan bertambah-tambahlah doa seperti itu. Semuanya kerana ulama-ulama Pas dah beri lampu hijau.


HOUSE PK: Ini aku petik dari RBF Online. Apa nak jadi parti ajaran syaitan ni? Makin lama makin sesat sampaikan khutbah jumaat mereka nak politikkan?


PAS MEMANG LAHANAT!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...