Hudud tiada dalam buku jingga

 
 
KUALA LUMPUR, 6 Ogos –  Pas sehingga ke hari ini seolah-olah tidak ada jawapan  terhadap perjuangan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud yang terus ditolak bulat-bulat  sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.
Malah jika dalam adat kesukanan, Pas seolah-olah dibelasah 3-0 dalam isu tersebut.
Bayangkan… dulunya Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan "langkah mayat beliau dahulu", kemudiannya Hudud tidak ada dalam Buku Jingga serta perkara berkenaan tidak menjadi manifesto pakatan pembangkang.
 
Mengulas mengenai perkara itu, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof  berkata hakikat tersebut tidak dapat dinafikan dan sememangnya Pas sehingga ke hari ini tidak mampu memberikan jawapan yang betul-betul munasabah terhap perkara tersebut.
Tegas beliau yang ada hanyalah sekelumit daripada pemimpin-pemimpin tertentu  yang masih setia memperjuangkan perkara berkenaan dan itu pun mungkin sekadar memastikan sokongan penyokong mereka tidak beralih arah.
 
"Pas dan perjuangan Negara Islam dan Hukum Hududnya sampai sekarang seolah-olah tidak diiktiraf oleh sekutu mereka sendiri. Dan makin celaru serta menambahkan lagi kerumitan keadaan itu, Pas seolah-olah tidak berusaha dan tidak bertegas dengan sekutu mereka dalam memperjuangkan perkara tersebut secara bersama sedangkan mereka adalah pakatan pembangkang.
"Inilah sindrom yang melanda Pas hari ini dan sebab itulah sepertimana yang saya sebutkan di atas, Pas kena belasah 3-0," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Ustaz  Afandi  yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menambah  perjuangan Pas sepatutnya adalah perjuangan kebenaran, namun lantaran terpaut dengan lambaian Putrajaya soal prinsip diketepikan.
 
"Pas sebenarnya memilih sahabat yang tidak kena pada tempatnya…… Perbuatan Pas dikatakakan zalim kerana maksud zalim itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Jadi Pas telah meletakkan sandaran kepada yang bukan tempatnya iaitu dengan bekerjasama dengan DAP dan PKR.
"Justeru belum terlambat rasanya jika kita menyeru kepada Pas agar bersikap adil yang mana maksud adil itu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya iaitu muafakat dan perundingan antara dua parti Islam terbesar di negara ini yang sama–sama menuju ke arah misi dan visi yang sama," katanya
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...