BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! SEGALA KECACATAN DI BAWAH PENTADBIRAN KHALID GAGAP TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 09 Aug 2012 12:00 PM PDT


Prestasi kewangan Unisel,kutipan hutang Talam dan krisis air di Selangor adalah tiga isu utama yang menempelak usaha Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim A.K.A Gagap mencanang diri sebagai pakar ekonomi berasaskan kedudukannya sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad.PKR juga sering merujuk "rekod" Khalid di PNB untuk "menjual" beliau sebagai Menteri Besar yang serba lengkap bagi menguruskan negeri termaju di Malaysia.Kerugian yang dialami oleh kerajaan negeri dalam proses penyusunan hutang Talam serta beban kewangan Unisel sejak Selangor jatuh kepada pakatan haram pada tahun 2008 sebenarnya mendedahkan kepincangan Khalid sebagai ahli ekonomi.Sebelum ini,Khalid mendabik dada dan mengumumkan bahawa Selangor berjaya mempunyai rizab RM1.9 bilion hasil "kehebatan kepimpinannya menerajui kerajaan negeri".Jumlah besar itu,yang sudah tentu dipertikaikan oleh Barisan Nasional, dijaja oleh Khalid ke mana sahaja beliau pergi untuk memberi gambaran Selangor beruntung mempunyai pemimpin seperti beliau.

Hakikatnya ialah,bahawasanya rizab itu tidak membawa banyak erti kepada rakyat Selangor sendiri kerana kerajaan Selangor pimpinan Khalid gagal melaksanakan janji-janji asas dalam manifesto 2008.Ini termasuk membela nasib petani dan nelayan, menyediakan perumahan kos rendah untuk rakyat,elaun bulanan untuk ibu tunggal dan subsidi untuk kanak-kanak tadika.Rakyat Selangor pula dihambat dengan isu jalan-jalan yang semakin buruk tetapi tidak diperbaiki sungguhpun menerima peruntukan penyelenggaraan jalan daripada kerajaan Persekutuan.Memburukkan lagi imej Khalid dan Pakatan ialah "kedegilan" kerajaan negeri untuk menentang projek Empangan Langat Dua,hanya kerana penstrukturuan semula industri air yang dibentangkan oleh kerajaan negeri dipertikaikan oleh Putrajaya.Polemik sama ada Selangor akan menghadapi krisis air pada tahun 2014 nampak lebih penting kepada Khalid daripada memastikan pelaksanaan projek-projek empangan demi masa depan rakyat Selangor.

Apa pun polemik itu,hakikatnya ialah Syabas tidak lagi dapat memberi jaminan kepada bakal pelabur di Selangor bahawa bekalan air jangka panjang untuk keperluan sektor perindustrian adalah terjamin sebagaimana masa-masa lalu.Beralih kepada Talam. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyusunan hutang Talam yang diterajui oleh Khalid merugikan rakyat Selangor.Talam melangsaikan hutangnya kepada kerajaan negeri dengan menjual tanah-tanah yang tidak bernilai kepada kerajaan negeri pada harga yang tinggi.Kerajaan negeri dilaporkan membeli tanah-tanah itu pada harga RM676 juta manakala hutang Talam hanya RM392 juta.Hanya Khalid dapat menjelaskan jurang besar angka-angka itu namun Kertas Putih yang dijanjikannya dua tahun lalu, masih ditunggu-tunggu.

Selain segala kecelaruan ini, kerajaan negeri membelanjakan RM23 juta untuk membeli dua bangunan PKNS di Kuala Selangor untuk dijadikan asrama bagi pelajar Unisel.Pelaburan besar itu sia-sia kerana dua bangunan itu masih belum siap diubahsuai untuk kegunaan pelajar.Pada masa sama Unisel berhutang RM15 juta kepada syarikat yang membina dan menguruskan asrama yang sedia ada.Unisel menanggung hutang itu kerana jumlah kemasukan pelajar semakin menurun dan tidak dapat menampung bayaran yang perlu dibuat oleh universiti.Sewajarnya Khalid memberi tumpunan untuk meningkatkan jumlah pelajar Unisel dan bukan "ringan tangan" menggunakan dana awam untuk membeli bangunan baru yang masih belum dapat digunakan.Rekod Khalid di PNB banyaknya hanya diketahui oleh pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin UMNO sahaja.Tetapi kini Khalid mempunyai rekod baru sebagai Menteri Besar Selangor.Rakyat kini matang untuk menilai rekod baru beliau sebagai Menteri Besar,tanpa dipengaruhi dengan terjahan-terjahan blog pembangkang yang ditugas membentuk persepsi awam, lazimnya dengan menenggelamkan fakta-fakta asas.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! UNISEL MANGSA KEGAGALAN URUS TADBIR KERAJAAN SELANGOR !!!

Posted: 09 Aug 2012 08:30 AM PDT


Sebagaimana Pembaca Badut Rakyat sedia maklum,ketika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).Berikutan masalah tersebut juga,syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji,tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba,mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur.

Akibat protes tersebut,kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil,sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.

Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.Bila saja Khalid Ibrahim A.K.A Gagap dan konco-konconya dari PKR,PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri,satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah.

Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah,kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa,tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.Tidak syak lagi,UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR,PAS ataupun DAP.Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat,melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! TIDAK SALAH BERKONGSI KUASA DENGAN KAFIR HARBI - KETUA DEWAN ULAMA PAS KELANTAN !!!

Posted: 09 Aug 2012 05:00 AM PDT


Sokong DAP Haram,itu kata putus para Ulama.Sebabnya,DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang.DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.Kemungkinan besar,tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.Namun,PAS tetap teguh bersama DAP,cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Datuk Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem,yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya,bas,kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut 'standard' pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia,maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir,kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.

Sedangkan 'murtad' adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya.Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.Oleh itu,kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.Namun,apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau 'gila' untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.Hanya akhir-akhir ini,soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan,Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan 'kegilaan' PAS demi mengejar kuasa politik.Menurut beliau,"adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO".

Ertinya,beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.Nampaknya,PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid,melahirkan begitu banyak 'Ulama' dalam berbagai bidang,menjaga kebajikan rakyat,memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam,sebagai jauh lebih 'kafir' dari kafir harbi DAP.Dalam ertikata lain,PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri.Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.

Kini,para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.Jelas,PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.Justeru,mulai hari ini,kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama. Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SIAPA YANG PUKUL ISTERI NI ??? SIAPA YANG KATAK ??? SIAPA YANG MEROYAN ??? APA CERITA NI ???

Posted: 09 Aug 2012 03:00 AM PDT


apa cerita ni ??? keluar lagi isu pukul isteri,ada pulak cerita pasal katak lepas itu keluar pulak isu pasal meroyan.siapa yang meroyan ni ??? cuba cerita sikit.kalau anda nak tahu apa cerita semuanya ini

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! BUKTI PAKATAN HARAM TIDAK SEPAKAT !!! TEMA HARI KEBANGSAAN BERBEZA !!!

Posted: 09 Aug 2012 02:04 AM PDT


Ketika pakatan haram menjerit-jerit fobia dengan tema '55 Tahun Janji DiTepati' yang diumumkan kerajaan pusat kerana tepat terkena ke batang hidung mereka,kerajaan pakatan haram Kedah telah pun melancarkan temanya sendiri iaitu '55 Tahun Terus Berbakti' seawal 17 Julai lagi.Namun,tindakan kerajaan Kedah itu seolah-olah tidak 'diiktiraf' oleh kepimpinan pakatan haram Pusat kerana mereka langsung tidak memperdulikannya.Malah,kepimpinan pakatan haram Pusat telah melancarkan tema 'Sebangsa,Senegara,Sejiwa' sebagai tema rasmi Hari Kebangsaan di negeri Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan.Ini bermakna,Kedah telah 'tercicir' dan akan bersendirian menggunakan tema berbeza dari pakatan haram dan juga pusat.apa ni ??? mana kerjasama ??? macam ni ker nak ke putrajaya ??? janji pun tak di kotakan,yang ini pun susah nak laksanakan.ini lah pakatan haram.Nampaknya,untuk bersatu hati dalam mencari tema Hari Kebangsaan juga amat payah sekali bagi pakatan haram.Jika begitu sukar sekali untuk mereka menyeragamkan hanya 4 buah negeri,bagaimana pakatan haram boleh bermimpi mampu menyamaratakan segala-galanya bagi seluruh Malaysia jika mereka berjaya memerintah ???

Inilah akibatnya jika ketiga-tiga parti merasakan parti masing-masing sebagai kepala dan tulang belakang pakatan haram dan tiada siapa hormatkan sesiapa di antara sesama mereka sebagai pemimpin tertinggi.Namun,saya faham jika kepimpinan pakatan haram memekakkan telinga sahaja dengan tema yang dilancarkan oleh negeri Kedah iaitu kerana pemilihan perkataan 'berbakti'.Sedangkan,perkataan-perkataan yang membawa makna 'berkhidmat kepada rakyat' amatlah menakutkan pakatan haram.Dari satu segi,perkataan 'berbakti' tidak banyak beza dengan 'janji ditepati' mengikut makna umum dan di dalam konteks Malaysia.Apatah lagi jika perkataan tersebut digandingkan dengan angka '55 tahun'.Ini kerana bukan pakatan haram tidak tahu bahawa yang berbakti kepada rakyat Kedah dan keseluruhannya selama 55 tahun adalah BN atau Parti Perikatan dan bukan PAS,DAP,PKR jauh sekali pakatan haram.PAS atau pakatan haram baru sahaja memerintah Kedah selama tidak sampai sepenggal dan selama itu juga langsung tiada bakti yang dicurahkan.Sebaliknya,hanya menambahkan masalah kepada rakyat selain dari menambah pusat-pusat hiburan dan karaoke.Oleh itu,tema '55 tahun terus berbakti' seolah-olah mengingatkan rakyat kepada jasa-jasa Barisan Nasional dan UMNO kepada mereka,lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan kemerdekaan.Pelik juga kita kenapa PAS Kedah telah memilih tema yang juga terkena batang hidung mereka sendiri ???

Apapun,dengan kegagalan pakatan haram untuk bersatu hati dalam memilih tema untuk digunakan di negeri-negeri jajahan mereka membuktikan betapa rapuhnya pakatan mereka.Masalah ini juga berlaku kerana pakatan haram tidak pernah mempromosi patriotisme,maka memilih tema untuk Hari Kebangsaan serta menjiwainya tentulah sesuatu yang sukar bagi mereka.Apatah lagi dengan terdapatnya segolongan di dalam pakatan haram yang enggan menerima sejarah serta ingin mengubah sejarah mengenai kemerdekaan semata-mata kerana ingin 'membersihkan' nama nenek moyang mereka.Selama ini juga kita melihat pemimpin-pemimpin pakatan haram ke hulu ke hilir ke serata dunia tidak puas-puas memburuk-burukkan Malaysia.Mereka menggambarkan Malaysia sebagai neraka dunia seolah-olah segala-gala tentang Malaysia adalah buruk lagi busuk.Sesungguhnya,pakatan haram tidak pernah cintakan negara ini dan tidak pernah mensyukuri nikmat keamanan,kemakmuran,kesejahteraan mahupun keindahan negara ini.Justeru,pakatan haram mungkin boleh mencipta slogan dan tema tetapi ia tidak membawa apa-apa makna kepada mereka.pakatan haram juga saban hari mempromosi perpecahan dan bukannya perpaduan.pakatan haram menentang perpaduan sesama ummah dan di antara kaum kerana perpaduan di kalangan rakyat bermakna kekuatan bagi kerajaan yang memerintah.Sedangkan matlamat mereka adalah untuk melemahkan kerajaan.

Oleh itu,untuk pakatan haram memilih tema 'sebangsa,senegara,sejiwa' adalah satu hipokrasi yang paling besar apatah lagi di kala DAP sendiri tegar menentang 'satu sekolah' untuk anak-anak Malaysia.Hakikatnya,bukan sahaja pakatan haram itu adalah agen perpecahan tetapi pakatan haram sendiri tidak mampu menjadi satu parti.Sehingga ke hari ini iaitu setelah hampir sepenggal memerintah di 4 negeri,pakatan haram kekal menjadi tiga parti dengan tiga ideologi,tiga matlamat dan tiga prinsip yang berbeza,hatta bertentangan juga.Kerana itu,pakatann haram tidak mampu bersatu walaupun dalam mencipta tema Hari Kebangsaan.Bagaimana agaknya nasib rakyat sekiranya parti yang tidak patriotik,tidak bersatu serta menentang perpaduan di kalangan rakyat diberi mandat memerintah Malaysia ???

RENUNG-RENUNGKAN

GEMPAR !!! ABBY ABADI AKAN BERNIKAH DENGAN BLOGGER RBF ONLINE ???

Posted: 09 Aug 2012 12:09 AM PDT


Wow,terbaik dari ladang.betul ker RBF Online nak bernikah dengan Abby ni ??? cerita menarik ni.mampu ker ??? jom ikuti kisah mereka berdua

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

ISU PADERI GAY KAHWIN !!! MASYARAKAT KRISTIAN MALAYSIA KENAPA DIAM ???

Posted: 08 Aug 2012 09:51 PM PDT


Tahun lalu,seorang rakyat Malaysia keturunan Cina,Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.Pasangannya seorang lelaki kulit hitam,Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway.Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua,pelbagai lapisan masyarakat Islam,Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan,kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut.

Selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum,tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur.Dalam satu kenyataannya kepada AP,Boon Lin mengakui isu gay cukup sensitif di Malaysia tapi peliknya seperti sengaja pula mahu mempromosikan kisah perkahwinan gay apabila turut menjemput sekumpulan wartawan ke majlis tersebut.Jika pada tahun lalu banyak pihak tampil ke hadapan menyuarakan bantahan dan mengecam perlakuan songsang tersebut,kini bantahan yang sama juga patut diluahkan segera terhadap majlis respsi itu.

Tambahan pula sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adat budaya serta resamnya yang tersendiri,amat tidak bersesuaian sekali kita membiarkan sahaja kelakuan paderi dan pasangan songsangnya itu menambah biakkan lagi aktiviti sejenis sebegini.Masyarakat Kristian di Malaysia sewajarnya bangkit menyuarakan kecaman dan bantahan mereka serta tidak sepatutnya membiarkan saja rakan-rakan agama lain sahaja yang memprotes perkahwinan dan majlis resepsi gay itu.Setidak-tidaknya dengan bantahan tersebut dapat memberi isyarat jelas kepada Boon Lin dan pasangannya bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama sama sekali tidak akan merestuai amalan luar tabie tersebut.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...