UMNO Online - “Tema ‘Janji Ditepati’ Berlandaskan Tuntutan Islam, Bukan Retorik Politik – PM” plus 9 more

UMNO Online - “Tema ‘Janji Ditepati’ Berlandaskan Tuntutan Islam, Bukan Retorik Politik – PM” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tema ‘Janji Ditepati’ Berlandaskan Tuntutan Islam, Bukan Retorik Politik – PM

Posted: 09 Aug 2012 07:13 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos –  Tema Hari Kebangsaan tahun ini ‘Janji Ditepati’ sama sekali tidak merupakan retorik politik sebaliknya ia berlandaskan kepada tuntutan agama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tema itu sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat keseluruhannya.

“Tema ini berpaksikan kepada rukun agama. Kita (BN) berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita akan tepati janji kita untuk beri kepercayaan pada rakyat. Kita mahu membuktikan negara kita adalah negara Islam contoh,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas di sini, Khamis yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Najib berkata, dalam Islam jika setiap janji itu tidak dikotakan ia boleh dianggap sebagai munafik.

“Jadi kita sebagai sebuah kerajaan kita janji akan tepati janji itu. Kita bersedia ditolak rakyat kalau janji itu tidak kita tunaikan…kita sesama manusia pun perlu tunaikan janji, nak berniaga pun mahu berurusan dengan yang menepati janji dan kerajaan pun kita mahukan kerajaan yang menepati janji”.

Beliau berkata, disebabkan itu tidak perlu mana-mana pihak untuk takut kepada tema Hari Kebangsaan itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu bersyukur dengan nikmat berada dalam sebuah negara yang makmur seperti Malaysia.

“Dalam bulan puasa ini kita dapat menjalani ibadah dengan sempurna tidak seperti di negara-negara lain.

“BN telah berjaya membela rakyat melalui pelbagai program dan berharap rakyat akan terus memberikan sokongan kepada BN,” katanya.

Najib kemudiannya menyampaikan sumbangan ihsan Ramadan kepada anak yatim, orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal.

Beliau selepas itu menunaikan solat Maghrib di Masjid Kampung Padang Nenas dan menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Masjid Wakaf Tembesu sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Bila Lembu Cuba Bersuara Seperti Manusia…

Posted: 09 Aug 2012 06:58 AM PDT

… tetapi akalnya tetap lembu.

Penentangan terhadap penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji Bayaran Tunai Petroleum di kalangan pihak pembangkang dan kuncu-kuncunya jelas membuktikan mereka sebenarnya tidak faham langsung apa yang mereka tuntut.

Mereka terus menuntut pemberian royalti sedangkan mereka tidak tahupun bahawa perkataan ROYALTI itupun tidak pernah wujud di dalam suratcara yang ditandatangani oleh Kerajaan negeri Kelantan dan PETRONAS.

PAS juga seolah-olah ketakutan dan mula panik kerana mereka sedar tuntutan mereka akan memberi kacau kepada peluang mereka di dalam pilihanraya di Terengganu. Ini kerana akibat dari tindakan tuntutan oleh PAS Kelantan, rakyat Terengganu berkemungkinan besar akan kehilangan pendapatan dari Bayaran Tunai Petroleum kepada mereka ini.

Kehilangan ini adalah disebabkan Jawatankuasa Khas akan mengkaji kesahihan tuntutan PAS Kelantan yang mendakwa telaga yang dibayar kepada Terengganu sebenarnya berada di dalam perairan Kelantan.

Tuntutan itu tidak dapat dinilai mengikut perundangan yang ada sekarang kerana di Malaysia tidak wujud sempadan laut antara negeri-negeri. Maka kajian oleh jawatankuasa itu akan mengambil kira banyak ketentuan lain dan mungkin juga mengkaji persamaan kes-kes diperingkat antarabangsa untuk menyelesaikannya.

Jawatankuasa Khas ini juga memberi implikasi kepada harapan pembangkang untuk menawan Pahang kerana berkemungkinan daripada kajian semula ini besar kemungkinan Terengganu juga akan kehilangan beberapa telaga petroleum kepada Negeri Pahang dan ini akan jadi rezeki bergolek untuk rakyat Pahang.

Akibatnya,secara tiba-tiba pembangkang mahu kembali kepada sistem bayaran ehsan yang ditentang oleh mereka selama ini dengan meminta kerajaan membayar segera berdasarkan sistem yang ada. Pelik sungguh kerana merekalah yang rakus mengeji sistem wang ehsan sebelum ini.

Wang ehsan sebelum ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada PM di dalam akta 144. PM membahagi wang ehsan kepada negeri berdasarkan carigali yang dibuat di perairan Malaysia. Iaitu kawasan yang berada diluar perjanjian negeri dengan PETRONAS.

 

Perkara 3 (2) Akta 144 – Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari masa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu.

 

Perkara 4 Akta 144 – Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

 

Berbeza dengan suratcara yang ditandatangani negeri, Akta 144 tidak menjelaskan apakah kaedah yang perlu digunakan oleh PM ataupun formula yang dipakai. Ia juga tidak menjelaskan mekanisme pembayarannya.

Berdasarkan kepada peruntukan 3 (2) dalam Akta 144, penubuhan Jawatankuasa Khas ini adalah sah dari sudut perundangan. Berdasarkan kepada peruntukan ini juga, niat Perdana Menteri mengarahkan PETRONAS membuat Bayaran Tunai walaupun diluar suratcara yang dijanjikan adalah sah.

Di atas peruntukan inilah Perdana Menteri telah membayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu bayaran tunai daripada hasil carigali di Perairan Malaysia dan diluar perairan negeri-negeri tersebut.

Berdasarkan peruntukan inilah juga pada 4 November 2009 Perdana Menteri mengumumkan akan mula membuat Bayaran Tunai kepada Negeri Kelantan daripada telaga gas di Bumi Selatan. Bayaran itu telah mula dibuat sejak 2010 disalurkan Agensi Pusat di Kelantan.

Sebenarnya tuntutan Kelantan supaya mereka juga mendapat Bayaran Tunai seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu telah ditunaikan oleh Perdana Menteri hampir 3 tahun yang lepas lagi.

Bezanya Terengganu, Sabah dan Sarawak memdapat habuan yang banyak ialah kerana banyaknya aktiviti eksploitasi di luar perairan mereka berbanding dengan hanya 1 telaga pada masa ini di luar perairan Kelantan.

Telaga-telaga di Terengganu, Sabah dan Sarawak juga mengandungi minyak dan perairan luar Terengganu mengeluarkan minyak dari kategori Tapis Blend iaitu yang termahal di dunia. Sedangkan di luar perairan Kelantan hanya ada telaga gas.

Maka PAS Kelantan mengubah strategi dan menyelar cara wang tersebut disalurkan sedangkan penyalurannya adalah sah dari segi undang-undang. PAS Kelantan juga membuat tuntutan kepada beberapa telaga petroleum yang dibayar kepada Terengganu.

Bagi mengelak kekelirun yang berpanjangan akibat mainan politik PAS Kelantan, beberapa siri perbincangan telah diadakan oleh agensi-agensi berkaitan dan turut disertai oleh Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Kabinet tunggal dari Kelantan.

Maka, walaupun Kerajaan Persekutuan berpendapat tindakan mereka sudah berlandaskan undang-undang, Perdana Menteri bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi tujuan berikut,

(i) Menentukan bagaimana telaga-telaga petroleum ini dibahagikan memandangkan tidak wujud sempadan perairan antara Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

(ii) Menentukan berapa banyak perlu dibayar kepada setiap negeri, dan

(iii) Menentukan bagaimana wang itu patut disalurkan.

Ini sudah jelas bahawa peranan Jawatankuasa Khas ini tiada kaitan dengan suratcara yang ditandatangani antara negeri dan PETRONAS kerana sehingga hari ini tiada penemuan petroleum di dalam lingkungan perairan negeri dan di daratan negeri.

Sebaliknya ianya adalah untuk menetapkan satu kaedah yang telus bagaimana pembahagian patut dibuat terhadap berpuluh-puluh telaga gas dan minyak di dalam Perairan Malaysia di Laut Cina Selatan.

Apakah pembangkang takut kepada kaedah yang telus? Tepuk dada tanya selera.

Pada 9 November 2009, saya mengatur satu pertemuan di antara YB Dato' Husam Musa, YB Dr Hatta, YB Dzulkifli Ahmad dan YB Salahuddin Ayub dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Langgak Golf. YB Salahuddin Ayub tinggalkan Langgak Golf sebelum mesyuarat bermula untuk kembali ke Parlimen.

Pada sebelah malamnya saya telah mengaturkan mesyuarat antara wakil Tengku Razaleigh Hamzah, Sdr John Pang dengan YB Dato' Husam Musa. Saya boleh berkongsi apa yang dirancang dari tempoh itu sehinggalah ke pilihanraya Galas. Tetapi untuk apa?

Yang penting ialah kita selesaikan isu ini secara berhemah, bukan secara politik dan ugut mengugut.

kickdefella.net

Ada Ulama Yang Lebih Dulu Masuk Neraka Dari Penyembah Berhala!!

Posted: 09 Aug 2012 03:49 AM PDT

Fatwa terbaru Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan;

Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun dibolehkan untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui UMNO.

Hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.

Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam dan hukum hudud.

Kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN – Utusan Malaysia, 8 Ogos 2012 yang dipetik dari blog Gelombang wangsa maju.

Tiada kenyataan pemimpin UMNO sejak merdeka yang setaraf dengan ketegaran kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh yang minta di langkah mayatnya terlebih dulu jika Pas bertegas mahu laksanakan negara Islam.

Malahan ungkapan Karpal Singh tersebut sama tegarnya dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Abu Jahal sewaktu Nabi Muhammad Saw memulakan dakwah Islam.

Tetapi, demi untuk menghalalkan pakatan “tidak syarienya”, Pas sanggup mencari ayat berpusing-pusing yang mana akhirnya hanya bertujuan mahu supaya tindakannya dilihat halal oleh manusia, dan bukan halal di sisi Allah swt.

Penentangan secara tegas keluar dari mulut Karpal Singh, tetapi UMNO pula yang dicap sebagai “sudah sedia maklum memang menentang perjuangan Islam”.

Penentangan secara tegas keluar dari mulut Karpal Singh, tetapi UMNO pula yang dicap sebagai “sudah sedia maklum memang menentang perjuangan Islam”.

Celah mana UMNO menolak Islam hingga dikatakan ”sudah sedia maklum” memang menentang Islam?

Sedia maklum menolak Islam sama maksudnya dengan menolak persaksian kalimah syahadah. Ia bermaksud UMNO terkeluar dari Islam atau UMNO dan ahli UMNO tidak pernah Islam selamanya.

Walaupun benar UMNO dan ahlinya tidak Islam, ia hanya baru setaraf dengan status Karpal Singh dari segi parsaksiannya terhadap Allah dan rasul.

Jika begitu keadaannya pun, UMNO masih lebih baik dari Karpal Singh kerana walaupun UMNO sama kafirnya dengan Karpal, tetapi UMNO tidak pernah mengeluarkan fatwa seperti Karpal yang sedia dilangkah mayatnya jika Pas meneruskan hasratnya untuk mewujudkan negara Islam.

Jadi kenapa dan atas justifikasi apa Pas masih tetap berkeras sedia bersekongkol dengan DAP dan Karpal dan pada masa yang sama menolak mentah-mentah sebarang kerjasama dengan UMNO?

Pas sanggup bersangka baik dengan DAP dan Karpal tetapi menolak mentah-mentah sebarang sangkaan baik terhadap UMNO, walaupun di dalam hati setiap ahli UMNO masih ada sebesar zarah persaksian kalimah Lailahaillallah.

Sedarkah Pas bahawa akhirnya akan dimasukkan ke syurga juga bagi sesiapa yang terdapat walaupun sebesar zarah kalimah syahadah di dalam dada.

Dan, sedarkah Pas bahawa akan kekal selama-lamanya di dalam neraka bagi sesiapa yang tiada sekelumit pun kalimah syahadah di dada?

Begitu pengasih dan penyayangnya sifat Allah kepada hambaNya!!

Siapa Pas dan siapa majlis fatwa Pas yang memutuskan terlebih awal bahawa “sudah sedia maklum bahawa UMNO menolak Islam?

Sedarkah oleh ulamak Pas, bahawa barangsiapa yang tidak beramal dengan ilmunya dengan keyakinan, keikhlasan dan kejujuran yang benar kepada diri dan kepada Allah, akan dimasukkan terlebih awal ke neraka jahanam dari seorang penyembah berhala?

Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)

Police To Announce Ops Sikap Changes Tomorrow Says IGP

Posted: 09 Aug 2012 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 9  - The implmentation of the 26th Ops Sikap tomorrow will be further fine tuned to reduce road accidents during festive seasons.

Inspector-General of Police, Tan Sri Ismail Omar said improvements to the module used by police during the operations before this would be announced at the launch of Ops Sikap at Dataran Shah Alam, Selangor tomorrow.

“Wait for tomorrow, we will announce what the changes are,” he told reporters after witnessing the packing of kuih raya by members of the Police Family Association (Perkep) at Bukit Aman, here today.

Ops Sikap is a road safety operation carried out by police with the cooperation of the Road Transport Department and several other agencies to reduce road accidents especially during festive seasons through monitoring on express buses, monitoring by patrol cars and setting up observation towers along accident prone spots at highways and roads.

Apart from that, Ops Sikap had also lowered the speed limit from 90 km per hour to 80 kmph while some from 80 kmph to 70 kmph on certain stretches as well as taking heavy vehicles off the road on certain days.

Since it was introduced in 2001 to replace Ops Statik, several new changes had been made to the implementation of Ops Sikap such as the on-the-spot fine for traffic offenders in the 25th Ops Sikap during the Chinese New Year as well as a proposal to impose a mandatory jail sentence on drivers who caused fatal accidents.

In this regard, Ismail said police would also be making several changes to the deployment of their personnel especially to reduce the incident of crimes and community fear when celebrating the Aidilfitri.

A portion of the 4,700 packets of Hari Raya goodies prepared by 200 Perkep members today would be presented to police personnel tomorrow while the balance would be distributed to those on duty abroad.

Pengembala Kambing Bersyukur Dapat Rumah Menjelang Aidilfitri

Posted: 09 Aug 2012 03:29 AM PDT

JASIN, 9 Ogos – Seorang pengembala kambing, Roslin Hamzah yang selama ini hidup dalam kedaifan bakal menyambut Aidilfitri paling bermakna dalam hidupnya selepas mendapat rumah baharu hasil program kesukarelawan Politeknik Merlimau.

Roslin, 45, sebelum ini tinggal berseorangan di rumah peninggalan neneknya tanpa bekalan elektrik kerana tidak berkemampuan berikutan pendapatan yang diperoleh hanya RM300 sebulan.

Beliau yang bersyukur dengan pemberian itu turut menyatakan akan mengadakan rumah terbuka pada Aidilfitri ini dengan menu istimewa “Kambing Golek” hasil sumbangan majikannya.

“Saya tidak pernah termimpi untuk mempunyai sebuah rumah sendiri, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan warga Politeknik Merlimau,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Rumah Ikatan Komuniti Politeknik Merlimau di Kampung Chenderah di sini, hari ini.

Majlis penyerahan rumah yang dilakukan Anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Roslan Ahmad turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar.

Rumah berkenaan mulai dibina 60 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan dan Perdagangan Politeknik Merlimau pada 26 Jun lepas dengan peruntukan RM20,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Rumah tersebut yang mempunyai kemudahan asas turut dilengkapi perabot hasil sumbangan warga Politeknik Merlimau supaya kemeriahan sambutan Hari Raya dapat dinikmati Roslin.

Sementara itu, Mohlis berkata pihaknya mensasarkan penyertaan 10 peratus pelajar di setiap 30 politeknik seluruh negara dalam program kesukarelawan pada tahun depan.

Beliau berkata penglibatan pelajar dalam program tersebut dapat menanam sifat tolong-menolong, toleransi dan prihatin sekaligus melahirkan modal insane bernilai tinggi.

Katanya pelajar juga boleh mengaplikasikan kursus-kursus yang mereka pelajari di politeknik dan memindahkan teknologi dan ilmu tersebut kepada komuniti.

Peneroka Felda Di Kelantan Terima Bonus Raya RM1.281 Juta

Posted: 09 Aug 2012 03:28 AM PDT

GUA MUSANG, 9 Ogos – Seramai 3,114 peneroka di 11 Tanah Rancangan Felda di Kelantan akan menerima insentif bonus raya berjumlah RM1.281 juta yang dibayar secara berperingkat mulai hari ini.

Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Norzuki Mustafa berkata daripada jumlah itu, seramai 2,946 peneroka menerima bonus raya RM400 seorang manakala 168 lagi hanya menerima RM200 seorang.

“Perbezaan menerima bonus itu kerana ada peneroka yang tidak bersama Felda diberi hanya RM200 berbanding mereka yang bersama Felda mendapat RM400 seorang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Wang Insentif Kepada Peneroka Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 di Masjid Felda Chiku 5, di sini, hari ini.

Penyampaian bonus itu dilakukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Kelantan Mohd Nor Fazly Mohd Daud.

Norzuki berkata bayaran bonus itu bagi Felda Gugusan Gua Musang akan dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari ini manakala Felda Gugusan Tanah Merah akan berbuat demikian 14 Ogos ini.

Beliau berkata, pemberian bonus raya kepada peneroka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan tindakan susulan dilakukan peringkat pengurusan Felda untuk menyelesaikan pembayarannya sebelum Aidilfitri.

“Mereka cukup bertuah kerana sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan bermula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), durian runtuh RM15,000 sekeluarga dan sekarang bonus raya pula,” katanya.

Beliau berkata peneroka di Tanah Rancangan Felda seluruh negara juga bakal menerima dividen saham yang dimiliki pada akhir tahun ini tetapi jumlahnya belum dapat ditentukan lagi.

“Hanya yang saya rasa sedih sedikit ada peneroka kita yang menolak durian runtuh disebabkan terpengaruh dengan hasutan pembangkang. Itu semua merugikan mereka dan keluarga masing-masing.

“Wang bonus raya ini belum dapat diketahui lagi sama ada terdapat peneroka yang menolaknya dan perkara itu terpulanglah kepada mereka sendiri,” katanya.

BN Kelantan Bidas Pemimpin Pas Pertikai Jawatankuasa Petroleum

Posted: 09 Aug 2012 03:22 AM PDT

KOTA BAHARU, 9 Ogos – Barisan Nasional (BN) Kelantan membidas sikap pemimpin Pas Kelantan yang mempertikai usaha kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji secara adil dan telus bayaran tunai hasil petroleum.

Ketua Penerangan BN Kelantan Datuk Dali Hussin berkata dakwaan mereka bahawa penubuhan jawatankuasa itu helah politik BN dan cubaan menipu penduduk Kelantan, menunjukkan Pas tidak mengutamakan kepentingan sebenar rakyat.

Pas sengaja mempolitikkan perkara itu untuk meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13, katanya  di sini hari ini.

“Kerajaan pusat sentiasa komited untuk menyelesaikan isu yang melibatkan tuntutan rakyat dan penubuhan jawatankuasa khas ini jelas manifestasi komitmen kerajaan pusat mendahulukan rakyat,” katanya lagi.

Dali mengulas kenyataan beberapa pemimpin Pas Kelantan termasuk Timbalan Pesuruhjaya III Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa penubuhan jawatankuasa khas itu helah politik BN untuk menyedapkan hati anak Kelantan tetapi tidak berhasrat untuk membuat bayaran tunai tersebut.

Penubuhan jawatankuasa khas itu diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas, yang bertujuan mengkaji secara adil dan telus berhbung bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Dali berkata BN Kelantan menerima siapa sahaja yang dilantik kerajaan negeri untuk menganggotai jawatankuasa tersebut asalkan wakil itu diperkenan Sultan Kelantan.

“Tindakan pemimpin Pas memperkecil dan mempolitikkan penubuhan jawatankuasa khas itu jelas membuktikan mereka hanya berminat mengadakan isu dan menghidupkan isu dan bukannya mengambil pendekatan menyelesaikan isu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Pas Kelantan seharusnya melihat pada diri sendiri dan merasa malu kepada rakyat kerana pelbagai janji lama dan baru yang belum ditunaikan.

“Sehingga hari ini kerajaan negeri Kelantan belum mengumumkan laporan Badan Audit Bebas bagi mengkaji isu Bazar Tok Guru yang dijanjikan penubuhannya pada awal 2010 dan laporan Badan Audit Bebas isu Lembah Sireh yang dijanjikan pada tahun ini, begitu juga dengan jawatankuasa teknikal mengkaji pelaksanaan hukum hudud, terus diam sahaja,” katanya.

BN Kelantan turut mempersoalkan tindakan Pas membangkitkan isu tuntutan royalti minyak pada masa sekarang sedangkan mereka meneraju pemerintahan negeri sejak 1990.

“Adakah kerajaan negeri pada hari ini sudah kehilangan hasil mahsul seperti balak yang diterokai selama 22 tahun tanpa program tanaman semula menyebabkan hasil balak telah berkurangan ?” katanya.

Malaysia Among Most Attractive Asean Business Destinations, Says MGCC

Posted: 09 Aug 2012 02:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 9 – Malaysia is one of the most attractive business destinations for setting up regional bases among the Asean countries, with its business friendly environment, competitive cost structures and well-skilled workforce, according to a survey by the Malaysia-German Chamber of Commerce and Industry (MGCC).

Its executive director, Alexander Stedtfeld, said the survey – Asean Business Climate Survey 2012, also found that 50 per cent of respondents in Malaysia felt that the overall economy of Malaysia would be maintained by the end of the next 12 months while 30 per cent of them expect it to get better.

Speaking at a media briefing here today, Stedtfeld said the Malaysia-European Union Free Trade Agreement, currently under negotiation, will provide an additional push to the country.

Stedtfeld today also disclosed that trade between Malaysia and Germany was expected to reach 12.5 billion euros this year, slightly up from 11.3 billion euros recorded last year.

Meanwhile, the survey was conducted among MGCC member companies in Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand and Vietnam.

Questions in the survey focused on business confidence, growth intentions and investments within the countries in the past year and the year ahead.

Among key findings, 63 per cent of the companies expect their overall situation to be better by the end of the next 12 months and 59 per cent of them expect capital expenditure to be higher.

Stedtfeld said Germany’s investment in Malaysia was expected to remain broad based as it has been all along.

The investment trend is expected to continue in the areas of electrical and electronics, medical equipment, chemical, pharmaceutical, specialised industries such as industrial adhesive, machineries, automotive and original equipment manufacturer, he said.

A majority of the companies surveyed also stated that the availability of skilled labour was a major factor influencing a company’s engagement in the respective countries.

As Malaysia continues to strive towards a high-income nation status by focusing on innovation-led growth, 82 per cent of the survey respondents in Malaysia saw an increase in the number of workforce while 87.5 per cent of them expect to hire more workforce in the next 12 months.

The survey found that other factors influencing a company’s engagement in the country were domestic, regional and international demand.

Power Disruption In Klang Valley If Car Project Continues To Be Postponed – TNB

Posted: 09 Aug 2012 02:14 AM PDT

KANGAR, Aug 9 – Areas in Selangor and the Klang Valley will face serious power supply disruption should the Central Reinforcement Area (CAR) project be postponed further.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) vice-president (Transmission) Datuk Rozimi Remeli said this is due to the increasing need for energy in the central region.

“We have held 27 meetings with the Selangor Action Council and hope the state government will quickly make a decision to ensure the supply infrastructure is completed,” he told Bernama here today.

The CAR project, which began in 2005, involves the installation of 60 kilometres of high-voltage cables between Bukit Tarek in Rawang and Kampung Chubadak, Sentul. The project was postponed for the past four years following objections by locals there, with a remaining distance of 1.5km in Kampung Sungai Terentang, Rawang, to be completed.

Commenting further, Rozimi said TNB spent RM300 million to implement the national grid to ensure the country, especially the Klang Valley and Selangor, obtains sufficient power supply.

“Currently, investors look at our stable power supply system as a reason to invest in the country and they may leave if it is disrupted,” he said.

Rozimi said TNB at the same time continued efforts to increase the national grid nationwide.

A total of RM1 billion has been allocated this year to implement the national grid infrastructure and from that amount, 95 per cent was already used, he added.

Rozimi is here to attend the state-level Ihya Ramadan TNB which was held last night at the Al-Amin Mosque in Sempering, near here.

At the event, 50 orphans and poor residents received a total of RM5,000 in contributions from TNB.

Haram Zahirkan Sokongan Kepada Kumpulan Tentang Islam – Harussani

Posted: 09 Aug 2012 01:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menegaskan bahawa adalah haram hukumnya bagi umat Islam untuk menyokong individu atau kumpulan yang secara terbuka mengisytiharkan pendirian mereka yang menentang dan menolak Islam di negara ini.

Menurut beliau ketika dihubungi UMNO Online di sini hari ini, umat Islam tidak boleh menzahirkan sokongan mereka dalam apa jua bentuk sekalipun terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang secara terang-terangan menentang atau memusuhi Islam.

"Dalam apa jua cara sekalipun, adalah haram hukumnya bagi kita sebagai umat Islam untuk menyokong kumpulan seperti ini. Kita boleh rujuk Al-Quran yang secara jelas memberikan panduan kepada umat Islam, siapakah golongan dari bukan Islam yang boleh kita bekerjasama dan siapa yang tidak boleh.

"Hari ini memang wujud kumpulan seperti ini, yang bukan sahaja menolak Islam, malah menentang sebarang usaha untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam. Pendirian mereka yang dinyatakan secara terbuka itu sudah cukup untuk menjadi bukti bagi kita untuk menolak sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk sekalipun," tegas beliau lagi.

Tambahnya, apatah lagi sekiranya umat Islam memberikan sokongan terhadap kumpulan seperti itu untuk menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Islam, serta yang telah melaksanakan syiar-syiar Islam di negara ini.

"Sudah tentu haram hukumnya untuk kita menyokong kumpulan politik yang secara terang-terang menentang Islam untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada yang diperintah oleh orang Islam, hanya semata-mata kerana alasan hukum hudud yang belum terlaksana sepenuhnya.

"Sedangkan kerajaan sedia ada hari ini yang mana tunggak kepimpinannya adalah terdiri daripada umat Islam, terbukti telah pun melaksanakan dan meninggikan syiar Islam di dalam negara ini dari pelbagai aspek yang termampu, berdasarkan tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

"Jadi, apakah halal atau boleh bagi umat Islam menyokong sebuah parti politik, yang sudah diketahui umum prinsip dan pendirian mereka yang tegas menentang Islam, untuk menjatuhkan kerajaan yang telah pun melaksanakan syiar-syiar Islam di negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Haram hukumnya untuk kita membantu mereka dalam apa jua bentuk sekalipun," akhiri beliau. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...