UMNO Online - “Tabik Spring Najib… Pembangkang Politik Hipokrit” plus 9 more

UMNO Online - “Tabik Spring Najib… Pembangkang Politik Hipokrit” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tabik Spring Najib… Pembangkang Politik Hipokrit

Posted: 25 Jul 2014 02:45 AM PDT

Saya perturunkan dibawah komen seorang waris dan ahli keluarga mangsa tragedi pesawat MH017 mengenai tohmahan seorang pemimpin pembangkang yang mempersoalkan MAS dalam tragedi itu.
Saya boleh bayangkan kekecewaan waris tersebut melalui gaya bahasa dan ayat yang beliau gunakan untuk memberi mesej jelas kepada pembangkang yang tidak ada kerja lain melainkan cuba mempolitikkan tragedi ini untuk kepentingan politik sempit mereka.
 
Saya setuju dengan rumusan yang dibuat oleh waris ini bila dia menyatakan orang-orang seperti ini adalah political whore - pelacur politik!

“You want the truth YB…the truth is my family lost a woman who was a wife…mother….grandmother….sister….cousin to many of us. Shut the fuck up !! Why blame MAS…the entire world is not blaming MAS and you call yourself a Malaysian MP !!. Why not head to the Russian embassy and demand they allow us full access to the crash site ? What bloody truth !?? The truth is our love one is gone and here you play politics !! Are you a baboon ? A wanker ? A damn fool with no heart for our pain that we and many like us are going through here and all over the world !!??

Do not make me curse you and your entire family for diluting the magnitude of this tragedy by asking questions which many here already know !!?? There is a time and place for you to dwell into MAS for your political gimmick…this is now the time for us the families and you the leaders to fight for us so that we get the remains and whatever belongings is left as a form of comfort. We have a love one only god knows in what senseless situation in a field and here you talk about MAS !!??

We will not forget how you are trying to hoodwink for political mileage our loss of a love one with your leading question !! The truth is…you have proven now to me and my family and many Malaysians you are not fit to represent us. You are nothing but a fucking publicity whore !! WE HAVE A LOVE ONE WHO WE HAVE LOST YOU BLOODY BASTARD !!

You are a disgrace to humanity !! I am sad and angry at those responsible for the senseless murder of our love one BUT I am disgusted by your lack of sensitivity towards we who had a love one on board !! If we lived in a world where laws did not exist and if I was not a better person…if I saw you…I would call you out and give you a beating your next 10 generations would feel. You have disgusted me to my very core !!”.

Terjemahan
“Kamu mau kebenaran YB…kebenarannya ialah saya dan keluarga kehilangan seorang wanita yang merupakan isteri… ibu… nenek… kakak… sepupu  kepada kami semua. Cuba tutup mulut sial kamu tu!! Kenapa salahkan MAS…seluruh dunia tidak salahkan MAS dan kamu gelar diri kamu MP Malaysia!! Kenapa kamu tidak pergi ke Kedutaan Russia dan tuntut supaya kami dibenarkan laluan penuh ke kawasan kejadian? Kebenaran sialan apa? Kebenarannya ialah orang yang kami cintai telah pergi dan kamu cuba bermain politik!! Kamu ni beruk ke? Atau pelancap? Sialan bodoh yang tidak ada perasaan mengenai kepiluan kami yang kami dan seluruh dunia sedang lalui!!??
Jangan sampai saya menyumpah kamu dan seluruh keluarga kamu kerana memperlekehkan tragedi sebesar ini dengan bertanya soalan bodoh yang semua orang dah tahu jawapannya!!?? Ada masa kamu boleh bermain politik, tetapi ini bukan masanya…ini adalah masa untuk kami sekeluarga serta kamu sebagai pemimpin-pemimpin untuk memperjuangkan hak kami supaya kami mendapat semula jasad mangsa dan apa juga milikan mereka sebagai pengubat kesedihan kami. Kami ada ahli keluarga yang hanya Tuhan sahaja tahu keadaan jasadnya yang kini berada di kawasan terhempas dan kamu disini sibuk nak menyalahkan MAS!!??
Kami tidak akan lupa cubaan kamu untuk mempolitikkan tragedi ini untuk kepentingan politik kamu dengan soalan bodoh kamu itu!! Kebenarannya ialah kamu telah membuktikan kepada kami sekeluarga dan ramai di Malaysia yang kamu tidak layak mewakili kami. Kamu hanyalah pelacur publisiti murahan!! KAMI KEHILANGAN INSAN TERSAYANG WAHAI SIALAN ANAK HARAM!!
Kamu memalukan nilai kemanusiaan!! Saya sangat sedih dan marah dengan pembunuhan tidak berperikemanusiaan keatas insan kesayangan kami, TETAPI kami lebih meluat dengan sikap tidak sensitif kamu kepada kami yang kehilangan insan tersayang!! Kalau kita hidup didunia yang tidak ada undang-undang dan saya bukan seorang insan baik…jika saya jumpa kamu…saya akan panggil kamu dan saya akan belasah kamu hingga keturunan kamu yang ke 10 akan merasa kesakitannya. Kamu membuat saya meluat sampai ke tulang tongking!!”.
Sebab itu pada saya pembangkang di Malaysia ini hanyalah manusia hipokrit!

Konon dalam Parlimen bersatu suara dengan YAB PM mengutuk serangan keatas pesawat MH017 dan melahirkan kesedihan kepada apa yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang tidak berdosa. Mentang-mentang bercakap didalam Dewan Rakyat yang tiap perkataan dicatat, apatah lagi disiarkan secara langsung oleh TV1. Tetiba pembangkang jadi pelakon terbaik.

Sedangkan diluar tengok komen-komen mereka terutamanya didunia cyber samada melalui tweet, FB dan lain-lain, antaranya:

1. menyalahkan MAS kerana melalui ruang udara yang merbahaya sedangkan itu adalah laluan antarabangsa yang dilalui berpuluh pesawat penerbangan negara-negara lain!

2. mengutuk negara sendiri dengan menyalahkan Malaysia sebagai tempat yang sangat gerun untuk diduduki;

3. mendakwa pesawat MH017 diserang konon kerana hubungan Malaysia terlalu baik dengan HAMAS di Palestin;

4. mendakwa konon ini bala Allah kerana MAS menjual arak dalam penerbangan;

5. mendakwa konon Kerajaan menggunakan wang rakyat membayar pemberontak Donestk dan ketua pemberontak Alexander Barodai untuk mendapatkan mayat-mayat dan kotak hitam MH017;

Dan macam-macam lagi tohmahan, fitnah dan dakwaan mereka lemparkan – pokok pangkalnya mereka memaki hamun Kerajaan, Dato’ Sri Najib dan MAS! Tapi dalam Dewan Rakyat masing-masing bukan main lagi konon tunjuk alim – bak kata Haji Bakhil, alim taik kucin!

Kita rakyat Malaysia sangat bersyukur kepada Allah kerana mempunyai Perdana Menteri yang tenang dan sabar dalam menghadapi semua kerenah pembangkang ini. Walaupun dilempar dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, Dato’ Sri Najib rupanya diam-diam padi, makin tunduk makin berisi.

Dalam diam-diam, Dato’ Sri Najib melakukan sesuatu yang pemimpin dunia lain tidak terfikir pun untuk buat. Dalam keadaan Obama, Abbott, Cameron, dan segala pemimpin Barat menuding jari dan menyalahkan kumpulan pemisah Donestk dan sekutunya Russia (walaupun belum ada apa-apa bukti pun) tetapi langsung tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya Dato’ Sri Najib dalam senyap-senyap menghubungi ketua kumpulan pemisah yang menguasai perkampungan Grobovo tempat MH017 terhempas.

Dato’ Sri Najib bijak dan fokus. Dia tahu keutamaan sekarang ialah mendapatkan jenazah dan mayat mangsa supaya dapat diselenggarakan dengan segera, apatah lagi ‘Eidulfitri menjelang tiba. Dia juga tahu kotak hitam MH017 itu penting untuk membolehkan siasatan yang lebih konkrit dimulakan.

Dan Dato’ Sri Najib tahu realitinya kumpulan pemisah Donestk yang menguasai kawasan perkampungan Grobovo, tempat MH017 terhempas.

Lalu Dato’ Sri Najib membuka talian terus kepada ketua kumpulan pemisah Alexander Barodai. Setelah beberapa siri perbincangan dan perundingan melalui telefon dengan Alexander Barodai, kumpulan pemisah Donestk bukan sahaja membenarkan semua mayat dan jenazah diambil, malah menyerahkan kotak hitam MH017 yang sangat penting untuk membantu siasatan tragedi ini.

Seluruh dunia barat terkejut dan terkedu dengan perkembangan yang langsung tak diduga itu. Inilah apa yang dipanggil pemikiran dan pendekatan diplomasi diluar kotak, bukan macam pembangkang yang asyik memperkotak-katikkan isu untuk kepentingan politik sempit mereka!

Kini alhamdulillah semua mangsa yang ditemui telah dibawa ke Netherland untuk dibedah siasat dan dilakukan ujian saringan DNA untuk mengenal pasti mayat dan waris yang berkaitan sebelum proses penghantaran pulang dilakukan ke negara masing-masing. Dan kotak hitam telah pun diserahkan kepada pihak yang mempunyai kepakaran dan peralatan untuk memuat turun segala data MH017 yang ada – alhamdulillah!

Dan dalam pada itu, Dato’ Sri Najib mengumumkan sambutan Rumah Terbuka Perdana sempena ‘Eidulfitri tahun ini yang dijangka pada hari Isnin 01 Syawal 1435 bersamaan 29 Julai 2014 dibatalkan kerana menghormati mangsa-mangsa trgaedi MH017.

Dan saya berharap juga semua program hiburan dan konsert sempena ‘Eidulfitri tahun ini dibatalkan terus oleh semua pihak termsuk media arus perdana sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi hitam ini.

Seperti kata Perdana Menteri, beliau berkongsi rasa sedih dengan para waris dan ahli keluarga mangsa MH017 kerana nenekanda beliau sendiri Allahyarham Puan Sri Amirah Prawirah Kusuma, isteri kedua Almarhum Tan Sri Noah (bapa kepada Toh Puan Rahah ibu Dato’ Sri Najib) turut terkorban dalam tragedi MH017 ini.

Apa pun, saya angkat tabik kepada PM yang jelas membuktikan kematang diplomasi dan politik dalam menangani tragedi MH017 ini. Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk Dato’ Sri Najib menghadapi tragedi MH017 ini, insyallah. Ameen.

Dan nasihat saya kepada pembangkang, sudah-sudahlah berpolitik itu. Bekerjasama dan bantulah PM untuk menghadapi dan menyelesaikan tragedi ini.

Ukhwah dalam Musibah – Bersatu dalam Kesedihan.

Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com)

‘Bersih’ Bertukar Kulit Jadi ‘Negara-Ku’, Agenda Negatif Tumbangkan Kerajaan

Posted: 25 Jul 2014 02:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25  Julai – Tindakan Ambiga Sreevanesan yang melancarkan pertubuhan baru yang diberi nama 'Negara-ku' hanyalah satu lagi daripada agenda songsang kumpulannya dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) setelah pelbagai usaha yang dibuatnya sebelum ini menemui jalan buntu, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr Abdul Halim Sidek.

Jelasnya, 'Negara-ku' hanyalah nama yang berbeza namun masih mempunyai agenda yang sama dengan pertubuhan yang dipelopori oleh Ambiga sebelum ini iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan beberapa nama lain.

"Orang yang sama wujudkan pertubuhan yang lain atas nama yang berbeza namun agenda dan motif penubuhan 'Negara-ku' masih sama iaitu mempunyai niat yang bertentangan dengan dasar dan agenda kerajaan sedia ada," katanya kepada UMNO-Online.

Menurut Ambiga, Negara-ku merupakan gerakan rakyat untuk mengambil semula negara ini (people's movement to reclaim the country) yang dikatakan turut sertai oleh 60 NGO dan kumpulan lain.

"Walaupun dia menyatakan disokong oleh NGO yang lain namun mereka ini adalah kelompok yang sama dalam Bersih sebagaimana personaliti kepimpinannya yang juga masih orang yang sama maka tentunya matlamat penubuhan pertubuhan terbabait juga adalah selari sebagaimana didukungnya sebelum ini.

"Mereka ini adalah sekumpulan individu yang mempunyai kepentingan yang sama iaitu ingin bangkitkan sentimen kebencian terhadap kerajaan agar kerajaan yang ada hari ini dapat ditumbangkan dan mereka beroleh manfaat untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak," katanya.

Jelas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), 'Negara-ku' dibuat sebagai alat untuk memikat masyarakat agar memberikan sokongan terhadap mereka yang kononnya untuk bangkitkan rasa cinta kepada negara walhal ia hanyalah kepura-puraan.

"Persoalannya, kalau benar Ambiga ikhlas sebagai warganegara Malaysia yang telah pun merdeka puluhan tahun dan mahukan hak negara ini dikembalikan maka kenapa dia tidak perjuangkan hak bahasa kebangsaan yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?

"Ambiga harus hormat peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan negara ini dan perjuangkannya sekiranya dia benar-benar cintakan negara ini dan bukannya membawa agenda negatif yang dibuat-buat untuk sengaja menuding jari kepada kerajaan."

Bidas beliau lagi, setiap warganegara Malaysia harus menghayati kandungan dalam Perlembagaan dan bahasa adalah satu contoh yang perlu diaplikasi sebagai bukti penghormatannya dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

"Bertuturlah dalam bahasa kebangsaan dan berbangga dengan bahasa tersebut tanpa meminta semua perkara diterjemah kepada bahasa ibunda suku kaum tertentu sebagaimana yang antaranya terkandung dalam 'Negara-ku'."

Selaras dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis atau terpesona untuk melahirkan rasa cintakan negara dengan menyertai pertubuhan yang mempunyai agenda negatif.

"Negara-ku adalah NGO Bersih yang gagal capai matlamat, hanya bertukar kulit menjadi badan pertubuhan baru tapi agenda masih sama."

Sebelum ini, Ambiga turut mempelopori Bersih yang turut akrab dengan pemimpin pembangkang biarpun mereka kononnya mahu melaksanakan agenda atas tuntutan NGO tetapi ia telah didoktrin dari anasir-anasir luar untuk melihat huru-hara dalam negara sebagaimana perlbagai siri himpunan jalanan di Ibu Kota. – MediaUMNO

Kawal Lokasi Nahas MH17 Elak Bukti Dicemari Dalam Proses Pengadilan

Posted: 25 Jul 2014 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai  - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengawal ketat lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Donetsk, timur Ukraine, agar bahan bukti di kawasan terbabit tidak dicemari bagi digunakan sebagai keterangan bukti di mahkamah kelak.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata sekiranya kes itu dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ia boleh menolak bahan bukti yang tercemar atau “diusik” sekali gus menjejaskan proses perbicaraan dan penyelesaian tragedi itu.

“Ikut undang-undang dan aturan PBB, selain perlu ambil bahagian dalam siasatan kes ini, PBB juga bertanggungjawab memastikan kawasan itu selamat supaya bahan bukti boleh diterima sebagai keterangan sahih di mahkamah,” kata Abdul Aziz, yang merupakan bekas penasihat undang-undang Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program BernamaTV, Bernama Today di sini hari ini.

Selain bahan bukti di lokasi kejadian, Abdul Aziz yang juga bekas Pengerusi Majlis Institut Pengangkutan Berkanun Antarabangsa berkata, kotak hitam pesawat itu juga berperanan untuk menentukan punca nahas tersebut, termasuk menjawab persoalan pihak mana yang menembak pesawat itu.

Penerbangan Boeing 777-200 MAS yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Siasatan insiden itu dilakukan oleh kumpulan penyiasat antarabangsa terdiri daripada pegawai-pegawai dari Netherlands, Malaysia, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.

Sementara itu, Abdul Aziz yakin kapten dan juruterbang pesawat malang berkenaan mengikut rancangan penerbangan yang telah diluluskan oleh badan keselamatan penerbangan dunia, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabanga (ICAO).

“Sudah tentu sebelum berlepas, mereka telah ada flight plan dan mengambil kira semua aspek, termasuk sebarang nasihat berkaitan laluan berisiko kerana keselamatan menjadi keutamaan.

Mengulas lanjut mengenai usaha pemulihan syarikat penerbangan negara itu, Abdul Aziz yang menyertai MAS sejak 1971 hingga menjawat jawatan Pengarah Urusannya pada 1988 berkata MAS perlu meneruskan operasinya seperti biasa walaupun terkesan dengan insiden MH17.

“Kita perlu mengembalikan keyakinan bahawa MAS adalah sebuah badan yang cekap dan akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

“Bukan membuat perubahan dengan memulangkan bayaran balik tiket penumpang ekoran ‘kehilangan’ MH17,” kata Abdul Aziz berhubung kenyataan MAS yang akan membayar balik kepada penumpang yang mahu menangguh atau membatalkan rancangan penerbangan mereka.

Sabtu lepas, MAS berkata ia akan mengenepikan sebarang fi yang dikenakan ke atas penumpang yang membuat perubahan dalam jadual perjalanan ke mana-mana destinasi MH.

Berikutan insiden MH17, penumpang yang mahu menangguh atau membatalkan rancangan perjalanan mereka boleh mendapatkan bayaran balik termasuk tiket yang tidak membolehkan mereka mendapat perjalanan balik.

Abdul Hadi Sokong Abdul Khalid Kekal MB Selangor

Posted: 25 Jul 2014 01:22 AM PDT

MARANG, 25 Julai –  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

“Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

“Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi Pas bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini, Jumaat.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam Pas mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

“Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

“Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau,” tegasnya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: “Itu perkata mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. Pas akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi”.

Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah Pas cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat.

Berhubung adakah Pas berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai Pas, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

“Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (Pas) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (Pas) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh Pas),’ katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

Ketika ini Pas mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15).

Permit Required To Collect Donations For Gaza/Palestine Fund-Police

Posted: 25 Jul 2014 12:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 25 – Individuals or organisations wanting to collect donations for humanitarian fund have to obtain permit from the Royal Malaysia Police (PDRM) before doing so, said Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar when contacted by Bernama.

He said legal action would be taken against those caught collecting donations without permit.

He said this when asked to comment on syndicates trying to make profits by collecting donations, purportedly for the Palestinians in Gaza.

Meanwhile, crime analyst Kamal Affendi advised the public to not easily believe quarters asking for donations in the street.

“Before making donations, ask them for the permit issued by the police allowing them to collect donations from the people in the street,” he added.

He said those wanting to donate for the Palestinian cause should give their contributions to Amal Palestin and the Fund for Gaza.

Cancellation Of Open House, Important Message To The World – Ahmad Shabery

Posted: 25 Jul 2014 12:44 AM PDT

PUTRAJAYA, July 25 – The cancellation of the cabinet ministers’ 2014 Aidilfitri open house is an important message to the world that Malaysians are united and share the sorrow of the family members of Malaysia Airlines (MAS) flight MH17 crash victims.

Communication and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said it was a signal to the world that it was a big incident that was very unfortunate not only for the Malaysian victims but also for every Malaysians.

“It is inappropriate for us to be in a merry mood, celebrating as normal when the victims’ bodies are waiting for post-mortem and so forth,” he told reporters after announcing the lDigital Malaysia “State of the Digital Economy” Update here today.

The Prime Minister’s Office yesterday announced that the cabinet ministers’ open house event in conjunction with 2014 Aidilfitri at the Seri Perdana Complex, Putrajaya was cancelled as a mark of respect to those, who perished in the flight MH17 crash.

The cabinet also agreed to cancel the 2014 Malaysia Aidilfitri open house, organised by the Tourism and Culture Ministry scheduled to be held in Rembau, Negeri Sembilan.

Ahmad Shabery also urged Malaysians to be present at the KL International Airport in Sepang or Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang when the remains were brought back from the Netherlands as a mark of condolence.

“We want to show the world that Malaysians are united and are together in sadness from this loss at the highest level.

" The world must know and not allow those responsible to get away,” he said.

Boeing 777-200, which was flying from Amsterdam to Kuala Lumpur, went down in Donetsk, east Ukraine near the Russian border last July 17.

It was carrying 298 people, 283 passengers and 15 crew, believed to have been shot down but until now no one had claimed responsibility for it.

Ahmad Shabery said the government also had yet to make any decision on the Merdeka celebration following the MH17 incident.

Hormati Tragedi MH370, MH17, UMNO Adakan Sambutan Aidilfitri Secara Sederhana

Posted: 25 Jul 2014 12:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta semua UMNO bahagian untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana sebagai menghormati kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dan tragedi malang MH17.

"Kita sebagai rakyat Malaysia dapat menjaga sensitiviti pihak-pihak tertentu dalam menghadapi situasi ini," katanya.

Dalam hal tersebut, Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan pekeliling kepada 191 UMNO bahagian di seluruh negara.

Firms, Individual Business Owners Urged To Register For GST Before Dec 31, 2014

Posted: 24 Jul 2014 09:44 PM PDT

PUTRAJAYA, July 25 – The Royal Customs Department has asked companies and individual business owners to make the obligatory registration for the goods and services tax (GST) before Dec 31, 2014 to avoid action being taken against them.

Customs Department Director-General, Datuk Seri Khazali Ahmad, said since registration opened on June 19, of the estimated 300,000 potential registrants for the GST, only 6,031 had done so as of last night.

The registration is compulsory for companies and individual business owners  with an annual income of more than RM500,000.

“We will send three reminders to them to register for GST and also advertise in newspapers.

“Companies and individuals registering for GST after Dec 31, 2014 have committed an offence under Section 96, GST Act 2014,” he said at a media briefing here today.

If found guilty, the companies or individuals could be fined over RM30,000 or jailed not over two years or both, he said.

Khazali said the Customs Department would hold free ‘Hand Holding’ programmes to offer detailed information to firms and individuals registering for the GST.

“The programme will start in October and we hope they register to get clear explanation on the GST,” he said.

Also, those who registered would also receive a RM1,000 GST e-voucher from SME Corp which they could use it to buy or upgrade their accounting software, he said.

The GST will replace the sales and services tax from April 1, 2015.

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Dalam Kejadian Pesawat Air Algerie

Posted: 24 Jul 2014 09:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian pesawat Air Algerie yang dilaporkan terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers semalam.
    
Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
    
“Sehingga kini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu,” katanya di ibu negara hari ini.
    
Agensi berita Xinhua melaporkan penerbangan AH5017 membawa 110 penumpang dan enam anak kapal hilang dari skrin radar setelah 50 minit berlepas dari Lapangan Terbang Ouagadougou di Burkina Faso menuju ke Algiers, Algeria.
    
Pesawat itu hilang semasa terbang di Wilayah Gao, Mali kira-kira 500 km dari selatan sempadan Algeria, menurut laporan itu.
    
Menteri Luar Algeria, Ramtane Lamamra mengesahkan pesawat itu terhempas di negara jiran, Mali.

Kemelut Jawatan MB Selangor Serlahkan Politik Talam Dua Muka Pembangkang

Posted: 24 Jul 2014 08:11 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Julai – Pembangkang hari ini ditempelak setelah dilihat mengamalkan politik talam dua muka apabila mendiamkan diri berhubung kontroversi calon Menteri Besar Selangor yang disebut-sebut bakal digantikan oleh ADUN Kajang yang juga Isteri Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap berkata senario berbeza ketika anak kepada Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz dilantik sebagai pegawai khasnya yang menimbulkan pelbagai tohmahan dan kecaman.

Menurut beliau pada dan ketika itu  pembangkang bertempik di seluruh negara dan menjadikan perkara berkenaan sebagai bahan sasaran untuk memburukkan kerajaan dan parti UMNO.

"Namun hari ini  cukup berbeza.. mereka tidak bertempik dan boleh pula mendiamkan diri, menutup mulut dan menjaga tutur kata walaupun yang dicanang dan disebut-sebut sebagai bakal menggantaikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah isteri kepada Ketua Pembangkang…Manakala anaknya adalah Naib Presiden parti.

"Tidak timbul pula soal kronisme…tidak timbul pula dengar pelbagai tafsiran. Jika itulah berlaku di dalam kerajaan yang ditunjangi BN, tidak dapat digambarkan bagaimana  mereka ini bertempik dan melolong," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim kini ibarat ‘dihujung tanduk’ apabila PKR mengesahkan akan menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon penggantinya.

Perkara itu disahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang medianya, selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti itu, di ibupejabatnya di Tropicana baru-baru ini.

Anuar seterusnya menambah apa yang berlaku dalam kontroversi MB Selangor tidak ubah seperti negeri berkenaan adalah mereka yang punya dan mereka seolah-olah mempunyai kuasa tersendiri.

"Kenapakah mereka tidak begitu sabar sama sekali…dan kenapakah mereka begitu beriya-iya mahu menggantikan Tan Sri Khalid sebagai MB. Sedangkan sebelum ini mereka juga kuat mencanangkan bahawa Tan Sri Khalid adalah Menteri Besar yang terbaik.

“Aapa kelebihan Wan Azizah untuk uruskan negeri sedangkan keadaan dalam parti sendiri pun tidak terurus dan terus tunggang langgang”, ujarnya. -MediaUMNO

 

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...