BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! 5 SEBAB MENGAPA #HAMAS BERHAK MENYERANG #REJIM #ZIONIS DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Jul 2014 08:00 AM PDT


Antara alasan yang sering digunakan sejak bertahun lamanya oleh rejim pengganas Zionis sebagai legitimasi kepungan dan serangan mereka ke atas Gaza dan pencerobohan mereka di Tebing Barat adalah 'Israel punya hak untuk mempertahankan dirinya sendiri' iaitu merujuk kepada serangan roket oleh tentera pejuang Briged Izzudin Al Qassam dan Saraya Al Quds yang dilancarkan dari Gaza.Terkini, 'Israel Defense Forces' (IDF) melalui laman media sosial telah melancarkan kempen 'What would you do' bagi mencari sokongan masyarakat dunia terhadap serangan yang mereka sedang lakukan di Gaza.Alasan ini juga sering diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi menyokong tindakan rejim pengganas Zionis seperti Obama,John Kerry,Francois Holande,Angela Merkel dan lain-lain,juga diulang-ulang oleh media-media yang sering menyebelahi kekejaman rejim pengganas Zionis seperti CNN,BBC dan ABC.Malah, ada dari kalangan mereka yang simpati terhadap Gaza juga menggunakan alasan ini iaitu HAMAS wajib menghentikan serangan roket untuk mencapai jalan perdamaian dengan rejim pengganas Zionis dan juga untuk mengelakkan kepungan dan serangan.  
Hakikat yang sebenar adalah HAMAS berhak sepenuhnya untuk mempertahankan diri dengan apa jua cara bahkan lebih dari berhak untuk menyerang Israel dengan roket dan apa jua persenjataan yang ada.Sebab yang pertama adalah kerana negara haram Israel dibina di atas tanah-tanah yang dirampas secara paksa dari rakyat Palestin sejak lebih 60 tahun yang lalu.Ramai yang dihalau keluar dari rumah sendiri untuk memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi untuk mendirikan penempatan mereka. Rejim pengganas Zionis juga secara sistematik dengan menggunakan kekuatan ketenteraan telah menjajah banyak dari kawasan-kawasan Palestin sejak 1948 dan 1967.Jadi rejim pengganas Zionis sebenarnya adalah penjajah dan perampas tanah rakyat Palestin, dan mereka yang dijajah berhak sepenuhnya secara moral dan menurut undang-undang untuk berjuang membebaskan negara mereka dari penjajahan.HAMAS,Jihad Islam,FATAH dan mana-mana jua organisasi di Palestin berhak untuk berjuang menggunakan apa jua cara bagi membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah. Sebab yang kedua, sejak 60 tahun yang lalu, rejim pengganas Zionis telah mencabul maruah rakyat Palestin dengan amat kejam. 

Banyak tragedi pembunuhan besar-besaran yang langsung tidak diambil tindakan oleh dunia. Shabra Shatilla, Jenin, pembunuhan 29 jemaah masjid oleh Baruch Goldstein, pembakaran masjid Al Aqsa oleh pelampau Yahudi pada tahun 1969 dan banyak lagi. Menurut statistik dari UN sendiri, dikatakan lebih 0.3 juta rakyat Palestin telah terbunuh sejak 1967 sahaja.Itu belum yang dipenjarakan,mengalami kecederaan kekal, rumah dimusnahkan dan dihalau keluar.Apakah satu bangsa yang punya maruah diri boleh bersabar dan tidak melawan atas penjarahan demi penjarahan yang dilakukan ??? Atas sebab ini,roket-roket HAMAS mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk menyerang kembali bandar-bandar yang dibina di atas darah rakyat Palestin.Sebab yang ketiga,rundingan demi rundingan telah berjalan sejak puluhan tahun, namun rejim pengganas Zionis tidak pernah menepati janjinya.Tidak pernah ada rundingan yang menguntungkan rakyat Palestin dan jelas, rejim pengganas Zionis ini hanya akan tunduk dan faham dengan bahasa kekuatan sahaja. 

Sebab yang keempat, Gaza, telah dikepung sejak 7 tahun yang lalu dari arah darat dan laut. Sempadan Rafah hanya dibuka sekali sekala oleh Mesir kecuali ketika zaman pemerintahan Presiden Morsi, dan tembok pemisah yang ada memisahkan Gaza dari dunia luar. Import banyak barang-barang diharamkan termasuk barang-barang pembinaan, hanya barang-barang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk.Nelayan juga tidak dibenarkan untuk memancing lebih dari 3 batu nautika dari pantai Gaza. Jika menghampiri atau melebihi jarak tersebut, nelayan akan ditembak atau ditangkap oleh tentera laut rejim pengganas Zionis. Sebab yang kelima, Gaza juga telah menjadi sasaran serangan bertubi-tubi oleh rejim pengganas Zionis sejak tahun 2000, Siapa yang dapat melupakan serangan demi serangan menggunakan senjata yang terlarang seperti bom fosforus yang telah membunuh ribuan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua.Antaranya adalah serangan pada tahun 2008 yang telah membunuh lebih 1500 nyawa di Gaza, tidak cukup dengan itu, kapal bantuan Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan yang ingin ke Gaza juga diserang hingga mengakibatkan ada petugas kemanusiaan yang terbunuh. Tidak ada manusia yang waras akalnya yang akan berdiam diri dan hanya melutut bila melihat anak-anak dibunuh di depan mata, ibu-ibu mereka ditembak dan dibom sesuka hati, sekolah dan masjid dimusnahkan,bahkan dalam operasi terbaru yang sedang berjalan sekarang, Hospital juga dibedil hingga ranap. Media sosial telah mendedahkan kepada dunia apa yang sedang dan telah berlaku kepada Gaza secara khusus dan kepada Palestin secara umum yang tidak pernah dilihat sebelum ini.Melihat kekejaman yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua, apakah masih ada yang mempertikaikan serangan roket dari tentera Al Qassam dan mempercayai dendangan alasan rejim pengganas Zionis. 

Mohd Hisham Mohd Sharif 
PhD Candidate
Business School University of Adelaide
South Australia,
Australia

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! RUPANYA #MAHFUZOMAR DAN #ASRULSAMAD BANGANG !!!

Posted: 25 Jul 2014 05:00 AM PDT


tu diaaa kenyataan dari mahfuz omar.bangang kerr apa ??? kononnya nak pertikai warna kotak hitam MH17.nampak sangat mahfuz omar tak pernah tengok kotak hitam.jom kita lihat posting asrul samad.dia pun bengap jugakk.lihat gambar di bawah


nampak tak kebangangan asrul samad ni.saya akan tunjuk bukti kotak hitam diatas adalah sama gambar di bawah


nampak tak mahfuz omar dan asrul samad bangang ??? tak kira pun warna kotak hitam tu,memang nama dia kotak hitam.apa bangang samad 2 orang ni ??? malas nak komen panjang-panjang kang pedas saya bagi kang 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ADEGAN LAWAK #KAJANGMOVE #RAFIZIRAMLI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Jul 2014 02:00 AM PDT




dengar cerita Khalid akan jumpa Sultan untuk bubar DUN.Sempat kerrr Anwar nak ngadap ??? Kikiki.Masa kes Perak,Anwar juga kata nak pecat kena buat undi tak percaya ??? Awat Tengku razaleigh diam saja kali ni ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PEMILIHANPKR !!! PUAK PKR DIPERBODOHKAN OLEH #ANWARIBRAHIM !!!

Posted: 25 Jul 2014 12:00 AM PDT


Dalam Sejarah Politik Malaysia Jika pada pemilihan lepas terdapat 160 aduan rasmi daripada ahli dan pemimpin PKR sendiri maka pada kali ini angka ini meningkat dua kali ganda dengan 344 aduan bantahan.Kehilangan Hak Calon Bertanding Paling Banyak Sekitar 100 calon PKR yang bertanding telah dibatalkan kelayakan bertanding mereka oleh jawatankuasa pemilihan PKR sendiri.Pembatalan Proses Pemilihan Paling Banyak 12 daripada 22 bahagian di Selangor sebelum ini telah dibatalkan proses pemilihan awal mereka.Angka ini belum lagi meliputi pembatalan proses pemilihan sekitar 17 lagi cabang di negeri PKR yang lain.Pemusnahan Undi Pengundi Paling Banyak Pengarah pemilihan PKR Cabang Tenom,Nazri Udoi menangguhkan mesyuarat dan menuduh pengarah pilihan raya negeri Sabah tersilap mengira jumlah perwakilan. 

"Kami menerima 300 kertas undi,namun kira-kira 2,000 perwakilan hadir," kata Nazri,sambil menambah 300 kertas undi yang telah dibuang dimusnahkan di hadapan calon yang bertanding di pelbagai peringkat dalam Cabang Tenom.Bagaimana terdapat 2,000 perwakilan tetapi pada akhirnya hanya 300 undi hanya diterima ??? Terdapat perbezaan yang amat ketara iaitu sebanyak 15 kali ganda daripada jumlah perwakilan yang hadir.Bagaimana pula 300 undi dibuang dan dimusnahkan dihadapan calon yang bertanding sedangkan dalam mana-mana pemilihan undi rosak tidak akan dibuang kertas undi mereka ??? Pertikaian Pemilihan Paling Lama Semuanya bermula kira-kira jam 6 petang apabila pihak JPP ingin membuat pengiraan undi di dalam bilik khas,di dewan JKKK Simpang Tiga,Nibong Tebal. Pertikaian tersebut kemudiannya berlarutan sehingga jam 10 malam apabila keputusan pengiraan diumumkan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tambun Law Choo Kiang mendapati senarai daftar pengundi dan jumlah kertas undi yang diperolehi tidak sama. Difahamkan, jumlah kertas undi yang diterima ialah 838 berbanding senarai daftar undi sebanyak 671.

Pertikaian terhadap pemilihan PKR di Nibong Tebal telah bermula seawal 6 petang dan akhirnya berlanjutan lebih empat jam apabila sehingga jam 10 malam pertikaian tersebut masih belum lagi tamat dan belum ada penyelesaiannya.Peratusan Pengundi Yang Paling Rendah Pemilihan PKR Cabang Lembah Pantai mencatatkan kehadiran tidak sampai 10 peratus atau 445 pengundi daripada 5,720 ahli berdaftar sehingga pusat pengundian ditutup pada 5.15 petang pada 10 Mei 2014. Hanya 240 daripada 6,900 ahli terlibat dalam pemilihan di cabang Permatang Pauh dengan peratusan kehadiran hanya 4 peratus. Peratusan Boikot Pemilihan Paling Banyak Kira-kira 70 peratus ahli PKR Cabang Bagan Serai memboikot pemilihan PKR dan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang berlangsung pada 4 Mei lepas. Naib Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Abdul Malek Abdul Latif berkata,tindakan boikot tersebut disuarakan sebahagian besar ahli cabang itu dari kawasan luar bandar berikutan perasaan tidak puas hati mereka berhubung keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Pusat yang menetapkan Dewan Arowana, Hotel Kelisa sebagai lokasi MATC dan pemilihan parti.Magis Pemilihan Paling Hebat Calon jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani, Arvind Kumar hanya mengetahui namanya tiada dalam kertas undi sewaktu tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang, kira-kira 11 pagi pada 6 Mei 2014.Susulan itu,penyokongnya mula bertindak mengadakan protes di luar dewan selepas 10 minit kemudian.

Sementara seorang lagi calon jawatan itu,Simon Ooi diumumkan menang tanpa bertanding.Pemecatan dan Penggantungan Ahli Paling Banyak Pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April yang sepatutnya berakhir pada 11 Mei lalu menyaksikan parti setakat ini telah mengambil tindakan memecat keahlian lima individu dan menggantung keahlian 11 individu lain.saya nak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Umum PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim,pemimpin-pemimpin,ahli dan penyokong parti PKR kerana telah berjaya menunjukkan kepada rakyat Malaysia apakah erti demokrasi dan pilihan raya bersih yang mereka laungkan kepada kita semua.Terima kasih kerana menunjukkan satu model pemilihan dan pilihan raya contoh kepada seluruh rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan sebagai perubahan,UBAH dan Reformasi.Akhirnya saya baharu faham maksud tiga slogan tersebut melalui contoh dan teladan yang telah dilakarkan oleh PKR melalui pilihan raya mereka.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...