House PK

House PK


AISKRIM GAGAP! SEMAKIN KUAT DESAS-DESUS MENGATAKAN SELANGOR AKAN ADAKAN PILIHANRAYA SECARA BERASINGAN!

Posted: 26 Apr 2012 01:00 AM PDT

1. Banyak kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan Pakatan Rakyat di Selangor akan melakukan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya Persekutuan.

2. Sebelum ini Khalid dilaporkan berkata tidak akan membubarkan DUN sebelum Jun 2012 kerana hanya selepas bulan tersebut Bajet Selangor 2012 akan mulai dirasai rakyat negeri. Kenyataan ini dibuat ketika terdapat ura-ura Parlimen akan dibubarkan pada Mac 2011. Khalid beberapa kenyataan seolah-olah beliau bersedia mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 dan seterusnya.

3. Namun nyata sekali kata-kata tersebut hanya untuk mengubah hakikat sebenar bahawa Pakatan di Selangor sememangnya merancang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan. Ini terbukti apabila terdapat ura-ura pilihan raya Persekutuan akan diadakan pada bulan Jun atau Sepetember 2012, Khalid terpaksa menggunakan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim untuk menukar nada. Kini Anwar dilaporkan berkata beliau berharap kerajaan negeri Selangor akan mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan Persekutuan.

4. Secara politiknya, keputusan ini menunjukkan kebijaksanaan "politik penting diri" Pakatan. Dengan mengadakan pilihan raya selepas pilihan raya Parlimen, ia akan membolehkan mereka menganalisa kelemahan dan kekuatan menerusi keputusan pilihan raya Parlimen di Selangor. Ini akan dijadikan kayu ukur dan juga data dalam membantu mereka mengekalkan pemerintahan di negeri Selangor.

Read more...

PANAS BERAPI! KISAH PENUH GANGSTER BERSIH YANG MENYERANG DI GOPENG!

Posted: 25 Apr 2012 10:18 PM PDT

Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) melahirkan rasa kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang didakwa bersikap ala samseng dengan menyerang satu jamuan makan malam dan upacara sembahyang kaum Cina di Desa Pakatan, malam kelmarin.

Seorang ahlinya, Loh Kok Beng, 48, berkata, majlis itu adalah sebahagian aktiviti tahunan PPMPP dan mereka telah dikepung oleh kira-kira 50 orang yang memakai baju Bersih serta parti politik Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan) dan Pas pada sekitar jam 10.30 malam.

"Penyokong parti pembangkang berkelakuan ala kumpulan samseng dan ketua mereka (Boon Chye) bertanya siapa yang bertanggungjawab mengendalikan majlis ini lalu saya menjawab 'sayalah pengerusi majlis itu'.

"Dengan nada keras, Boon Chye mengarahkan supaya suara speaker diperlahankan tetapi saya menjawab orang yang mengendalikan pembesar muzik telah keluar dan berkemungkinan dalam perjalanan balik.

"Saya meminta mereka tidak mengganggu majlis PPMPP kami tetapi Boon Chye dengan tidak sopannya, terus memarahi saya," katanya.

Pada 23 April lalu, kira-kira 500 ahli PPMPP termasuk keluarga serta penduduk sekitarnya berkumpul di Padang Desa Pakatan di sini pada pukul 9 malam sambil dihiburkan dengan iringan persembahan nyanyian, tarian singa, naga dan bunga api.

Walaupun begitu, kurang daripada jarak 100 meter dan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil, terdapat sebuah lagi majlis ceramah pelancaran kempen Bersih 3.0 dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Difahamkan, pihak pembangkang telah meninggikan bunyi pembesar suara mereka biarpun majlis yang dianjurkan oleh PPMPP telah bermula terlebih dahulu.

Disebabkan tindakan pembangkang tersebut, deejay yang mengendalikan majlis PPMPP turut membalas dengan meninggikan pembesar suara mereka sebelum diserang secara tiba-tiba.

Mengulas lanjut, Boon Chye katanya, terus mengarahkan pengikutnya untuk memberhentikan muzik selain bertindak membuka kanopi biarpun tanpa kebenaran kerana tidak puas hati.

"Tindakan pantas pihak polis yang sampai tepat pada masanya menyebabkan pengikut-pengikut Boon Chye terus beredar dari lokasi majlis berkenaan.

"Walaupun mereka sudah meninggalkan majlis kami, tetapi mereka masih memaki, mengugut serta menjerit perkataan-perkataan kesat terhadap saya dan orang ramai yang hadir. Ada juga yang membaling batu ke atas kereta penyanyi undangan kami," katanya.

Dalam pada itu, Kok Beng yang khuatir dengan keselamatannya serta jawatankuasa PPPMP, telah membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Simpang Pulai sekitar pukul 7 ke 8 malam semalam.

Kok Beng turut memohon kepada pihak polis dan kerajaan untuk membela hak-hak demokrasi mereka selain melahirkan rasa sangat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Boon Chye dengan bersikap seakan-akan samseng.

Sumber: Perak Today

AISKRIM GELAP! BETUL KE KEHADIRAN KADIAQ BOW-TIE MAKIN PUNAHKAN PKR?

Posted: 25 Apr 2012 05:00 PM PDT

Dalam pada Kadir Sheikh Fadzir menjadi 'Most Valuable Person' di dalam PKR pada ketika ini – rupa-rupanya sudah ada angin-angin cemburu, dendam, kesumat yang ENGGAN menerima Kadir di dalam pelukan PKR. Kita semua ingat, kehadiran Kadir sebagai bekas Menteri, Ketua UMNO Bahagian yang berpengalaman, seorang yang sangat rapat dengan Ku Li, akan menjadikan PKR lebih kuat dan mantap. Rupa-rupanya, ada yang samakan kehadiran Kadir sebagai PEMUSNAH kepada impian PKR untuk mendapat pengaruh yang lebih besar.

Menurut rakan-rakan dalam HQ PKR, ada beberapa individu sudahpun menghantar kononnya GENERAL OBSERVATION mengenai kehadiran Kadir dan kesannya kepada politik PKR. Semua report dan laporan yang dikemukakan kepada Kak Wan dan Anwar; semuanya menjurus kepada satu konklusi – KADIR adalah has been politician, dan tidak mampu mendatangkan manfaat kepada parti. Menurut rakan-rakan juga, kesemua laporan ini sudahpun terlebih dahulu dibaca oleh Azmin Ali (Azmin siap tandatangan sebagai tanda setuju).

Rupa-rupanya kehadiran Kadir menakutkan Azmin. Kekerapan Kadir dipanggil ke Segambut (rumah Anwar) sudah mendatangkan cuak kepada kumpulan tertentu. Antara yang paling risau adalah Azmin Ali, Shamsul Iskandar, Saifuddin Nasution dan beberapa orang anggota pimpinan PKR yang lain.

Mereka gagal memahami strategi Anwar untuk menjadikan Kadir sebagai 'mentor' kepada Izzah – dalam berdepan dengan budaya politik wang PKR yang selama ini dipelopori oleh Azmin & Gang. Raja Petra sendiri pernah menulis bagaimana 'Izzah' adalah ancaman besar kepada beberapa orang tokoh 'tepian' yang ambitious dan bercita-cita tinggi.

Kalangan mereka yang rapat dengan Azmin cukup yakin, Kadir tidak akan hidup lama di dalam PKR. Jika seorang yang kaya seperti Zaid Ibrahim mampu Azmin KAYAPKAN – apatah lagi mamak seorang ini. Pada Azmin, tidak ada tempat untuk makhluk bernama Kadir. Wasted.

Anwar sebenarnya sudah nampak ketidakselesaan Azmin dengan kehadiran Kadir. Azmin tidak tahu permainan Anwar yang lebih tinggi dan matang. Azmin gagal memahami tujuan sebenar Anwar membawa masuk Kadir. Balance of power di kalangan pimpinan PKR mesti diperbetulkan sebelum Azmin jadi besar kepala dan menganggap dia adalah indispensable di dalam PKR.

Sebenarnya, Anwar memerlukan Kadir untuk tujuan yang pelbagai. Undi Melayu di Pulau Pinang, seperti yang dimaklumkan oleh Guan Eng kepada Anwar, berada dalam keadaan yang sangat genting. LGE mencadangkan keperluan PKR bergerak menggunakan ikon mamak, dan seterusnya cuba untuk mengimbangi semula undi Melayu di PP dan Kedah. Kadir dirasakan mampu memainkan peranan ini. Azmin tak pernah ambil tahu isu ini. Pada dia, isu yang lebih besar adalah bila dia akan diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itu lebih utama.

UMNO pula jangan underestimate peranan Kadir dalam PKR. Khabarnya, masih ada kalangan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan AJK Bahagian yang terhutang budi dan tergadai body dengan Kadir. Tak ramai. Tetapi ada. Jentera lama Kadir di Kulim, Baling, Sungai Petani, Jerai, Jerlun masih lagi aktif dan siap memainkan peranan. Kadir ini, kalau diberikan kepercayaan oleh PKR sepenuhnya; boleh mendatangkan masalah kepada beberapa Bahagian di Kedah. Nasib baik Azmin tidak merelakan kehadiran Kadir. Wujudlah sedikit kemungkinan PKR berpecah kerana kehadiran Kadir.

Sumber: Gelagat Anwar

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Posted: 25 Apr 2012 08:13 AM PDT

Siang tadi pembaca-pembaca internet telah ditunjukan satu video yang memaparkan seorang penuntut yang bernama Fahmi Reza berada bersama wanita dalam satu khemah di Dataran Merdeka.

Dibawah ini gambar yang sempat sel13 rakam secara curi-curi dua hari lepas di Dataran Merdeka yang menunjukan Fahmi sedang tidur diatas riba seorang wanita.

Untuk pengetahuan pembaca internet sekalian, wanita tersebut adalah teman wanita Fahmi. Wanita tersebut berbangsa cina.

Nama : Liew XXX Svoon

IC No: 830925-01-5XX6

Fahmi yang dikenali sebagai seorang sosialis telah lama tinggal satu rumah dengan teman wanitanya. Sebab itu dia tidak segan-segan untuk tidur dalam satu khemah bersama teman wanitanya.

Sumber: Sel13 Blog

CILI BERAPI! HISHAM KDN MEMBONGKAR NIAT SEBENAR BERSIH 3.0 - MESTI BACA

Posted: 25 Apr 2012 08:39 AM PDT

Mari kita baca apa yang telah dikomen oleh menteri Dalam Negeri iaitu Dato Seri Hishamuddin Hussein dibawah mengenai perhimpunan Bersih 3.0:

Isu perhimpunan Bersih 3.0 bukan mengenai penolakan perhimpunan tetapi adalah mengenai isu pemilihan tempat yang telah dipilih oleh pihak peganjur iaitu Dataran Merdeka, yang mana ianya telah ditolak oleh pihak DBKL. Kita telah menawarkan empat lagi tempat yang pernah dipohon oleh penganjur sebelum ini iaitu di Stadium Cheras, Stadium Titiwangsa, Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka. Pihak Kementerian Dalam Negeri tidak pernah menolak permohonan perhimpunan tersebut cuma pemilihan tempat penganjuran yang menjadi kekangan kepada pihak DBKL.

Pihak penganjur menolak tempat yang ditawarkan dengan alasan kekangan masa dan pendirian tidak jelas oleh pihak Kementerian Dalam Negeri. Bagi saya alasan ini tidak konkrit dan tidak boleh diterima akal oleh orang ramai.

Atas semangat Akta Perhimpunan Aman, saya memberi jaminan, sekiranya pihak penganjur menerima lokasi yang dicadangkan, pihak berkuasa akan memastikan permintaan pihak penganjur dilayan dengan adil. Selain itu, pihak berkuasa juga akan memastikan perjalanan mereka tidak akan terganggu serta memudahkan lagi urusan mereka.



Saya juga percaya bahawa orang ramai boleh menilai sama ada tuntutan penganjur tersebut ikhlas atau sebaliknya. Saya optimis bahawa pihak penganjur sama sekali tidak boleh mengaburi mata masyarakat dengan alasan ketidakcukupan masa yang dianggap tidak rasional dan tidak releven.

Saya ingin tegaskan bahawa masih terdapat banyak masa bagi pihak penganjur untuk duduk bersama dan berbincang secara rasional tentang perhimpunan tersebut. Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung perhimpunan ini yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya hanya menerima pakai maklumat yang telah disahkan oleh berkuasa.

House PK: Apa barang ni Bersih? Menteri KDN sudah setuju supaya perhimpunan aman ini diadakan di Stadium Merdeka, sekarang masih tak puashati lagi? Apa lagi lu orang mau? Itu pun sudah cukup baik la KDN nak layan baik.

Kalau ikut hati aku, toksah kasi langsung muka dengan beruk-beruk upahan agen asing ni semua. Aku tak faham kenapa mesti dataran Merdeka? Kenapa tak boleh buat kat Stadium Merdeka? Ini mereka ada niat tak baik ni...confirm punya la..

PANAS BERAPI! ZAMBRY MINTAK NIZAR LAHANAT DISIASAT ATAS TUDUHAN MENGHASUT!

Posted: 25 Apr 2012 02:48 PM PDT

Tuduhan terbaru Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melakukan kudeta atau rampasan kuasa jika tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) dikhuatiri boleh mengancam keselamatan dan rakyat negara ini jika tidak ditangani segera.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menggesa pihak berkuasa iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana kenyataan itu sangat melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.



Katanya, Nizar dalam satu ceramah di Taman Desa Pakatan, dekat Pengkalan Isnin lalu, menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah meminta pemimpin tentera melakukan `sesuatu' sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.

"Nizar bukan sahaja celupar dan berbohong dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga mempraktikkan perkara sama di luar dengan mengeluarkan tuduhan yang berasas tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat dan negara ini.

"Beliau juga tidak berasa bersalah sebaliknya terus berbohong dan memperdaya rakyat bahawa BN akan melakukan rampasan kuasa jika tewas pilihanraya umum akan datang.

"Kenyataannya itu sangat serius dan kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Read more...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...