UMNO Online - “Ministers, Community Leaders Can Hold Their Own Aidilfitri Open House – Rahman Dahlan” plus 6 more

UMNO Online - “Ministers, Community Leaders Can Hold Their Own Aidilfitri Open House – Rahman Dahlan” plus 6 more

Link to UMNO Online

Ministers, Community Leaders Can Hold Their Own Aidilfitri Open House – Rahman Dahlan

Posted: 26 Jul 2014 12:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 26 – Only government-organised Aidilfitri open house are cancelled in view of the crash of the Malaysia Airlines (MAS) Flight MH17 in Ukraine on July 17, Urban Well-being, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan said today.

He said Cabinet ministers and community leaders could hold their own open house in their respective constituencies or areas.

“However, they should not organise excessive entertainment. We are still in mourning over the incident,” he told reporters after a ‘gotong royong’ and handing over of a canopy by the Urban Affairs Secretariat at the Batu Tiga Cemetery in Jalan Ipoh here.

About 100 canopies were donated to 19 cemeteries in the city to ensure the comfort of visitors during burial ceremonies and visits to the graves.

The Prime Minister’s Office, in a statement last Thursday, said the Cabinet had agreed to call off the Aidilfitri open house hosted by ministers as a mark of respect for the passengers and crew of the crashed MAS aircraft.

The Cabinet also agreed to cancel the national Aidilfitri open house organised by the Tourism and Culture Ministry scheduled to be held in Rembau, Negeri Sembilan.

The statement said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the Cabinet ministers would have an audience with the Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, on the first day of Aidilfitri before attending prayers at the National Mosque.

The MAS Flight MH17, carrying 298 passengers and crew, among whom 43 were Malaysians, crashed in troubled eastern Ukraine. It is believed that the plane was shot down.

Mayat Warga Malaysia Nahas MH17 Dijangka Tiba Bulan Depan

Posted: 26 Jul 2014 12:52 AM PDT

SEPANG, 26 Julai – Mayat warganegara Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine, Khamis lepas dijangka tiba di negara ini seawal-awalnya dua atau tiga minggu lagi.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata, ini kerana terdapat mayat berada dalam keadaan tidak sempurna.

“Saya kira dua tiga minggu lagi baru kita boleh terima jenazah kembali,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dari Kiev, Ukraine, di sini hari ini.

Mohd Sakri merupakan antara 65 anggota pasukan Malaysia yang kembali ke tanah air daripada jumlah keseluruhan 116 orang yang dihantar ke Ukraine pada 18 Julai lepas bagi membantu siasatan terhadap nahas itu.

Penerbangan MH17 membawa 298 orang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, Timur Ukraine Khamis lepas.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh tetapi setakat ini tidak ada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.

Semasa menjawab satu soalan sekiranya ada mayat yang sempurna dan boleh dihantar pulang terlebih dahulu, Mohd Sakri berkata, setakat ini pasukannya mendapati tidak ada satu pun mayat yang berada dalam keadaan sempurna.

“Setakat ini tidak ada mayat yang sempurna…Harus diingat kemalangan (itu) berlaku pada aras 35,000 kaki,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sejumlah 12 anggota penyiasat Malaysia masih berada di Kharkiv, Ukraine bagi membantu proses penyiasatan dan menguruskan baki mayat.

“Anggota Pasukan Perubatan Forensik Malaysia masih ada seramai 12 orang di Kharkiv bagi membantu menjalankan satu lagi proses Mengenal Pasti Mangsa Bencana (DVI),” katanya.

Diminta mengulas pengalaman beliau ketika berurusan dengan ketua pemisah Alexander Borodai, Mohd Sakri berkata, beliau bersyukur kerana pasukan Malaysia mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kumpulan itu.

Beliau berkata, rundingan itu berjalan dengan amat baik sehinggakan kumpulan pemisah itu sanggup menerima tanpa syarat permintaan Malaysia iaitu mendapatkan kembali kotak hitam MH17, mengeluarkan kembali mayat anak kapal dan penumpang, serta akses penuh kepada lokasi kejadian.

“Memang saya (ada) bercakap dan berunding dengannya (Borodai), dan saya meminta mayat bersama dengan harta mereka diberikan kepada kita, yang kedua, kotak hitam diberi kepada kita sebab kita tuan punya pesawat, dan ketiga dari segi siasatan ke tempat kejadian. Dan dia beri kebenaran kepada kita untuk akses kejadian.

“Dia kata ok, boleh beri kerjasama tanpa syarat, dan diberikan kepada kita malam itu juga. (Jadi) saya sampai petang, malam itu (juga) kita dapat dan keluarkan dari kawasan pergolakan,” katanya.

Mohd Sakri turut memuji pendekatan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu lebih mementingkan kaedah berdiplomasi bagi memastikan kepentingan negara dapat didahulukan.

“Pendekatan ini yang dibuat oleh Perdana Menteri, saya melihat ia lebih berkesan dari segi konteks, kefahaman, dan penerimaan. Jadi saya rasa beliau (Najib) berjaya memainkan peranan penting dalam isu ini,” katanya.

Walaupun terdapat desakan pihak tertentu agar Malaysia lebih berkeras dalam hal ini, Mohd Sakri berkata, sekiranya itu berlaku, kemungkinan besar tidak akan berlaku sebarang rundingan pun yang boleh memihak kepada negara.

Agong Ziarah Waris Mangsa MH17

Posted: 26 Jul 2014 12:47 AM PDT

PUTRAJAYA, 26 Julai – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini mencemar duli menziarahi keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Hotel Marriot di sini.

Suasana pilu menyelubungi suasana sepanjang 45 minit baginda berdua meluangkan masa bertemu dengan waris mangsa untuk bertanya khabar serta menyampaikan ucapan takziah.

Pertemuan itu melibatkan 100 orang daripada 30 keluarga penumpang dan juga kru pesawat tersebut.

Terdahulu Seri Paduka Baginda berdua mendengar taklimat mengenai nahas Penerbangan MH17 itu yang disampaikan oleh Pengarah Perkhidmatan Pelanggan MAS Datuk Mohd Salleh Tabrani.

Sementara itu jurucakap MAS memberitahu kebanyakan keluarga terbabit akan pulang ke rumah masing-masing sempena Aidilfitri manakala yang lain dijangka terus menetap di hotel tersebut bagi menunggu perkembangan terkini.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200 bersama 298 penumpang dan anak kapal terhempas, dipercayai akibat ditembak, di Donetsk, timur Ukraine, Khamis lepas.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Tiada Alasan Syarie Untuk Mewajarkan Penukaran MB Selangor – Dewan Ulama Pas Pusat

Posted: 26 Jul 2014 12:45 AM PDT

KOTA BAHARU, 26 Julai – Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob berkata dewan itu telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Khalid sejak pelantikannya sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Begitu juga sejak beliau mula menjadi menteri besar pada 2008 sehingga kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata dewan tersebut menegaskan bahawa masalah mengekalkan jawatan Abdul Khalid lebih kuat berbanding keperluan menukar dengan menteri besar baharu.

Sebarang usaha menukar menteri besar Selangor tanpa persetujuan bersama PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan, katanya.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Sambil menyokong pendirian Abdul Hadi itu, Ahmad menyeru semua anggota PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian presiden PAS itu tambahan pula presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Aidilfitri Kukuhkan Perpaduan Ketika Negara Diselubungi Kesedihan – Mah Siew Keong

Posted: 26 Jul 2014 12:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Aidilfitri tahun ini dilihat dapat mengukuhkan lagi persaudaraan dan perpaduan kaum ketika negara sedang diselubungi kesedihan berikutan beberapa peristiwa hitam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata rakyat Malaysia perlu terus tabah dan memperjuangkan konsep itu bukan sahaja demi negara ini, tetapi juga untuk manusia sejagat.

“Tanggungjawab untuk membangunkan Malaysia terletak di bahu kita semua. Sikap sinis dan negatif tidak mempunyai tempat dalam masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mah selaku Presiden Gerakan juga mewakili parti itu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat Islam di Malaysia dan berharap sambutan pada tahun ini membawa makna yang lebih istimewa kepada mereka.

Berhati-Hati Semasa Pulang Berhari Raya Di Kampung – Najib

Posted: 26 Jul 2014 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai berhati-hati ketika memandu pulang berhari raya di kampong masing-masing.

“Hati-hatilah ketika memandu pulang ke kampung masing-masing. Ambil kesempatan ini untuk luangkan masa bersama yang tersayang,” kata Perdana Menteri dalam laman twitternya hari ini.

Puluhan ribu warga kota meninggalkan bandar raya ini sejak semalam dengan memenuhi segenap lebuh raya dan jalan persekutuan untuk pulang berhari raya bersama keluarga.

Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri ialah pada petang esok bersamaan 29 Ramadan.

Pemimpin Akar Umbi Digesa Pertingkat Kerjasama Dengan Kerajaan

Posted: 25 Jul 2014 09:22 PM PDT

LAHAD DATU, 26 Julai – Pemimpin akar umbi terutama di kawasan luar bandar, digesa mempertingkat kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan rakyat di kawasan masing-masing dapat menikmati pembangunan secara berterusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata kerjasama itu amat penting terutama dalam menyalurkan maklumat kepada kerajaan mengenai masalah rakyat, khususnya infrastruktur.

“Kerajaan sentiasa menumpukan pembangunan luar bandar, tetapi ini memerlukan kerjasama erat daripada masyarakat setempat dalam menyuarakan kehendak pembangunan di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam berbuka puasa bersama penduduk Kampung Segama, Batu 8, di Masjid Nurul Ulum, di sini malam tadi.

“Pembangunan bukan hanya air, elektrik, jalan raya tetapi merangkumi pelbagai perkara termasuk pembangunan modal insan, sosial dan apa sahaja yang
boleh membantu negara melahirkan bijak pandai dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Nancy turut menyampaikan sumbangan wang tunai untuk
dua buah masjid iaitu Masjid Kampung Segama, Batu 8 dan Masjid Kampung Kokos,
Lahad Datu.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...