UMNO Online - “Najib Conveys Condolences To Gareth Huntley’s Family” plus 7 more

UMNO Online - “Najib Conveys Condolences To Gareth Huntley’s Family” plus 7 more

Link to UMNO Online

Najib Conveys Condolences To Gareth Huntley’s Family

Posted: 07 Jun 2014 12:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 7 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has extended his condolences to the family of Gareth David Huntley.

The 34-year-old Briton was reported missing on Tioman island on May 27. The body of the volunteer at the Kampung Juara Turtle Conservation Centre was found last Wednesday.

“Our thoughts and prayers are with Gareth Huntley,his family and friends at this tragic time,” the prime minister tweeted.

Earlier today, Pahang police chief Datuk Sharifuddin Ab Ghani confirmed that the body of a man found in Sungai Mentawak, near the Lagoon Chalet at Kampung Juara, was that of Huntley.

This was based on positive DNA test results involving a blood sample from Huntley’s mother, Janet Southwell, and a specimen taken from the body. Southwell flew to Malaysia while search efforts for her son were underway.-MediaUMNO

Saman Malaysiakini Hak Asasi Najib – Rais

Posted: 07 Jun 2014 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun -Tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini dan dua pengarangnya adalah satu langkah yang dituntut dalam menjamin hak asasi manusia presiden Umno itu, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

COMMONWEALTH-POLITICS-PAKISTAN

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata  sebagai seorang yang bermaruah dan merasakan dirinya telah dimalukan dengan sangkaan jahat, Najib, yang juga perdana menteri, tentu sekali mahu namanya dan nama partinya dibersihkan.

Venue (tempat) terbaik dan paling sesuai untuk berbuat demikian ialah mahkamah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Mengambil tindakan mahkamah lantaran teraniaya, difitnah, ditipu dan sebagainya adalah satu langkah yang dituntut di sisi hak asasi manusia,” tegas Rais.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong hari ini yang menggesa Najib dan Umno membatalkan saman fitnah itu.

Rais berkata kenyataan itu secara jelas menunjukkan badan berkenaan sudah turun padang bermain politik, dan seolah-olah tidak lagi mengambil kira hak asasi manusia seseorang yang mahu mendapatkan keadilan di mahkamah.

“Apakah Majlis Peguam sudah lupa undang-undang yang mereka sendiri dakwa hendak ditegakkan? Kini terbukti peranannya sebagai pengamal politik murahan,” katanya.

Pada 30 Mei, Najib selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua pengarang dan ketua editor laman web portal Malaysiakini menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Steven Gan dan Ketua Editor Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’.

Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.-MediaUMNO

najib-umno-saman-portal-mkini-malaysiakini-portal-pembangkang-fitnah-kes-mahkamah-peguam-terengganu-bn

pejabat-portal-pembangkang-mkini-malaysiakini-fitnah-saman-rasis-diskriminasi-bias-anwar-pakatan

Kerajaan Lulus 1,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Kota Belud – Abdul Rahman

Posted: 07 Jun 2014 06:45 AM PDT

rahman-2

KOTA BELUD, 7 Jun – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM180 juta untuk membina 1,000 rumah mampu milik di Kota Belud tahun ini.

Anggota Parlimen Kota Belud itu berkata projek yang menyasarkan golongan berpendapatan bulanan bawah RM2,000 tersebut dijangka dilaksana dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi.

“Di bawah projek ini, kerajaan akan membina unit-unit rumah yang berharga RM150,000 hingga RM180,000 seunit. Kalau unit-unit rumah ini dijual kepada rakyat, ia akan dijual pada harga  RM42,000 di Sabah,” katanya hari ini.

Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pesta Kaamatan peringkat Mukim Timbang di Rumah Kebudayaan  Tobilung dekat sini yang dihadiri kira-kira 500 penduduk etnik Tobilung serta etnik dan suku kaum lain di mukim  berkenaan.

Menurut Abdul Rahman daripada jumlah itu, 900 unit akan dibina di Kampung Pirasan manakala 100 lagi berdekatan Sekolah Menengah Agama Tun Said.

Katanya projek dijangka siap dalam tempoh dua dan dua tahun setengah.

Selain itu, Abdul Rahman berkata Kementerian Pendidikan juga bersetuju untuk membina sebuah kolej komuniti di Kota Belud bagi memberi peluang pendidikan kepada golongan muda di kawasan berkenaan.

Mengenai Pusat Industri Gas dan Minyak di Kuala Abai, Abdul Rahman berkata kawasan seluas 24 hektar sudah disediakan untuk projek tersebut.

Jika semua berjalan lancar, projek itu akan menyediakan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk setempat, katanya.-MediaUMNO

Enakmen Baharu Mesti Selari Dengan Prinsip Perlembagaan Persekutuan – Najib

Posted: 07 Jun 2014 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan pembentangan satu enakmen baharu bagi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mestilah membawa kebaikan, manfaat dan melindungi kepentingan semua terutama rakyat.

Perdana menteri berkata enakmen itu juga mestilah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat sistem raja berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta amalan demokrasi negara ini.

Najib berkata beliau telah menegaskan perkara itu kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin setelah dimaklumkan oleh menteri besar Johor itu mengenai cadangan kerajaan negeri untuk membentangkan enakmen berkenaan.

“Menteri besar menjelaskan bahawa enakmen itu konsisten dengan peruntukan perlembagaan. Beliau juga akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan lembaga tersebut,” kata perdana menteri dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Najib berkata Mohamed Khaled juga akan memastikan bahawa enakmen itu akan mencapai matlamatnya, antaranya, untuk mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor.

Kerajaan negeri Johor sebelum ini dilapor akan membentangkan rang undang-undang untuk menubuhkan lembaga berkenaan Isnin ini yang, jika diluluskan, akan menyaksikan pembabitan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Hasrat kerajaan negeri itu menimbulkan tanda tanya dan mendapat pelbagai reaksi termasuk tentangan sesetengah pihak.-MediaUMNO

Bank Muamalat Launches New Financial Package For SMES

Posted: 07 Jun 2014 12:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 7 – Bank Muamalat will provide RM200 million in new financing to small and medium enterprises (SMEs) by next year under its newly-launched package called Muamalat BizStar-1 product.

The product is based on Islamic concept of ‘Tawarruq’ which was designed to cater for either financing or refinancing of business premises or to buy new premises.

Chief Executive Officer Dato Mohd RedzaShah Abdul Wahid, in launching the new package on Friday, said business premises financing products were the most popular with the SMEs having grown from RM87.1 billion in 2003 to RM217.2 billion in 2012.

Among the key features of the new package were to provide financing for purchase of business premises and working capital.

The financing offered is limited between RM150,000 and RM5 million.

Bank Muamalat, a leading Islamic Bank established since 1999, offers many other services to cater for both individual and institutional needs.-MediaUMNO

Golongan Pelampau : Penduduk Sarawak Sokong Pendirian Tegas Ketua Menteri

Posted: 06 Jun 2014 11:56 PM PDT

Manyin-p1

KUCHING, 7 Jun -Penduduk Sarawak menyokong penuh pendirian tegas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

“Bagi saya, penduduk Sarawak menyambut baik keputusan itu sebab pembangkang turut mengalu-alukannya. Kita tidak mahu pentaksub agama dan golongan pelampau merosakkan persekitaran aman damai yang kita nikmati sejak beratus-ratus tahun lamanya.

“Kita hidup dengan aman damai di Sarawak dan kenapa kita mesti minta orang lain datang dan merosakkan persekitaran yang tenang ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Menyentuh tentang 100 hari Adenan memegang jawatan, Manyin yang juga ketua penasihat DBNA, berkata beliau mendapati Adenan sememangnya mempunyai kebijaksanaan untuk menerajui negeri ini.

“Memanglah Tun Abdul Taib Mahmud sebagai ketua menteri selama 33 tahun mempunyai kebijaksaan dan pengalaman namun begitu Adenan menjalankan tugasnya dengan baik sejak 100 hari lepas selaku ketua menteri kita,” katanya.-MediaUMNO

Kerajaan Pergiat Permohonan Tambah Kuota Haji Tahun Ini – Jamil Khir

Posted: 06 Jun 2014 11:51 PM PDT

Lembaga-Tabung-Haji-Malaysia-CEO

YAN, 7 Jun – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan tambahan kuota untuk musim haji tahun ini bagi membolehkan lebih ramai menunaikan ibadah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha itu perlu dilakukan berterusan kerana sebelum ini, kerajaan Arab Saudi pernah memberi kuota tambahan, seminggu sebelum jemaah haji bertolak ke tanah suci dan ketika hampir penghujung jemaah sepatutnya bertolak.

Katanya kerajaan akan sentiasa mempergiat usaha seperti itu agar pihak Arab Saudi dapat mempertimbangkan permintaan untuk mendapatkan kuota tambahan.

jamil-khir

“Kuota haji ini tak ada tarikh yang ditetapkan. Jumlah jemaah yang masuk untuk buat haji tak tepat (tidak menentu). Kalau ada kosong pastinya Arab Saudi akan beri kepada kita,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 24 keluarga yang terlibat dalam banjir Rabu lepas di Sungai Ibor di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat senarai jemaah menunggu membolehkan mereka dipilih untuk mengerjakan haji sekiranya kuota tambahan diluluskan walaupun pada saat-saat akhir.

Jamil Khir berkata jemaah yang berumur 75 tahun ke atas akan diberi keutamaan oleh Tabung Haji dalam soal pemilihan jemaah haji.

Beliau berkata sehingga Mei lepas kira-kira 1.5 juta orang mendaftar untuk mengerjakan haji dengan sebahagian besar terdiri daripada golongan muda dan kanak-kanak.

Katanya senarai jemaah menunggu bertambah dengan jumlah kuota yang terbatas menyebabkan ia mengambil masa hampir 50 tahun sebelum tiba giliran masing-masing.

Sejak 2009 kerajaan Arab Saudi memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah negara ini untuk menunaikan haji dan telah dikurangkan 20 peratus sejak tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan di Masjidil Haram.

Pengurangan itu menjadikan jumlah terkini jemaah Malaysia sebanyak 22,320 orang.-MediaUMNO

Kerajaan Komited Pikul Tanggungjawab Sebagai Kerajaan Beramanah, Berakauntabiliti -Najib

Posted: 06 Jun 2014 11:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  hari ini berkata kerajaan akan terus komited dalam memikul tanggungjawab sebagai kerajaan yang beramanah dan berakauntabiliti.

Beliau berkata kejayaan negara selama ini bukanlah dicapai dengan mudah, dan kerana itu ia harus dijaga dan dipelihara sebaik mungkin bagi memastikan ia tidak disia-siakan.

“Sememangnya pun, kejayaan kita selama puluhan tahun ini bukannya datang melayang-layang. Tidak juga tiba bergolek-golek antara kemilau senja dan terbitnya mentari pagi. Jika ia tidak dijaga, segalanya akan pergi sepantas kilat.

“Sebab itulah, Kerajaan Tuanku tidak akan sesekali membiarkan negara yang dibina dengan keringat dan jerih payah ini daripada dirosakkan oleh badai kepunahan, angkara mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika menyampaikan ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu.

Najib berkata pentadbiran dan jentera kerajaan akan dipastikan berurusan secara muafakat, ganding-berganding, saling bahu membahu dan bukannya bekerja dalam 'silo' atau lohong masing-masing.

“Barulah dapat melayakkan negara ini kekal bertransformasi menuju gapura kemakmuran,” katanya.

Menjelang sambutan ulang tahun ke-57 kemerdekaan negara, Perdana Menteri berkata, Malaysia hari ini bukanlah seperti sebelum ini kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi baik dari segi demografi, penzahiran dunia tanpa sempadan mahupun pelbagai peristiwa yang menggugat keharmonian negara.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia bertuah kerana terus aman dan harmoni, tetapi pada masa sama, demi perpaduan, kestabilan dan kepentingan ramai, rakyat negara ini perlu bersatu dan berpadu menolak sebarang bentuk kemelampauan yang mampu memecah-belahkan kesatuan sedia terjalin.

Bahkan, kata Najib, sebarang usaha kerajaan akan terus memustahakkan pendekatan pembangunan secara inklusif sama ada di bandar mahupun luar bandar, berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan bagi membolehkan semua masyarakat di Malaysia mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan Negara.

Menyembah maklum pembangunan semasa negara, Perdana Menteri antara lain menyentuh berkenaan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 yang telah mencapai kejayaan 104 peratus daripada sasaran keseluruhan negara pada 2013.

Najib turut memaklumkan bahawa negara turut mencatat rekod baharu bagi jumlah pelaburan langsung asing yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA sebanyak RM216.5 bilion tahun lepas.

“Terbukti, ini satu pencapaian yang memberangsangkan meskipun dalam persekitaran luaran yang mencabar. Berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mantap, dengan izin Tuhan, kadar inflasi kekal berada tahap rendah iaitu sebanyak 3.5 peratus dan kadar pengangguran pula hanyalah sekitar 3.1 peratus,” katanya.

Turut dimaklumkan kepada Seri Paduka Baginda ialah berkenaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, yang telahpun mula beroperasi pada 2 Mei, dan projek Mass Rapid Transit (MRT) sebagai satu Projek Penggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara yang mensasarkan 50 peratus penggunaan pengangkutan awam di Greater Kuala Lumpur Lembah Klang akan dicapai.

Dalam sektor pelancongan, Tahun Melawat Malaysia 2014, setakat Mac 2014 telah menarik 7.1 juta pelancong, berbanding 6.4 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 10 peratus bagi jangka masa tersebut, kata Najib.

Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula April tahun depan turut disentuh perdana menteri dengan memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah mempergiatkan usaha-usaha penerangan bagi memberi kefahaman yang betul kepada semua pihak tentang sistem percukaian itu.

Menyentuh pencapaian ekonomi negara, Najib berkata secara keseluruhan kedudukan ekonomi berkembang baik dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama tahun ini meningkat 6.2 peratus, walaupun realitinya negara turut terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Terkini pula, Malaysia berjaya menduduki tangga ke-12 sebagai negara paling berdaya saing di dunia, berbanding tempat ke-15 pada tahun lepas, kata Najib.

Perdana Menteri dalam ucapannya turut melafazkan komitmen kerajaan untuk berusaha gigih menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam progresif yang makmur lagi dinamik, berteraskan Maqasid Syariah dengan pendekatan kesederhanaan atau wasatiyyah.

Di peringkat serantau, kata Najib, selepas diberi penghormatan dalam memainkan peranan selaku negara pengantara bagi Perjanjian Damai Bangsamoro di antara Barisan Pembebasan Islam Moro atau MILF dengan Kerajaan Filipina, yang telah ditandatangan pada 27 Mac 2014, untuk menamatkan konflik berdarah selama berdekad-dekad, Malaysia pada tahun hadapan akan berperanan lebih aktif di sebelah Asia Tenggara ini, apabila Malaysia mempengerusikan Asean.

Menyentuh mengenai kunjungan rasmi Presiden Amerika Syarikat, April lepas, Perdana Menteri berkata kerajaan amat berbangga kerana dapat mempamerkan sebuah kontemporari Malaysia yang maju dan berwarna-warni.

“Barack Obama berasa teruja dan banyak memuji Malaysia, antaranya, beliau melihat kita sebagai sebuah negara Islam moden yang progresif. Turut dinyatakan, betapa pesat dan berdramatiknya Malaysia telah membangun dalam arus transformasi,” sembah perdana menteri.

Mengenai lawatan rasmi beliau ke China meraikan 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China, Najib menyifatkannya sebagai satu kunjungan yang berjaya.

“Perdana Menteri China Li Keqiang, telah menyebut bahawa hubungan Kuala Lumpur-Beijing adalah istimewa dan akan sentiasa diberi keutamaan. Malah, hubungan antara Malaysia-China sedang diangkat sebagai satu Perkongsian Strategik yang Komprehensif,” katanya.

Terdahulu di dalam ucapannya, Najib turut mengambil kesempatan merakamkan takziah dan rasa dukacita serta meminta sidang hadirin untuk bertafakur dan menghadiahkan al-Fatihah di atas kemangkatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada 21 Mei dan kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lepas.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...