Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Kisah @NajibRazak Saman MalaysiaKini Writ Lengkap Di Pamerkan! @Mkini

Posted: 07 Jun 2014 06:12 AM PDT



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel berunsur fitnah bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu'.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mei lalu oleh Najib atas kapasiti peribadi beliau dan dinamakan sebagai plaintif kedua sementara Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi pihak UMNO bertindak sebagai plaintif pertama.

Mereka menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd.; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dokumen mengenai saman tersebut yang difailkan melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diterima oleh pihak media hari ini.

Pengurusan kes tersebut buat kali pertama dijadualkan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah pada 18 Jun ini.

Di bawah ialah dokumen lengkap writ saman dan penyataan tuntutan DS Najib Razak kepada portal pro-pembangkang, MalaysiaKini

1. Writ Saman














2. Penyataan Tuntutan

















\




Untuk artikel kes saman ini : KLIK SINI

INFO!! Kifarah Allah Pada Hambanya yang Zalim!! #InfoIslam

Posted: 07 Jun 2014 02:15 AM PDT


Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat. Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau.

Dia terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi. Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita.

Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada. Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun.

Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah SWT.

HOT!! Dr. Asri Kata Babi Jadi Halal Bila Di Proses? #CadburyHalal @CadburyMY

Posted: 06 Jun 2014 08:53 PM PDT


Mc agak sangsi dengan pandangan Dr Asri tentang DNA babi ni. Bukan tak percaya, tapi sebagai orang Kedah, Mc kenal sangat dengan pegangan Dr Asri dari dulu lagi.

Baca apa yang beliau kata,

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidn menyifatkan isu DNA babi dalam coklat Cadburry yang menjadi polemik baru-baru adalah merupakan satu isu kecil dan tidak perlu diperbesarkan. 
Asri ketika dihubungi wartawan Suara TV sebentar tadi berkata ilmuwan Islam berbeza pandangan berhubung perkara ini ada yang mengatakan ianya haram dan ada mengatakan ia halal dimakan. 
"Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram tapi tidak terbukti maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal. 
"Sebagai contoh ada ilmuwan Islam mengatakan baja yang mengandungi unsur babi dan digunakan untuk menyuburkan tanaman tidak di anggap sebagai haram kerana telah berubah sifat daripada binatang tersebut" katanya.


Menurutnya lagi DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain. 
"Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya. 
"DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal.
"Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal" ujarnya lagi.

Walaupun beliau kata sumber rujukan beliau ialah Ulamak besar Dr Yusuf-Qaradawi. Namun Mc masih sangsi dengan pendapat demikian.

Malah dalam Islam, jika kita sangsi, ianya akan jadi haram. Soo.. takyah la makan kalau benda tu ada DNA babi.


McTheory:
Nak ka darah korang dicemari dengan DNA babi?

HOT!! Nik Amar pun setuju Cina #Dap Rasis Tahap Karat!!

Posted: 06 Jun 2014 06:12 PM PDT


Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata bantahan pengundi Cina terhadap tindakan DAP meletakkan calon Melayu menjadi antara punca kekalahan DAP di Teluk Intan.

"Pengundi Cina tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan DAP. Masyarakat Cina nak calon Cina jugak. Mereka letak calon Melayu yang bukan tempat asal dia. Saya melihat dari sudut itulah dan saya ingin menasihatkan DAP supaya jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain," katanya.

Semua orang tau, Dap rasis karat gila. Guna berus besi pun belum tentu hilang karat rasis dia tu. Dap tengok melayu ni macam bangla saja. Mana respek pun. Tunggu kita ralit sikit saja, pakai habis la negara ni jadi depa punya.

Melayu yang ada dalam Dap tu semua plastik. Patung plastik yang digerakan untuk menjahanamkan melayu.

Melayu dok bodoh-bodoh ni pun, pi la sokong sorak. Jangan sampai nanti, menang sorak, kampung tergadai.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...