UMNO Online - “Bersatu Pertahan Keunikan Perpaduan, Berkongsi Rahmat Di Tanah Air – Agong” plus 5 more

UMNO Online - “Bersatu Pertahan Keunikan Perpaduan, Berkongsi Rahmat Di Tanah Air – Agong” plus 5 more

Link to UMNO Online

Bersatu Pertahan Keunikan Perpaduan, Berkongsi Rahmat Di Tanah Air – Agong

Posted: 06 Jun 2014 07:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah mahu melihat rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, berkongsi rahmat dan tanggungjawab terhadap tanah air yang berdaulat kerana ia merupakan keunikan dan sumber kekuatan negara.

Seri Paduka juga mahu rakyat mengamalkan sikap toleransi dan saling hormat menghormati bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan Malaysia.

“Sesungguhnya Malaysia adalah satu-satunya negara kita, harta yang paling berharga, lambang maruah dan kehormatan bersama,” titah Tuanku Abdul Halim sempena hari ulang tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka yang disiarkan radio dan televisyen malam ini.

“Kita telah sama-sama buktikan bahawa rakyat pelbagai bangsa, agama, budaya dan gaya hidup dapat hidup bersama dalam keadaan aman harmoni dan saling menghormati,” titah Tuanku Abdul Halim.

Seri Paduka seterusnya mahu rakyat sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang dikecapi kerana sikap sedemikian amat penting bagi menghalang mereka daripada melakukan sesuatu yang hanya akan mengundang bencana.

Kepada generasi muda negara, Yang di-Pertuan Agong menasihatkan mereka supaya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.

“Apa yang telah kerajaan lakukan hari ini akan diwariskan kepada anda semua untuk meneruskan perjuangan pada masa akan datang,” titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim bangga dengan usaha kerajaan dalam memastikan rakyat diberi peluang saksama dalam mendapatkan perkhidmatan yang disediakan kerajaan dalam bidang pendidikan, ekonomi, perumahan dan kesihatan.

Titah Seri Paduka, usaha kerajaan mengagihkan kekayaan negara adalah selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan.

“Justeru, Beta berharap rakyat terus memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan untuk terus membela nasib rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina atau daerah,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong bertitah mereka yang daif dan tidak berupaya tidak dipinggirkan kerana pelbagai program disediakan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

“Beta sukacita Agenda Transformasi Negara sudah mula membuahkan hasil dan yakin ia akan membawa kemajuan dan kemakmuran yang mampan kepada rakyat dan negara dalam jangka panjang,” titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim percaya dengan sokongan padu dan kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat, negara akan terus melakar pelbagai kejayaan pada masa depan.

Dalam titahnya, Tuanku Abdul Halim menyentuh perlunya dilipatgandakan  aktiviti penyelidikan terutama dalam bidang sains dan teknologi demi mencapai matlamat Malaysia menjadi negara industri yang maju dan berpendapatan tinggi setanding dengan negara maju lain di dunia.

Selain itu, Seri Paduka bertitah mengingatkan rakyat supaya melengkapkan diri untuk menghadapi perubahan kesan perkembangan globalisasi dan liberalisasi  serta kemajuan teknologi.

Yang di-Pertuan Agong mengambil kesempatan itu untuk bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan seluruh rakyat Malaysia menghulurkan salam takziah kepada kerabat diraja Perak khasnya dan rakyat Perak amnya di atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lalu.

“Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” titah Seri Paduka sambil berdoa supaya kerabat diraja Perak diberi ketenangan, ketabahan dan kekuatan serta reda dalam menghadapi ujian itu.

Seri Paduka berdua turut berdoa supaya anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu diberi kekuatan dalam menghadapi situasi sukar itu.

“Sesungguhnya Beta amat menghargai dan berterima kasih atas usaha yang dilakukan oleh semua pihak baik dari dalam atau luar negara dalam operasi mencari pesawat MH370,” titah Seri Paduka.-MediaUMNO

MB Holds Executive Powers Of Proposed Housing Board, Says Johor MB

Posted: 06 Jun 2014 07:54 AM PDT

KULAIJAYA, June, 6 June – The involvement of Sultan Ibrahim of Johor in the proposed Johor Housing and Real Estate Board will not be an issue because the menteri besar holds the executive powers, Johor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said today.

He said the menteri besar was the automatic chairman and the sultan would act only on the advice of the menteri besar.

“Any decision on the state administration is still made by me because the executive powers rest with the menteri besar.

“The menteri besar will be the chairman of the board while the chairman of the housing and local government committee will be the deputy chairman,” he told reporters after launching the Johor Tourism Master Plan and ‘Explore Johor Fest’ 2014 exhibition at the Senai international airport here.

A news portal had reported that the Johor government would table a bill in the state legislative assembly on Monday to set up a housing and real estate board that gives wide powers to the sultan on housing matters.

The portal said it would be the first enactment of its kind to empower the sultan to appoint members of the board, supervise the accounts and dissolve the board.

Khaled said the establishment of the Johor Housing and Real Estate Board was similar to the setting up of the Johor Corporation (JCorp), with the menteri besar automatically becoming the chairman.

He said the move to set up the board was not something new because a similar approach was used to set up JCorp, previously known as the Johor State Economic Development Corporation (PKENJ).

“We are emulating the setting up of Johor Corporation (JCorp) and the enactment must be read with the Johor state constitution,” he said.-MediaUMNO

Salah Menyalah… Parti Pembangkang Saling Tak Jujur Dan Setia

Posted: 06 Jun 2014 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Sirlin menyifatkan tindakan DAP menyalahkan Pas ketika kekalahan mereka di Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini menunjukkan betapa Pakatan pembangkang kini sudah tidak lagi berpakat.

"Mereka melaung-laungkan mereka bersatu tetapi apabila mereka kalah dalam PRK yang lalu mereka menyalahkan rakan sekutu mereka.

Rosnah-Abdul-Rashid-Shirlin-Papar-Sabah-UMNO-BN

"Apatah lagi tindakan DAP menyalahkan Pas kerana dilihat sebagai punca kekalahan calon mereka kerana parti itu tetap bertegas mahu melaksanakan hukum hudud yang menyebabkan mereka hilang undi.

"Saya kira DAP merupakan parti yang sangat tidak setia kawan dan khianat, kerana Pas telah bersama-sama mereka sejak beberapa siri Pilihanraya, faktor hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas saya kira tidak menjadi punca kerana perkara tersebut bukan isu baru," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Papar.

Ujarnya, kenyataan DAP yang menyalahkan Pas kerana hudud juga menunjukkan mereka sebagai sebuah parti yang cukup rasis kerana mereka mengheret persoalan agama sebagai punca kekalahan mereka di Teluk Intan.

"Saya kira lebih baik Pas keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP sudah lagi tidak mahu berjuang dengan mereka.

"Lihat sahaja nanti selepas ini apa sahaja kegagalan pakatan pembangkang, pasti parti Pas akan dipersalahkan, dan hakikatnya DAP akan terus menyalahkan sesiapa saja jika mereka tidak dapat apa yang mereka mahu.

"Jika mereka kalah mereka akan salahkan SPR tidak betul, parti sekutu mereka yang salah. Saya amat berharap masyarakat dapat melihat sikap buruk DAP ini," tambahnya lagi. -MediaUMNO

gobind-singh-deo-karpal-dap-kalah-teluk-intan-kerana-hudud-islam-melayu

parti-rasis-cauvinis-cina-guan-eng-salahkan-pengundi-kalah-teluk-intan

GST Ke Atas Petrol dan Diesel Belum Diputuskan – Ahmad Maslan

Posted: 06 Jun 2014 02:58 AM PDT

PUTRAJAYA, 6 Jun – Kerajaan belum memutuskan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, demikian kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kemungkinan perkara itu akan diputuskan apabila kerajaan mengumumkan mekanisma baharu rasionalisasi subsidi bahan api tidak lama lagi.

Beliau berkata perkara itu itu perlu menunggu keputusan Kabinet yang juga kini sedang memperhalusi senarai 255 barangan yang mungkin dikecualikan atau dikenakan GST serta mekanisma rasionalisasi subsidi bahan api.

ahmad-maslan-penerangan-umno-bn-menteri-jpm-kewangan-pontian-johor

“Jadi saya tidak mahu cakap sama ada minyak akan ada GST atau tidak,” katanya pada sesi soal jawab di taklimat GST Media Sosial di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dilaporkan mendakwa harga bahan api itu akan naik selepas pengenalan GST pada April tahun depan.

“Itu hanya spekulasi, tetapi akan ada skim rasionalisasi subsidi bahan api untuk memastikan subsidi yang disalurkan hanya kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Ahmad meminta orang ramai mendapatkan maklumat tepat mengenai pelaksanaan GST dengan melayari laman web Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan  bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Dalam perkembangan lain, Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata parti itu masih menunggu jawapan daripada surat tunjuk sebab yang dihantar kepada Yammy Samat, Selasa lalu, kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini.

“Surat sudah dihantar…terpulang kepada dia dan bagaimana jika dia menjawab atau tidak menjawab kita akan pertimbang lagi kerana itu prosedur yang ada dalam Umno,” katanya.-MediaUMNO

Kerajaan Tidak Boleh Dipersalahkan Berkaitan Isu Halal-Haram – Dr. Asri

Posted: 06 Jun 2014 02:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat tidak boleh menyalahkan kerajaan berkaitan isu halal haram sepertimana  isu coklat Cadbury yang kini sedang menjadi topik hangat perbualan rakyat, khususnya umat Islam di negara ini.

Jelasnya, ramai orang Islam di negara ini lebih berfikir tentang perkara haram dahulu daripada halal. Cara berfikir seperti itu adalah salah dari segi kaedah hukum di dalam agama.

ceramah-agama-ugama-dr-maza-bekas-mufti-perlis-ustaz-mohd-asri-zainul-abidin

"Asal setiap perkara itu seperti makanan, pakaian, kebudayaan,  asasnya adalah halal sehingga ianya terbukti haram. Rahmat agama ini datang menjadikan semua benda ini halal kerana Allah telah mencipta semua benda untuk kita. Apa sahaja pada asalnya adalah halal sehingga kita buktikan ianya haram dengan adanya dalil. Khinzir terbukti haram maka ia haram.

"Tapi apa sahaja yang zahirnya halal maka kita kira halallah. Islam itu mudah. Jangan kita memperlihatkan Islam itu sebagai satu agama yang amat susah sehingga ianya memberi gambaran buruk kepada mereka yang bukan Islam, sedangkan hakikatnya tidak seperti itu," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah Dr. Asri, justeru itu rakyat tidak perlu berasa bimbang atau was-was apabila Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di mana ia sebagai sebuah badan yang diberi tanggungjawab terhadap semua pengesahan halal, telahpun mengesahkan sesuatu perkara itu halal.

"Rakyat tidak perlu bimbang tentang hal ini. Apabila Jakim sudah mengesahkan sesuatu benda itu halal, seumpamanya dalam isu Cadbury ini, maka umat Islam tidak perlu ragu-ragu tentang perkara itu lagi.  Cuma dalam hal ini,  perlu diingatkan juga  bahawa apa yang  tidak berikan cop halal oleh Jakim  pula, ianya belum tentu haram," jelasnya lagi.

Sila ikuti Wawancara Ekslusif UMNO-Online bersama Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di Youtube UMNO-Online.

Kompleks Usahawan Terengganu Berharga RM21.5 Juta Dibuka Isnin Ini

Posted: 06 Jun 2014 02:35 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 6 Jun – Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) berharga RM21.5 juta di Kampung Kubang Jela, Manir di sini, akan dibuka secara rasminya Isnin ini oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu A.Razak Sulaiman berkata sempena perasmian itu, YPU akan menganjurkan karnival jualan hasil usahawan, mulai Ahad hingga 14 Jun.

“Karnival itu turut menjual produk usahawan IKS Terengganu dan pasar tani oleh Fama sepanjang tempoh tersebut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

kompleks-usahawan-terengganu-baharu

Kompleks dua tingkat itu yang siap dibina pada akhir 2013, akan menjadi ikon pembangunan keusahawanan serta destinasi pelancongan negeri.

Satu bahagian dalam kompleks itu yang dikenali Kota Batik, akan memulakan operasi jualan Batik Terengganu asli oleh 18 usahawan batik yang membuka perniagaan mereka sehingga ini.

Usahawan Industri Teknologi Maklumat (ICT) pula ditempatkan tingkat satu yang dinamakan pasar ICT Terengganu.

A.Razak berkata Pasar raya The Store juga turut memeriahkan acara dengan membuat jualan promosi barang-barang pengguna di kompleks tersebut sepanjang  karnival berlangsung.

Beliau berkata  YPU juga meluluskan permohonan seorang usahawan tempatan untuk membuka sebuah pasar raya di lot perniagaan seluas 12,000 kaki persegi dalam kompleks itu.

“Pasar raya itu dijangka beroperasi dalam tempoh tiga bulan selepas kerja-kerja ubah suai disiapkan,” katanya.

Menurut A.Razak, sehingga kini sebanyak 25 syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Terengganu sudah pun mengesahkan penyertaan pada karnival itu.

“Sebanyak 12 syarikat usahawan IKS luar Terengganu juga mengesahkan pembabitan masing-masing,” katanya.

Agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Yayasan Tekun Nasional (Tekun), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan jabatan Veterinar juga akan membuka gerai keusahawanan bagi memeriahkan karnival tersebut.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...