Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Keluarga Hampir Maut di Telan Kepala Air Titi Hayun! #HanyaDiKedah

Posted: 06 Jun 2014 08:51 AM PDT

ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam arus deras di air terjun Titi Hayun, semalam.

Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun sedang mandi sebelum hujan lebat dan disusuli arus deras.

Seorang mangsa, Hayati Abdul Rahman, 42, dari Kuala Kedah berkata, dia datang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama keluarga sepupunya sempena cuti sekolah dengan membawa dua anak dan seorang cucu.

Katanya, sepupunya, Nor Zaini Zainal, 43, yang mengalami kecacatan pendengaran dan percakapan datang bersama suaminya dan juga tiga anak mereka yang juga berstatus OKU sama.

"Kami tiba di kawasan rekreasi ini jam 11.30 pagi dan selepas makan, kami mula mandi, tetapi secara tiba-tiba hujan lebat sehingga air mula naik, sekali gus berlaku arus deras.

Namun alhamdulillah semuanya selamat kerana tidak ada seorang pun ahli keluarga mereka yang mandi ketika itu.

Semua mangsa diselamatkan oleh pihak bomba untuk keluar dari air terjun berkenaan.

INFO!! Betui Ka Ekonomi Negeri #Kedah Tak Stabil?? #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir

Posted: 06 Jun 2014 07:34 AM PDT


Pertanyaan kat atas tu, ada dijelaskan kat bawah ni..

Dah lama tak posting cerita pasal Kedah. Sebab Mc banyak update tentang program negeri Kedah di page FB UMNO Kedah. Pada yang nak tau perkembangan negeri Kedah, program negeri, projek terbaru dan apa-apa saja berkenaan kerajaan dan UMNO Kedah. Boleh LIKE page UMNO Kedah noo..

Mc nak petik sikit komen Dato Seri MB Kedah mengenai pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negeri Kedah ada suku tahun ni.

Sambung baca kat bawah ni,

Kemasukan pelabur asing ke negeri Kedah diharap mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam suku pertama pada tahun ini iaitu sebanyak 6.2 peratus. 
Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, Negeri Kedah adalah antara negeri yang mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi. 
"Kita amat bergantung kepada pelaburan asing yang merupakan satu-satunya pegangan ekonomi negeri yang turut menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara," katanya pada majlis perhimpunan bulanan di Perkarangan Wisma Darul Aman.
Beliau menjelaskan, dengan kepesatan ekonomi negara yang terus berkembang maju, Kedah perlu mengorak langkah ke hadapan dengan merangka pelbagai strategi dalam usaha menjadikan Negeri Kedah terus berkembang maju. 
"Sebagai sebuah negeri yang aman dan makmur, kita perlu membuktikan bahawa kita boleh berjaya sepertimana negeri-negeri maju yang lain. Kita perlu merangka satu pengurusan yang lebih baik dalam usaha menjadikan Kedah sebagai hab ekonomi ke arah menarik pelabur asing untuk melabur di negeri ini," ujarnya. 
Tambahnya, banyak perancangan yang perlu dilakukan dalam usaha melonjakkan Negeri Kedah untuk menjadi antara negeri yang termaju di negara ini. 
Katanya, kerancakan ekonomi setempat dan prasarana kawasan perindustrian perlu dipertingkatkan dalam usaha menarik pelabur asing untuk datang ke negeri ini.

Nampaknya selaras dengan ekonomi Malaysia, Kedah pun turut mengikuti perkembangan ekonomi dengan baik. Suku tahun pertama sudah mendapat pelaburan RM4 Billion. Mc yakin, selepas satu tahun perancangan, kerajaan negeri Kedah akan melaksanakan apa yang dirancang secara berperingkat.

Soo.. kita sebagai rakyat Kedah kena la sokong, jangan ada yang berdengki dan mengadu domba saja. Kalau kita dah tak mampu nak tolong, jangan pulak kita jadi pengacau! Betul tak? he he..

Masalah sikit-sikit tu biasa laa.. sama-sama kita selesaikan.

Untuk update lebih cepat tentang negeri Kedah mai masuk page UMNO Kedah noo..

HOT!! Komen Ayahanda Tun Mahathir Tentang Isu 'Cadbury'!! @CadburyMY

Posted: 05 Jun 2014 11:40 PM PDT


Jawapan Tun Dr Mahathir mengenai isu DNA babi dalam cokelat keluaran Cadbury.

JAKIM bertanggungjawab mengeluarkan sijil Halal dan mereka mempunyai makmal ujikaji mereka sendiri. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun mempunyai makmal yang berkeupayaan sama tapi mereka tidak boleh mengeluarkan sijil Halal. Kekeliruan akan berlaku sekiranya KKM cuba membicarakan urusan Halal ni.

Betul kata Ayahanda Tun Dr M tu.. sepatutnya KKM perlu berbincang atau merujuk JAKIM terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Ini tidak, segala-galanya dibuat dengan gopoh dan tergesa-gesa seolah-olah ada sesuatu yang tak kena.

Kalau KKM mengikut skop kerja, dah tentu ianya takkan keliru. Malah perkara takkan terjadi. Hampeh betui la KKM ni.


HOT!! Misteri 3 Menteri Bakal di Singkir Sudah Terjawab??

Posted: 05 Jun 2014 06:12 PM PDT


Sekurang-kurangnya tiga menteri dilaporkan akan meninggalkan Kabinet berikutan rombakan yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Tiga menteri tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Portal Malaysian Digest memetik sumber pejabat Perdana Menteri sebagai berkata, rombakan Kabinet yang bakal menyaksikan penyingkiran menteri terbabit mempunyai kaitan dengan prestasi masing-masing.

"Mereka ini adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Kabinet kerana dilihat tidak dapat mengekang isu-isu melibatkan kementerian masing-masing dan meninggalkan segala-gala (untuk diuruskan) kepada Perdana Menteri.

"Perdana Menteri menerima pelbagai kesan ekoran ketidakcekapan menteri-menteri Kabinet," kata sumber tersebut.

Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila rombakan tersebut akan dilakukan, sebaliknya sekadar memberitahu "ia akan berlaku tidak lama lagi."

Namun, rombakan tersebut mempunyai kaitan dengan kepimpinan baru MCA yang memungkinkan mereka akan menerima semula jawatan Kabinet termasuk Kementerian Pengangkutan.

Sumber itu turut membayangkan akan berlaku pertukaran porftolio dalam kalangan menteri.

"Apabila berlaku pertukaran portfolio tiga kabinet (yang dikosongkan), portfolio yang lain juga mungkin akan berubah, " katanya.

Kementerian Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan menjadi antara tumpuan di tengah-tengah keresahan umum berikutan kenaikan kos sara hidup selain menerima tekanan kerana didakwa gagal menangani persepsi yang timbul berhubung isu itu.

Jamil Khir yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pula menerima kritikan keras bukan sahaja dari dalam kerajaan, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana dilihat terlalu pasif dalam isu kalimah Allah dan penyebaran fahaman Syiah.

Tengku Adnan pula dipalit dalam isu kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur serta kenyataan kontroversinya untuk mewujudkan Hard Rock Cafe di Putrajaya. – New Malaysian Post

Apakah benar 3 orang menteri ini bakal dikeluarkan dari kabinet Najib? Tunggu lagi cerita panas nak mai lagi.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...