BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! ADAKAH HUKUM #HUDUD PATUT DITERUSKAN ???

Posted: 06 Jun 2014 08:00 AM PDT


saya mendapati kebanyakan diskusi,penulisan dan pemerhatian yang dibuat tentang hukum hudud adalah berdasarkan rentak yang sama dan berulang-ulang.Terlalu kerap kita mendengar kenyataan bahawa hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan,ianya bertentangan dengan ikrar wakil rakyat,seluruh negara akan berada di bawah hukum hudud,ianya tidak diamalkan oleh semua negara Islam,ianya tidak sesuai bagi masyarakat majmuk,la-yanan yang tidak serupa,pelabur asing akan teragak-agak untuk melabur,ianya tidak selari dengan arus globalisasi dan sebagainya.Kita telah kerap mendengar hujah-hujah sebegini.Persoalannya adakah Pas akan berhenti merealisasikan impiannya untuk melaksanakan hukum hudud? Saya tidak fikir Pas akan berbuat demikian kerana Pas ditubuhkan atas dasar memperjuangkan Negara Islam.Mari kita melihat hudud dari segi Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 3 di mana amat jelas dinyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.Tidak dinyatakan bahawa agama Kristian,Buddha atau Hindu adalah agama Persekutuan. 

Mahkamah juga telah beberapa kali me-nyatakan bahawa jika sesuatu tidak diperuntukkan oleh undang-undang maka ianya telah tidak dimasukkan dengan sengaja.Maka kita seharusnya membaca Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang tertera.Saya tidak menyatakan di sini bahawa agama Kristian, Buddha atau Hindu harus dikete­pikan dalam konteks masyarakat maj-muk.Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.Maksud literal yang boleh diberikan ialah agama Islam diberi posisi tunjang di dalam Persekutuan berbanding dengan agama-agama lain,mungkin disebabkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam (setakat 2013, masyarakat Melayu/Islam merangkumi 67% dari rakyat Malaysia). Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.Cuba bayangkan apa akan terjadi jika Islam dan agama lain diletakkan di pentas yang sama meskipun 67% daripada rakyat Malaysia adalah berbangsa Melayu dan ber-agama Islam. Dalam keadaan yang sama, sejarah telah membuktikan berulang kali dan kita telah melihat negara menghadapi keganasan berbaur perkauman.Adakah ini yang kita kehendaki bagi negara kita? Sekali perpecahan dan keganasan menurap di dalam masyarakat,ianya amat sukar untuk dikawal, dibanteras dan diperbe-tulkan. 

Penahanan beberapa suspek fanatik keagamaan baru-baru ini oleh pihak polis adalah testimoni keadaan semasa jika kita tidak mematuhi apa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan.Adalah pengetahuan umum bahawa jika keadaan kucar-kacir akibat pertentang-an keagamaan berlaku,maka rakyat yang berkemampuan atau yang boleh bekerja di negara lain akan berhijrah ke negara lain,seperti apa yang telah berlaku sebelum ini, meninggalkan yang kurang berkemampuan dari segi wang dan kelayakan menderita di dalam negara yang kucar-kacir akibat keganasan dan huru-hara.Golongan yang berkemampuan ini akan pulang semula ke negara mereka apabila keadaan menjadi tenang semula.Adakah ini yang kita mahukan untuk Malaysia? 

Mari kita lihat apa yang parti Pas mahukan tentang hudud.Semenjak kemerdekaan lagi,Pas tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk melaksanakan undang-undang yang tertera di dalam al-Quran.Saya tidak pernah mendengar mana-mana ahli Pas menyatakan bahawa parti mereka adalah parti Islam tetapi tidak mengamalkan undang-undang Islam secara keseluruhan.Bidalan bahawa Pas telah bergabung dengan parti pembangkang yang lain untuk mengalahkan Barisan Nasional,nampaknya dengan syarat bahawa Pas akan meninggalkan niatnya untuk melaksanakan hukum hudud adalah tidak benar.Sesiapa yang menghadiri mesyuarat atau perhimpunan Pas akan mendapati bahawa apa yang dinyatakan adalah berdasarkan Islam.Pas (dan umat Islam secara keseluruhan) percaya bahawa hidup di dunia ini adalah sementara sahaja dan di akhiratlah kehidupan yang abadi.Pas mempersoalkan apakah yang dirisaukan mengenai hudud kerana ianya hanya akan terpakai terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang Islam.Hukum hudud tidak akan terpakai terhadap orang yang bukan beragama Islam dan oleh itu tidak perlu dikhuatiri oleh orang bukan Islam.Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan contoh situasi penggunaan hukum hudud di dalam masyarakat majmuk boleh membawa kepada ketidakadilan dan ini, menurut Pas,cuma akan berlaku dalam keadaan luar biasa. Pas mempersoalkan sama ada sering seseorang Islam akan ditangkap khalwat bersama dengan pasangan bukan Islam. 

Menurut Pas,apa-apa isu yang berbangkit boleh diselesaikan oleh sebuah jawatankuasa yang dicadangkan oleh UMNO yang akan ditubuhkan untuk mene-liti isu-isu sebegini.Pada pandangan saya,seorang wakil rakyat beragama Islam tidak akan membe-lakangi peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam al-Quran dan seterusnya tidak akan mengundi menentang penguatkuasaan hukum hudud jika ianya dibentangkan di Parlimen nanti.Seandainya Pas menyatakan dengan jelas-nya hukum hudud, terma dan akibatnya, maka saya percaya ia akan disokong oleh semua ahli Parlimen yang beragama Islam dan dari sudut ini,ianya tidak akan menjadi persoalan sama ada hukum ini adalah adil atau tidak.Pas akan dengan lantangnya menyatakan ia adalah hukum Allah dan wajib ditaati oleh setiap orang Islam.Saya berpendapat jika pada September 2014 nanti Pas membentangkan hukum hudud di Parlimen dan ia mungkin akan membahagikan orang Islam di dalam isu ini,fakta yang tidak boleh dipertikaikan ialah ia akan berada pada hati nurani setiap ahli Parlimen yang beragama Islam bahawa jika dia tidak menyokong hukum hudud maka dia te-lah membelakangkan undang-undang Allah.Daripada zaman kanak-kanak lagi,setiap orang Islam akan diberitahu bahawa setiap perlakuan itu akan dihakimi di akhirat nanti.Baru-baru ini,Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memohon ampun di dalam masjid berulang-kali atas kesilapan-kesilapan yang telah dilakukannya semasa menjadi Menteri Besar Kelantan. 

Pendekatan sesetengah rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam bahawa negara ini adalah negara sekular dan oleh itu hudud tidak mempunyai tempat di negara ini,pada pendapat saya,tidak boleh diguna pakai.Lihat sahaja apa yang berlaku di India sekarang,terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa parti utama yang mewakili majoriti penganut Hindu yang memenangi pilihan raya umum di India baru-baru ini telah menguar-uarkan akan melarang sama sekali penyembelihan lembu untuk tujuan pemakanan.Terdapat juga laporan bahawa kerajaan India yang baru ini akan melarang pengeksportan daging lembu sama sekali.Negara India mempunyai 200 juta rakyat beragama Islam.Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam seharusnya menerima realiti di Malaysia dan seharusnya mengambil pendekatan yang praktikal dan menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa di dalam negara.Bukan kita yang membentuk perlembagaan ini. Kita seharusnya menerima perlembagaan ini sebagaimana ia telah membentuk negara Malaysia.Tidak guna jika kita mencipta situasi selain daripada apa yang telah termaktub di bawah Perlembagaan kita.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANAK PENGASAS #YTL MENGAKU MENJADI KRONI KERAJAAN ???

Posted: 06 Jun 2014 05:00 AM PDT


Tan Sri Yeoh Tiong Lai,iaitu pengasas YTL Corporation merupakan anak kepada Yeoh Cheng Liam,seorang pendatang dari China yang mencuba nasib di Malaysia dengan membuka syarikat kontraktor binaan.Melalui zaman pemerintahan British yang memberi 'keistimewaan' kepada kaum pendatang dalam usaha mengekang kebangkitan semangat nasionalis Melayu,syarikat keluarga Yeoh terus berkembang sehingga Tan Sri Yeoh berjaya mendapat pendidikan tinggi di Australia dan United Kingdom.Bermula dengan kontrak dengan pihak polis di dua buah negeri pada tahun 1950,syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lai Sdn Bhd terus mendapat projek-projek besar seperti membina bangunan Citibank,Hongkong and Shanghai Bank dan juga Sime Darby,iaitu sebuah syarikat milik kerajaan.Tanpa saingan hebat dan memandangkan bumiputera masih lagi merangkak mencari tempat di dalam ekonomi negara disebabkan dasar British yang meminggirkan pendidikan terhadap bumiputera,maka perniagaan keluarga Yeoh terus maju tanpa sebarang halangan atau masalah. 

Selain pembinaan,syarikat ini juga memiliki perusahaan bijih dan juga kuari.Dengan kedudukan kewangan yang sedia kukuh dibina sejak zaman pemerintahan British,reputasi YTL menjadi begitu cemerlang pada tahun 1980-an apabila ia berjaya membawa teknologi canggih ke dalam projek pembinaannya.Kecanggihan itu mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Tun Mahathir Mohamad.Yakin dengan kredibiliti YTL dan tanpa sebarang diskriminasi terhadap minoriti atau semangat perkauman Melayu, kerajaan telah memberi kepercayaan kepada YTL untuk membina hospital di 12 buah kawasan di seluruh Malaysia berjumlah RM840 million.Selain itu,syarikat itu juga berjaya melobi kontrak kerajaan berjumlah RM112 million untuk membina lapangan terbang di Sibu serta projek perumahan di Perak.YTL kemudiannya meluaskan skop perniagaannya dengan membeli tanah di sekitar Kuala Lumpur.Projek terbesar yang melonjakkan YTL sebagai konglomerat besar ialah projek IPP di bawah program penswastaan kerajaan yang berjumlah RM2.5 billion.Dari situ,YTL kemudiannya menjadi pembekal elektrik ke Singapura pada tahun 1994 dan kemudiannya Zimbabwe pada 1996.

Pada tahun 2013,YTL telah mendapat kontrak kemudahan IT untuk sekolah-sekolah di Malaysia berjumlah RM9 billion yang kemudiannya menjadi kontroversi hangat apabila kelayakan syarikat itu dalam bidang pendidikan dan IT dipersoalkan.Berdasarkan sejarah pembangunan YTL Corporation ini,maka tidak salah jika dikatakan bahawa anak kepada Tan Sri Yeoh,iaitu Tan Sri Francis Yeoh dalam kenyataannya,telah secara tidak langsung mengakui bahawa bapanya dan dirinya adalah kroni kerajaan apabila menuduh kerajaan sebagai mengamalkan kronisme.Sejarah YTL itu juga turut dengan sendirinya menafikan tuduhan Tan Sri Francis bahawa kerajaan telah mendiskriminasi kaum minoriti di negara ini dari segi pemberian projek.Walaubagaimanapun,mungkin kerana terlalu tamak dan rasis,maka Tan Sri Francis dalam kenyataannya kepada media merungut bahawa beliau kini terpaksa menumpukan kepada perniagaan di luar negara kerana 'tidak diberi peluang di dalam negara'.Beliau juga merungut kerana tidak mendapat sebarang kontrak dari Petronas yang katanya hanya diberikan kepada bumiputera.Nampaknya,Tan Sri Francis masih merasakan tidak cukup dengan memonopoli pembekalan elektrik tetapi beliau ingin menyertai dan menguasai semua bidang perniagaan tanpa memberi sedikit pun peluang kepada bumiputera. 

Baginya,sekiranya bumiputera yang mendapat kontrak kerajaan,maka ia dikira kroni tetapi sekiranya beliau dan keturunannya mendapat kontrak kerajaan,maka ia adalah berdasarkan kredibiliti.Hakikatnya,kerajaan telah mengambil sikap se-adil mungkin dengan memberi peluang kepada semua.Memandangkan bumiputera telah ketinggalan jauh akibat dasar-dasar British,maka mereka perlu dibantu dan diberi peluang untuk melangkah secara perlahan-lahan.Sampai bila bumiputera akan mampu bersaing jika tidak diberi peluang langsung ???? Tan Sri Francis,bagaimanapun melihat ini sebagai tidak adil.Bagi beliau,tidak apa jika bapanya diberi peluang,tetapi peniaga Melayu yang baru saja meningkat dan mampu membuktikan kredibiliti tidak boleh diberi peluang yang sama seperti bapanya dahulu.Peniaga Melayu juga tidak boleh dibenarkan memonopoli sesuatu sektor,tetapi tidak apa jika beliau yang memonopolinya.Jelas,Tan Sri Francis merupakan seorang rasis tegar,pentingkan diri lagi tamak haloba.Beliau tidak sedikitpun memikirkan tentang keadilan sosial dan peluang kepada orang lain.Sebaliknya,beliau secara membuta tuli menuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan yang tidak benar hanya kerana tidak dapat menguasai segala-galanya.

Hari ini YTL Corporation merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.2 billion semuanya kerana kerajaan sentiasa memberi peluang sama rata atau lebih sedikit kepada mereka.Namun,masih lagi Tan Sri Francis menafikan segala kebaikan kerajaan.Rekod kejayaan YTL bukan rahsia.Seluruh dunia tahu bagaimana syarikat itu mampu berkembang begitu rupa iaitu kerana kerajaan Malaysia cukup adil.Sekiranya Yeoh Cheng Liam memilih untuk berhijrah ke negara lain dan bukan Malaysia pada suatu ketika dahulu,maka anak cucu beliau tidak mungkin mampu menjadi konglomerat besar seperti hari ini.Jika segala pemberian dan bantuan kerajaan terhadap keluarga ini terus dinafikan,maka kerajaan wajar memikirkan semula untuk memberi sebarang bantuan dan projek kepada bangsa Cina selepas ini.Malah,Inilah disarankan agar kerajaan menghentikan dan membatalkan sahaja segala projek yang telah diberikan kepada YTL Corporation.Tidak guna kita memberi peluang jika ia tidak pernah dihargai, malah ditohmah pula.Jangan membiarkan kepala kita dipijak-pijak oleh orang yang tamak,kerana ketamakan mereka mampu memusnahkan keharmonian negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! #HIDRAF DESAK KUASA JABATAN AGAMA ISLAM DIHAPUSKAN !!!

Posted: 06 Jun 2014 02:00 AM PDT


Bila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan upacara perkahwinan hindu yang melibatkan pengantin perempuan bergama Islam,Hidraf yang jadi ektremis Hindu meroyan salahkan JAIS.Kononnya tindakan JAIS tu adalah salah sebab menghalang kebebasan agama dikalangan bukan Islam dan juga tindakan JAIS tu dianggap sebagai menceroboh serta menganggu upacara agama lain.Kadang-kadang tak faham pasal perangai hindu Hindraf ni,Apalah bodoh sangat sampaikan perkara macam ni pun dorang still tak mampu nak berfikir ???

JAIS membuat pemeriksaan upacara hindu tu pasal ada umat Islam yang terlibat.kalau hindu sama hindu yang kahwin,lantak dorang lah kann.Yang Hindraf meroyan sangat tuduh JAIS menceroboh la bagai tu apa hal ??? Memang suka buat kecoh la puak-puak Hindraf ni.mereka nak tuduh JAIS langgar Akta 11 Perlembagaan Persekutuan,tapi mereka tu yang sebenarnya tak faham perlembagaan.Dalam perlembagaan jelas tulis bahawa dilarang sama sekali agama lain menyebarkan fahaman agama terhadap umat Islam dan juga dilarang sama sekali agama lain menyeret umat Islam masuk agama dorang.Nak berpolitik pun agak-agak lah !!!

Dah tu,Hindraf desak pulak kuasa badan agama Islam seperti JAIS perlu dihentikan segera kerana ia melanggar sensitiviti agama lah konon.Patutnya pelampau agama macam Hindraf ni diharamkan oleh kerajaan Malaysia.Berpolitik tu satu hal,tapi bila dah campur pasal agama Islam,puak-puak ni memang melampau !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #PEMILIHANPKR !!! #WANAZIZAH GANTUNG KEAHLIAN #AZMINALI ???

Posted: 05 Jun 2014 11:00 PM PDT


Kita semua tahu Chegu Bard SAMM telah digantung keahlian parti PKR kerana membuat kenyataan media yang mengatakan bahawa proses pemilihan PKR adalah kotor dan tidak telus.Beliau juga menyatakan bahawa petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali pada 12 Mei 2014 dan kerana itu mungkin ada yang menganggap Chegu Bard SAMM sedang berdendam dengan kepimpinan tertinggi PKR. 

Tetapi dalam masa yang sama,kenyataan di dalam twitter di atas amat memalukan dan menjatuhkan maruah parti PKR yang tinggal tidak seberapa ini,jika benar.di manakah suara-suara Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang DAP yang sebelum ini kerap menuduh parti UMNO sebagai korup dan sebagainya ??? Sungguh memalukan !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH !!! SEBARKAN !!!

Posted: 05 Jun 2014 07:00 PM PDT


1 Pendedahan taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.Gambar diatas menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa.tolong Sebarkan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...