House PK

House PK


KUNYIT HANGIT! CHEGUBARD BUAT ADUAN BERTULIS TENTANG RASUAH DALAM PEMILIHAN PKR! WAJIB BACA

Posted: 05 Jun 2014 09:00 PM PDT

Ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' telah memfailkan aduan bertulis kepada pihak parti itu berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi dan lembaga rayuan pemilihan parti itu.

Dalam surat yang bertarikh hari ini (5 Jun) Badrul Hisham membangkitkan satu tuduhan yang telah tersebar luas di internet sejak dua minggu lalu yang mendakwa bahawa Pengerusi Lembaga Rayuan pemilihan PKR, Abd Malek Hussin telah menolak rasuah yang cuba dihuulurkan oleh Ketua Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar dan "bosnya".



Badrul Hisham juga berkata, berdasarkan khabar angin, "bos" itu boleh jadi Timbalan Presiden Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya daripada pencabar beliau iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai "memalukan", Badrul Hisham menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasat perkara itu.

Dalam surat itu, Badrul Hisham berkata khabar angin itu mendakwa Abd Malek telah mencampak "sejumlah wang" kepada Dr Xavier dan berkata, "Berikan semula wang ini kepada ketua kamu", lapor portal berita Malaysiakini.

Lapor portal berita itu lagi, Badrul Hisham ketika dihubungi berkata adalah penting bagi mereka yang disebut terlibat dalam dakwaan rasuah itu memperjelaskan perkara tersebut.



Untuk rekod, Badrul Hisham digantung keahliannya kerana secara terbuka mendakwa pemilihan PKR kotor dan tidak telus kepada media dan beritanya disiarkan beberapa media.

Menurut sumber-sumber parti, Abd Malek "mencampak wang itu" di hadapan Wan Azizah dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri semasa mesyuarat Biro Politik PKR dua minggu lalu, lapor Malaysiakini lagi yang turut menyiarkan berita ini melalui saluran videonya di Youtube, KiniTV .

Bagaimanapun Abd Malek ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

Manakala Dr Xavier menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau cuba merasuah Jawatankuasa PemilihanParti (JPP) itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan untuk mencemarkan nama baik beliau.

"Ia adalah khabar angin tanpa sebarang bukti langsung.

"Saya menafikan sekeras-keras yang saya terlibat dalam politik wang.

"Mereka ini cuba untuk menghasut dan menuding jari (pada orang lain) dalam proses pemilihan itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mungkin PKR perlu benar-benar menyiasat perkara ini dengan telus dan adil kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.-bnbbc.my

HOUSE PK: Dah le kena gantung sebab kritik parti, lepas tu banyak pihak cuba nak bunuh karier politik si Chegubard ni, dari Xavier sampai ke Azmin mahu kenakan dia. Korang tengok la parti yang melaungkan Keadilan akhirnya tak le ADIL mana pun.

UMNO pulak bila Yammy Botox ibu Dyana Skandal dok jaja anak dia merata teluk intan bawah bendera DAP, UMNO hanya hantar surat tunjuk sebab je, Chegubard pula digantung sebab menyatakan kebenaran dalam parti.

Sekarang aku nak tanya korang soalan keramat ni, SIAPA YANG LEBIH DEMOKRATIK?

CILI KASI TARUK! KENAPA KERAJAAN SUKA MEN'TERNAK' PUAK PENGKHIANAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM?

Posted: 05 Jun 2014 07:00 PM PDT


Perkhidmatan Awam sepatutnya menjadi nadi dan pemacu kemajuan negara. Golongan yang berada dalam Perkhidmatan Awamlah yang sebenarnya melaksanakan kemajuan, pembangunan dan menjaga maslahat umum di negara ini.

Namun apabila Perkhidmatan Awam mulai diserapi oleh agen-agen pemusnah dan pengkhianatan, Perkhidmatan Awam di Malaysia akan bertukar menjadi penzalim dan penindas rakyat. Dasar-dasar kerajaan tidak akan dilaksanakan secara tuntas, bahkan pengkhianat-pengkhianat yang menduduki jawatan penting dalam Perkhidmatan Awam akan memastikan, persepsi rakyat terhadap Kerajaan sedia ada menjadi begitu buruk dengan menyekat, menghalang serta menyejukbekukan semua usaha kerajaan untuk rakyat.

Samalah seperti yang berlaku dalam kes ini.

Seorang penyokong dan pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat, telah dikesan, sedang cuba diserapkan oleh mentor-mentor mereka ke dalam Jabatan Perkhidmatan Awam. Walaupun diketahui merupakan penentang dan agen pemusnah kerajaan, seorang wanita bernama THANGESWARY PALESWARAN yang bernombor kad pengenalan 900525-05-5260 telah diserap sebagai PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK atau PTD.

Baca seterusnya di Selangor Chronicle

PANAS WEI! AKU SOKONG PM SAMAN MALAYSIAKINI!

Posted: 05 Jun 2014 05:00 PM PDT

Aku suka PM saman Malaysiakini.  Patutnya dari dulu lagi dah saman, macam-macam fitnah dilempar oleh Malysiakini dan cybertrooper pakatan atau RBA mereka. Benda-benda tak masuk akal juga disiarkan. Malaysiakini sebagai portal memang kena bertanggungjawab sepenuhnya.

Lagi satu aku rasa ramai yang setuju sebab PM tak saman blogger, dia saman portal berita yang tidak bertanggungjawab. Itu sahaja, so kalau nak compare ngan pemimpin pakatan yang saman blogger lagi dasyat. Pemimpin Pakatan saman blogger dan saman media arus perdana.

Sudah tiba masanya PM kena tegas. Tak perlu nak tangkap mereka, saman je seba sah-saha mereka ni buat fitnah kan? Apa nak risau. ama-lama mereka tak berani la nak buat fitnah lagi.

CILI KASI TARUK! DAP TERUS SALAHKAN PAS KERANA KALAH DI TELUK INTAN!

Posted: 05 Jun 2014 12:56 PM PDT

Pelbagai ingatan telah diberikan kepada PAS berhubung pembabitan dan persekongkolan mereka dengan DAP. Namun para penyokong PAS tetap cuba menyedapkan hati sendiri, kononnya DAP jauh lebih baik berbanding UMNO dan akhirnya DAP akan faham dengan perjuangan PAS walaupun pada peringkat awalnya, penentangan yang dibuat terhadap usaha-usaha PAS, dilakukan secara agresif.

PRK Teluk Intan menyaksikan bagaimana PAS disisihkan oleh DAP dari segenap segi kecuali beberapa hari sebelum pengundian apabila Presiden PAS terpaksa didatangkan ke Teluk Intan untuk berkempen bagi pihak DAP terutama di kalangan orang Melayu.

PAS sepanjang kempen selagi boleh berusaha untuk tidak bercakap atau menyentuh langsung tentang HUDUD dan KERJASAMA DENGAN UMNO menerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud yang telah dibentuk sebagai persediaan pembentangan bil persendirian membabitkan perlaksanaan hudud pada bulan September nanti.

Namun akhirnya Dyana Sofya dikalahkan juga oleh bekas calon Barisan Nasional untuk Parlimen Teluk Intan, Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden GERAKAN.

Pergolakan DAP kerana Dyana Sofya, cuba dialihkan oleh anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong. Katanya, pihak yang patut dipersalahkan adalah PAS. Angkara PAS cuba memperjuangkan hudud, menyebabkan ramai pengundi enggan keluar mengundi dan memenangkan DAP di Teluk Intan.

Gobind Singh Deo menolak sebarang teori kekalahan lain termasuklah terkantoinya Sofya Dyana dalam beberapa isu terutama sekali yang membabitkan latar belakang keluarganya, terutama sekali ibunya, Yammy Samat, UiTM dan Rejimen Askar Melayu Diraja. Walaupun DAP cuba berbangga kononnya berlaku peningkatan undi Melayu kepada DAP sebanyak 3% namun penolakan masyarakat pengundi India terhadap DAP, tidak pula diambil kira.

PAS sekali lagi menjadi mangsa belasahan DAP apabila mereka kalah. Pada ketika Presiden PAS sendiri terlantar di atas katil hospital di Istanbul, Turki, di Malaysia, para pemimpin DAP mengambil kesempatan untuk membelasah PAS semahu-mahunya kerana mereka sedar, pemimpin-pemimpin PAS yang mengambilalih tampuk pentadbiran sementara parti itu sekarang merupakan golongan yang makan di tangan DAP seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar.
DAP menerusi beberapa orang pemimpin tertingginya, saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain kerana kegagalan di kubu kuat sendiri. Hew Kuan Yau yang merupakan orang yang telah berkempen sebagai calon untuk Teluk Intan, dan disisihkan oleh Lim Kit Siang bagi memberikan peluang kepada SETPOLnya sendiri, Dyana Sofya merupakan antara pemimpin DAP pertama yang menempelak kesilapan perkiraan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng. Manakala Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming, dua pemimpin DAP Perak turut menyalahkan Lim Kit Siang kerana cuba menyekat pengaruh serta percaturan mereka di Teluk Intan.

Sumber: Buletin Sengal

House PK: DAP secara terus-terusan menyalahkan PAS kerana mereka kecundang di Teluk Intan. Apa PAS nak kata? Hantar lagi unit amal untuk kawal mereka? The DAP's?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...