BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


FAKTA !!! KENAPA #MB #SELANGOR #KHALIDIBRAHIM BERDIAM DIRI ISU KAHWIN DI KUIL HINDU ???

Posted: 05 Jun 2014 08:00 AM PDT


Isu seorang wanita yang memakai nama Islam dan berkahwin di kuil Hindu di Petaling Jaya Ahad lalu mengundang reaksi berbeza.Di kalangan umat Islam sendiri ada yang mengecam dan ada yang menyokong tindakan JAIS menyerbu upacara perkahwinan tersebut.Dari segi pendirian politik pula,UMNO menyifatkan bahawa serbuan tidak sepatutnya berlaku kerana JAIS mampu bertindak dan menyiasat lebih awal tanpa perlu mengganggu majlis dan memalukan sesiapa.Bagaimanapun,PAS mempunyai pandangan berbeza.Berdasarkan artikel di Harakahdaily oleh Dr. Ridhuan Mohd Nor, tindakan JAIS dianggap wajar.

Hujah beliau,"Bagi umat Islam,tindakan Jais amat wajar kerana ia berjaya menyelamatkan akidah umat Islam dari terkeluar dari garis Islam.Serbuan mungkin terpaksa dilakukan setelah mendapat maklumat tepat mengenai keislaman gadis itu bagi 'membebaskan' akidah beliau dari terjerumus ke lembah kemusnahan yang lebih parah di kemudian hari." 

Nampaknya,dalam isu ini UMNO mengambil sikap lebih terbuka manakala PAS pula lebih ekstrem.Ini menimbulkan persoalan tentang sama ada pendirian PAS itu mendapat restu Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.Kelihatan seolah-olah ada 'double standard' apabila memperkatakan tentang agama di Selangor.Entah kenapa isu Islam-Hindu jelas tidak begitu 'menyentuh' perasaan kepimpinan Selangor berbanding isu Islam-Kristian.Suatu ketika,apabila isu umat Islam dimurtadkan oleh pendakwah Kristian dan JAIS bertindak menyerbu gereja,Menteri Besar Selangor bersama-sama DAP pantas bangun membela Kristian.Begitu juga apabila Bible dirampas oleh JAIS,Khalid Ibrahim berusaha memastikan Bible tersebut dipulangkan kepada Bible Society Malaysia.Setahu saya,JAIS adalah singkatan kepada 'Jabatan Agama Islam Selangor' dan bukannya 'Jabatan Agama Kristian'.JAIS pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar Selangor.Justeru,kenapakah Menteri Besar hanya berdiam diri dalam isu kahwin Islam-Hindu ini ??? 

Mungkinkah sudah menjadi prinsip PR untuk menganaktirikan kaum India dan membela kaum Cina sahaja ??? Kita melihat trend meminggirkan kaum India amatlah jelas di dalam PR,terutamanya DAP di mana hampir 800 perwakilan India telah menerima notis mesyuarat CEC.Mungkinkah kerana DAP yang menguasai Khalid Ibrahim secara tidak langsung,maka beliau sering terlepas pandang akan masalah yang melibatkan kaum India dan kurang peka dengan masalah yang melibatkan Melayu Islam ??? saya tidak berniat untuk menghukum siapa salah dan siapa benar dalam isu kahwin di kuil Hindu ini, kerana ianya semua bergantung kepada pihak yang lebih arif tentang soal agama. 

Namun,saya seperti juga seluruh rakyat Selangor ingin melihat kepimpinan yang berkesan oleh Menteri Besar.Khalid wajib mengambil pendirian atau melontarkan pendapat dalam isu ini,kalau pun bukan memberi arahan kepada sesiapa.Berdiam diri dalam mengahadapi isu sensitif iaitu masalah antara agama,membuktikan bahawa Khalid Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang baik.Sebagaimana beliau gagal mencongak permasalahan air di Selangor,begitu jugalah beliau tidak mampu mencongak akan akibat yang mampu berlaku dari masalah serbuan JAIS ke atas kuil Hindu.Berdasarkan isu ini,tidak salah rasanya jika dikatakan bahawa Khalid Ibrahim bukanlah Menteri Besar yang adil kepada rakyatnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SAH !!! KEADILAN INTERSHIP PROGRAM AKAN HANCURKAN ANAK MUDA !!!

Posted: 05 Jun 2014 05:00 AM PDT


Apa yang sedang berlaku di dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika artikel ini sedang ditulis sudah cukup untuk menunjukkan bahawa parti tersebut telah bertemu dengan jalan mati.Sedang para penyokong gerakan reformasi melaungkan kononya pilihanraya di Malaysia tidak adil,kita dijamukan dengan cerita-cerita buruk mengenai pemilihan parti mereka sendiri.Cerita ini bukannya disebarkan oleh para penyokong Barisan Nasional,tetapi ianya dilemparkan oleh para penyokong dan ahli Parti Keadilan Rakyat.Contoh terbaik boleh dilihat ialah Chegu Bard yang dari permulaan tempoh kempen pemilihan parti menyerang Azmin Ali dengan begitu kasar dan kurang ajar sekali.Ini belum lagi diambil kira insiden-insiden baling kerusi,pukul memukul dan pelbagai lagi perkara tidak baik yang berlaku semasa proses pengundian parti tersebut.Seperti biasa,kaum kerabat PKR akan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional yang telah kononya telah menyebabkan proses pemilihan mereka tercemar.

Bagaimanakah UMNO dan BN boleh terlibat dalam pemilihan parti lain,Ini merupakan alasan yang tidak logik dari pihak Parti Keadilan Rakyat.Kini terdapat pula satu program khas yang diwujudkan oleh Parti Keadilan Rakyat,untuk mengambil perhatian orang-orang muda dalam senario politik negara.Program Intership yang dijalankan oleh Parti Keadilan Rakyat ini adalah untuk melatih anak muda agar berfikir dan bergerak seperti para pemimpin Pakatan Rakyat.Anak-anak muda yang mengikut program ini akan didedahkan dengan pelbagai cara untuk melibatkan diri dengan politik setempat,media dan taktik-taktik politik yang mengikut acuan Parti Keadilan Rakyat.Pada hemat saya,dengan apa yang berlaku di dalam PKR sekarang,adalah tidak wajar PKR mengadakan program kononya untuk membentuk anak muda.Ini kerana,telah terang lagi bersuluh,pimpinan PKR bukan sahaja gagal dalam membentuk ahli yang berdisiplin tetapi mereka juga gagal dalam perkara asas iaitu mengadakan satu pemilihan demokrasi dalam parti.Yang mereka ajarkan kepada ahli-ahli mereka adalah ideologi anarki yang tujuannya untuk merosakkan negara ini. 

saya ingin menyeru agar anak-anak muda di luar sana supaya tidak termakan dengan hasutan PKR untuk anda mengikuti program sebegini.Lihat sahaja kepada Saiful Bukhari,ya Saiful juga merupakan salah seorang hasil daripada program anak muda keadilan,tetapi apa yang telah terjadi kepadanya ???Program seperti ini adalah satu wadah untuk meresapkan agen-agen keadilan kedalam sektor swasta dan kerajaan.Cuba bayangkan kalau ideologi anarki yang dianuti Anwar Ibrahim disebarkan secara halus dan terselindung,betapa bahayanya aktiviti mereka ini kepada negara.Bukanlah saya ingin memburukkan Anwar Ibrahim tetapi sebagai seorang manusia yang telah berumur,beliau perlulah bertaubat dan menghentikan program-program yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan kepada negara.Anwar Ibrahim dan para pengikut parti keadilan rakyat tidak diperlukan lagi di dalam dunia politik Malaysia. Sudah-sudahlah menanam perasaan benci kepada rakyat Malaysia.Ini masanya untuk kita bersama-sama majukan negara dan bukannya merosakkan lagi untuk masa depan anak cucu kita.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKTELUKINTAN !!! FAKTA !!! KAUM CINA 'TIDAK HAIRAN' DENGAN JANJI #BN ???

Posted: 05 Jun 2014 01:30 AM PDT


PRK Teluk Intan telah menyaksikan bagaimana orang-orang Melayu terutamanya dari UMNO membuktikan bahawa mereka tidak rasis dengan sanggup mengundi Datuk Mah Siew Keong dari Gerakan,walaupun beliau seorang Cina.Orang-orang Cina pula,terutamanya penyokong DAP telah tidak sanggup memberi undi kepada Dyana Sofya hanya kerana beliau Melayu.Biarpun Dyana telah berusaha sedaya upaya membuktikan kesetiaan dan kecintaannya pada DAP dan kaum Cina sehingga mengecam segala apa yang berkaitan bangsanya sendiri, tetapi beliau tetap ditolak mentah-mentah semata-mata kerana beliau bukan Cina.Hasilnya,PRK Teluk Intan menyaksikan undi Cina untuk DAP menurun dari 85% kepada 70%.Justeru,jika selama ini UMNO dan orang Melayu sering dituduh rasis oleh DAP,tetapi dengan keputusan PRK Teluk Intan ini,DAP tidak lagi mampu menafikan bahawa sikap perkauman kaum Cina rata-ratanya,adalah sangat kronik serta mampu mengancam negara. 

Dalam cubaan untuk membela diri dan menutup malu,DAP meletakkan faktor kekalahan mereka kepada pengundi luar yang tidak turun mengundi.Ini sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap kebergantungan kita kepada pengundi luar bagi menentukan keputusan pilihanraya di Malaysia.Memandangkan pengundi luar itu kebanyakannya adalah dari Singapura,maka saya tertanya-tanya,apakah keputusan pilihanraya negara ini sebenarnya bergantung kepada Singapura ??? Apakah hak mereka yang memilih untuk tinggal di luar negara,untuk menentukan hala tuju masyarakat setempat ?? Selain itu,apabila kita bercakap tentang pengundi luar dari Singapura,maka secara automatik kita merujuk kepada bangsa Cina dan dalam konteks PRK Teluk Intan,kita dapat melihat dengan jelas bahawa pengundi bangsa Cina dari dalam atau luar kawasan,hampir kesemuanya masih tidak berganjak menyokong DAP,cumanya,mereka memilih untuk tidak mengundi kerana enggan memangkah seorang Melayu.Akibatnya,walaupun DAP kalah,tetapi undi bangsa Cina kepada BN hampir tidak meningkat langsung.

Apakah ertinya semua ini ??? Ertinya,bangsa Cina langsung tidak peduli dengan segala janji manis dan khidmat cemerlang BN kepada mereka selama ini.Datuk Mah telah sedia mempunyai rekod yang cemerlang di Teluk Intan dan beliau berjanji akan menyelesaikan segala masalah rakyat yang tertangguh selepas DAP memenangi kerusi itu dalam PRU yang lepas.Malah dengan perlantikan beliau ke kabinet sepertimana yang dijanjikan Perdana Menteri,Datuk Mah pastinya mampu melakukan lebih lagi kepada penduduk Teluk Intan, khasnya bangsanya sendiri.Malangnya,tiada satu pun dari niat murni Datuk Mah,Perdana Menteri mahupun BN yang dihargai oleh bangsa Cina.Bangsa Cina nampaknya benar-benar nekad untuk memisahkan diri dari aspirasi negara serta benar-benar tekad untuk merombak landskap politik Malaysia.Sikap 'tidak hairan' terhadap segala janji dan khidmat BN,menunjukkan bahawa bangsa Cina tidak lagi memerlukan kerajaan kerana mereka telah cukup kuat.Selama ini juga mereka sering mendabik dada sebagai pihak yang bertanggungjawab memajukan Malaysia dengan menjadi pembayar cukai tertinggi tanpa mengambil-kira bahawa kejayaan mereka itu adalah hasil dari dayabeli majoriti, iaitu Melayu. 

Berdasarkan hakikat ini,kerajaan wajar berhenti dari terus melayan bangsa Cina seperti 'rakyat yang memerlukan' dengan menjanjikan itu dan ini.Sesungguhnya bangsa Cina tidak perlukan apa-apa lagi dari BN,selain takhta kerajaan.Kini,kaum Cina tidak lagi mampu berselindung bahawa mereka benar-benar rasis dan menentang kerajaan kerana ia diterajui Melayu.Oleh itu,kerajaan tidak perlu lagi bersikap 'apologetic' atau pun 'berlapik' dalam menangani sikap rasis mereka.Perkara yang sudah jelas terdedah tidak perlu lagi ditangani secara halus.Sudah sampai masanya,kerajaan mengakui dan mengambil langkah serius mengenalpasti punca sikap rasis bangsa Cina serta pantas dan tegas menanganinya secara terbuka

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #MATSABU BERSEDIA GANTI #HADIAWANG DAN HUDUD AKAN DIBATALKAN ???

Posted: 04 Jun 2014 10:00 PM PDT


Berita mengenai Tuan Guru Hadi Awang,Presiden PAS yang dimasukkan ke hospital di Turki baru-baru ini bagaikan memujuk hati DAP yang hancur dek keputusan PRK Teluk Intan yang memalukan parti itu.Umum sedia maklum bahawa kekalahan DAP di Teluk Intan bukan sahaja terletak kepada calon yang salah,tidak berkredibiliti,tidak berpengalaman serta pembohong tetapi apa yang lebih penting ialah kegusaran pengundi Cina terhadap 'bangsa' calon tersebut yang dikhuatiri mampu 'menyambut' laungan hudud PAS.Walaupun Hadi Awang pernah menyatakan bahawa hudud hanyalah 0.0001% dari tuntutan Islam,tetapi Presiden PAS itu sering menukar fikiran mengikut arus dan suasana.Memandangkan hudud menjadi topik hangat hari ini berikutan cadangan Kerajaan Kelantan untuk melaksanakannya,maka Hadi Awang memilih untuk menyokong hudud dengan harapan dapat meraih kembali sokongan masyarakat Melayu yang semakin hilang dari PAS.Apatah lagi dengan UMNO mengambil sikap terbuka mengenainya, menyebabkan Hadi semakin terdesak menunjukkan yang beliau lebih Islam dari UMNO. 

Pendirian Hadi Awang hari adalah berbeza dengan Timbalannya sendiri,Mat Sabu.Mat Sabu terkenal sebagai 'agen DAP' dan tidak pernah menjanjikan perlaksanaan hudud kepada sesiapa.Mat Sabu selama ini dilihat lebih selesa memperjuangkan komunis dan juga liberalis yang jauh bertentangan dengan prinsip PAS.Lebih dahsyat lagi,Mat Sabu juga dikaitkan dengan Syiah secara langsung.Justeru,Mat Sabu bukanlah personaliti yang diharap-harapkan untuk mengganti Hadi Awang bagi akar umbi PAS.Rata-rata akar umbi PAS masih lagi mendambakan kepimpinan 'ulama' atau personaliti yang bergelar ulama sebagai peneraju parti itu.Namun,malang bagi akar umbi PAS ini kerana mereka mungkin terpaksa menerima seorang Presiden yang bukan Ulama dan bukan juga golongan Professional, tetapi balaci DAP yang penuh skandal dan kontroversi.Adalah difahamkan bahawa akar umbi PAS lebih mengharapkan Datuk Mustafa Ali sebagai pengganti Hadi Awang bila tiba masanya. Menurut mereka,Mustafa Ali adalah dari golongan Ulama dan lebih layak dari Mat Sabu.Apa yang menarik ialah,walaupun Mustafa dianggap dari golongan Ulama tetapi beliau turut terjebak dalam skandal seks lengkap dengan bukti video berbanding skandal Mat Sabu yang hanya dilengkapi bukti rakaman suara. 

Lebih ironi lagi,kedua-dua Datuk Mustafa Ali dan Mat Sabu sama-sama telah didapati bersalah memfitnah Datuk Wan Ahmad Omar,bekas Timbalan Pengerusi SPR berhubung Projek IC Sabah.Kedua-dua mereka diarah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad pada Mac lalu.Pun begitu,Mat Sabu dilihat mempunyai peluang lebih cerah untuk menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden PAS kerana Mat Sabu turut mendapat sokongan dari DAP dan PKR manakala Mustafa hanya mendapat sokongan akar umbi PAS.Walaupun DAP dan PKR tidak boleh mengundi dalam Muktamar PAS tetapi Mat Sabu telah berjaya menjadi Timbalan Presiden PAS melalui sokongan mereka,maka tidak mustahil beliau juga akan berajaya menjadi Presiden nanti.Justeru,penyokong-penyokong PAS perlu bersedia menerima pembaharuan di dalam PAS sekiranya apa yang dijangka ini menjadi nyata.saya tidak pasti ke mana Mat Sabu akan membawa PAS iaitu ke arah Syiah,komunisme,liberalisme atau kesemuanya sekali.Namun,apa yang harus penyokong PAS ingat ialah kepimpinan Mat Sabu bererti kepimpinan DAP.Bayangkan,sebuah parti Islam berada di bawah telunjuk kafir harbi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#MPPP UGUT RESTORAN NASI KANDAR TERKENAL DI #PULAUPINANG ???

Posted: 04 Jun 2014 07:00 PM PDT


Restoran Nasi Kandar Line Clear bakal berdepan tindakan pengosongan jika pengurusannya gagal menyelesaikan pertikaian hak pemilikan antara empat rakan kongsinya dalam tempoh dua minggu.Pengarah Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Azman Sirun berkata pihaknya menerima aduan bahawa seorang daripada empat pemilik restoran,Abdul Hamid Seeni Pakir,enggan mematuhi sistem giliran yang ditetapkan iaitu setahun operasi bagi setiap orang sejak penubuhannya pada 1950-an.Beliau berkata siasatan mendapati Abdul Hamid tidak memiliki lesen dan mengikut rekod,MPPP hanya mengeluarkan tiga lesen atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah,Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu. 

"Satu perjumpaan telah diatur antara Bahagian Pelesenan dan peniaga-peniaga berkenaan pada 28 Jun 2013.Namun,tiada persefahaman dicapai dalam menentukan giliran menjalankan aktiviti penjajaan di kawasan itu.Kami juga pernah mengeluarkan surat bertarikh 23 Dis 2013 untuk menasihati semua pemilik mencari penyelesaian dan mengemukakan dokumen perjanjian yang telah dipersetujui bersama sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan tiga daripada wakil peniaga berkenaan. 

Azman berkata jika keempat-empat pemilik restoran itu tidak mencapai kesepakatan dalam tempoh 14 hari,pihaknya akan mengeluarkan notis pengosongan bagi menyusun semula aktiviti penjajaan selaras dengan undang-undang kecil yang dikuatkuasa MPPP.Masalah turut timbul apabila ada di antara tiga daripada pemilik membuka gerai lain di lorong belakang berdekatan restoran yang terletak di Jalan Penang menyebabkan aktiviti perniagaan di kawasan itu menjadi tidak teratur dengan tahap kebersihan kurang memuaskan, katanya.Perniagaan itu diwarisi turun temurun dan Abdul Hamid dikatakan mendominasi perniagaan itu sepenuhnya dari 2008 sehingga kini. 

Pemegang lesen,Sahubarali,50,berkata perbincangan berhubung giliran perniagaan di restoran berkenaan cuba diadakan tetapi menemui jalan buntu apabila pengendali operasi sekarang tidak mahu mengembalikan giliran kepada pihak sepatutnya. "Perbincangan pernah diadakan tetapi tidak dipersetujui pengendali operasi sekarang ini dan tujuan kami untuk sekali lagi mengadu kepada MPPP supaya sistem giliran dapat dikembalikan," katanya. 

Seorang lagi pemegang lesen restoran itu,Abdul Latiff,53,berkata beliau mahu perniagaan itu beroperasi seperti dahulu.Beliau juga menyatakan rasa sedih dengan konflik itu kerana mereka yang terlibat adalah sepupunya sendiri dan kini mereka telah berpecah belah."Memang kami ada perniagaan lain,tetapi restoran ini ada kenangannya tersendiri dan tradisi ini perlu diteruskan," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...