UMNO Online - “Wakil Rakyat BN Kecam ADUN DAP Gelar Pemimpin UMNO ‘Celaka’” plus 9 more

UMNO Online - “Wakil Rakyat BN Kecam ADUN DAP Gelar Pemimpin UMNO ‘Celaka’” plus 9 more

Link to UMNO Online

Wakil Rakyat BN Kecam ADUN DAP Gelar Pemimpin UMNO ‘Celaka’

Posted: 20 May 2014 04:20 AM PDT

GEORGE TOWN, 20 Mei – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengecam tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer daripada DAP yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘celaka’.

Adun-Seri-Delima-Penang-Pulau-Pinang-R.S.N-RSN-Rayer-Celaka-Cilaka-Parti-Dap-Rasis-UMNO-BN

Rayer ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, mendakwa beberapa pemimpin UMNO di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.

“Celaka-celaka UMNO ini kurang ajar, biadab dan selalu mengapi-apikan dengan membawa sepanduk memainkan isu rasis peristiwa 13 Mei. Celaka mereka,” katanya.

Kenyataan Adun DAP itu telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati wakil rakyat BN dan menuntut beliau menarik balik perkataan ‘celaka’ itu yang dilihat mencemar dewan.

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata kenyataan Rayer itu adalah keterlaluan dan telah melanggar peraturan dewan.

“Jika Yang Berhormat Seri Delima mahu menzahir rasa marah ia bukan dalam dewan yang mulia ini. Sebagai ahli dewan, Yang Berhormat perlu mematuhi peraturan dewan iatu Perkara 46 yang menyebut setiap ahli dewan dilarang menggunakan perkataan yang menyakitkan hati dan sentuh peribadi pihak tertentu.

“Sepatutnya Seri Delima tidak perlu gunakan perkataan kesat seperti celaka. Justeru, saya mohon pertimbangan Speaker menangani perkara ini kerana jika ia dibenarkan, perkataan seumpama ini akan mula digunakan dalam dewan,” katanya.

Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang) kemudiannya bangun mencelah dan meminta Adun DAP itu menarik balik perkataan ‘celaka’.

Speaker Datuk Law Choo Kiang kemudiannya menegur Rayer dan memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulangi perkataan kesat itu.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid mahu Law bertegas dalam mengendalikan sidang DUN supaya anggota dewan tidak mudah mengguna dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung.

Beliau berkata selain sebagai menghormati kemuliaan dewan, ketegasan itu juga penting memandangkan penggunaan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung adalah melanggar peraturan DUN.

“Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Adun Seri Delima (R.S.N Rayer) menyalahi peraturan, menggunakan kata-kata kesat kepada orang yang tidak ada di dalam dewan, memang menyakitkan hati,” katanya.

Adun Penaga Mohd Zain Ahmad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu menyifatkan tindakan Adun DAP itu adalah provokasi supaya Adun BN melatah.

“Apa yang diperkatakan oleh Rayer tidak relevan langsung dengan persidangan DUN, oleh itu kami mahu Speaker dapat pastikan Rayer tidak buat lagi perkara seperti itu,” katanya.

Turn Malaysia Into Centre For Expanding Knowledge On Ahli Sunnah Wal Jama’ah- DPM

Posted: 20 May 2014 03:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 20 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has urged the ulama and Muslim acadamecians in the country to revive Malaysia’s position as the centre for the growth of Ahli Sunnah Wal Jama’ah in the region.

He said this country had once been the regional Islamic knowledge centre in various fields such as Theology and Faith; Fiqah; Tasawwuf and thinking and philosophy according to the trends of several Imam including Imam Abu Hasan Asy’ari, Imam al-Syafi’i and Imam al-Ghazali.

“As such, certainly the teachings of Ahli Sunnah Wal Jama’ah must continue to be strengthened and empowered in Malaysia,” he said when opening the seminar on Explaining Aspirations of the Sunnah Wal Jama’ah at the Federal Territory Mosque, here today.

Muhyiddin pointed out that the teachings of the Sunnah Wal Jama’ah, which are upheld by Muslims in Malaysia, formed an important foundation in maintaining peace, stability and harmony in the country.

He said this trend was a factor in educating Muslims in the country to adopt the values of moderation and avoid extreme action in relations between the various races and religions.

Muhyiddin said the government was committed in ensuring that missionary efforts and education in Malaysia could be widened and strengthened in creating awareness and enlightenment to Muslims on the true teachings of Islam based on Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

In realising this objective, he said, the government was always prepared to cooperate and provide assistance to the ulama, dakwah institution and relevant non-governmental organisations (NGOs).

“It is hoped that dakwah institutions and Islamic NGOs can play an important role as friends of the country in efforts to maintain and strengthen the faith of Muslims in Malaysia.

“I believe that the continuous missionary and educational efforts could build a community of believers, with morals and piety, that form important elements in forming a community and nation blessed by Allah,” he said.

Muhyiddin pointed out that besides giving an explanation and empowering the teachings of Ahli Sunnah Wal Jama’ah, the Muslim community must also be given an understanding on the threat from the post-modernisation ideology and philosophy especially liberalism and pluralism.

Muhyiddin said the ideology and philosophy of liberalism and pluralism in Malaysia was spreading when there were groups who boldly and vociferously questioned the religious authorities especially the fatwa institution and the court.

He said that laws that had been agreed upon in Islam such as the prohibition on consuming liquor, adultory, apostasy and same sex marriages were questioned on grounds that they were contrary to human rights and freedom.

“In fact, there are groups who openly called for the abolition of the Islamic legal system that had been implemented for so long in Malaysia on grounds that they violate the principles of universal human rights,” he said.

On the seminar, Muhyiddin said it was held at the right time when Muslims who were strongly upholding the teachings of Ahli Sunnah Wal Jama’ah were facing various challenges in terms of thinking, values and culture brought about by globalisation.

DAP Lebih Utama Isu Kaum Untuk Raih Sokongan Pengundi – Dr Salleh

Posted: 20 May 2014 02:09 AM PDT

KOTA KINABALU, 20 Mei – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, tindakan DAP meletakkan calon berbangsa Melayu, Sofya Dyana di dalam pilihanraya kecil (PRK) Teluk Intan memperlihatkan parti tersebut lebih mengutamakan isu  kaum dan bangsa untuk menarik sokongan pengundi.

Menurut beliau, kemunculan Dyana Sofya sebagai calon tambatan DAP dalam PRK Teluk Intan ini ternyata menjadi perhatian ramai, lantaran Dyana bukan saja muda tetapi mempunyi paras rupa yang menawan, dan lebih penting lagi bagi DAP ialah calonnya itu adalah berbangsa Melayu.

calon-melayu-islam-dap-gimik-pas-dyana-sofya-bermuka-muka-kempen-tudung-tolak-hudud-pura-pura

"Mengapa hakikat dia berbangsa Melayu begitu penting? Mengapa perlu memberi penekanan kepada perkara itu di dalam ceramah mereka serta menggunakannya sebagai faktor tarikan kepada pengundi ?

"Jika dia berbangsa Cina atau India, adakah dia seorang calon yang kurang baik? Persoalannya sekarang ialah andaikan Dyana Sofya bukan Melayu, adakah DAP memilihnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu ?

"Jelas sekali DAP dan Pakatan Rakyat terlalu memberi penekanan kepada isu bangsa calon yang diketengahkan. Mengapa ia begitu penting untuk menonjolkan Dyana Sofya adalah Melayu dan bukan Cina, India atau apa sahaja?," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, DAP juga di dalam kempen mereka seringkali   mengutarakan soal bangsa ini untuk memperlihatkan bahawa parti tersebut tidak rasis dan mengungkit semula kisah lama terutama peristiwa Lim Guan Eng yang kononnya dipenjara kerana membela nasib seorang gadis Melayu.

“Kisah itu mereka jadikan bukti bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang bersifat perkauman,” sehingga sanggup dipenjarakan kerana membela nasib seorang gadis Melayu yang didakwa ada kaitan dengan kes pertuduhan terhadap Rahim Thambi Chik .

"Tetapi hakikat sebenarnya,  Guan Eng tidaklah didakwa atas kesalahan membela nasib gadis Melayu tersebut tetapi Guan Eng ditahan, didakwa dan disabit kesalahan atas tuduhan hasutan. Beliau tetap juga ditahan, didakwa dan disabit kesalahan hasutan meskipun gadis terbabit Melayu, Cina, India atau bangsa lain. Jadi mengapa perlu DAP terus mengungkit tentang perkara itu?," soal beliau tegas.

dap_rasis_kurang-ajar_guan_eng_pijak_langkah_melayu_islam

Jelas beliau lagi, Dap di dalam ceramah mereka hanya memberikan  fokus kepada  soal bangsa gadis tersebut dan bukan kesalahan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di dalam kes tersebut.

Tindakan DAP memainkan isu Guan Eng pernah dipenjara kerana  memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu  adalah untuk memberi gambaran Dap bukanlah sebuah parti rasis kerana Guan Eng sanggup dipenjara kerana seorang gadis Melayu, tetapi  hakikat sebenarnya bukanlah seperti itu yang berlaku, kata Salleh.

"DAP terus memberitahu kita bahawa ia adalah parti berbilang bangsa. Parti berbilang bangsa pun masih berasaskan kaum . Kita tidak boleh mengelak daripada dikenali sebagai parti perkauman walaupun parti itu parti berbilang bangsa. Bagaimanapun, jika DAP mendakwa diri sebagai sebuah parti bukan berasaskan kaum , maka ia menjadi perkara yang lain sama sekali.

"Namun begitu, DAP tidak menyatakan ia sebuah parti bukan berasaskan kaum kerana DAP tahu ia tidak boleh lari daripada kenyataan sebenar. Sebab itu, DAP mendakwa sebagai parti berbilang bangsa atau kaum, sekaligus bermakna ia masih sebuah parti berasaskan kaum iaitu lebih daripada satu kaum.

"Jadi tindakan politik DAP yang terus memainkan isu kisah Guan Eng dan calonnya di Teluk Intan yang merupakan seorang berbangsa Melayu memperlihatkan parti tersebut  lebih mengutamakan soal kaum termasuklah membuat pemilihan calon berdasarkan dari sudut pandangan perkauman," akhiri beliau.-MediaUMNO

dap-peralat-guna-calon-melayu-alat-politik-gimik-lim-guan-eng-kit-siang-dyana-sofya-teluk-intan-perak

Rasuah, Tipu Undi, “Blackout”… Semua Pakej Dalam Pemilihan PKR

Posted: 20 May 2014 02:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan segala caca merba dan huru hara yang berlaku di dalam pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru saja selesai seumpama pepatah mengata dulang paku serpih, mengata orang mereka yang lebih.

Menurut beliau, pemilihan PKR yang berlangsung baru-baru ini jelas terbukti memperlihatkan pemilihan yang penuh dengan kontroversi dengan pelbagai unsur-unsur penyelewengan seperti rasuah, membeli undi dan juga penipuan undi.

"Saya sebenarnya  kalau boleh tak mau sangat nak komen pasal pemilihan parti orang lain. Tapi saya percaya, melihat perkembangan pemilihan kepimpinan PKR baru-baru ini, secara umumnya rakyat boleh sejauh mana ketelusan dan keadilan yang diamalkan oleh parti tersebut.

"PKR yang kita tahu selama ini adalah sebuah parti yang kononnya memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan  adil melalui NGO mereka iaitu Bersih. Tetapi hari ini,  kita dapat lihat pelbagai kontroversi yang berlaku di dalam pemilihan parti mereka.

"Kalau dulu mereka tuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU yang lepas kononnya melakukan sabotaj dan penyelewengan seperti blackout, ada pengundi hantu dan sebagainya, rupa-rupanya bukan BN yang lakukan, tetapi kepimpinan PKR sendiri yang lakukan di dalam pemilihan parti mereka.

"Maka hari ini kita dapat tengok siapa yang sebenarnya yang mengalami pelbagai masalah dalam pemilihan parti mereka. Hari ini jelas, blackout itu sebenarnya berlaku bukan di dalam pilihanraya umum yang lalu, tetapi hari ini sebenarnya terbukti ianya berlaku di dalam pemilihan parti PKR hari ini.

"Begitu juga dengan isu pengundi hantu yang diuar-uarkan oleh kepimpinan mereka sebenarnya bukannya berlaku dalam pilihanraya umum, tetapi terbukti ianya berlaku di dalam pemilihan parti PKR itu sendiri. Begitu juga dengan senarai pengundi yang salah tidak berlaku di dalam pilihanraya umum, tetapi sekali lagi ianya juga berlaku di dalam pemilihan parti itu sendiri," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Kata Khairy, pemililihan kepimpinan di dalam PKR hari ini sudah cukup untuk menjadi hujah dan bukti kepada rakyat di seluruh negara bahawa kepimpinan PKR hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu mengamalkan apa yang mereka katakan itu.

"Inilah yang dipanggil kepimpinan yang cakap tak serupa bikin. Cakap berdegar-degar menuduh kerajaan dan BN tidak telus dan bersih dalam pilihanraya umum, tetapi hakikatnya mereka sendiri tidak bersih. Dan saya yakin rakyat dapat menilai bahawa inilah sebenarnya kepincangan besar yang berlaku di dalam PKR.

"Saya harap agar NGO Bersih juga perlu  menegur kepimpinan PKR dalam hal ini,  dan  jangan hanya tegur proses pilihanraya umum saja, jangan hanya tegur SPR saja, tetapi tegur juga political master mereka, iaitu PKR yang hari ini  terbukti tidak dapat mengendalikan pemilihan parti mereka dengan adil dan telus," tegasnya.-MediaUMNO

Ahmad Razif Sedia Kerjasama Dengan Siapa Sahaja Yang Dipilih Terajui UMNO Terengganu

Posted: 20 May 2014 01:15 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 20 Mei – Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Beliau turut mengakui tidak mempuyai masalah jika jawatan itu diberikan kepada orang lain dan akan bekerjasama dengan individu yang dilantik demi memajukan UMNO.

“Kita serahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan perkara itu kerana apa yang penting ialah kebersamaan dalam memperjuangkan parti.

“Saya tak ada masalah, kita sebagai ahli parti yang setia, kita pulangkan keputusan itu secara bijaksana untuk ditentukan oleh Presiden parti dan saya tidak ada masalah langsung dalam hal ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bendera Sukan Malaysia (Sukma) kepada Kontinjen Terengganu lewat malam tadi.

Menurutnya lebih mustahak semua bersatu untuk memperjuangkan parti dan tidak timbul siapa yang bakal dipilih menerajui UMNO Terengganu.

Beliau berkata perpaduan dalam saat-saat begini amat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan Terengganu sekarang di mana Barisan Nasional menduduki 17 kerusi Dewan Undangan Negeri sementara pembangkang 15.

Ahmad Razif berkata demikian ketika mengulas cadangan sebuah kolum akhbar tempatan Ahad lepas yang mengaitkan nama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai calon yang sesuai untuk jawatan itu.

Namun Ahmad Shabery ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu berpendapat, jawatan tersebut seharusnya dipegang oleh seorang Menteri Besar bagi membolehkan pentadbiran negeri dan kerja parti berjalan lancar.

Sementara itu Ahmad Razif berkata buat sementara waktu beliau memangku dua portfolio iaitu portfolio asalnya iaitu selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi,Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri.

Beliau juga memangku portfolio yang dipegang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said iaitu Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri.

Ahmad Razif  berkata portfolio itu akan dipangkunya sehingga lantikan Exco baharu dibuat dan ketika ini, pihaknya sedang berbincang mengenai perkara itu sebelum mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk memohon perkenan.

Tiada Perbincangan Mengenai Tariff Elektrik Baharu – Mahadzir

Posted: 20 May 2014 12:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas, berhubung justifikasi kerajaan membenarkan kenaikan tariff elektrik, tidak bermaksud akan ada kenaikan baru, kata Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Timbalan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu berkata, kenyataan Najib sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri, merujuk kepada kenaikan bermula Januari tahun ini.

“Sewaktu berucap, Perdana Menteri merujuk pada (kenaikan pada) 1 Januari 2014, iaitu sesuatu yang telah pun berlaku. Dan beliau (Najib) dalam ucapan itu, turut menjelaskan kenapa tarif itu terpaksa dinaikkan.

“Buat masa kini, tiada perbincangan mengenai perancangan untuk menaikkan lagi tariff pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengagihan Elektrik Asia Tenggara di sini hari ini.

Mahdzir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata, kerajaan perlu menimbangkan perkara yang kadang kala amat sukar dan ia termasuk menaikkan tariff elektrik.

Kenyataan Najib itu telah disalah anggap beberapa pihak kononnya kerajaan akan menaikkan lagi tariff elektrik dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai salah faham pihak tertentu bahawa justifikasi kenaikan itu tidak sepatutnya berlaku kerana TNB tahun lepas telah mencatatkan untung bersih sebanyak RM4.91 bilion, Mahdzir berkata, angka keuntungan itu tidak menggambarkan kos operasi sebenar syarikat utiliti itu.

“Satu tahun (boleh) dapat keuntungan sedemikian, tapi perbelanjaan, peruntukan yang dikeluarkan oleh TNB untuk setiap tahun sebenarnya lebih kurang RM5 bilion.

“Peruntukan yang TNB keluarkan balik adalah untuk tiga bahagian iaitu penjanaan tenaga, transmisi tenaga dan pengagihan tenaga…dan syarikat membuat satu belanjawan untuk ketiga-tiga bahagian ini,” katanya lagi.

Mengulas mengenai forum itu, Mahdzir berkata, ia bertujuan untuk bagi mencari formula yang sesuai dalam memastikan bekalan elektrik di Malaysia, dan negara-negara Asean secara umumnya berjalan dengan gangguan yang minimum.

Mahdzir berkata forum yang bertemakan “Towards Business Excellence and Sustainable Future” anjuran Cired Malaysia itu, merupakan platform terbaik bagi negara-negara Asean berkongsi pandangan, idea dan kepakaran secara holistik dalam bidang kejuruteraan elektrik.

“Sebab asas kepada apa jua industri, perniagaan, salah satunya ialah bekalan tenaga elektrik yang berterusan.

“Kalau mahu FDI (pelaburan langsung asing) datang, antara perkara yang akan menjadi keutamaan mereka adalah bekalan elektrik yang baik, air dan sistem telekomunikasi,” katanya lagi.

Disgruntled DAP Members Urged To Join PCM

Posted: 19 May 2014 11:30 PM PDT

GEORGE TOWN, May 20 – Parti Cinta Malaysia (PCM) vice-president Datuk Huan Cheng Guan has urged disgruntled DAP members to join him in the party.

Huan, who is contesting in the Bukit Gelugor by-election, said many DAP grassroot members had voiced their dissatisfaction over the party’s choice of a young candidate.

presiden-pcm-parti-cinta-malaysia-Huan-Cheng-Guan

“I hope those who are not satisfied with DAP will support me and they are all welcome to join PCM,” he told reporters after a walkabout at Island Glades here today.

He also claimed that his campaign for Bukit Gelugor was tacitly supported by many DAP members.

Meanwhile, Huan also pledged to resolve the safety dilemma expressed by some residents at Desa Baiduri flat and other flats in Bandar Baru Air Itam, that there was lack of security at the premises, such as CCTV and police presence.

“I will assist them to install more CCTV in strategic areas and also assign more police for the community if I become their MP,” he said.

The Bukit Gelugor parliamentary seat fell vacant when its MP, Karpal Singh died in a road accident on April 17.

Huan is involved in a four-corner fight on May 25, with DAP candidate Ramkarpal Singh Deo and two independents Abu Backer Sidek Mohammad Zan and Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.

Waspada Taktik Kempen “Baling Batu Sembunyi Tangan” Pembangkang

Posted: 19 May 2014 09:57 PM PDT

TELUK INTAN, 20 Mei – Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Mohd Khusairi Mohd Talib berkata pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan perlu berhati-hati dan tidak terperangkap dengan provokasi keji serta taktik kotor pembangkang di dalam meraih undi simpati.

Beliau  berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar calon DAP di PRK Teluk Intan yang memakai bikini dan juga memegang seekor anjing.

Mohd-Khusairi-Mohd-Talib-Penerangan-UMNO-BN-Perak

Ulasnya lagi, taktik kotor ini tidak mustahil adalah kerja yang dibuat oleh jenterapembangkang sendiri yang mahu merosakkan imej UMNO dan BN.

"Jangan lupa, perkara sama pernah terjadi semasa PRK Sungai Limau di mana pembangkang menggantung kaki arwah Azizan dan menuduh ini kerja UMNO.

"Bagi saya, ini adalah strategi pembangkang bagi meraih simpati dan mendapat undi. Cara mereka ini amat keterlaluan dan menjijikkan.

"Saya amat berharap agar pengundi di Teluk Intan ini tidak akan terpengaruh dan tertipu. Kita UMNO dan BN tidak akan menggunakan cara keji untuk meraih undi," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, pihak yang tidak bertanggungjawab ini jelas mahu menimbulkan suasana tegang sekaligus menimbulkan rasa benci di hati pengundi.

“Apa yang dilakukan ini seakan baling batu sembunyi tangan atau orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya.

"Oleh itu, saya amat berharap agar para pengundi tidak mudah tertipu dan terpengaruh. Kita berkempen dengan cara bersih dan telus. Memburukkan pihak lawan bukanlah cara kita," ujarnya lagi. - MediaUMNO

Usaha Sedang Dijalankan Untuk Siar Data Yang Belum Diproses Dan Perihal Teknikal

Posted: 19 May 2014 09:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei  - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan syarikat satelit United Kingdom (UK), Inmarsat hari ini berkata semua pihak sedang berusaha menyiarkan data yang belum diproses dan perihal analisis teknikal untuk orang awam.

Dalam kenyataan bersama di sini hari ini DCA dan Inmarsat berkata langkah itu sejajar dengan komitmen mereka ke arah usaha yang lebih telus.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan pengumuman Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin, yang mengarahkan DCA supaya berbincang dengan Inmarsat berhubung penyiaran data yang belum diproses itu untuk kegunaan awam.

Hishammuddin berkata ini bagi memenuhi tuntutan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 baru-baru ini yang mahu data yang belum diproses daripada Inmarsat.

Dalam kenyataan itu, DCA juga berkata ia akan menyediakan maklumat lengkap berhubung perbincangan dengan Inmarsat, dengan bantuan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) untuk mendapatkan huraian biasa bagi data satelit Inmarsat yang disediakan untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas kehilangannya.

Sebelum ini apabila rujukan dibuat terhadap ‘data log komunikasi’ dan ‘data yang belum diproses’ – ia dirujuk sebagai set data yang sama, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menegaskan adalah penting bagi kedua-dua agensi untuk menyediakan maklumat berguna kepada waris penumpang dan orang awam, yang termasuk data log komunikasi serta penjelasan berkaitan bagi membolehkan pembaca memahami data yang disediakan.

Data log komunikasi itu adalah satu daripada beberapa unsur dalam maklumat penyiasatan, kata kenyataan itu.

DCA juga juga mengakui mendapat sokongan penuh Inmarsat berhubung penyiasatan MH370 yang sedang dijalankan.

Sejarah DAP Buktikan Ramai Pemimpin Melayu Akhirnya Terbuang

Posted: 19 May 2014 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi tidak menolak kemungkinan bahawa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, calon berbangsa Melayu yang menjadi pertaruhan parti tersebut di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan,  bakal menerima nasib yang sama sepertimana ahli-ahli DAP berbangsa Melayu yang akan terpinggir dan dipinggirkan oleh parti tersebut satu hari nanti.

dap-peralat-guna-calon-melayu-alat-politik-gimik-lim-guan-eng-kit-siang-dyana-sofya-teluk-intan-perak

Jelas beliau, ini berdasarkan sejarah DAP yang tidak pernah 'merestui' ahli-ahli berbangsa Melayu di dalam parti tersebut untuk memegang jawatan tertinggi di dalam parti, demi kelansungan survival politik kroni-kroni daripada dua dinasti keluarga dalam Dap untuk terus memegang tampuk kekuasaan parti itu.

"Saya yakin, dalam jangka masa yang panjang, Dyana Sofya bakal menerima nasib yang sama sepertimana Tunku Aziz dan juga beberapa ahli DAP berbangsa Melayu di dalam DAP yang akan dipinggirkan suara mereka, di mana akhirnya akan mengambil keputusan untuk keluar dari parti tersebut. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang.

"Berdasarkan sejarah Dap, tidak ada di kalangan kepimpinan Melayu yang terpilih untuk memegang jawatan tertinggi di dalam parti. Jika adapun, mereka tidak mampu untuk  bertahan lama  seperti mana yang berlaku terhadapTunku Aziz dan beberapa pemimpin Melayu yang lainnya.

"Ini adalah kerana agenda dan ideologi DAP yang menentang hak-hak istimewa orang Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan, serta penolakan mereka terhadap sebarang agenda Islam di negara ini tidak akan berubah, dan ianya sedikit sebanyak pasti akan memberikan tekanan yang akhirnya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ahli serta kepimpinan Melayu di dalam parti itu," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

guan-eng-dap-rasis-cuba-rasuah-beli-undi-melayu-tunku-aziz-50-ribu-keluar-parti-pakatan

Beliau turut meluahkan rasa hairan dan pelik dengan segelintir sikap kepimpinan dan penyokong di kalangan bangsa Melayu yang terus memberikan sokongan politik kepada parti tersebut, biarpun jelas DAP merupakan sebuah parti yang rasis dan cauvinis, khususnya terhadap hak-hak istimewa bangsa Melayu.

"Saya kira segelintir orang Melayu masih tidak sedar dan tidak serik-serik, serta tidak mahu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap nasib pemimpin Melayu di dalam DAP.

"Bekas Naib Presiden Dap, Tunku Aziz secara terang-terang memberitahu bahawa Dap sememangnya tidak boleh dipercayai dan hanya lebih mengutamakan kroni dari dua dinasti keluarga itu saja, serta agenda perjuangan yang lebih mengutamakan satu kaum saja. Tetapi  masih ada lagi orang Melayu kita yang tidak sedar-sedar tentang perkara itu dan terus memberikan sokongan kepada Dap," tegasnya.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...