Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO!! Jihad Memerangi Orang Tengah Bukti Kementerian Serius Bela Nasib Pesawah, Petani dan Nelayan! @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 20 May 2014 05:49 AM PDT


Pada awal tahun ini, Kementerian Pertanian dan Asas Tani melancarkan jihad memerangi orang tengah. Memerangi orang tengah ini tertakluk dalam segala segi dan bidang.

Inisiatif Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub-Sektor Padi dan Beras dilancarkan dengan harapan membolehkan pesawah di seluruh negara menikmati pendapatan lebih tinggi serta mengelakkan mereka terus menjadi mangsa penindasan orang tengah.

Inisiatif jihad dilancarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu pihaknya menubuhkan Pusat Belian Padi diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan dibawah selian Lembaga Pertubuhan Peladang, MADA dan KADA bersama BERNAS.

Menurut Ismail Sabri, inisiatif Jihad Memerangi Orang Tengah ini juga akan diperluaskan ke sub sektor lain iaitu perikanan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagi melancarkan jihad memerangi orang tengah dalam sektor perikanan pula Kementerian melancarkan lapan strategi utama bagi membebaskan golongan nelayan daripada terus berada dalam cengkaman orang tengah.

Antara pendekatan agresif yang diambil kementerian dalam strategi itu termasuk mengambil alih hutang nelayan sebanyak RM40 juta daripada orang tengah menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.


"Hasil kajian yang dilakukan, dianggarkan kebanyakan 47,000 nelayan Zon A dan Zon B berhutang dengan orang tengah menyebabkan mereka terikat dan terpaksa menjual hasil kepada pihak berkenaan.

Untuk itu, kita akan selamatkan dan bebaskan hutang mereka daripada orang tengah. TEKUN akan ambil alih serta bayar secara langsung dan selepas ini mereka hanya akan berhutang dengan TEKUN," katanya .

Kerajaan juga menerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan menyediakan tabung pinjaman tanpa faedah untuk kecemasan sebanyak RM50,000 kepada 87 persatuan nelayan kawasan termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan golongan ini terus bergantung dengan orang tengah.

"Kerajaan juga menerusi TEKUN bersedia memberikan pinjaman kepada nelayan yang ingin membeli bot ataupun sampan," katanya.

Malah jumlah pasar nelayan pada tahun ini akan ditambah dengan mewujudkan 50 pasar nelayan baharu di seluruh negara bagi membolehkan nelayan atau kaum keluarga mereka memasarkan sendiri hasil mereka, katanya.

Dalam masa sama, katanya, Nekmat juga akan memainkan peranan membeli ikan-ikan daripada nelayan dengan menawarkan harga setanding dengan yang ditawarkan orang tengah.

Langkah meminimumkan peranan orang tengah ini juga diambil sebagai strategi bagi menurunkan harga borong bekalan komoditi pertanian, terutamanya makanan dan keperluan asas, sekaligus membendung peningkatan harga runcit di pasaran pengguna.

Video Dato Sri Ismail Sabri ulas mengenal lancar jihad orang tengah,


HOT!! Video Dyana Dap di Ragut Apek Tua!! #PrkTelukIntan

Posted: 20 May 2014 01:36 AM PDT


Muka boleh tahan, tapi disebalik muka yang nampak baik ni, sebenarnya dia telah benarkan dirinya di nodai oleh seorang apek tua paling rasis di atas muka bumi Malaysia.

Sepatutnya Kit Siang boleh biarkan Dyana cuba jawab dulu soalan tersebut, bukannya terus potong dan marah wartawan tu balik.

Kata kebebasan bersuara, sepatutnya biarlah. Kita pun nak tau juga, apa pendapat Dyana mengenai Ungku Aziz bekas Senator yang dulu lantang membela Dap, kini kembali kepangkal jalan, apabila sedar, Dap bukan parti untuk semua.

Tengok video dibawah,




Sebenarnya budak Dyana tu, hanya diperkuda oleh apek tua ni saja. Dia bukan reti apa pun. Apa yang dia reti, hanya menurut, apa saja cakap apek tua tu. Macam takdak harga diri..

Hakikat sebenarnya.. macam gambar ni..
Nak pilih calon boneka, atau calon yang sememangnya mempunyai peribadi dan profile yang tinggi?

Nak hidup senang, atau sampai mati nak main politik?


HOT!! Tasik Pedu Bakal Menjadi Pusat Tumpuan Pelancong? #HanyaDiKedah #KedahTourism

Posted: 20 May 2014 12:05 AM PDT


Dulu Tasik Pedu pernah dalam rancangan kerajaan negeri sebagai tempat pelancongan. Ada beberapa resort dan chalet dibina. Namun ianya gagal, kerana kedudukannya yang jauh dari bandar, dan jalan ke sana amat sempit dan tak selesa.

Tapi hari ini, jalan ke tasik Pedu dah luas dan besar. Setaraf dengan highway, cuma bezanya jalan tu takdak tol. Jadi amat tepat jika kerajaan negeri kembali membangunkan kawasan tersebut menjadi kawasan pelancongan.

Kerajaan negeri menubuhkan Pelan Induk Pembangunan Tasik Pedu sebagai sasaran menjadikan kawasan itu sebagai lokasi eko-pelancongan terbaharu di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dengan adanya pelan induk yang melibatkan pembabitan syarikat pemaju, sebarang pembangunan di Tasik Pedu akan dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan penglibatan pemaju swasta.

MB Kedah pun harap ada pihak swasta majukan tempat tersebut,




HOT!! Video Menarik Ds @MukhrizMahathir Teruja Sambut Hari Guru di SMK Syed Ahmad!! #MBmesraRakyat

Posted: 19 May 2014 07:32 PM PDT



18hb Dato Seri Mukhriz bersama Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyambut hari guru bersama guru dan para pelajar di Sekolah Menengah Syed Ahmad, Kuala Nerang.

Turut sama mengiringi mereka, ialah Exco-Exco Kerajaan negeri, YB Dato Rawi Hamid, YB Exco Tajudin Abdullah dan Tuan rumah YB Badrol Hisham.

Kemeriahan rombongan pimpinan negeri disambut, sukar untuk kita gambarkan.. di dalam video atau pun gambar. Mc yang ada disana pun meremang bulu roma teruja dengan suasana tu.




Kita kongsi sikit kemeriahan hari guru dengan video dibawah,




Amboi main suap-suap la pulak.. he he..

Koleksi gambar sambutan hari guru..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...