UMNO Online - “Pemuda UMNO Gerak Jentera Penerangan CBP – Khairy” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda UMNO Gerak Jentera Penerangan CBP – Khairy” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda UMNO Gerak Jentera Penerangan CBP – Khairy

Posted: 16 May 2014 07:13 AM PDT

JOHOR BAHARU, 16 Mei – Pemuda UMNO akan menggerakkan jentera pergerakan itu bagi memberi penerangan dan penjelasan lebih mudah kepada rakyat mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bakal dilaksanakan kerajaan tahun depan.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata dengan langkah itu, Pemuda UMNO berharap rakyat dapat memahami dengan lebih jelas mengapa CBP perlu dilaksanakan.

"Kita juga mencadangkan kepada Kabinet supaya melaksanakan sesi penerangan CBP dalam cara yang lebih mudah," katanya selepas program Sembang Santai "CBP & TPPA: Peranan dan Tanggungjawab Anak Muda Dalam Perkembangan Ekonomi" di Dewan Senat, Universiti Teknologi Malaysia di sini, hari ini.

TPPA atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik merupakan perjanjian perdagangan untuk menguruskan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan dan mengintegrasikan ekonomi rantau ini.

Pada masa sama, Khairy memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha memerangi gejala rasuah di negara ini.

Jenayah Kekerasan Terhadap Wanita Tidak Boleh Diterima

Posted: 16 May 2014 05:13 AM PDT

SEREMBAN, 16 Mei – Jenayah kekerasan terhadap kaum wanita terutamanya melibatkan warga emas di negara ini tidak boleh diterima dan perlu dibendung, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

kes-rahib-nun-gereja-visitation-serangan-rompakan-Sister-Marie-Rose-Theresa-Teng-koma-Juliana-Lim

Beliau berkata pihaknya tidak boleh menerima budaya jenayah keganasan seumpama itu terutamanya terhadap wanita seperti kejadian samun yang berlaku ke atas dua rahib wanita di Gereja Visitation, di sini Rabu lepas.

“Kita tidak boleh berkompromi dalam perkara ini di mana pelakunya harus dijatuhi hukuman yang setimpal. Mereka perlu diheret ke muka pengadilan segera sebagai isyarat bahawa ia adalah satu kesalahan amat serius.

"Kita menghantar amaran yang jelas bahawa di Malaysia, budaya jenayah kekerasan terutama kepada wanita tidak diterima……kita hendak tolak,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini hari ini.

Terdahulu, Shahrizat yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) meluangkan masa hampir sejam di HTJ bagi melawat dua rahib wanita itu yang parah akibat diserang di pintu hadapan Gereja Visitation, di sini Rabu lepas.

Shahrizat turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga kedua-dua mangsa berkenaan.

Beliau berkata pihaknya memandang serius dan mengambil berat berhubung kejadian itu kerana ianya melibatkan wanita dan warga emas selain lokasinya iaitu di rumah ibadat.

“Saya memohon pihak berkuasa (polis) membuat siasatan rapi dan berharap sesiapa yang bertanggungjawab dalam jenayah ini dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin. Itu yang amat mustahak. Kami turut mendoakan agar kedua-dua mangsa ini selamat dan pulih daripada kecederaan.” katanya.

Sister Marie Rose @ Theresa Teng, 79, koma manakala Sister Juliana Lim, 69, parah di kepala selepas diserang dengan topi keledar dalam kejadian bermotifkan samun itu.

Adenan Sokong Hasrat Teras Sertai BN

Posted: 16 May 2014 05:11 AM PDT

KUCHING, 16 Mei – Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini menyambut baik kesediaan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Sambil menyokong hasrat parti itu menyertai gabungan BN, beliau berjanji akan membantu Teras dalam proses permohonannya itu.

adenan-satim-km-sarawak-pbb-bn-komponen

“Saya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengenai perkembangan ini,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Adenan berkata bagaimanapun, setakat ini belum ada keperluan untuk beliau melakukan sebarang rombakan Kabinet.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan 11 Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu  Sarawak (SUPP) dan Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang keluar parti masing-masing semalam untuk menyertai Teras.

Kumpulan itu diketuai bekas presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom.

Turut menyertai TERAS ialah lima bekas anggota SPDP iaitu Anggota Parlimen Baram Anyie Ngau dan empat ADUN iaitu Datuk Sylvester Entri Muran (Marudi), Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik  Biru), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).

Wakil daripada SUPP ialah bekas pengerusi Bahagian Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan, serta Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar) dan Johnicol Rayong (Engkilili).

ADUN Pelagus George Lagong dari SWP juga keluar daripada parti pembangkang itu untuk menyertai TERAS.

Sementara itu, Mawan berkata kunjungan hormat itu adalah untuk menyatakan sokongan dan taat setia mereka kepada pucuk  pimpinan Adenan selaku Ketua Menteri Sarawak dan Pengerusi BN Sarawak.

Jawatankuasa Teknikal Hudud : Bukti PAS Belum Kaji Secara Mendalam

Posted: 16 May 2014 05:06 AM PDT

Kita menyambut baik persetujuan PAS untuk menangguhkan pembentangan hudud di parlimen untuk mengkajinya terlebih dahulu. Kajian tersebut akan dilakukan oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal, seperti yang disarankan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Jakim, MAIK serta mungkin juga pihak berkuasa agama Islam termasuk dari luar negara, yang dirasakan perlu dan sesuai.

Dengan persetujuan ini, maka terbuktilah bahawa Hudud PAS atau Kanun Keseksaan Syariah Kelantan (II) 1993 adalah tidak lengkap dan mempunyai begitu banyak kelemahan.

Tan Sri Muhyiddin, sebagai seorang yang bijaksana dan berfikiran jauh, telah mengambil langkah tepat untuk memastikan PAS tidak membentangkan sesuatu yang separuh masak di parlimen, apatah lagi sesuatu yang menggunapakai nama Islam.

Kita semua sedia maklum bahawa hudud hanyalah sebahagian kecil dari Islam. Namun impak perlaksanaan hudud boleh menjadi teramat besar jika ia tidak digarap dan digubal dengan sempurna memandangkan ia melibatkan hukuman berat, termasuk memotong anggota dan mengambil nyawa manusia yang mana tidak boleh ditukar ganti.

Memandangkan Islam tidak meletakkan hudud sebagai keutamaan, maka kerajaan pimpinan UMNO tidak pernah menimbulkan soal perlaksanaan hudud di Malaysia.

Yang meletakkan hudud lebih tinggi dari pembangunan masjid dan pembangunan ummah, adalah PAS semata-mata.

mat-sabu-hadi-awang-tangguh-hudud-pas-bentang-ruu-persendirian-gimik-politik-jual-agama-beli-undi-tiket-syurga

PAS telah menyanyikan lagu 'hudud' sejak azali lagi. Malah 'hudud' atau 'undang-undang Syariah' lah yang membawa kepada peristiwa berdarah Memali – di mana segelintir umat Islam sanggup mati menentang kerajaan atas alasan 'perlembagaan sedia ada adalah perlembagaan kafir'. Lalu, hudud menjadi tonggak penentangan PAS terhadap UMNO.

Pemimpin tertinggi PAS tidak pernah bertukar sejak berdekad lalu, dan PAS boleh saja mengkaji hudud secara berterusan, namun ini tidak berlaku. Dalam PAS merujuk kepada hudud seolah-olah sebagai rukun Islam yang pertama, PAS tidak pula berusaha mengambil masa mengkajinya.

PAS pernah membentangkan hudud Terengganu tanpa kajian pada tahun 1993 yang menyebabkan ia ditolak oleh kerajaan pusat, dan kini PAS mengulangi perkara yang sama untuk Kelantan.

Kita tidak tahu sama ada PAS benar-benar sengaja mempermainkan hudud demi politik, atau PAS benar-benar begitu bodoh tidak mampu memahami bahawa mereka perlu mengkaji terlebih dahulu undang-undang itu sebelum membentangkannya di parlimen atau di mana-mana.

Apakah Nik Aziz, Hadi Awang dan Ulama-ulama PAS tidak tahu bagaimana untuk mengkaji, atau sememangnya tidak tahu yang ia perlu dikaji? Jika tahu, kenapa bukan PAS yang menyarankan penubuhan Jawatankuasa Teknikal untuk mengkaji hudud? Kenapa mesti UMNO yang menyuarakannya?

Setelah berpuluh tahun asyik berzikir 'hudud, hudud', PAS sebenarnya belum pun memikirkan apa itu hudud.

Malaysia adalah bermasyarakat majmuk. Oleh yang demikian, kesukaran perlaksanaan hudud pastilah berlipat kali ganda berbanding negara Islam lain yang melaksanakan undang-undang syariah yang merangkumi hudud itu.

Oleh yang demikian juga, maka cadangan perlaksanaan hudud di negara ini pastinya memerlukan kajian yang jauh lebih mendalam lagi.

Berdasarkan hakikat ini, PAS wajib menyediakan deraf yang menyeluruh bukan sahaja bagi menjelaskan kedudukan bukan Islam dalam undang-undang ini, tetapi juga perlu mampu mengupas mengenai segala kemungkinan terutama pertembungan dengan teknologi moden dalam menghakimi sesuatu kes jenayah. PAS juga perlu menjelaskan penyesuaian hudud dalam konteks negara demokrasi di mana kerajaan mungkin bertukar ganti.

Perlu diingatkan bahawa Presiden PAS sendiri telah menolak bukti CCTV dalam kes zina. Justeru, masyarakat perlukan kepastian apakah penghakiman seperti ini akan digunapakai dalam undang-undang hudud PAS Kelantan nanti, atau apakah sebarang hukuman tertakluk atas individu berdasarkan parti politik yang disokongnya?

Jelas, PAS langsung tidak memikirkan tentang apa-apa mengenai hudud, melainkan ingin melaksanakannya. Jika PAS tidak mampu berfikir mengenai perkara paling utama bagi parti itu, maka apakah kita pasti yang PAS mampu melaksanakan hudud dengan adil?

Mujurlah UMNO berjaya menyedarkan PAS bahawa hudud yang bakal dibentangkan perlu dikaji terlebih dahulu. Jika tidak, tentulah rakyat Kelantan terpaksa berhadapan dengan undang-undang separuh masak yang penuh dengan ketidakadilan.

isuhot.com

Apakah Lembaga Disiplin PKR Pilih Bulu Bila “Jerung Besar” Terlepas Tindakan?

Posted: 16 May 2014 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mempertikaikan tindakan Lembaga Disiplin PKR yang hanya mengambil tindakan terhadap 'anak ikan' tetapi 'jerung besar' dibiarkan bebas.

cabang-ranting-pengerusi-jpp-jawatankuasa-pemilihan-pusat-pkr-sendiri-kacau-bilau-haru-biru-tipu-bohong-undi-johari-abdul

Jelasnya, sekiranya Lembaga Disiplin PKR telus dan jujur, seharusnya Penyandang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim turut dikenakan tindakan serta disiasat.

"Azmin didakwa terlibat dengan memanipulasi undi di Batang Sadong, Sarawak. Proses pengiraan undi di sana dikatakan dilakukan di dalam tiga bilik hotel bajet dan pintu lambat dibuka malah berlaku 'blackout'. Apabila ada dakwaan sebegini seharusnya Azmin juga dikenakan tindakan serta disiasat.

"Khalid pula didakwa terlibat dengan politik wang. S. Manikavasagam salah seorang daripada lapan orang yang dikenakan tindakan mendakwa mempunyai bukti bahwa Khalid melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor.

"Jadi, mengapa mereka ini tidak disiasat atau Lembaga Disiplin PKR mempunyai 'double-standard' didalam mengambil tindakan.

"Atau tindakan yang diambil ini hanyalah satu lagi gimik politik dan mereka ini hanya menjadi kambing hitam," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Rahimi, Lembaga Disiplin PKR seakan menjadi patung wayang kulit yang bergerak mengikut rentak tok dalang.

Sebelum ini Lembanga Disiplin PKR mengumumkan menggantung keahlian lapan ahli parti serta-merta sehingga siasatan selesai berkaitan salah laku sepanjang Pemilihan PKR diadakan. – MediaUMNO

Usaha Untuk Cuba Adu Domba Pertukaran Menteri Besar Hanya Kerja Sia-sia

Posted: 16 May 2014 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Mei – Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu Datuk Sabri Alwi yakin kemelut yang melanda parti itu di negeri berkenaan baru-baru ini telah pun selesai dan mana-mana pihak yang cuba mengadu domba perlu menghentikan perbuatan berkenaan kerana ianya adalah kerja yang sia-sia.

sabri-alwi-adun-umno-bn-kuala-terengganu

Malah beliau turut percaya Menteri Besar yang baru, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman telah mendapat mandat daripada pimpinan dan masing-masing memberi tumpuan untuk berkhidmat serta berbakti kepada rakyat negeri Terengganu.

"Lagi pun apa yang berlaku adalah salah faham dan sekali lagi ditegaskan mana-mana pihak yang cuba mengidupkan kembali perkara ini hentikanlah perbuatan yang membuang masa itu.

"Hari ini percayalah seluruh barisan kepimpinan yang sedia ada tidak akan menoleh ke belakang sebaliknya bergerak ke depan kerana rakyat telah memberikan harapan pada pilihan raya umum yang lalu.

"Jadi persoalan serta perkara ini tidak harus berbangkit lagi dan apa yang penting hari ini adalah meneruskan apa yang telah diusahakan oleh bekas Menteri Besar sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Said," katanya kepada UMNo-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah kebijaksanaan pimpinan UMNO dalam mengatasi kemelut yang berlaku itu adalah perkara yang membanggakan.

"Alhamudlillah segala-galanya telah selesai…Saya yakin dan percaya akar umbi boleh menerima perkara ini dan meyakini kepimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman untuk melaksanakan tanggungjawab.

"Dalam suasana hari ini, perlu diingat bahawa musuh kita adalah diluar sana dan bukannya di dalam parti. Kita sama-sama teruskan kerja dan melaksanakan apa yang diharapkan oleh rakyat. Itulah tugas kita," ujarnya. -MediaUMNO

Isu Hudud : Pas Main Sorong Papan Tarik Papan – Nakhaei

Posted: 16 May 2014 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad tidak terkejut dengan tindakan Pas membatalkan hasrat mereka untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen dengan alasan untuk berbincang dengan jawatankuasa teknikal kerajaan pusat terlebih dulu.

Menurut beliau, ini adalah kerana isu perlaksanaan hukum hudud ini merupakan senjata permainan politik Pas sejak dari dulu dan tindakan mereka bertarik tali dalam isu perlaksanaan hudud ini bukanlah satu perkara yang baru.

"Bagi saya, kepimpinan Pas tak payah la nak perjelaskan apa pun kerana kita sudah jelas dengan sikap Pas dalam isu hudud ini. Mereka sorong isu ini, kemudiannya tarik  balik. Ini bukan pertama kali terjadi, tetapi sudah banyak kali terjadi.

nakhaei-ahmad-bekas-yadim-naib-presiden-pas

"Bila mereka melihat UMNO dan kerajaan serius untuk  berbincang berhubung isu hudud ini, mereka akhirnya tarik balik. Jadi untuk apa dibangkitkan isu ini? Tidak lain hanyalah untuk menarik kembali sokongan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini untuk kepentingan politik mereka.

"Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hudud, sudah pasti akan ada tindakan susulan dalam usaha tersebut, seperti mengumpulkan pakar-pakar perundangan Islam bagi membincangkan soal akta dan undang-undang. Namun sehingga ke hari ini tidak ada pun usaha tersebut," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Malah kata beliau lagi, kepimpinan Pas juga tidak memperjelaskan kepada rakyat khususnya kepada ahli dan penyokong mereka pendirian parti tersebut di dalam pakatan pembangkang di mana DAP dan PKR jelas pernah mengadakan persefahaman dengan Pas tidak ada agenda negara dan undang-undang Islam sekiranya pakatan berkuasa di negara ini.

"Kita desak agar kepimpinan Pas beritahu perkara sebenar apa pendirian parti itu jika Dap dan PKR tidak bersetuju dan menentangkan hasrat mereka untuk melaksanakan hudud di negara ini. Apakah Pas sanggup keluar dari pakatan pembangkang untuk melaksanakan hudud?

"Namun sehingga ke hari ini, tidak ada kenyataan dari kepimpinan Pas. Apa yang mereka buat hanyalah timbulkan isu ini, kemudian tarik balik atas alasan wujudnya perbincangan antara Pas dan jawatankuasa teknikal kerajaan pusat.

"Sekiranya perlaksanaan hudud ini tidak mampu dilakukan oleh mereka, saya bimbang kerajaan akan menjadi mangsa untuk dipersalahkan atas kegagalan mereka melaksanakan hukum hudud ini," ujarnya.

Beliau juga berkeyakinan bahawa DAP dan PKR juga tahu bahawa isu hudud ini merupakan permainan politik Pas yang hanya untuk memenuhi agenda politik mereka bagi mendapatkan semula sokongan dari orang Melayu di negara ini.

"Sebab itu kita lihat tentangan yang diberikan oleh DAP dalam isu hudud ini tidak begitu rancak. Seolah-olah bagaikan melepaskan batuk ditangga. Sebab mereka tahu, Pas tidak mampu dan tidak bersungguh-sungguh dalam isu perlaksanaan hukum hudud ini.

"Jadi dalam isu hudud ini, kita faham-faham sajalah. Bukan sekali ia ditimbulkan malah sudah berkali-kali isu hudud ini menjadi permainan politik Pas. Bagi saya, kalau Pas benar-benar nak laksanakan hudud, sudah lama mereka akan laksanakan di Kelantan, kerana undang-undang agama Islam tertakluk di bawah negeri," jelas beliau.-MediaUMNO

gobind-singh-deo-karpal-pas-putar-belit-guna-hudud-agama-islam-kebenaran-demi-sokongan-undi-syurga

tertinggi-dap-karpal-lim-kit-siang-guan-eng-tolak-hudud-hadi-silap-salah-sokong-pakatan

Penang Govt Urged To Disclose Number Of Houses Built Since 2008

Posted: 16 May 2014 12:59 AM PDT

GEORGE TOWN, May 16 – Parti Cinta Malaysia (PCM) deputy president Datuk Huan Cheng Guan has urged the Penang government to disclose the number of low-cost and medium-cost homes it had built in the state since 2008.

“I want the Housing exco to respond, and to also disclose the number of houses costing M400,000 and above, that had been built since 2008,” he told a press conference here today.

He said housing was a pressing issue in the state and the party had received many complaints about the difficulty in owning homes now that housing prices had escalated.

Huan is contesting for the PCM in the Bukit Gelugor parliamentary by-election on May 25.

He would be facing Ramkarpal Singh Deo from the DAP and two independent candidates, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Adul Sathar and Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

The Bukit Gelugor parliamentary seat fell vacant following the death of its DAP representative Karpal Singh in a road accident last April 17.

Karpal Singh, who was also the DAP’s former chairman won the seat in the 13th general election with a majority of 42,706 votes, defeating BN candidate Teh Beng Yeam who obtained 13,597 votes.

BN Perhebat Kempen Perjelas CBP Kepada Masyarakat Teluk Intan

Posted: 15 May 2014 11:47 PM PDT

TELUK INTAN, 16 Mei – Barisan Nasional (BN) akan memperhebatkan kempen mengenai penjelasan isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) kepada masyarakat Teluk Intan kerana pembangkang dijangka mempergunakan isu berkenaan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata BN akan mengadakan lebih banyak ceramah berkelompok untuk memberi penjelasan secara terperinci supaya masyarakat lebih memaham isu berkenaan.

ahmad-maslan-songkok-ceramah-kempen-bn-kajang

“Tentunya pembangkang akan bangkitkan isu itu (CBP) ketika berkempen. CBP perkara utama akan kita perjelaskan selain isu semasa. Kita akan kumpul penceramah dan beri mereka taklimat CBP sebelum mereka menjelaskannya kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Bekas Tentera Teluk Intan di Bangunan Bekas Tentera di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata pembangkang sering membangkitkan isu, seolah-olah CBP merupakan cukai baharu yang membebankan rakyat, sedangkan ia adalah cukai yang menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang dihapuskan.

Ahmad berkata, ketika membangkitkan isu itu, pembangkang tidak memperjelaskan perkara sebenar bahawa masyarakat selama ini telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan.

“Kita dah ada cukai jualan 10 peratus untuk pakaian, perabot rumah, perkakas rumah. Semua itu dah ada 10 peratus (cukai) tetapi dikutip oleh Kastam di kilang-kilang. Namun selepas ini 10 peratus akan tinggal enam peratus sahaja.

“Ada juga perkhidmatan sekarang ni enam peratus (cukai) seperti perkhidmatan astro, hotel, makanan, restoran-restoran besar. Kalau dalam ceramah (pembangkang) perkara ini tak wujud langsung. Mereka tidak akan cerita perkara ini kepada rakyat, mereka anggap cukai ini tiba-tiba, sebelum ini tidak ada, jadi itu tidak benar,” katanya.

Sementara itu, mengenai PRK Teluk Intan beliau berkata BN akan berusaha mengembalikan kemenangan kawasan itu yang sebelum ini pernah dimenangi BN.

“Sebelum ini BN menang di Teluk Intan sejak tahun 2004 dan sebelum ini, tapi terhenti pada 2008 dan 2013. Kita akan tebus kembali kerugian pelbagai perkara  yang dialami ketika pembangkang memerintah kawasan itu kerana selama ini yang membangunkan Teluk Intan hanya BN,” katanya.

Ahmad Maslan berkata pada 2013 masyarakat Cina menyokong hasrat pembangkang untuk mengubah kerajaan BN, namun masyarakat harus sedar bahawa cita-cita pembangkang itu tidak tercapai.

“Parlimen Teluk Intan mempunyai dua Dun dengan BN memenangi satu daripadanya. Menang kalah adalah dari segi kekuatan. Harapan kita agar masyarakat Cina kembali rasional untuk menyokong BN,” katanya.

Katanya Parlimen Teluk Intan mempunyai bilangan masyarakat Cina lebih ramai iaitu 43 peratus diikuti, Melayu (37 peratus), India (19 peratus) dan lain-lain (satu peratus).

Mengenai calon BN yang akan bertanding, beliau berkata tentunya BN akan meletakkan calon yang terbaik di Teluk Intan dan nama calon layak bertanding akan diumumkan esok.

“Calon yang terbaik pastinya boleh membantu meneruskan pembangunan kepada semua masyarakat,” katanya.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal 27 Mei dan hari pengundian pada 31 Mei.

Pada pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

SPR Jangka Peratusan Keluar Undi PRK Teluk Intan Capai 85 Peratus

Posted: 15 May 2014 09:59 PM PDT

TELUK INTAN, 16 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan boleh mencapai sehingga 85 peratus.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata ini berikutan pilihan raya itu diadakan semasa cuti sekolah.

Setiausaha-SPR-Abdul-Ghani-Salleh-Mesyuarat-Tarikh-PRK

“Pada pilihan raya umum lepas peratusan yang keluar mengundi adalah 80 peratus,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan PRK Teluk Intan bersama-sama Ketua Jabatan di sini, hari ini.

Beliau berkata keputusan PRK itu dijangka dapat diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 9 malam.

“Walaupun ada tiga saluran mengundi yang memerlukan pengangkutan air iaitu di Ulu Bernam, Sungai Timah dan Batu Enam, ia tidak menjadi masalah kerana kita dibantu pelbagai agensi,” katanya.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara yang layak mengundi pada PRK itu.

Abdul Ghani turut memaklumkan setakat ini tidak ada pihak yang telah membeli borang pencalonan daripada SPR.

Beliau berkata Sekolah Menengah Seri Perak di Jalan Changkat Jong, di sini akan digunakan sebagai pusat penamaan calon manakala penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Jalan Changkat Jong.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada DAP, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Pada pilihan raya umum Ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...