Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Anak Melayu Dari Pondok Menjadi Pensyarah Oxford!

Posted: 16 May 2014 06:12 AM PDT



Walaupun cerita ni pernah di war-warkan dalam blog kira-kira 3 tahun yang lepas. Namun Mc percaya tak ramai lagi yang tak tahu kisah seorang pelajar pondok boleh menjadi pensyarah melayu Islam pertama di Oxford. Hebat.. hebat.

Dr Afifi Al Aki ti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 36 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syiria. Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland.

Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani. Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.



Dahsyatnya profile beliau. Mari kita kena beliau dengan lebih dekat.

Nama beliau Dr Muhammad Afifi al-Akiti.

MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) – penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Akhir kalam, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Genggam bara api biar menjadi abu. Kalau belajar tu, belajarlah betul-betul, tak kiralah bidang apa pun skali.

Jangan jadikan ilmu agama penyebab tak dapat kerja dan tak berjaya. Tapi salahkan diri sendiri yang tidak betul-betul dalam menuntut ilmu agama. Sedarlah wahai golongan yang belajar ilmu agama, rezeki itu Allah dah tentukan untuk kita. Tinggal untuk kita usaha. Samalah juga dengan golongan yang belajar ilmu lain juga.

sumber : wikipedia

HOT!! Video Kejar Mengejar Akhirnya Penjenayah Mati di Tembak!

Posted: 16 May 2014 02:12 AM PDT


Kejadian berlaku di MRR2 dan ianya sangat mencemaskan. Menurut laporan, kejadian ini berlaku pada malam 13 Mei 2014 yang lalu lebih kurang dalam pukul 2 pagi. Mereka bermula dari Mahameru hingga ke Pandan Indah sebelum melakukan u turn dan berakhir di flyover Klang Gates.

Penjenayah memecut laju-selajunya dan dikhabarkan sehingga 15 biji kereta polis dikejarkan untuk mendapatkan pesalah.

Dimaklumkan kejadian ini melibatkan 3 lelaki berbangsa Melayu di mana 2 mati dan seorang lagi menyerah diri. Mereka terlibat dalam kes menyeludup senjata api.


video

HOT!! Hati-hati Jemput Khatib Luar Bagi Khutbah di Solat Jumaat!

Posted: 15 May 2014 11:36 PM PDT


YAN – Jawatankuasa kariah masjid diminta lebih berwaspada ketika menjemput khatib dari luar untuk membaca khutbah Jumaat di masjid dalam kawasan mereka.

Menurut Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, mereka perlu memastikan khatib berkenaan mengikut setiap syarat yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan tidak boleh menyampaikan khutbah sesuka hati mereka.

"Kita faham, kadang kala bukan imam masjid yang membacakan khutbah disebabkan faktor keuzuran dan apabila khatib jemputan dipanggil, mula berlaku masalah apabila khutbah disampaikan menyentuh isu politik.

"Isu politik tidak sesuai disampaikan dalam khutbah Jumaat, sebaliknya khutbah itu perlu lebih menjurus kepada memupuk perpaduan dalam kalangan ummah, bukan mewujudkan rasa tidak puas hati dan marah pada mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Ulama dan Umarak di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, di sini.

Beliau menjelaskan, perbincangan mengenai isu politik boleh dibuat di tempat bersesuaian dan bukannya di dalam masjid kerana menjaga kesucian rumah Allah.

"Kita pernah terima laporan ada jemaah bangun merampas alat pembesar suara dan kejadian ini menjadi tidak pelik di negeri ini.

"Setakat ini tidak lebih dari 10 laporan yang diterima berhubung khatib menyampaikan khutbah menyentuh isu politik," ujarnya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...