UMNO Online - “Kedah Terima Pelaburan RM4 Bilion Dalam Sektor Pengeluaran Pada Januari – Mac” plus 9 more

UMNO Online - “Kedah Terima Pelaburan RM4 Bilion Dalam Sektor Pengeluaran Pada Januari – Mac” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kedah Terima Pelaburan RM4 Bilion Dalam Sektor Pengeluaran Pada Januari – Mac

Posted: 14 May 2014 04:56 AM PDT

ALOR SETAR, 14 Mei  - Kedah menerima pelaburan sebanyak RM4 bilion dalam sektor pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, menjadi negeri kedua tertinggi menerima pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan yang diluluskan itu merupakan prestasi yang sangat baik kerana jauh mengatasi pelaburan keseluruhan diterima sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Beliau berkata Kedah pada kedudukan kedua selepas Sarawak yang menerima pelaburan sebanyak RM8.26 bilion manakala ketiga Selangor (RM1.9 bilion), diikuti Johor RM1.29 bilion dan Pulau Pinang RM831 juta.

“Pelaburan ada melibatkan pembesaran kilang sedia ada dan pelaburan baru. Antara yang besar adalah pelaburan dalam sektor fabrikasi wafer di Kulim Hi-Tech Park dan juga sub-sektor farmaseutikal,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata kemasukan pelaburan yang tinggi dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan Kedah masih merupakan destinasi pelaburan yang diminati pelabur asing dan tempatan.

“Saya harap lebih banyak pelaburan seperti ini masuk ke Kedah sekaligus membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat kita dan juga warga (Malaysia) dari luar Kedah,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mempertingkat usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan, bukan hanya sektor pengeluaran tetapi juga dalam sector pelancongan dan perkhidmatan.

“Kita tidak tumpu kepada kedudukan ke berapa kita tetapi tumpu kepada jumlah pelaburan yang masuk. Tahun lepas, pelaburan termasuk juga sector perkhidmatan dan pelancongan berjumlah RM13.1 bilion,” katanya.

Pertukaran MB Terengganu Bukti Kehebatan Najib Banding Dengan Anwar

Posted: 14 May 2014 04:48 AM PDT

Sebetulnya, apa pun kesudahan krisis politik Terengganu ini, satu yang pasti ialah Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin politik yang jauh mendahului Anwar Ibrahim dari segala segi.

Kurang-kurang, Najib sudah berjaya tukar Menteri Besar yang tak perform dengan orang lain, sementara Anwar masih terkial-kial nak selesaikan masalah Menteri Besar Selangor yang kononnya bijak bab duit tapi tak bijak menguruskan negeri.

Tak perform jugalah tu.

Soal ada berlaku krisis dan sebagainya, itu soal lain, yang penting dari sudut itu (tukar Menteri Besar), Najib sudah berjaya, berbanding dengan Anwar.

pemilihan-umno-krisis-terengganu-najib-vs-lawan-anwar-pemilihan-pkr-krisis-selangor-pemimpin-kepimpinan

Yang terdaya Anwar lakukan ialah cipta satu insiden kononnya dia kemalangan kecil malam tadi. Retak tangan kanan kononnya, tapi masih mampu posing atas katil hospital. Selama penulis hidup, baru ini kali pertama penulis dengar orang yang retak tangan kanan kena baring atas katil hospital. Biasanya lepas bandage, dah boleh balik.

Takat itu sajalah lakonan politik Anwar, masalah yang berlambak dalam PKR tu, haram dia tidak cuba untuk selesaikan. Kalau 4 tahun dulu pemilihan huru hara, 4 tahun kemudian, pemilihan masih huru haralah, malah lebih teruk pulak lagi.

Pemuja Anwar patut lihat perbezaan kedua pemimpin ini. Polemik, krisis dan sebagainya, semua ini menguji kehebatan pemimpin dalam menyelesaikan masalah dan ini telah terbukti waima dalam lipatan sejarah negara kita yang tidak berapa nak panjang ini pun.

Tun Dr. Mahathir contohnya, beliau tidak mungkin jadi Perdana Menteri yang hebat kalau tidak kerana menghadapi, mengendali dan menyelesaikan pelbagai krisis politik/kepimpinan sepanjang 22 tahun memimpin negara dan mengetuai UMNO.

Dari pertukaran 3 Timbalan Perdana Menteri, UMNO diharamkan dan sebagainya, semua ini menjadikan Mahathir sebagai seorang manusia yang diakui sebagai hebat hari ini.

Najib juga sedang meniti aral yang sama, dalam proses menjadikan beliau seorang pemimpin dan ketua yang matang. Tak patutlah dalam beliau cuba menyelesaikan krisis di Terengganu ini, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mempertikaikan kewibawaan beliau.

Jangan lupa, berbanding dengan Anwar yang lebih gemar menyapu masalah kebawah karpet, Najib berhadapan dengan masalah dan berusaha menyelesaikannya walaupun tahu ada sedikit sebanyak implikasi yang boleh menggugat kepimpinan beliau.

Pertukaran Menteri Besar Terengganu ini adalah manifestasi kepada kejayaan Najib melakukan sesuatu yang tidak mungkin Anwar mampu lakukan sepanjang hidupnya.

Jadi, krisis politik yang berlaku di Terengganu ini, walaupun singkat dan tidak berlarutan, telah membawa implikasi yang besar kepada 'keagungan' Najib sebagai pemimpin, berbanding Anwar yang hanya tahu berlakon pandai memimpin.

Hakikatnya, nak tukar satu Menteri Besar pun tak terbuat sampai sekarang. Tahan dia sengaja sengaja kosongkan kerusi DUN Kajang kononnya nak selesai kemelut MB Selangor ni, tapi sampai sekarang, apa pun takdak.

mykmu.net

PRK Teluk Intan : Pemuda Perak Anggap Majoriti PRU-13 Sebagai Cabaran

Posted: 14 May 2014 04:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Mei – Pemuda UMNO Perak melihat majoriti yang dimenangi oleh DAP pada pilihan raya umum yang lalu di Teluk Intan bukanlah penghalang kepada pergerakan itu untuk sama-sama membantu jentera Barisan (BN) yang lain sebaliknya menganggap perkara itu sebagai cabaran.

Ketua-Pemuda-UMNO-BN-Perak-Hairul-Anwar-Mohamed-Noor

Ketuanya Hairul Anwar Mohamed Noor berkata perkara berkenaan adalah soal kedua sebaliknya apa yang penting hari ini adalah sama-sama berganding dengan Pemuda parti komponen yang lain dalam satu barisan untuk bergerak ke depan bagi menghadapi pilihan raya kecil Teluk Intan 31 Mei ini.

Menurut beliau atas nama BN, pergerakan itu bersepakat dan bertekad untuk bergerak bersama-sama dan insyaallah segala kempen yang bakal dilaksanakan nanti adalah secara menyeluruh.

"Sudah pasti sebagai sayap parti tentunya tumpuan kita adalah pengundi muda dan inilah yang akan kita tekankan. Di peringkat awal kita telah pun mendapat kerjasama yang cukup baik di kalangan rakan-rakan kita.

"Selepas ini pucuk pimpinan Pemuda akan mengemaskini segala gerak kerja dan kita di peringkat Pemuda Perak mahu pun di peringkat bahagian telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan pilihan raya kecil tersebut," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 31 Mei, proses penamaan calon 19 Mei manakala pengundian awal pada 27 Mei ini.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong ekoran kematian Seah Leong Peng, 48, pada 1 Mei lalu akibat penyakit barah di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Kuala Lumpur.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13), Leong Peng yang mewakili DAP memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang kini Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam.

Hairul Anwar seterusnya menambah BN berpeluang untuk merampas balik kawasan berkenaan memandangkan parti itu pernah memenanginya selama dua penggal.

"Lagi pun dalam pilihan raya apa pun boleh jadi dan insyaallah kita akan tingkatkan usaha termasuklah menggunakan media baru sebagai salah satu kaedah sepanjang tempoh berkempen nanti," ujarnya. -MediaUMNO

Sokongan Penuh Kepada Pimpinan Baharu Terengganu – Ahmad Said

Posted: 14 May 2014 04:32 AM PDT

KEMAMAN, 14 Mei  - Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau akan memberi sokongan penuh kepada penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata beliau akan membantu Ahmad Razif selagi berkhidmat sebagai wakil rakyat.

“Saya akan jaga kawasan Kemaman dan kawasan saya. Kalau dulu saya jaga seluruh negeri, sekarang saya jaga Kemamanlah. Saya akan bantu,” kata Ahmad pada  sidang media di kediamannya di Teluk Kalong di sini.

ahmad-razif-ahmad-said-bekas-mantan-baru-baharu-mb-terengganu-umno-bn

Ahmad, 57, berkata beliau akan terus berbakti kepada UMNO bersandarkan penglibatannya yang cukup lama dalam parti itu, sejak berusia 19 tahun.

“Saya akan bantu. Anda bayangkan masa dulu kita kalah (dalam pemerintahan Pas 1999-2004), saya jelajah satu negeri untuk memenangkan UMNO, beri ceramah siang malam,” katanya.

Mengenai tanggapan sesetengah pihak yang melihatnya sebagai pengkhianat UMNO, Ahmad menegaskan: “Soal pengkhianat tak timbul. Ini soal perjuangan…kerana sayangkan UMNO saya kembali semula. Kalau saya pengkhianat, lama dah saya bergabung dengan Pas.”

Beliau mendakwa ada didatangi beberapa anggota Pas yang memujuknya menyertai parti itu, namun menolak pelawaan berkenaan.

Terengganu menjadi tumpuan selepas Ahmad dilaporkan keluar UMNO selepas meletak jawatan menteri besar, Isnin lepas.

Pada hari yang sama, Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu.

Susulan itu, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud juga dilaporkan keluar UMNO dan menjadi wakil Bebas.

Bagaimanapun Roslee dilaporkan telah kembali kepada UMNO pada Selasa, disusuli Ahmad dan Ghazali hari ini.

Budaya Politik DAP… “Dia Makan Nangka Orang Lain Kena Getah”

Posted: 14 May 2014 03:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Sememangnya telah menjadi budaya politik dalam DAP yang lebih cenderung bermain sandiwara iaitu mengetengahkan isu-isu sensitif untuk dijadikan bahan polemik dan kemudian bersikap diam diri apabila isu tersebut manjadi marak, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Katanya, banyak insiden yang berlaku dimulakan oleh para pemimpin dalam DAP tetapi kemudiannya pihak lain yang dipersalahkan ibarat pepatah 'orang lain makan nangka orang lain kena getahnya'.

Musa-Sheikh-Fadzir-Bukit-Mertajam-Penang-Pulau-Pinang-UMNO-BN

"Itulah politik DAP, sejak dari awal kewujudan mereka hinggalah ke hari ini masih tidak berubah iaitu gemar menangguk di air keruh, dan hanya akan bercakap tentang sesuatu perkara yang akan dapat memberi keuntungan kepada mereka tanpa memikirkan kesan keseluruhan kepada masyarakat," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini beliau mengaitkan kepada isu perancangan pelaksanaan hudud yang dikemukakan oleh kerajaan Pas di Kelantan yang kemudiannya menjadi panas lantaran pemimpin DAP yang enggan menerima keputusan terbabit apatah lagi diketengahkan oleh sekutunya sendiri.

"Apabila isu ini menjadi besar dan berpanjangan, kemudiannya mereka menyalahkan kerajaan dan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang seolah-olah menolak hukum hudud sedangkan realitinya perkara tersebut sengaja dimanipulasi untuk menjadi batu api dalam BN sendiri dan kerajaan dilihat lemah."

Katanya, begitu juga dalam soal berkaitan kenaikan harga barang yang menjadi topik utama penghujung tahun lalu apabila kerajaan dituduh zalim dan kejam namun dalam diam-diam kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP menaikkan sur caj air.

"Dalam manifesto mereka ketika berdepan pilihan raya macam-macam janji dibuat namun malangnya, belum pun sampai setahun berlalu janji-janji mereka tak ditunaikan malah sebaliknya mereka membebani rakyat dengan kenaikan 100 peratus surcaj pemuliharaan air.

"Apabila hal tersebut dipersoalkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng maka dengan mudah beliau bercakap bahawa cara tersebut adalah untuk mendidik rakyat berjimat sedangkan realitinya mereka gagal melaksanakan apa yang mereka kata."

Tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, pemimpin DAP lebih gemar menggunakan politik manipulasi dan persepsi dengan mengaitkan kepada dasar dan isu semasa untuk kepentingan mereka sendiri.

"Memang mereka bijak bermain propaganda politik, menyentuh isu-isu semasa dan hal-hal sensitif dengan agenda mengelirukan pemikiran rakyat walhal realitinya jika diukur dari segi gerak kerja dan kebertanggungjawaban maka mereka gagal."

Dalam hal ini beliau mengajak rakyat menilai proses pembangunan di Pulau Pinang yang lebih bertumpu kepada hasil usaha BN termasuklah pada masa DAP yang berkerajaan kerana terbukti mereka tidak berperanan untuk membantu rakyat.

"Lebih dari itu mereka nampaknya suka bermain tarik tali dengan mempolitikkan tindakan orang lain biarpun ia berpunca dari kesalahan sendiri sebagaimana pemilihan Jawatan Kuasa Pusat DAP yang akhirnya mereka pula memberikan kata dua kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dilaporkan, ROS lakukan siasatan kepada DAP ekoran kedegilan mereka yang enggan mengikut arahan ROS untuk menghantar maklumat lengkap berhubung pemilihan semula parti yang antaranya adalah senarai cawangan yang mengambil bahagian dan senarai perwakilan.

"Mereka tuduh negara ini tidak demokrasi dan pentadbiran BN bersifat kronisme namun mereka buat-buat lupa dengan apa yang berlaku dalam parti mereka sendiri," katanya.

Dalam hal ini beliau mengaitkan dengan tekanan yang dikenakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Dap Goh Leong San sehinggakan terpaksa meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang negeri ekoran tindakannya yang secara jujur memuji pentadbiran pemimpin Barisan Nasional (BN) iaitu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron semasa sidang DUN lalu.

Beliau turut menyebut berkaitan tindakan yang dikenakan terhadap bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ekoran melahirkan pandangan bertentangan dengan kepimpinan pusat dalam DAP apabila menolak perhimpunan Bersih 3 diadakan dan mempunyai nada selari dengan kerajaan BN. - MediaUMNO

PCM Lainches Bukit Gelugor Parliamentary By-Election Manifesto

Posted: 14 May 2014 03:12 AM PDT

GEORGE TOWN, May 14  - Parti Cinta Malaysia (PCM) Vice President Datuk Huan Cheng Guan today launched the party manifesto for the Bukit Gelugor Parliamentary by-election that focused on 10 points.

The manifesto themed ‘Bersama Kita Majukan Pulau Pinang Ke Hadapan’ (Together We Move With Penang Forward) was provided in three languages, namely Malay, English and Mandarin.

Huan, who is also PCM candidate in the by-election, said among the main points in the manifesto are fighting crimes and social problems together with the police, corruption eradication in Barisan Nasional (BN) and pakatan rakyat and lobbying for more low cost houses to be constructed, especially in the Bukit Gelugor Parliamentary constituency.

“The high prices of houses made it difficult for the people to own their own homes, in actual fact available land should be used to build more low cost houses and not to sell it to developers,” he told reporters at the launch of the  party manifesto and slogan ‘Cintai Pulau Pinang’ (Love Penang) here today.

Huan will also open three service centres in all the state seats under the constituency, namely Seri Delima, Air Itam and Paya Terubong, in efforts to be close to the residents and make it easier for them to lodge complaints on various problems faced.

In the manifesto, Huan also promised to increase and upgrade flats, markets and public utilities for a more conducive environment and and provide comfort to the local residents.

The other five points are to ensure the residents of Penang residents enjoy a good quality of life and established development, solving traffic congestion through an effective transport masterplan and state government land audit.

It is also to ensure strict enforcement on development policies with heavier penalties, particularly development on hillslopes aimed at nurturing an ecosystem balance for the future generation.

Huan also said PCM would apply for federal funds from the various ministries  to implement various policies for the development of the residents in the area.

The Bukit Gelugor by-election this May 25 Mei will see a four-cornered fight between Huan, Ramkarpal Singh Deo from DAP and two Independents, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar and Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

The by-election is being held following the death of incumbent Karpal Singh from DAP in a road accident last April 17.

In the 2013 general election Karpal Singh won the seat with a 42,706 majority-vote defeating Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam, who polled 13,597 votes.

Ahmad Razif Denies Undue Haste In Making Him Menteri Besar

Posted: 14 May 2014 03:09 AM PDT

PUTRAJAYA, May 14 – Newly appointed Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman said there was no undue haste in making him the menteri besar, instead he was appointed in accordance with the procedures.

“The appointment was made in accordance with the process agreed to by the prime minister and received the consent of the Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin,” Ahmad Razif told reporters after meeting Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak here today.

Ahmad Razif, 49, who was sworn in as menteri besar on Monday, was accompanied by 13 Terengganu assemblymen and State Assembly speaker Mohd Zubir Embong to the meeting.

Terengganu was thrown into a political quagmire after Kijal assemblyman Datuk Seri Ahmad Said, who resigned as menteri besar, quit UMNO after his successor, Ahmad Razif, who is also Seberang Takir assemblyman, took the oath of office.

Ahmad Said’s decision prompted two more UMNO assemblymen, namely Ghazali Taib (Ajil) and Roslee Daud (Bukit Besi), to follow suit.

The trio declared themselves Independents, but Roslee eventually retracted his resignation letter yesterday to avert a crisis to enable the status quo to remain.

Roslee, who came back to the fold in less that 24 hours, was among Terengganu assemblymen present at the meeting with Najib.

Ahmad Razif said there would be no reshuffle in the state executive council line-up or replacement of the speaker.

He declined comment on the meeting with the prime minister.

Present were Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, and UMNO secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Keganasan, Penipuan Sudah Jadi Amalan Dan Nilai Dalam Budaya Politik PKR

Posted: 14 May 2014 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Mei –  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan keadaan tidak terkawal dan tunggang langgang yang berlaku dalam pemilihan PKR ketika ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan sekiranya melihat kepada asas penubuhan parti itu sendiri.

Jelasnya  apabila sesebuah parti diwujudkan atas rasa dendam, rasa marah, penuh dengan penipuan, akhirnya mereka gunakan perkara tersebut di dalam pemilihan parti mereka, kerana budaya ini memang sudah dianggap biasa oleh PKR.

“Ini dibuat di bawah keadaan sedar. Mereka tidak perasan bahawa mereka melakukan perkara yang menjadi amalan, nilai dan budaya parti mereka. Kita berharap perkembangan pemilihan PKR akan mewujudkan  satu kesedaran agar ia budaya songsang seumpama ini tidak dibawa ke dalam masyarakat.

pemilihan-kroni-tipu-bohong-tak-telus-pkr-sabak-bernam-selangor-ganas-kasar-baling-kerusi

"Kepada kita di dalam UMNO, tatatertib, adat dijadikan nilai, jangan menipu, minta maaf merupakan satu budaya yang diasuh. Namun budaya ini tidak ada di dalam parti mereka,” ujarnya  yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar.

Apa yang nyata tambah beliau lagi dakwaan yang selama ini mereka lemparkan kepada UMNO akhirnya terpalit ke muka mereka sendiri.

“Segala dakwaan yang mereka lemparkan kepada UMNO dan BN selama ini, sebenarnya sudah menjadi amalan mereka, nilai mereka dan itu terserlah dalam pemilihan mereka baru-baru ini.

"Inilah yang diajarkan oleh Penasihat PKR yang sudah menampakkan hasil yang boleh kita lihat seperti apa yang berlaku di beberapa kawasan pemilihan parti mereka", katanya. -MediaUMNO

razali-tuduhan-umno-dalang-kecoh-pemilihan-pkr-fitnah-tiada-asas-sembunyi-kelemahan-masalah-dalaman-parti

pemilihan-pkr-2014-blackout-batal-calon-pengundi-hantu-salah-tipu-kira-undi-curiga-mana-tak-demokrasi

kepercayaan-pilih-pemimpin-negara-pemilihan-pkr-pengundi-hantu-penipuan-tipu-ketakadilan-masa-depan

Rakyat Terengganu Berterima Kasih Krisis Politik Selesai, Pas Berputih Mata

Posted: 14 May 2014 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Exco Kerajaan Negeri Terengganu, A. Latiff Awang berterima kasih kepada kepimpinan UMNO khususnya Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengambil serius perkembangan yang berlaku khususnya dalam menyelesaikan krisis politik tempatan selepas peralihan jawatan Menteri Besarnya.

Katanya, hasil muafakat dan kebijaksanaan daripada kepimpinan parti di peringkat pusat dan kepimpinan peringkat negeri Terengganu maka segala kemelut yang melanda sejak kelmarin dapat ditangani.

Kemelut politik yang Terengganu berlaku ekoran pertukaran Menteri Besar yang baharu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

perjumpaan-mb-baharu-baru-terengganu-ahmad-razif-adun-rombongan-putrajaya-pm-najib-muhyiddin-tengku-adnan-sokong-aman-stabil-selesai

"Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada kepimpinan UMNO keseluruhan yang dapat mengembalikan keteguhan UMNO di Terengganu," katanya kepada UMNO-Online.

Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, kini tumpuan utama UMNO adalah untuk meneruskan usaha membangunkan negeri tersebut, selain membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Berdasarkan kepada apa yang telah berlaku, kita boleh jadikan ia sebagai iktibar dengan semua anggota parti dari pemimpin hinggalah ke akar umbi mesti sayangkan UMNO dan nilai perjuangan yang ada tanpa melihat kepada agenda peribadi.

"Pada bila-bila masa sahaja, pemimpin datang dan pergi tetapi nilai perjuangan janganlah pernah terpadam malah kita perlu saling menghormati antara satu sama lain sebagaimana kita akur dengan kepimpinan tertinggi parti dalam mentadbir," katanya lagi.

Dalam hal ini beliau turut membidas pakatan pembangkang yang lebih suka menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan atas kemelut politik yang berlaku.

"Itu sudah memang sikap pembangkang yang mengharapkan perpecahan dalam UMNO untuk membolehkan mereka membina kerajaan tetapi tidak mungkin untuk orang UMNO menggadaikan perjuangan yang telah dibina dan menyerah begitu sahaja tanpa mencari jalan penyelesaian."

Tegasnya, berdasarkan kemelut yang berlaku sebelum ini, tentunya semua pihak amat sedar bagaimana pentingnya setiap individu berperanan dan meneruskan keampuhan UMNO dalam kerajaan dan sebagai pemimpin tempatan.

"Harapan saya, semoga UMNO Negeri Terengganu bertambah kuat dengan mengembalikan fokus utama kepada pentadbiran dan hasrat berkhidmat kepada rakyat terus direalitikan," katanya.

Susulan peralihan teraju kepe¬mimpinan negeri menerusi pelantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, 49, Ahmad turut menyebabkan dua lagi ADUN mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas namun hari ini segala kemelut yang berlaku selesai apabila dilaporkan Ahmad dan Ghazali Taib akan kembali menyertai UMNO. - MediaUMNO

Ahmad Said Tarik Balik Surat Keluar UMNO Dan Mohon Maaf Pada PM

Posted: 14 May 2014 02:14 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 14 Mei  - Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said telah memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan keputusannya keluar daripada UMNO, dalam satu pertemuan di Putrajaya, hari ini.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata dalam pertemuan itu, Ahmad turut menarik balik surat keluar daripada UMNO, serta peletakan jawatannya di dalam parti.

ahmad-razif-ahmad-said-bekas-mantan-baru-baharu-mb-terengganu-umno-bn

Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, turut berjanji dengan perdana menteri untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, kata Mohd Jidin kepada Bernama ketika dihubungi menerusi telefon di sini hari ini.

Beliau berkata Adun Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Mohd Jidin berkata Ahmad dan Ghazali melahirkan rasa kesal mereka ekoran tindakan secara terburu-buru itu.

“Sehubungan itu, kita 17 Adun (BN) telah bersepakat untuk terus memimpin negeri Terengganu tanpa ada masalah.

“Yang lepas biarlah lepas. Jangan kita ambil kisah lagi. Kita perlu terus bersatu demi perpaduan parti kita,” kata Mohd Jidin.

Awal pagi semalam, Ahmad dan Ghazali mengumumkan keputusan untuk keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pada Isnin, Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif, yang juga Adun Seberang Takir, mengambil alih jawatan itu daripada beliau.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...