BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #PRKBUKITGELUGOR !!! #DAP JILAT LUDAH SENDIRI !!!

Posted: 14 May 2014 02:49 PM PDT


Dulu semasa PRU13,pembangkang terutama DAP begitu kuat menyalak hentam  pemimpin BN tak telus kerana  menggunakan sumber dan aset kerajaan membantu melancarkan kempen pilihan raya

Tetapi kini Ludah mereka itu dijilat kembali seperti anjing bila mana di kempen pilihanraya kecil Parlimem Bukit Gelugor hari ini,kenderaan dan pekerja MPPP dilihat sedang  menyiapkan tempat ceramah DAP malam ini di Taman Tun Sardon.

Perbuatan itu secara jelasnya menyalahi prinsip dan had kuasa kerajaan sementara,malah ia perlu dihentikan serta-merta.

Ini kerana MPPP adalah hak rakyat P.Pinang bukannya hak mutlak parti  DAP untuk memenangkan Ramkarpal  ! !

Apakah mereka lupa apa yang mereka menyalak sebelum ini tentang isu  guna jentera kerajaan ???



Lihatlah sendiri bukti dulu mereka cakap tak serupa bikin di atas ini menghentam BN kini mereka sendiri begitu angkuh dan rakus menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti.

Bila  dah  berkuasa, segala cakap mereka dulu kononnya kerajaannya  telus dan lebih baik daripada BN ternyata bohong.Entah apa lagi duit rakyat & aset kerajaan disalahgunakan DAP untuk politik mereka.-GPB



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA #PDRM DI #MRR2 DIDEDAHKAN !!!

Posted: 14 May 2014 02:30 PM PDT


Pengguna media sosial hari ini dihidangkan video berdurasi 2.40 minit yang menunjukan kejadian berbalas tembak antara pihak Polis dan penjenayah di Lebuhraya MRR2.


Video yang menjadi hebahan meluas dalam media sosial You Tube dan Facebook dimuat naik oleh pengguna media sosial yang kebetulan ketika itu melalui MRR2.Sehingga kini masih belum dipastikan kejadian tembak-menembak berkenaan. - SGB

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKBUKITGELUGOR !!! #RAMKARPAL KENA MAKI KAW-KAW !!!

Posted: 14 May 2014 05:00 AM PDT


Perkara penting gagal difahami oleh DAP apabila mereka memerintah Pulau Pinang.Mandat yang mereka terima dari rakyat Pulau Pinang bertujuan untuk berkhidmat kepada rakyat bukannya bertindak sesuka hati menyusahkan kehidupan rakyat.Berjimat memang bagus namun ianya haruslah bertempat.Tindakan kerajaan DAP yang mula mengekang kehidupan rakyat "ala komunis" sudah mula merimaskan mereka. 

Baru-baru ini semasa lawatan calon DAP,Ramkarpal Singh Deo ke Bukit Gelugor telah menjadi kecoh apabila seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri.Memang langkah kiri Ramkarpal yang pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman taici di Jalan Delima,Island Glades di sini terkejut apabila wanita itu menyuarakan kemarahan di situ.Wanita yang mahu dikenali sebagai Soo,65,berkata aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu yang dimatikan seawal jam 5 pagi, tidak menerima sebarang maklum balas positif. 

Kononnya lampu dipadamkan seawal jam 5 pagi itu sebagai langkah penjimatan elektrik.Hakikatnya tindakan tersebut hanya menyusahkan penduduk apabila dua kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di sekitar kawasan itu dimatikan biarpun keadaan masih gelap.DAP tidak mampu berkhidmat untuk rakyat.Mereka telah membuat terlalu banyak kesalahan yang mengecilkan hati rakyat. Kembalikan semula Pulau Pinang ke tangan Barisan Nasional.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #MATSAID KEMBALI MASUK #UMNO !!! AKHIRNYA #PAS KECEWA !!!

Posted: 14 May 2014 02:10 AM PDT


akhirnya Bekas MB Terengganu kembali masuk UMNO.Itulah kelebihan parti bn terutama nya UMNO,dalam menyelesaikan isu besar,semua tak ada masalah,small matter,dalam isu panas yang berlaku semalam di terengganu,PAS paling awal nak kawtim dengan mad said,muahaha

pantang ada peluang,tapi pendirian macam mat said,takkanlah kecewa macamana pun sanggup gadai prinsip dengan menyokong pas pulak,lainlah bekas mb selangor mat taib tu.ada rakan blogger yang kata,PR selalu berbangga sekiranya dapat menarik najis kumuh kepunyaan UMNO,yerrlah,bekas yang banyak problem,yang gila kuasa,yang takda disiplin,hah itu yang pas dan pkr dok kutip !! tapi saya percaya Mat Said tak macam tu !!! betul tak pembaca Badut Rakyat ???

sorry PAS,jangan jadi balaci DAP !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! LAGI PENIPUAN #PEMILIHANPKR #PKR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 13 May 2014 10:00 PM PDT


Jika ingin melihat samada cakap tak serupa bikin yang berlaku di dalam pakatan pembangkang,lihat sahajalah proses pemilihan PKR yang amat kelam kabut dan penuh dengan penipuan.Kalau dahulu banyak kekecohan berlaku semasa pemilihan PKR pada 2011 boleh dimaafkan kerana baru pertama kali mencuba pemilihan terus dari peringkat akar umbi, kini kali kedua nampaknya kekalutan yang berlaku lebih dahsyat dan parah.Pada pemilihan 2011,Azmin Ali menang besar jawatan timbalan presiden walaupun dibantah keras oleh ahli-ahli parti yang mendakwa berlaku penipuan terancang oleh kumpulan beliau.Bagaimanapun jawatankuasa pemilihan dan juga jawatankuasa disiplin akhirnya memandang sepi semua aduan dan memenangkan juga Azmin.Aduan yang dibuat oleh ahli-ahli PKR yang tidak puas hati berhubung proses pemilihan termasuk kertas undi melebihi ahli yang mengundi,proses pengiraan kertas undi yang tidak telus,ahli-ahli hantu yang dibawa ke dalam dewan untuk mengundi, ancaman ke atas pihak lawan,kertas undi dihilangkan, kertas undi yang sama nombor siri, politik wang secara terangan dan sebagainya.

Natijahnya ketika itu berlaku kekecohan dan insiden tumbuk menumbuk antara satu sama lain,baling kerusi dan perlawanan fizikal antara penyokong-penyokong kumpulan yang bertanding.Jika PKR selalu memfitnah SPR melakukan penipuan yang mereka sendiri tidak mempunyai bukti,pemilihan PKR 2011 amat jelas penipuan yang berlaku dalam pemilihan PKR adalah 1,000 kali lebih teruk.Kini perkara yang sama malah lebih teruk berlaku lagi dalam pemilihan 2014.Kali ini Azmin mempunyai dua lawan bagi mempertahankan jawatan beliau,Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.Jika dua amalan berpuak-puak tidak begitu ketara,kali ini perpecahan dalaman PKR adalah begitu jelas.Khalid mewakili grup yang bersekutu dengan presiden manakala Saifuddin pula bersekutu dengan Nurul Izzah dan Rafizi Ramli.Kewujudan tiga puak utama dalam PKR melebarkan jurang perbezaan serta pergeseran di antara pemimpin atasan parti. Masing-masing ingin menjatuhkan sesama sendiri dengan menggunakan pelbagai cara termasuk taktk kotor dan penipuan yang berleluasa.Sekali aduan telah dibuat terhadap Azmin yang dikatakan telah menipu dan menggunakan kuasa wang ringgit untuk membeli undi. 

Apakah kali ini Anwar juga akan melindungi 'buah hati' beliau untuk kekalkan jawatan timbalan presiden ??? Saifuddin dikatakan mshu menjatuhkan Azmin kerana merasakan dirinya bakal presiden PKR satu hari nanti.Azmin pula menjatuhkan Khalid kerana pertelingakahan lama sejak 2008 dan mahu menjadi menteri besar.Anwar seperti biasa bersikap hipokrit dan bermuka-muka dan menunjukkan sokongan kepada Azmin walhal secara senyap ingin Saifuddin menang dan Khalid kecundang.Malah Anwar juga mahu Khalid ditendang daripada jawatan menteri besar dan menggantikan dengan isteri beliau,Dr Wan Azizah Ismail.Apa pun Anwar mahu memastikan kepentingan peribadi dan keluarganya diutamakan lebih dahulu dalam apa jua keadaan. Anwar dijangka akan memanipulasi jawatankuasa pemilihn dan juga disiplin untuk memastikan Saifuddin memang kali ini.Ketua Umum PKR sudah hilang kepercayaan untuk menerajui parti kerana dilihat terlalu tamakkan kuasa dan mempunyi agenda peribadi melebihi kepentingan parti. 

Malah Anwar sudah mula meragui kesetiaa Azmin terhadap PKR kerana mengkritik hebat ketuanya sendiri selepas PRU13 dengan meminta ketua umum itu bermuhasabah diri kerana gagal menjadi perdana menteri dan mengamalkan nepotisme.Sejak itu Anwar sudah mula cuak dengan Azmin lalu mengalihkan harapannya pula kepada Saifuddin.malas nak ulas panjang lagi,nanti berjela-jela PKR kena belasah.ini semua adalah fakta.tak macam PKR semua nya salah UMNO bila penipuan mereka didedahkan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKBUKITGELUGOR !!! #DAP KEBAL DARI UNDANG-UNDANG !!! APA CERITA NI ???

Posted: 13 May 2014 07:00 PM PDT


DAP, pada dasarnya adalah sebuah parti tanpa pemimpin.Parti itu wujud,tetapi secara teknikalnya,barisan kepimpinannya tidak berfungsi dan tidak berhak membuat keputusan untuk parti.Ini berikutan pemilihan semula CEC pada 29 November lalu yang masih belum muktamad dan menunggu siasatan.Menurut surat pada 6 Disember lalu,ROS telah menafikan perlantikan CEC berdasarkan aduan dari kalangan perwakilan dan ahli-ahli DAP mengenai perjalanan mesyuarat dan pemilihan semula yang tidak mengikut prosedur parti. DAP kemudiannya mengheret ROS ke mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman dan kes ini kini masih lagi menunggu perbicaraan.Ini bermakna,DAP perlu menyelesaikan dahulu kes dengan ROS dan juga mahkamah sebelum menjalankan aktiviti parti, apatah lagi bertanding dalam Pilihanraya.Malangnya, ini tidak berlaku. DAP nampaknya sudah sah akan bertanding dalam PRK Gelugor.Jelas,SPR tidak menghalang DAP bertanding.Keadaan ini membuatkan rakyat semakin bingung melihat 'keistimewaan' yang dinikmati oleh parti chauvinis Cina ini. Biarpun masih dalam siasatan,DAP tetap bergerak seperti biasa,seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. 

Barisan CEC yang tidak sah itu juga berfungsi tanpa sebarang masalah.DAP seolah-olah boleh sahaja memanipulasi undi parti sendiri,menganiaya ahli-ahli parti sendiri,mempermainkan ROS dan kini mempermainkan mahkamah pula, tanpa sebarang tindakan.Cakap-cakap kedai kopi mula kedengaran bertanya, apakah DAP kebal dari undang-undang parti dan juga undang-undang negara ini ??? Akhir-akhir ini, ketegasan pihak kerajaan dalam berhadapan dengan karenah pembangkang sering dipersoalkan.Ramai yang melihat 'kelembutan' pihak kerajaan terhadap pembangkang sebagai merunsingkan, meragukan dan membahayakan.Rakyat pada dasarnya semakin tidak faham dengan apa yang berlaku dan sekali gus semakin musykil dengan hala tuju negara. Kenapakah DAP mendapat keistimewaan sebegitu rupa ??? Mereka kemudiannya mengaitkan perkara isu CEC ini dengan persoalan kenapakah satu pihak boleh mengutuk dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati tetapi pihak Islam dan Melayu tidak boleh melakukan yang sama tanpa dikenakan tindakan segera ??? 

Persoalan seperti ini terus bermain di laman-laman sosial dan ia amatlah tidak sihat untuk politik Barisan Nasional.Lebih dari itu,ia juga tidak baik untuk masa depan negara, tak kira parti mana yang menjadi pemerintah.Kita tidak seharusnya membiarkan mana-mana pihak juga untuk melanggar undang-undang dan tidak menghormati pihak berkuasa.Kini segala kemusykilan terhadap DAP telah berbalik kepada ROS,kemudiannya kepada SPR dan akhirnya kepada kerajaan BN juga.Siapa yang menjadi mangsa dan siapa pula yang perlu dipersalahkan ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #ANWARIBRAHIM CUBA BODOHKAN RAKYAT DAN SALAHKAN @BULETINTV3 !!!

Posted: 13 May 2014 05:00 PM PDT


Anwar Ibrahim mabuk ketum agaknya bila mengatakan cacamarba pemilihan partinya seolah-olah telah dirancang serta menyalahkan TV3 di atas liputan kekecohan yang berlaku.Cuba salahkan diri sendiri yang mengajar pengikut berdemonstrasi,bereformasi dan menjadi samseng jalanan.ini tak,semua nak salahkan orang lain.apa cerita ni ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...