Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Berikutan Sambutan Ceramah Hambar, Dap Terpaksa Sokong Hudud?

Posted: 14 May 2014 07:12 AM PDT



Pelik kenapa ceramah Dap kat Bukit Gelugor tak dapat sambutan? Ceramah Parti Komunis DAP di Bukit Gelugor oleh calon DAP merangkap anak kepada penentang Hudud No.1 di Malaysia hambar dan kurang mendapat perhatian.

Kenapa jadi macam tu? Adakah disebabkan isu-isu terbaru telah menyebabkan sokongan kepada Dap berkurangan?

Apa dah jadi ni? Tengok gambar dibawah, dua tempat yang berbeza.



Ceramah dibawah pun, menunjukan keadaan yang sama hambar. 


Mungkin kerana BN tidak meletakkan calonnya untuk bertanding menyebabkan suasana kempen sikit hambar dan tidak sepanas kebiasaan apabila ada pertandingan.

Berdasarkan maklumat dalaman parti DAP, jika peratusan keluar mengundi berkurangan daripada PRU13, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi keputusan majoriti undi. Diramalkan jika keadaan ini berlarutan sepanjang minggu berkempen, kemungkinan besar peratusan jumlah majoriti 42 ribu yang dimenangi sebelum ini akan berkurangan dan tidak mustahil perkara ini boleh berlaku.

Nasihat buat pengundi Bukit Gelugor, cukup-cukup la sudah bagi muka kat DAP. Inilah masanya kita tukar Ahli Parlimen baru dan calon Pas yang bertanding bebas boleh dijadikan pilihan yang agak sesuai.

INFO!! Tabung Bantuan @PemudaUMNOKedah untuk Adik Fatin Dapat Perhatian YDP Agong Tunku Abdul Halim! @ShaifulHazizy @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 14 May 2014 06:12 AM PDT


Tempohari berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Adik Fatin daripada YDP Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang disampaikan oleh Bijaya Setia/Setiausaha Sulit Tuanku Sultan Kedah iaitu Syed Unan di Pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darulaman.

Untuk makluman semua, Tabung Bantuan Adik Fatin ini merupakan inisiatif Pergerakan Pemuda UMNO Kedah yang diketuai oleh Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin setelah mendapat tahu mengenai penderitaan yang ditanggung adik Fatin berumur 8 tahun dan keluarganya setelah adik Fatin terjatuh di sekolah, lalu menyebabkan beliau koma dan kini terlantar lumpuh.

Sekurang-kurangnya adik Fatin dan keluarganya berasa dihargai dan kurangkan sikit beban dengan bantuan yang diberi. Tahniah buat Pergerakan Pemuda UMNO Kedah kerana menjadi pembela rakyat marhaen.

Kepada mana-mana pihak yang mahu menyumbang bantuan kepada adik Fatin, kalian boleh la menderma ke Akaun Tabung Prihatin Nur Fatin Amira 02011021194042 (Bank Islam).. sumbangan anda amatlah dihargai.

Untuk pengetahuan semua, kempen bantuan untuk adik Fatin berakhir pada bulan ini. Selepas ini bantuan itu boleh diserahkan secara peribadi kepada keluarga adik Fatin sendiri.


McTheory:
Hari ni kita tolong orang, nanti orang tolong kita pulak.

INFO! Bahaya Fenomena El-Nino Bakal Jejaskan Industri Pertanian? @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 14 May 2014 12:12 AM PDT


Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.


Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.


Sudah tentu fenomena ini akan mengeringkan lagi mukabumi Malaysia. Bila cuaca tidak stabil, maka kesan untuk industri pertanian juga akan turut terjejas. Paling teruk ialah pesawah, kerana sawah perlukan air yang bertakung dalam kuantiti yang tertentu.

Kalau kurang atau lebih, padi takkan menjadi atau ianya rosak.

Disebabkan itu Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato Sri Ismail Sabri menyuruh agensi kerajaan yang berkaitan dengan pertanian membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi El-Nino, untuk memastikan petani dan pesawah tidak terjejas aktiviti pertanian mereka.

Ismail Sabri akui, jika tidak bertindak cepat kemungkinan El-Nino akan menyebabkan sawah jadi kering dan menjejaskan penanaman padi oleh pesawah.



Selamatlah Kedah ni banyak simpanan air. Boleh tahan bertahun-tahun juga la. Kalau Selangor macam mana ya? Untuk kegunaan orang ramai dan perkilangan pun belum tentu ckup, macam mana pulak untuk pertanian?? Hmm.. tak dapat dibayangkan.


McTheory:
Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan.. betui dak?

HOT!! Gambar Hari Pertama Menteri Besar Terengganu ke Pejabat!

Posted: 13 May 2014 09:12 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu ke-14, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman hari ini hadir ke pejabat untuk memulakan tugasnya secara rasmi.

Tiba seawal pukul 7.40 pagi di Wisma Darul Iman (WDI), Ahmad Razif kemudiannya mengetip kad perakam waktu di pejabat Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di sini.

Beliau kemudiannya menemui media sebelum bergegas ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) untuk ke Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE




Dengan izin Allah SWT rezeki Datuk Ahmad Razif untuk menjadi MB Terengganu tercapai juga. Beliau hampir menjadi MB Terengganu yang paling singkat, namun kuasa Allah.. tiada siapa yang mampu menghalang.

McTheory:
Laksanakan tugas dengan jujur kerana dibahu anda terletak amanah rakyat yang cukup berat!

HOT!! Sambungan Cerita Sebenar Mad Said Keluar UMNO?

Posted: 13 May 2014 07:12 PM PDT


Sebelum ni ramai yang simpati dengan Mad Said ni, nampak seolah-olah di aniaya oleh pimpinan tertinggi UMNO. Berlandaskan alasan kononnya anak nak kawin kat rumah rasmi MB. Alasan tu pun Mad Said dah menipu orang ramai. Sebenarnya rumah rasmi MB di Kuala Terengganu, bkn di Kemaman. Nampak sangat Mad Said cuba nak tipu orang ramai dengan simpati yang dibuat-buat.

Akibatnya jentera UMNO pecah dua semalam, satu menyokong sebab simpati, satu lagi membela pimpinan sebab dah tahu cerita sebenar. Tindakan Mad Said memang merosakan parti, sudahlah tidak tunaikan janji. Direkacerita yang bukan-bukan, hingga ada yang keluar parti kononnya setia pada dia. hmm..

Untuk penjelasan lebih lanjut, boleh baca di gambar-gambar yang Mc bagi ni..



Kalau tak berapa nak faham juga, boleh baca kat SINI

McTheory:
#MadSaid Pengkhianat!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...