Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Buah Pedih Dari Ustaz Kazim Pada Penganut Parti Islam Semalaya! #PrkTelukIntan

Posted: 22 May 2014 08:45 AM PDT


Baca bawah ni.. apa kata Ustaz Kazim..


Bagus punya sindiran ustaz Kazim Elias.. rasanya tau kot sapa paling terasa. he he..

Pasai pa Ustaz Kazim sindir macam tu haa?

Tengok susunan gambar ni.. rasanya tau kot pasai pa kan?





Rasanya betui dak apa yang Ustaz Kazim katakan tadi?

HOT!! Anak Muda Teluk Intah Sokong Calon BN? #PrkTelukIntan

Posted: 22 May 2014 06:37 AM PDT


Tifo selalu sinonim dengan penyokong setia meluahkan rasa cinta dan jiwa pada pasukan ataupun individu. Selalunya tifo besar dihasilkan wajah,pasukan dan yang tak dijangka boleh dihasilkan.

Bagaimana tifo dihasilkan? Ia terhasil dengan melukis dan cat secara berkumpulan, ini secara langsung jiwa dan cinta diluahkan. Dan menjadi kepuasan apabila terhasil dan dipertontonkan oleh orang ramai.

Pada PRK Kajang yang lepas. Sekumpulan remaja penyokong BN ada menggantung tifo wajah calon BN iaitu Chew Mei Fun. Hari ini di Teluk Intan mereka sekali lagi 'menyerang' dengan tifo wajah Mah Siew Keong.




Tifo tersebut sungguh besar, Mc rasa amat kagum terhadap sokongan yang diberikan oleh sekumpulan remaja penyokong Barisan Nasional yang membuat tifo ini. Ini bukti bahawa harapan mereka teramat besar kepada calon Barisan Nasional untuk membawa perubahan kepada rakyat Teluk Intan dan Malaysia.

Ada beza mereka yang print out dengan yang lukis sendiri. Kita kena ucap tahniah kepada mereka. Besar tu beb! Entah berapa hari mereka lukis. Nampaknya Mah Siew Keong lebih disokong oleh anak muda.



sumber Keris7Lok

HOT!! #Kantoi.. Dyana Dap Bukan Seorang Peguam? #PrkTelukIntan

Posted: 22 May 2014 02:50 AM PDT



Dyana Sofya bukan seorang peguam? Bukan Mc kata, tapi gambar bawah ni yang kata.. gambar ni Mc ambil dari blog Angin Perubahan.



Malah bila di semak.. memang nama Dyana tak ada dalam senarai peguam? hmm.. biar betui ni..


Boleh cik Dyana Sofya tolong jelaskan.. kenapa nama takdak ni? Lawyer betul ke.. loyer buruk ni.. he he..

INFO!! Cina Dap Teluk Intan Tolak Calon Melayu? #PrkTelukIntan

Posted: 22 May 2014 02:02 AM PDT


Langkah DAP meletakkan calon muda, Dyana Sofya Mohd Yusof sebagai calon di pilihan raya kecil Teluk Intan menarik perhatian ramai.

Walaupun momentum kempen memihak pada DAP, perkembangan yang berlaku dalam parti itu menunjukkan perkara sebaliknya.

Ia mungkin menjadi pertandingan sengit buat Dyana Sofya, selepas tempoh awal kempennya berakhir.

Kalau mengikut blog Mymassa, pencalonan Dyana, yang diputuskan oleh jawatankuasa pusat, merupakan satu kompromi untuk meredakan ketegangan di antara dua kem DAP di Perak.

Dua fraksi terbabit merujuk kepada kem yang diketuai pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan kumpulan yang diketuai MP Ipoh Barat M Kulasegaran.

Perkembangan tersebut menyebabkan ramai di kalangan akar umbi perti yang tidak begitu berminat untuk menjalankan jentera kempen.

Penyandang kerusi Teluk Intan, mendiang Seah Leong Peng setia dengan fraksi anti-Nga dan balu mendiang, Kee Siu Lian turut menggesa agar calon pengganti Seah dipilih dari kem sama.

Kee dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak akan berkempen untuk DAP jika ADUN Jalong, Leong Mee Meng atau bekas ketua publisiti pilihan raya DAP Hew Kuan Yew tidak dipilih sebagai calon untuk menggantikan mendiang suaminya.


Perasaan tidak puas hati di kalangan penyokong Seah kononnya berpunca daripada beberapa pertikaian dengan fraksi Nga, terutamanya apabila Kee mendakwa pengikut Nga menggesa Seah meletak jawatan ketika terlantar sakit akibat kanser.

Sumber parti juga mendakwa kem Nga mengesyorkan Dyana, yang merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang, untuk menjadi calon sebagai satu kompromi untuk menghalang Hew daripada bertanding.

Tidak hairanlah, perasaan kecewa di kalangan pemimpin akar umbi tersebut semakin parah apabila mereka tidak muncul semasa hari pencalonan.

Timbalan ketua publisiti DAP kebangsaan Teo Nie Ching mengesahkan perkara itu, namun menegaskan ia tidak akan menjadi sabotaj kerana pemimpin DAP di negeri itu masih setia kepada parti.

Begitupun, Malaysiakini memerhatikan bahawa pemimpin akar umbi jarang sekali dilihat di acara kempen Dyana.

Hanya pemimpin tertingginya, seperti Teo, ketua publisiti DAP Tony Pua dan setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh, yang juga mengetuai kempen pilihan raya, yang sering dilihat di lapangan.


INFO!! Apa yang @IsmailSabri60 Buat di Kementerian Pertanian Selama Setahun? #Dsis

Posted: 21 May 2014 10:33 PM PDT


Sudah lebih setahun Dato Sri Ismail Sabri memegang jawatan menteri pertanian dan industri asas tani. Sudah tentu beliau mahu melakukan perubahan besar, seperti meningkatkan taraf hidup petani, penternak dan nelayan merupakan matlamat utama perjuangan, Datuk Sri Ismail Sabri sebaik sahaja dilantik sebagai menteri yang menerajui kementerian itu setahun yang lalu.

Beliau mahu mengubah persepsi terhadap golongan yang dilabelkan sebagai miskin dan tertindas. Biarpun agak sukar, Ahli Parlimen Bera ini tetap berazam untuk mengubah pandangan masyarakat ke atas petani, penternak dan nelayan.


Dalam tempoh genap setahun hari ini di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pelbagai perkara beliau telah lakukan, antaranya mengubah sektor pertanian itu sendiri supaya golongan muda melihat sektor tersebut sebagai jaminan masa depan yang menguntungkan.

"Kesan di sebalik persepsi negatif ke atas ketiga-tiga golongan itu menyebabkan orang muda kurang berminat menceburi sektor pertanian, mereka beranggapan ia tidak menjamin masa depan dan itulah realitinya, waima kalau kita baca novel dan tengok filem sekali pun soal kemiskinanlah yang digambarkan.

"Semua ini berpunca daripada peranan orang tengah dan inilah pentingnya kita perlu hapuskan orang tengah yang selama ini menindas golongan petani, penternak dan nelayan, produk mereka dibeli pada harga murah tetapi orang tengah mengaut keuntungan berganda menjualnya pada harga tinggi kepada pengguna," katanya.


Justeru bagi membela nasib golongan tersebut, beliau mengumumkan untuk berjihad membanteras orang tengah serta berhasrat mengubah kesusahan hidup mereka supaya dapat menikmati kehidupan lebih sempurna sejajar dengan arus kemodenan.

Bagi membela nasib golongan itu, Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjadi orang tengah membeli hasil tangkapan laut, ternakan dan tanaman pada harga lebih munasabah.

Justeru lama kelamaan golongan yang menjadi nadi kepada kelangsungan hidup masyarakat desa dan bandar ini akan berubah sedikit demi sedikit, walaupun mungkin terpaksa memakan masa Ismail Sabri optimis bahawa matlamat perjuangan beliau pastinya akan membuahkan hasil satu hari nanti.


Jihad beliau itu mungkin dilihat sebagai sesuatu yang sukar kerana tidak mudah menyingkirkan orang tengah yang telah berakar umbi sejak sekian lama, namun Ismail Sabri melihatnya sebagai satu usaha yang mesti diteruskan walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan.

"Orang tengah ini selalunya dikaitkan dengan bangsa tertentu tapi saya tidak fokus kepada bukan Melayu atau bukan Islam semata-mata kerana apa-apa bangsa pun boleh jadi orang tengah, saya sebut jihad membanteras orang tengah kerana saya mahu tunjukkan bahawa kita serius dalam melaksanakannya.

"Orang tengah ini boleh jadi Melayu dan Islam, sesiapa pun boleh asalkan dia mengambil kesempatan menindas golongan penternak, petani dan nelayan. Angkara orang tengahlah kesannya turut dirasai oleh pengguna kerana harga di pasaran akan menjadi mahal," katanya.

Cerita jihad memerangi orang tengah boleh baca kat SINI


Para petani dan nelayan tidak boleh lagi membiarkan hasil titik peluh mereka diratah oleh orang tengah, mereka tidak boleh membiarkan keringat mereka diperah sesuka hati, mereka perlu bangkit menjual sendiri hasil mereka dengan cara betul untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Tegas beliau, perjuangan untuk mengubah minda petani dan nelayan amat penting dan ia bukan hanya berlegar di peringkat kementerian sebaliknya harus dipikul oleh semua pihak.

Mengulas mengenai nasib para nelayan yang terpaksa berhutang dengan orang tengah ketika musim tengkujuh sehingga menyebabkan kudrat mereka diperah untuk melangsaikan hutang, beliau berkata, kerajaan telah menanganinya.

"Kini, hutang para nelayan sebanyak RM40 juta diambil alih oleh Tekun Nasional, Nekmat pula menyediakan tabung pinjaman tanpa faedah untuk kecemasan sebanyak RM50,000 kepada 87 persatuan nelayan kawasan serta mewujudkan 50 pasar nelayan baharu di seluruh negara bagi membolehkan hasil tangkapan dipasarkan terus.

"Nekmat juga membeli ikan dengan harga setanding ditawarkan orang tengah, FAMA pula menyediakan lebih banyak ruang di pasar tani bagi nelayan dan keluarga menjual hasil produk mereka kepada pengguna," katanya.

Matlamat meningkatkan taraf hidup tidak mungkin akan berjaya tanpa sokongan para petani, penternak dan nelayan sendiri, justeru kempen berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan minda mereka dapat diubah.

"Saya sedar masih ramai petani kita yang selesa dengan cara lama atau cara tradisi, mereka sedar dari segi pengeluaran hasilnya rendah berbanding mengamalkan cara moden, jadi saya masih perlu bekerja keras untuk mengubah minda mereka.

"Para pemimpin persatuan nelayan dan petani juga perlu diberikan kursus untuk mengubah minda mereka, bagaimana petani hendak berubah kalau pemimpin persatuan sendiri kurang kesedaran, pegawai-pegawai di kementerian dan agensi-agensi di bawahnya juga perlu berubah supaya perubahan besar-besaran boleh dilakukan," katanya.

Beliau amat berharap agar kaedah lama dalam sektor pertanian dapat dimodenkan secara menyeluruh kerana negara memiliki tanah yang subur, kerajaan menyediakan bimbingan dan tunjuk ajar serta bantuan kewangan untuk melahirkan usahawan-usahawan tani muda yang berjaya.

Pesawah juga merupakan golongan sasar yang perlu diubah mindanya, tanaman cara lama tidak sesuai lagi diamalkan pada masa kini, sikap suka menggunakan khidmat orang tengah perlu dibuang, anjakan perlu dibuat jika mahu menambah pendapatan.

Bagi membantu pesawah, PPK akan diberi peranan dan kuasa membeli padi daripada petani manakala pengusaha kilang akan mendapatkan kuota keperluan kilang melalui PPK manakala NAFAS akan menyediakan Dana Bantuan Kebajikan sebanyak RM100,000 bagi setiap PPK yang melaksanakan skim belian padi bagi mengelakkan petani dan ahli meminjam dari broker. Cerita lengkap mengenai PPR boleh klik SINI


Sejak setahun lalu, 17 dasar dilaksanakan oleh Ismail Sabri, antaranya mengharamkan penggunaan pukat tunda saiz anak mata 38mm, membatalkan lesen pengusaha laut dalam yang memajak bot kepada pengusaha Vietnam atau menggunakan sepenuhnya nelayan asing untuk beroperasi, meliberalisasikan permit import (AP), mewujudkan Unit Agroproneur Muda dan Majlis Perundingan Agroproneur Muda (dipengerusikan oleh beliau sendiri), Program Transformasi Pertanian dan meningkatkan pengetahuan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan serta Nekmat.

"Harapan saya ialah ada perubahan minda di kalangan semua pihak agar transformasi pertanian dapat dilakukan secara mutlak, cara bekerja juga perlu berubah barulah ada perubahan. Jika tidak usaha ini tidak akan berjaya," katanya.

Dibawah Mc sertakan poster kempen dan program yang dilancarkan oleh MOA selepas setahun Datuk Sri Ismail Sabri menjadi menteri di MOA.












HOT!! Taktikal Cywar Dap, Perangkap Jentera BN? #PrkTelukIntan #MohPilihMah

Posted: 21 May 2014 08:08 PM PDT



Dari gambar bikini, sampailah gambar anjing dan video lucah - Red Bean Army meneruskan permainan politik kotor mereka. Jangan terpedaya dengan permainan jahat sebegini.





Apa kata Shen Yee Aun, bekas ahli DAP?

Diramalkan keluarga Dinasti Lim bersama strategis dan RBA akan merangka satu strategi untuk mempromosikan Dyana Sofya untuk meningkatkan kebarangkaliannya menjadi calon kerana beliau dianggap produk Dinasti Lim.

Keadaan ini akan mengurangkan kebarangkalian calon-calon berpotensi dan anak jati Perak yang datangnya daripada musuh lama, keluarga Ngeh dan Nga.

Mereka merancang untuk mencari gambar Dyana Sofya yang mirip dengan seorang selebriti Filipina iaitu Pauleen Luna dan menyebarkan kepada penyokong BN melalui jentera RBA.

Akhirnya, penyokong BN yang kekurangan strategi dalam media sosial terperangkap dengan menggerakkan ahli-ahli mereka menyebarkan gambar palsu Dyana Sofya.

Pada ketika itu , Malaysiakini dan laman page RBA dengan cepat mengatakan wanita yang disebarkan bukan Dyana Sofya tetapi Pauleen Luna. Sekiranya tidak dirancang maka persoalannya mana mungkin gambar asal tersebut boleh dicari dengan begitu cepat?

Kini semua media, blogger, RBA dan termasuk akhbar The Star melaporkan dengan meluas bagaimana jahatnya BN mengaibkan Dyana Sofya. Teknik ini adalah serampang dua mata iaitu pertama membuat fitnah sehingga menjejaskan kredibiliti BN, mengakibatkan masyarakat memberi undi dan simpati kepada Dyana Sofya.

sumber Pecah Palak Mikir
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...