UMNO Online - “Pemuda UMNO Kecam Tindakan Rayer – Khairy” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda UMNO Kecam Tindakan Rayer – Khairy” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda UMNO Kecam Tindakan Rayer – Khairy

Posted: 22 May 2014 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO mengecam keras tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer yang mengaku tidak akan memohon maaf atas kenyataannya “pemimpin UMNO celaka” dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Selasa lepas.

Ketuanya Khairy Jamaluddin dalam kenyataan hari ini berkata, sebagai seorang Adun, Rayer secara terang menggunakan imuniti dengan mengeluarkan kata-kata kesat itu kerana mengetahui tidak akan dikenakan tindakan.

“Sebagai seorang wakil rakyat, tindakan dan keceluparan itu tidak harus dilakukan kerana rakyat boleh menilai integriti seseorang pemimpin,” katanya.

pemuda-umno-bn-khairy-ketua-kecam-rsn-rayer-melayu-celaka-rempuh-masuk-dewan-salah

Jelas Khairy, apa yang pelik wakil rakyat DAP itu tidak pula mahu mengulangi perkataan itu terhadap para pemimpin dan penyokong UMNO di luar DUN Pulau Pinang.

“Jadi, kita boleh simpulkan wakil rakyat itu gemar melakukan ‘keberanian terpilih’ atau bahasa mudahnya, seorang penakut,” tambah beliau.

Khairy berkata sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO beliau menyokong penuh tindakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang yang membantah tindakan Rayer.

Ia perlu terus dilakukan bagi memberi tekanan dan memastikan Rayer menarik balik kenyataannya itu, katanya.

“Kami cabar Rayer supaya mengulangi kata-kata kesat itu terhadap para pemimpin UMNO secara terbuka di luar dewan di hadapan kami,”  tambah beliau.

Pada masa yang sama, Khairy mengingatkan anggota Pemuda UMNO supaya mengikut landasan undang-undang dan tidak menceroboh sidang DUN atau membahayakan keselamatan awam dalam membuat sebarang bantahan.

Tindakan menceroboh Dewan (Undangan Negeri) tetap salah, katanya.

Semalam 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘celaka’ ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Laporan media semalam menyebut Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata kenyataan itu amat keterlaluan, biadab dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang wakil rakyat yang juga peguam kerana pertuturan sebegitu mencemar kedudukan beliau.

pas-dyana-melayu-sokong-pemimpin-parti-rasis-cauvinis-cina-india-lim-kit-siang-rsn-rayer-umno-celaka-islam

Diplomasi Panda : RM 25 Juta VS RM 258 Bilion

Posted: 22 May 2014 04:01 AM PDT

Di sebalik ketibaan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, atas dasar setiakawan serta pinjaman, Pakatan telah mengambil kesempatan memburukkan tindakan kerajaan ini sebagai membazir tanpa mengambil kira kepentingan perdagangan negara dan hubungan diplomatik dengan negara China.

Panda adalah simbol kepada negara China, jika ia dijadikan isu politik sempit tanpa sebarang pertimbangan dan justifikasi hubungan antara dua negara dan ekonomi antarabangsa, tidak musthil apa yang dianggap satu permulaan yang baik antara dua negara selepas kehilangan MH370 akan kembali suram. Tidak semua perkara wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan hubungan antara Malaysia dan China kelihatan sedikit suram beberapa bulan kebelakangan ini.

poster-ahmad-maslan-panda-membazir-bn-politik-fitnah-palsu-ciplak-pakatan-pembangkang

Malangnya, politik menanam kebencian dan menghasut rakyat ini tidak mengenali sempadan dan keutamaan negara. Misalnya, lidah rasmi parti Pas, harakahdaily.net menyatakan:

Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!

Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun.

Pandangan ini mungkin betul jika dilihat dari segi kos memelihara beruang panda ini sahaja. Namun memerintah negara bukan sekadar "melalak" di atas pentas ceramah, dada akhbar atau ruang siber. Mentadbir negara, memakmurkan ekonomi memerlukan seni diplomasi antarabangsa yang tidak mungkin boleh difahami oleh penulis-penulis yang jumud dan beku akal mereka dan bersarang di dalam Pakatan hanya untuk menghasut rakyat.

Berikut kami paparkan pandangan dua aktivis media sosial memperkatakan isu ini dalam konteks yang berbeza tapi sama maksudnya.

Pandangan Pertama:

Oleh Norizan Shariff

1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner) Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia – Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.

4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia – China. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. "Pinjaman" panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.

9. Kita berharap agar "pelaburan" negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China – sama seperti "pelaburan" kita ke atas hantaran perkahwinan – selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!

Nota Kaki:
"Panda Diplomacy" bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.

Pandangan Kedua:

mykmu.net

Don’t Use State Assembly And Parliamentary Immunity To Hurl Abuse – Huan

Posted: 22 May 2014 03:40 AM PDT

GEORGE TOWN, May 22  - Parti Cinta Malaysia (PCM) vice-president Datuk Huan Cheng Guan today hit out at Seri Delima assemblyman R.S.N.Rayer for using an abusive, hurtful word when debating during the state assembly sitting on Tuesday.

Huan said it was wrong and rude for Rayer to do that, which also resulted in uneasiness and anger, especially among the Malay community and Malay non-governmental organisations.

Adun-Seri-Delima-Penang-Pulau-Pinang-R.S.N-RSN-Rayer-Celaka-Cilaka-Parti-Dap-Rasis-UMNO-BN

“The state assembly and parliament have their own immunity, but it does not mean an elected representative can simply hurl abusive words at others. Anyway, it is unfair as those verbally abused were not in the House and could not defend themselves,” he told a news conference, here, today.

Huan, however, also slammed the action of a group of youths who stormed into the State Legislative Assembly building, saying it was improper and should not have happened at an august place.

“You can demonstrate if you want to, but do it outside the assembly building and not inside.

"In this matter, I urge the state assembly Speaker Datuk Law Choo Kiang to take action against Rayer and the group that barged into the Dewan,” he said.

Yesterday, the state assembly sitting which entered its third day, stopped for more than an hour after a group, led by Penang Umno Youth vice-head Jasmin Nordin, forced themselves into the state assembly building.

This followed Rayer uttering “Umno celaka” (Umno be damned) when debating on the motion of thanks for the Penang Yang Dipertua Negeri’s speech when opening the assembly sitting.

Huan, who is a candidate in the Bukit Gelugor parliamentary seat by-election, also chided his challenger Ramkarpal Singh Deo from DAP, who is always being assisted by his elder brother, state DAP deputy chairman Jagdeep Singh Deo and party secretary-general Lim Guan Eng in his campaign.

“If he (Ramkarpal) wants to make a speech, he should do the speech himself and not ask another person to do it for him. Don’t run to your brother for any little thing. How will you be able to debate in parliament if you become an elected representative?”

The Bukit Gelugor by-election will see a four-cornered contest involving Ramkarpal, Huan and two Independent candidates, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, and Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46.

Malaysia-China : Jalinan Akrab 40 Tahun Iktiraf Pentadbiran BN

Posted: 22 May 2014 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Kehadiran dua ekor panda gergasi China yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia adalah satu lagi simbolik ikatan dua hala antara Malaysia-China khususnya dalam meraikan jalinan yang terpatri genap 40 tahun sejak 1974.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap bahawa hubungan Malaysia dengan kuasa besar dunia tersebut adalah satu pengiktirafan kepada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan negara ini terus maju dan turut bersaing di pentas antarabangsa.

"Hubungan antara China dan Malaysia amat istimewa kerana pemimpin kita adalah antara perintis pemimpin asing yang berkunjung ke China selepas kuasa besar dunia ini membuka pintunya," katanya kepada UMNO-Online.

sejarah-lawatan-hubungan-malaysia-pm-tun-abdul-razak-umno-bn-china-mao-tse-tung-china-parti-cpc-komunis

Jelasnya, BN dan Parti Komunis China (PKC) bermula dengan kunjungan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein ke China bertemu dengan Mao Tse Dong pada tahun 1974 dan hubungan tersebut berlanjutan sehingga kini.

"Malaysia adalah satu-satunya negara terawal yang menjalin hubungan dengan China dan dalam semangat kerjasama inilah, China dan Malaysia memperkukuhkan hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama kita dalam bidang ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan pembangunan sosial.

"China adalah sebuah negara yang besar dan mempunyai jumlah penduduk yang sangat ramai dan apabila ada hubungan akrab yang dibuat dengan Malaysia maka ini adalah satu pengiktirafan terhadap kerajaan kita iaitu Barisan Nasional," katanya yang juga Setiausaha Agung BN.

Dalam hubungan antara parti juga, UMNO turut meterai perjanjian melalui memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua parti yang berlangsung dalam suasana harmoni di Bangunan Perhubungan Antarabangsa CPC, Beijing pada 4 Ogos 2010.

"Menerusi memorandum itu juga UMNO dan PKC bersetuju mengembangkan hubungan berdasarkan prinsip-prinsip kemerdekaan, hak kesamaan mutlak, saling menghormati dan bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman masing-masing.

"Kita bukan hanya mahu berkongsi idea tetapi juga mempelajari struktur perkembangan yang telah berjaya membawa negara China menjadi kuasa ekonomi terbesar dan dikagumi di persada antarabangsa biarpun hidup dalam masyarakat yang pelbagai etnik," katanya.

"Jangan hanya bersandarkan kepada nama komunis lantas kita menutup pintu persahabatan sedangkan PKC bukanlah regim yang kejam sebaliknya mereka mengamalkan sistem komunisme terpimpin, sentiasa berbincang, bermuzakarah dan melaksanakan konvensyen dalam usaha membenagunkan sebuah negara yang besar."

Dalam hal lain, program lima tahun membabitkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia-China dibuat yang membabitkan peningkatan kerjasama strategik semasa dalam 'Perkongsian Strategik Komprehensif' iaitu mengunjurkan dagangan dua hala kedua-dua negara berjumlah AS$160 bilion menjelang 2017. - MediaUMNO

cenderamata-delegasi-biro-politik-parti-cpc-china-h.e.-hu-chunhua-tengku-adnan-bn-liow-tiong-lai-mca-kl-klgcc-lawatan-malaysia

Kerajaan Selangor Perlu Segera Selesaikan Isu Sekolah Bina Insan – Pemuda UMNO

Posted: 22 May 2014 02:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Kerajaan Negeri Selangor digesa segera menyelesaikan isu Sekolah Bina Insan (SBI) di Kajang, di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang dilaporkan akan ditutup hujung tahun ini.

sbi-sekolah-bina-insan-majlis-jabatan-agama-islam-selangor-mais-jais-kerajaan-tutup-kajang

Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO pusat Mohd Rafiq Naizamohideen berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan pendidikan percuma kepada rakyat pada pilihan raya umum lepas, perlu berupaya menyelamatkan sebuah sekolah bernaung di bawah MAIS, badan berkanun di bawah kerajaan negeri pimpinan PKR.

Beliau berharap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dapat menyelesaikan isu SBI yang kini beroperasi sementara di KUIS.

“Sebagai menteri besar, ketua kerajaan negeri dan pengerusi lembaga pengarah kolej itu…takkan Abdul Khalid tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ampang, dekat sini  hari ini.

Selasa lepas, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dilaporkan berkata keputusan penutupan operasi SBI pada hujung tahun ini sudah dimuktamadkan berikutan sumber kewangan yang terhad dan faktor lokasi sekolah yang kini menumpang di KUIS.

Mohd Rafiq berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab untuk menangani isu penutupan SBI yang mempunyai 400 pelajar dan 50 tenaga pengajar.

“Mereka patut cari alternatif dan jalan penyelesaian dan membela nasib kesemua pelajar serta ibu bapa, tenaga pengajar dan pegawai pentadbiran…jangan umum nak tutup baru nak mengatasi masalah ini,” katanya.

IRB Aims To Collect RM140.15 Billion In Taxes In 2014

Posted: 22 May 2014 12:56 AM PDT

TELUK INTAN, May 22 – The Inland Revenue Board (IRB) aims to collect RM140.15 billion in taxes this year, up from RM128.9 billion last year, said Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan.

He expressed optimism that the target is achievable, saying RM41.5 billion has already been collected as at April 30.

The people should regard paying taxes as a positive thing, not a burden, and realise that every ringgit they pay in taxes is returned to them in the form of services and development, he told reporters after visiting the Teluk Intan IRB branch here today.

He commended the branch for collecting RM350.5 million in taxes last year, compared to RM328 million in 2012. Teluk Intan has 85,296 taxpayers, including individuals and companies.

On Malaysia’s moving up three spots to 12th in the World Competitive Rankings 2014 report released by Switzerland-based Institute of Management Development, he said it was a strong testament to the Barisan Nasional-led government’s impressive achievements.

Pas ‘Double Standard’ Ajak Sokong Calon Islam Di Teluk Intan Tapi Tolak Di Bukit Gelugor

Posted: 22 May 2014 12:26 AM PDT

TELUK INTAN, 22 Mei – Pas tidak seharusnya 'double standard' berhubung pemilihan calon antara Islam dan bukan Islam pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan memandangkan perkara tersebut tidak pula dicanang pada kempen pilihan raya kecil di Bukit Gelugor.

"Ianya mula dimainkan oleh pemimpin Pas di Parlimen Teluk Intan untuk mengajak rakyat dan pengundi di sini untuk mengundi Calon DAP, Dyana Sofea memandangkan dia seorang Islam berbanding memilih calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang bukannya beragama Islam.

dyana-sofya-calon-teluk-intan-ramkarpal-bukit-gelugor-dap-pakatan-tolak-hudud-hukum-islam

"Kita mengambil contoh apa yang berlaku di Bukit Gelugor sekarang apabila ada ahli Pas sendiri bertanding di Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, dia seorang Islam yang bernama Mohamed Nabi Bux, namun apabila bertanding di Parlimen Bukit Gelugor, dia tidak mendapat sokongan sahabat-sahabatnya dari Pas sendiri," kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau persoal lagi ini kerana sahabat-sahabatnya dari Pas menyokong anak Karpal Singh bernama RamKarpal.

"Mereka sokong anak Karpal Singh berbanding Nabi Nux sedangkan Nabi Nux itu membawa misinya mempertahankan hudud dan nak bawa hudud.

"Mengapa di sana, isu seperti ini tidak dimainkan, mengapa kamu memilih orang bukan Islam, mengapa kamu tidak memilih orang Islam?," ujarnya ketika menyampaikan Ceramah Perdana di Kampung Selabak, Teluk Intan malam tadi.

Tambah beliau lagi Pas sepatutnya konsisten dalam isu ini.

"Kadang-kadang orang guna nas, guna ayat Al-Quran, guna Hadis untuk memberi kepentingan sahaja.

"Cukup kepentingan dia, sesuai dengan hawa nafsu dia, dia akan guna. Kalau tak sesuai, 'ini kita simpan'. Macamlah ayat Al-Quran itu tak terpakai di Bukit Gelugor Pulau Pinang, tapi terpakai di Teluk Intan. Hadis itu terpakai di Teluk Intan, tapi tak terpakai di Bukit Gelugor. Tak boleh macam itu.

"Jangan buat agama macam itu. Agama itu bukan macam capati, nak makan makan tak nak makan, sudah. Jadi saya minta tolong pada sahabat dalam Pas, jangan main isu ini," katanya. -MediaUMNO

dyana-sofya-calon-melayu-islam-ambil-pendirian-polisi-parti-dap-tolak-sokong-hudud-teluk-intan-perak

tertinggi-dap-karpal-lim-kit-siang-guan-eng-tolak-hudud-hadi-silap-salah-sokong-pakatan

gobind-singh-deo-karpal-pas-putar-belit-guna-hudud-agama-islam-kebenaran-demi-sokongan-undi-syurga

Calon Melayu Nyiru Untuk Tutup Sikap Rasis, Cauvinis dan Tentangan Hudud DAP

Posted: 22 May 2014 12:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22  Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata bahawa tindakan DAP meletakkan calon Melayu di dalam Pilihanraya kecil (PRK) Teluk Intan ini adalah semata-mata untuk menutup sikap dan pendirian DAP yang rasis serta mahu menenggelamkan penentangan sikap dan pendirian kepimpinan DAP terhadap isu hudud yang dibawa oleh sekutu mereka, Pas.

dr-puad-zarkashi-ahli-majlis-tertinggi-batu-pahat-johor-umno-bn

Menurut beliau, DAP sedar bahawa isu penentangan mereka terhadap perlaksanaan hudud merupakan satu isu besar yang boleh menjadi punca hilangnya sokongan rakyat khususnya pengundi Melayu di kawasan tersebut kepada DAP.

"Jadi untuk menutup isu tersebut, serta juga mahu  melenyapkan persepsi negatif rakyat berhubung pertelagahan mereka dengan parti Pas berhubung isu perlaksanaan hudud ini, maka DAP bermain muslihat  dengan meletakkan calon Melayu di dalam PRK ini.

"Mereka tahu, sekiranya DAP meletakkan calon bukan Melayu, mereka tidak akan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu ekoran penentangan keras kepimpinan DAP terhadap hudud," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa strategi DAP meletakkan calon Melayu pada PRK Teluk Intan ini adalah semata-mata untuk mengaburi pandangan rakyat terutama di kalangan pengundi Melayu berhubung pendirian dan ideologi rasis dan cauvinis yang menjadi pegangan parti tersebut selama ini.

"Dyana Sofya merupakan umpan DAP untuk membuktikan bahawa kononnya parti tersebut tidak rasis dan terbuka untuk semua kaum. Tetapi apa yang perlu difahami oleh rakyat, khususnya pengundi di parlimen Teluk Intan ialah, ideologi dan prinsip hak kesamarataan serta gagasan Malaysian Malaysia yang menjadi perjuangan DAP juga merupakan prinsip politik dan perjuangan calon DAP tersebut, biarpun beliau berbangsa Melayu.

"Dalam masa yang sama, saya juga  menganggap tindakan DAP meletakkan calon Melayu ini adalah sebagai satu signal ataupun sindiran kepada Pas, bahawa parti tersebut mampu untuk mendapat sokongan di kalangan pengundi Melayu tanpa Pas. Mereka mahu membuktikan kepada Pas, mereka mampu untuk menarik sokongan pengundi Melayu tanpa bantuan dari parti tersebut," ujarnya.-MediaUMNO

lee-kuan-yew-pap-asal-parti-dap-pakai-songkok-gimik-tarik-undi-melayu-pilihan-raya-malaysia-singapura

Wanita UMNO Cadang Wujud ‘One Stop Centre’ Atasi Isu Pembantu Rumah

Posted: 22 May 2014 12:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita telah membuat ketetapan untuk memperjuangkan masalah pembantu rumah yang dilihat semakin membelengu kehidupan rakyat.

Jelas beliau, isu pembantu rumah masa kini dilihat semakin menghimpit kebanyakan keluarga dan oleh yang demikian penubuhan 'One Stop Centre' dirasakan dapat membantu menyelesaikan isu ini.

"Pergerakan Wanita akan mencadangkan kepada kerajaan agar dapat menubuhkan 'One Stop Centre' agar segala masalah berkaitan dengan pembantu rumah dapat ditangani dengan cepat dan baik.

shahrizat-ketua-wanita-umno-bengkel-resolusi-perlaksanaan-proses-ambil-pembantu-rumah-pwtc-pusat-sehenti

"Contohnya, kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang terbabit ditempatkan di satu tempat iaitu di One Stop Centre ini. Jadi, ini memudahkan rakyat untuk berurusan dan tidak tercari-cari kementerian dan agensi manakah yang perlu mereka pergi untuk menyelesaikan masalah pembantu rumah," ujarnya selepas measmikan Bengkel Revolusi Pelaksanaan Proses Pengambilan Pembantu Rumah di PWTC hari ini.

Tambah beliau lagi disebabkan terlalu banyak agensi yang terlibat di dalam isu pembantu rumah maka Pergerakan Wanita amat berharap agar One Stop Centre ini dapat diwujudkan secepat mungkin.

"Terpulang kepada kerajaan nak wujudkan di mana tetapi ianya tidak boleh dilengahkan lagi. Masalah pembantu rumah ini sudah terlalu lama dan ianya perlu ditangani dengan segera.

"Inilah tujuan bengkel ini dan bengkel ini akan teruskan untuk masa hadapan dengan penyertaan dari golongan berbeza pula," ujarnya. - MediaUMNO

Najib : Growing Gap Between Rich And Poor Is A Pressing Issue

Posted: 22 May 2014 12:11 AM PDT

TOKYO, May 22 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today cautioned that over the past few years, the growing gap between rich and poor in developed economies, has become a pressing policy issue.

He noted that this was not just the battle cry of the “Occupy Wall Street” protesters, as many research institutions had pointed to the corrosive effect of structural inequality.

“A little inequality encourages individuals to work hard and innovate. But an unequal system creates hollow economies, where wealth and opportunity are kept for the few, at the expense of the many,” he said in his keynote address at the prestigious Nikkei 20th International Conference on the Future of Asia “Rising Asia: Messages for the Next 20 Years” here today.

“In my country, for example, where income inequality remains a concern, we are working to find the right balance between affirmative action and individual opportunity”, he told the almost 700 delegates comprising political leaders, economists and captains of industries attending.

Najib, who is also Finance Minister, stressed that excessive inequality has serious and avoidable effects on health, education and life outcomes.

“When soaring Gross Domestic Product outstrips living standards, people feel they do not have a stake in their nation's economic success. That in turn undermines social progress and threatens stability,” he said.

He said with rapid growth at a time of globalisation and technological change, emerging Asia is particularly exposed to widening inequality.

“Over the past two decades, eight out of 10 Asians found themselves living in areas where income inequality is rising, not falling. Whilst inequality has narrowed in emerging regions such as Latin America, it has widened in Asia,” he added.

The Asian Development Bank has pointed out that, had inequality stayed static, an extra 240 million people would have been lifted out of poverty.

“So, behind the headline growth figures, it is clear that Asia's future success depends on broader and more diverse economic development.

“For Asia to truly prosper, we must give our citizens greater equity, as well as greater equality. Again, this will not be easy. Even the most successful economies have struggled to tackle inequality.

“There is no straightforward solution. But there are a number of things we can do,” said Najib.

Among others, he said, economies must invest more in public goods such as education and health, increase access to quality education, and narrow the divide between urban and rural health outcomes.

“It means strengthening social safety nets, and deploying targeted subsidies that support the poor at the point of need. This is alongside encouraging the private sector to do its part, with corporations providing labour with flexibility, training and support,” he added.

According to Najib, there is also a need to build more balanced economies, with higher quality jobs, and more even growth spread across sectors, with a lasting commitment to fight corruption.

“Tackling corruption is not the work of a year, or even a decade, but it can and must be done. Government procurement should be reformed to introduce open bidding, bringing transparency to a process often blighted by graft.

“Strengthening independent anti-corruption institutions, and increasing prosecution of both bribe takers and givers, can help change attitudes, even when corruption is deeply rooted,” he said.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...