UMNO Online - “Younger Generation Urged To Indentify Ways To Check Extinction Of Mother Tongues” plus 7 more |
- Younger Generation Urged To Indentify Ways To Check Extinction Of Mother Tongues
- Ahmad Shabery Kata Siasatannya Dapati Tiada Panggilan Dari Pembantu Juruterbang
- Ahli UMNO Perlu Sedar Pilihan Raya Umum Ke- 14 Bakal Lebih Mencabar
- Kerajaan Komited Tingkatkan Taraf Hidup Masyarakat India
- Malaysia Bincang Dengan Pakar Mengenai Hak Jagaan Kotak Hitam MH370
- Facebook ‘1 Juta Rakyat Malaysia Sokong Shabery Cheek’ Berniat Jahat – Ahmad Shabery
- Kawasan Pencarian Visual Lebih Luas Dirancang Hari Ini – JACC
- Pas Perlu Perjelaskan Cadangan Usul Hukum Hudud
Younger Generation Urged To Indentify Ways To Check Extinction Of Mother Tongues Posted: 13 Apr 2014 10:58 AM PDT TENOM, April 13 – Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has called on the people of Sabah especially the younger generation to think of ways to preserve their mother tongues. He said this was because the languages were starting to disappear as they were no longer spoken by the young, including the Murut language. “I take this opportunity to urge the younger generation to take more pride in their own languages and continue to practice them. “Parents must foster self worth and identity in the younger generation by using their mother tongues when communicating with them. “We have only ourselves to blame if our mother tongues become extinct,” he said in his speech at the Kalimaran Festival at the Sabah Murut Cultural Centre here, tonight. His speech text was delivered by Sabah Rural Development Minister Datuk Raden Malleh. -MediaUMNO |
Ahmad Shabery Kata Siasatannya Dapati Tiada Panggilan Dari Pembantu Juruterbang Posted: 13 Apr 2014 10:20 AM PDT KEMAMAN, 13 April – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata siasatannya menunjukkan tidak ada panggilan dibuat pembantu juruterbang pesawat MAS Penerbangan MH370 pada 8 Mac. Ahmad Shabery berkata beliau bersetuju dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang itu ada membuat panggilan. Ahmad Shabery berkata beliau telah cuba mendapatkan maklumat dengan mereka berkenaan dan mereka mengesahkan tidak ada panggilan dibuat oleh sesiapa dari pesawat tersebut. “Saya memohon supaya semua pihak lebih bertangungjawab mengeluarkan kenyataan kerana kenyataan yang tidak bertanggungjawab, boleh menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat. “Ia juga boleh menyulitkan lagi proses pencarian (pesawat yang hilang itu) yang sepatutnya diberi keutamaan kepada mereka yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program turun padang dan melawat warga uzur di Kampung Gong Cengal, Kemasik dekat sini hari ini. Semalam Bernama melaporkan Hishammuddin menafikan laporan sebuah akhbar tempatan mengenai perkara itu. Panggilan telefon itu kononnya dibuat ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang. Hishammuddin berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu dari awal lagi. Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad Shabery berkata kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan tentang beberapa perkara termasuk program pemberian komputer Note Book 1Malaysia. Katanya, program pengagihan itu sebelum ini dilaksanakan di kalangan murid-murid dari keluarga mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. “Program itu adalah di peringkat perancangan dan diharap ia akan dapat satu maklum balas yang positif supaya ia menjadi sebahagian hadiah hari guru pada tahun ini,” katanya.-MediaUMNO |
Ahli UMNO Perlu Sedar Pilihan Raya Umum Ke- 14 Bakal Lebih Mencabar Posted: 13 Apr 2014 10:13 AM PDT JOHOR BAHARU, 13 April – Anggota-anggota Umno perlu sedar yang Pilihanraya Umum Ke-14 akan lebih mencabar dengan kecenderungan pihak pembangkang mempolitikkan apa jua isu untuk meraih sokongan rakyat, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Hasan Malek. Oleh itu Hasan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata segala masalah rakyat haruslah diselesaikan segera dan jangan menunggu sehingga saat-saat akhir, baharu mereka hendak bertemu rakyat. Anggota-anggota Umno juga diingatkan supaya memainkan peranan penting dalam menjelaskan kepada rakyat mengenai belang politik pembangkang yang sebenar jika mereka memerintah negara ini untuk memberi kesedaran kepada pengundi-pengundi, katanya ketika bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Gelang Patah di sini hari ini. Beliau berkata :”Walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dalam merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihanraya umum yang lepas, kita tidak harus patah semangat. Kita harus terus berjuang bagi mempertahankan Johor sebagai salah satu negeri yang menjadi kubu kuat BN.” Selain itu, beliau berkata konsep perkongsian kuasa dengan kaum-kaum lain menerusi parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan lain-lain, akan diteruskan bagi memastikan kesemua kaum mendapat manfaatnya.-MediaUMNO |
Kerajaan Komited Tingkatkan Taraf Hidup Masyarakat India Posted: 13 Apr 2014 10:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi komitmen kerajaan untuk terus menumpukan usaha bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India berdasarkan pendekatan inklusif ke arah memastikan kualiti hidup lebih baik bagi generasi sekarang dan akan datang. Perdana Menteri berkata perjalanan bersama kerajaan dan masyarakat India berdasarkan pendekatan ‘nambikei’ atau kepercayaan telah membuahkan hasil yang positif. “Ia telah membawa perubahan sebenar ke arah meningkatkan taraf hidup mereka,” kata beliau dalam perutusan yang dipaparkan dalam laman Facebook beliau sempena sambutan Tahun Baru India dan Vaisakhi 2014. Najib menarik perhatian bahawa April menandakan bermulanya tahun baru bagi kebanyakan masyarakat India di Malaysia dengan masyarakat Tamil menyambut “Chitirai Putthandu” manakala kaum Malayali meraikan ‘Vishu’. Masyarakat Sikh pula menyambut ‘Vaisakhi’ bagi memperingati kelahiran ‘Khalsa’. “Sambil menyambut permulaan tahun baharu ini bersama keluarga dan rakan-rakan, marilah kita merenung sejenak untuk mengingati dan terus mendoakan bagi semua yang berada dalam Penerbangan MH370 dan keluarga mereka,” kata Najib. Perdana Menteri merujuk kepada pesawat Malaysia Airlines, yang membawa 239 orang, yang hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Misi pencarian pesawat itu yang disertai pelbagai negara kini dikerah di selatan Lautan Hindi berdekatan Perth di Australia. Najib mengakhiri perutusannya dengan berkata: “Mengikut tradisi Malaysia yang tersendiri, marilah kita menyertai saudara dan saudari kita dari kalangan masyarakat India menyambut perayaan istimewa ini. “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Chitirai Putthandu Vaalthukal’ dan ‘Vishu Ashamsakal’ masing-masing kepada masyarakat Tamil dan Malayali. “Kepada masyarakat Sikh di Malaysia, saya mengucapkan ‘Aap Sab Nu Vaisakhi Di Lakh Lakh Vadai Hovey’,” kata beliau.-MediaUMNO |
Malaysia Bincang Dengan Pakar Mengenai Hak Jagaan Kotak Hitam MH370 Posted: 13 Apr 2014 12:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 April – Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan pakar-pakar mengenai siapakah sebenarnya yang berhak menjaga kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang itu. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kini berada di United Kingdom untuk membincangkan perkara itu termasuk dengan agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). “Peguam Negara kini di UK (United Kingdom) membincangkan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti ICAO dan pakar-pakar yang terlibat, berdasarkan undang-undang tempatan dan antarabangsa, siapa sebenarnya mempunyai hak penjagaan ke atas kotak hitam itu,” beliau memberitahu wartawan selepas melawat tapak pameran Defence Services Asia, di sini hari ini. Boeing 777-200ER itu didaftarkan di Malaysia dan dimiliki MAS. Di bawah Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, negara asal pesawat itu, Malaysia perlu melakukan siasatan dan mendapatkan serpihan pesawat. Bagaimanapun, Malaysia telah meminta Australia untuk mengetuai pencarian pesawat itu di selatan Lautan Hindi. Namun, Hishammuddin berkata tumpuan tetap kepada mencari pesawat itu dahulu,yang telah hilang selama 37 hari daripada skrin radar sejak 8 Mac lepas. Beliau berkata tiada panggilan telefon dari pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid ketika pesawat itu terbang rendah pada hari ia hilang seperti dilaporkan dalam akhbar-akhbar. Bagaimanapun, beliau berkata isu itu dalam perhatian polis dan lain-lain agensi antarabangsa berkaitan dan akan didedahkan apabila masanya tiba. “Saya tidak mahu membuat spekulasi mengenai perkara itu untuk menghormati keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang, dan saya tidak mahu mengganggu penyiasatan yang berjalan sekarang, tidak hanya oleh polis Malaysia tetapi agensi perisikan lain,” katanya. Hishammuddin juga berkata berdasarkan siasatan semasa, tiada keadaan yang mencurigakan pada manifes penumpang dan polis masih menyiasat empat kemungkinan di atas kehilangan MH370. “Polis masih menyiasat kemungkinan rampasan , isu keganasan, masalah peribadi dan psikologi. Siasatan masih berjalan,” katanya. Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di atas Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.-MediaUMNO |
Facebook ‘1 Juta Rakyat Malaysia Sokong Shabery Cheek’ Berniat Jahat – Ahmad Shabery Posted: 13 Apr 2014 12:32 AM PDT ALOR GAJAH, 13 April – Akaun Facebook ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ adalah berniat jahat dan langsung tiada kena mengena dengan saya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara itu. Anggota Parlimen Kemaman itu berkata beliau juga akan membuat laporan polis tentang perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan akan meminta sendiri kepada pihak Facebook untuk memadam akaun tersebut. “Saya terkejut bila nama saya digunakan untuk buka akaun ini. Sebenarnya saya tidak tahu langsung tentang perkara ini sebelum ini, daripada sana (akaun Facebook terlibat) membuat posting yang tidak sewajarnya dan dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi. Beliau terdahulu menghadiri Malam Aspirasi Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena Bengkel Pemukiman Transformasi KKMM. Akaun Facebook dengan nama ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ membuat pelbagai posting yang menghina bangsa dan agama malah turut menghina institusi raja di negara ini dan Polis Diraja Malaysia. Akaun itu didapati dimulakan pada 29 Mei tahun lepas dan sehingga berita ini ditulis akaun yang didakwa dikendalikan pentadbir bernama ‘Amran Pekida’ itu telah memperoleh 2,328 likes. Ahmad Shabery berkata perbuatan menggunakan nama orang lain dalam akaun Facebook sememangnya telah banyak berlaku, justeru beliau meminta kepada orang ramai tidak terburu-buru membuat keputusan berkenaan posting dalam akaun seperti itu dan tidak tuduh-menuduh sehingga perkara tersebut dapat disiasat. “Sebab itu (kita tekankan) konsep klik dengan bijak (bagi) mendidik orang ramai supaya bijaksana membuat sebarang penilaian tentang apa mereka perolehi dalam mana-mana perkara dalam talian,” katanya. Diminta mengulas mengenai dakwaan SKMM tidak tegas dalam membendung perkara seperti ini, beliau berkata Malaysia pada masa ini mempunyai lebih 14 juta akaun Facebook yang merupakan antara jumlah tertinggi pemilikan akaun itu dalam sesebuah negara dan akaun itu ditadbir oleh pihak Facebook sendiri bukan SKMM. “Oleh kerana kita amalkan sistem terbuka kita tidak boleh sekat Facebook, nak marah (akaun tertentu dalam) Facebook kita tutup semua itu tidak wajar atau membuat pendaftaran tertentu juga tidak wajar…ini tidak boleh dibuat dan boleh beri kesan negatif pada kita,” katanya. |
Kawasan Pencarian Visual Lebih Luas Dirancang Hari Ini – JACC Posted: 13 Apr 2014 12:25 AM PDT PERTH, 13 April – Meskipun tiada sebarang isyarat akustik dikesan dalam tempoh 48 jam lepas, misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi diteruskan hari ini dengan kawasan pencarian lebih luas. Memasuki hari ke-37, Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang melakukan pencarian visual membabitkan kawasan seluas kira-kira 57,506 kilometer persegi berbanding 41,393 kilometer persegi pada Sabtu. Aset digunakan dalam operasi pencarian hari ini turut diperhebat dengan tambahan dua pesawat tentera berbanding sembilan pesawat semalam. “Sejumlah 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal akan membantu usaha mencari hari ini,” menurut JACC dalam kenyataan pada Ahad dan menurutnya misi pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,200 kilometer barat laut Perth. Dalam usaha untuk mengecilkan misi pencarian di dasar laut sebelum Kenderaan Dalam Air Automatik digunakan, JACC berkata Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield menerusi alat Pengesan Pinger Ditunda akan cuba mengesan lokasi isyarat kotak hitam pesawat itu. Tatkala pesawat AP-3C Orions meneruskan tinjauan akustik, kapal oseanografi HMS Echo dan Ocean Shield turut melakukan operasi pencarian di kawasan berkenaan, menurut JACC. “Keadaan cuaca hari ini diramalkan berlaku tiupan angin barat laut dengan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dalam jarak penghilatan lima kilometer dalam keadaan hujan,” menurut kenyataan itu. Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan. Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran. Kotak hitam pesawat itu yang merekodkan rakaman data penerbangan dan rakaman suara dalam kokpit, mungkin dapat memberi jawapan kepada persoalan tentang apa yang berlaku kepada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer daripada laluan biasa Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama. Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.-MediaUMNO |
Pas Perlu Perjelaskan Cadangan Usul Hukum Hudud Posted: 13 Apr 2014 12:16 AM PDT KOTA BAHARU, 13 April – PAS perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) kepada semua anggota Parlimen sebelum usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata usul itu perlu benar-benar difahami semua pihak supaya ia tidak menimbulkan pelbagai polemik dan mencetuskan konflik dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. “Pertamanya (PAS) perlu beri penjelasan kepada anggota Parlimen beragama Islam dan kemudiannya kepada anggota bukan Islam kerana ini merupakan perkara sangat penting. “Jangan buat perkara yang tidak terancang kerana perundingan dan perbincangan perlu dibuat sebelum usul itu dibawa ke Parlimen,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa di sini, hari ini. Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul berkenaan di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan. Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan tersebut dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan. Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata PAS juga perlu memberikan penerangan dengan baik kepada sekutu mereka iaitu DAP dan PKR yang jelas akan menentang hasrat PAS itu. “Bagi saya anggota Parlimen yang beragama Islam juga perlu memberikan penerangan kepada rakan mereka yang bukan beragama Islam agar mereka faham mengenai hudud ini “Kalau tidak ada kefahaman nanti boleh menimbulkan pelbagai polemik kebangsaan yang akan mencetuskan ketegangan dalam kalangan kita. Kita harus jaga perpaduan ini,” katanya. Beliau berkata Majlis Tertinggi Umno juga belum membuat perbincangan khusus mengenai hukum hudud itu dan yakin kepimpinan parti akan memberikan perhatian serius terhadap perkara itu. Sementara itu, Mustapa berkata adalah perkara biasa apabila pembangkang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) tidak lama lagi. Katanya sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, CBP merupakan langkah jangka panjang bagi mendapatkan sumber pendapatan negara pada masa hadapan.-MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment