UMNO Online - “Najib Sifatkan Lawatan Pertamanya Ke Vietnam Berjaya” plus 9 more

UMNO Online - “Najib Sifatkan Lawatan Pertamanya Ke Vietnam Berjaya” plus 9 more

Link to UMNO Online

Najib Sifatkan Lawatan Pertamanya Ke Vietnam Berjaya

Posted: 05 Apr 2014 04:22 AM PDT

HANOI, 5 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan rasmi sulung ke Vietnam sebagai berjaya selepas pelbagai persetujuan dicapai dengan rakan sejawatnya terutama dalam hubungan antara kedua-dua negara.

Katanya persetujuan itu dilihat akan membawa implikasi besar apabila Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk meningkatkan hubungan sedia ada kepada perkongsian strategik.

najib-malaysia-terima-kasih-vietnam-nguyen-tan-dung-hanoi-mh370-lawatan

“Kedua-dua menteri luar dari Malaysia dan Vietnam akan memperincikan lagi elemen-elemen dalam perkongsian strategik ini sebelum ia dipersetujui.

“Selepas menandatangani perkongsian strategik ini, ia akan memberi hala tuju yang lebih jelas tentang bidang-bidang yang harus diberikan keutamaan nanti,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemain industri tempatan dan Malaysia di sini, hari ini.

Najib hari ini menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam.

Perdana Menteri yang tiba di sini pada Khamis selepas menempuh perjalanan lebih lapan jam penerbangan dari Perth, Australia disambut secara rasmi semalam di Istana Presiden dan mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Nguyen Tan Dung di Pejabat Perdana Menteri Vietnam.

Kunjungan itu disusuli mesyuarat dua hala bagi berbincang dan saling bertukar pendapat mengenai pelbagai isu dua hala dan perkembangan antarabangsa yang penting buat Malaysia dan Vietnam.

Perdana Menteri berkata hasil pertemuan dan mesyuarat bersama rakan sejawatnya itu, banyak perkara telah dicapai dan dipersetujui terutama berkaitan peningkatan hubungan sedia ada dan meningkatkan jumlah dagangan kedua-dua negara.

Katanya kedua-dua negara kini bersetuju untuk mengembangkan pelaburan dan perdagangan serta menyasarkan nilai dagangan sebanyak US$11 bilion menjelang 2015, berbanding nilai semasa iaitu sekitar US$9 bilion.

“Kedua-dua negara juga bersetuju meluaskan kerjasama dua hala meliputi bidang pertanian dengan memorandum persefahaman (berkaitan kerjasama bidang pertanian) telah ditandatangani,” katanya.

Najib berkata, persetujuan turut dicapai dalam meningkatkan kerjasama dalam bidang perbankan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan keselamatan, kerjasama dalam industri minyak dan gas serta soal tenaga kerja Vietnam di Malaysia.

Katanya dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya semalam, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Vietnam di atas bantuan yang dihulurkan negara itu dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

“Saya juga telah melahirkan penghargaan atas sokongan Vietnam dalam pencalonan Malaysia untuk kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi penggal 2015-2016,” katanya.

Ditanya mengenai kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam Truong Tan Sang dan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong, Najib berkata kedua-dua pemimpin itu sangat mengalu-alukan kedatangannya.

Katanya, mereka juga menyatakan Malaysia dilihat sebagai model kepada Vietnam dalam beberapa aspek dan mengharapkan agar kerjasama kedua-dua Negara dapat terus diperkukuhkan.

Muhyiddin Minta Pemimpin, Anggota UMNO Lestarikan Parti

Posted: 05 Apr 2014 04:19 AM PDT

PAGOH, 5 April – Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO yang berjawatan dalam parti supaya menjalankan tanggungjawab mereka demi memastikan kelestarian parti untuk terus diterima rakyat.

Beliau berkata ini membolehkan rakyat kekal yakin terhadap UMNO sebagai parti politik yang memperjuangkan nasib dan menjaga kepentingan mereka.

muhyiddin-tpm-timbalan-presiden-umno-pelajar-tahfiz-islam-muslim-agama-pagoh-johor

“Kalau kita dah pegang amanah, tak boleh kita abaikan. Lebih lagi dalam keadaan sekarang bila kita berhadapan dengan cabaran politik yang mencabar terutama selepas pilihan raya umum ke-13,” katanya ketika merasmikan serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Pagoh di Bangunan Seri Pekembar di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin UMNO harus turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat selain terus memberi penerangan kepada masyarakat berhubung isu-isu yang berkaitan termasuk isu ekonomi dan pendidikan.

“Waktu ini adalah waktu kita berjuang bermati-matian. Tidak ada masa berehat kerana kita nak pastikan kedudukan kita sekarang bukan sekadar dipertahankan tetapi penting untuk kita perkukuhkan,” kata beliau.

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh turut mengingatkan anggota UMNO supaya tidak bersengketa, tidak berdengki dan menimbulkan isu sebaliknya menumpukan seluruh tenaga kepada mengukuhkan kedudukan parti dan keyakinan rakyat pada parti.

“Tidak ada parti politik di negara kita yang mampu berjuang sebagaimana Umno berjuang. Bukan hari ini sahaja tetapi sejak UMNO ditubuhkan iaitu 11 Mei 1946,” kata beliau.
Persidangan tahunan itu, yang bermula sejak 1 April sehingga 18 Mei, melibatkan 105 cawangan UMNO Pagoh, 96 cawangan Pergerakan Wanita UMNO Pagoh, 70 cawangan Pergerakan Pemuda UMNO Pagoh dan 36 cawangan Puteri Pagoh.

Anwar Akan Politikkan Apa Jua Isu – Tengku Adnan

Posted: 05 Apr 2014 04:11 AM PDT

PUTRAJAYA, 5 April – “Anwar akan politikkan apa jua isu,” kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 seperti yang dilaporkan akhbar Britain, The Telegraph.

tengku-adnan-menteri-wilayah-tandatangan-ingatan-doa-mh370-menara-dewan-bandaraya-dbkl

Tengku Adnan berkata adalah mustahil bagi kerajaan untuk menyembunyikan maklumat MH370 dan tiada alasan untuk berbuat demikian, kerana kerajaan juga tidak suka kejadian itu berlaku.

“Adalah mustahil bagi kita untuk menyembunyikan sesuatu…kenapa kita harus berbuat demikian? Kita tidak mahu perkara ini berlaku, dan kita tidak suka ia berlaku,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah kecemerlangan akademik di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14 (1) di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata beliau tertanya-tanya mengapa sesetengah orang ramai masih percaya pembohongan Anwar dan berharap mereka akan lebih rasional mengenai isu itu.

“Mereka (pembangkang) akan memutar belit maklumat dan menceritakan yang buruk tentang kita sepanjang masa. Bagi mereka apa yang kita buat semuanya salah,” kata Tengku Adnan.

Ditanya sama ada ini muslihat politik Anwar, yang merupakan Ketua Umum PKR, beliau berkata:

“Itu adalah Anwar yang sebenar. Segala-galanya tentang Anwar adalah politik dan beliau tidak peduli tentang negara dan rakyat.

“Ia adalah sama dengan isu air di Selangor dan Kuala Lumpur apabila Pakatan menghalang kami daripada melaksanakan projek Langat 2 dengan tidak meluluskan projek itu.

“Hanya baru-baru ini, mereka memberikan persetujuan kerana dikatakan wujud perbalahan antara beliau (Anwar) dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perlis Hopes Private Sector Will Spearhead State’s Economic Development

Posted: 05 Apr 2014 12:41 AM PDT

KANGAR, April 5 – The state government is offering the best incentives to lure investors and is hopeful the private sector will also assume a pivotal role in spearheading economic development in Perlis.

Menteri Besar Azlan Man said Perlis charged the cheapest investment fee of between RM6,000 and RM7,000 for each project and had only 20 conditions to comply with while approval was processed within 80 days.

He said some states charged up to RM405,000 in investment fee and took up to 305 days to grant approval.

Azlan said the state government would continue to adopt investor and private-sector friendly policies and was now working on reducing the approval time for a project to within 60 days.

"We are offering these incentives to be more competitive with other developed states and have replaced irrelevant procedures or improved upon them to make them more convenient to investors.

"Even one big project is enough to have a positive impact on the people and state," he said at the annual general meeting of the Perlis Malay Chamber of Commerce and Industry here last night.

“Perlis is a small state and does not have its own natural resources nor does it generate much revenue. The state government is not able to carry out all development projects as such it is ready to provide the right infrastructure to attract investors to the state.

“We have planned many development projects, as such, we need the support of the private sector to realise them," he said.

10 Kebaikan CBP Untuk Rakyat Dan Negara

Posted: 05 Apr 2014 12:38 AM PDT

IPOH, 5 April – 10 kebaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dapat dinikmati oleh sektor perniagaan, serta golongan pengguna sebagai pihak terakhir sepanjang rantaian perniagaan barangan dan perkhidmatan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata 10 kebaikan itu ialah ia merupakan cukai yang efektif, telus, lebih adil selain menggalakkan ‘ekonomi bayangan’ berdaftar di bawah sistem CBP.

ahmad-maslan-menteri-umno-bn-pontian-kewangan-malaysia

“Ia cukai yang telus apabila peniaga dikehendaki menunjukkan cukai yang dikenakan dalam invois jualan manakala pengguna tahu jumlah cukai yang dibayar atas barang dan perkhidmatan yang dibeli,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu syarikat perunding hartanah antarabangsa, Rahim & Co di sini, hari ini.

Beliau berkata kebaikan CBP yang lain adalah ia akan mengurangkan karenah birokrasi, mengurangkan kos perniagaan, menambah pendapatan negara untuk faedah rakyat dan sektor eksport negara akan menjadi lebih kompetitif.

“Eksport akan lebih kompetitif kerana tiada cukai terselindung dalam barangan eksport serta kos menjalankan perniagaan lebih rendah memandangkan CBP bukan merupakan kos kepada peniaga yang berdaftar,” katanya.

Selain itu, katanya, CBP juga berupaya mempelbagaikan hasil negara selain cukai pendapatan dan hasil petroleum dan tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, Ahmad tidak menafikan ada barangan yang akan mengalami kenaikan harga sebanyak 1 peratus iaitu barangan yang mempunyai cukai sebanyak 5 peratus pada masa kini.

“Tetapi kita perlu tahu dan fahami banyak barangan pada masa sekarang mempunyai cukai jualan sebanyak 10 peratus, maka harganya akan turun kepada 6 peratus dengan pelaksanaan CBP,” katanya.

Apa yang lebih penting, katanya, rakyat sebagai pengguna juga perlu sedar bahawa mereka telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sejak tahun 1972.

Menurutnya lagi, penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menerima tambahan ‘one off’ sebanyak RM300 bagi BR1M yang diumumkan pada tahun depan untuk menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebanyak 1.8 peratus, apabila CBP mula dilaksanakan mulai 1 April 2015.

IHP dijangka akan stabil dalam tempoh enam bulan selepas pelaksanaan CBP dan keadaan itu adalah normal kepada negara yang baharu memperkenalkan CBP untuk sistem percukaian, katanya.

Dalam perkembangan lain Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Senator Datuk Abdul Rahim Rahman di atas penubuhan pejabat ke-18 syarikat itu yang kini mempunyai 300 tenaga kerja profesional.

“Tahniah kerana mereka juga kini mempunyai 200 pejabat bersekutu di seluruh dunia dan Rahim & Co merupakan antara syarikat perunding hartanah terbesar negara,” katanya.

Sementara itu Abdul Rahim berkata langkah pembukaan pejabat tersebut tepat pada masa bagi menyediakan perkhidmatan kepada usaha pembangunan dan pengembangan bandar raya keempat terbesar di Malaysia itu.

“Rahim & Co mempunyai operasi yang mapan di Perak bagi menyediakan perkhidmatan pakar, nasihat hartanah yang tepat dalam konteks tempatan di samping mengekalkan standard perkhidmatan yang sama seperti yang diharapkan daripada kumpulan perunding hartanah utama,” katanya.

Kerajaan P.Pinang Perlu Cari Alternatif Lain Elak Naik Tarif Air

Posted: 05 Apr 2014 12:33 AM PDT

GEORGE TOWN, 5 April – Kerajaan negeri Pulau Pinang digesa untuk mencari alternatif lain bagi mendidik masyarakat menggunakan air secara berhemat selain daripada cadangan menaikkan tarif air di negeri itu.

Bekas Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata sebenarnya kempen penjimatan air perlu terus disebarkan supaya masyarakat lebih peka dengan penggunaan air melebihi keperluan bagi meningkatkan kesedaran pengguna.

“Kita kena fikirkan semua pihak dan buat kajian secara teliti sebelum ambil tindakan untuk naik tarif air di Pulau Pinang, saya percaya masyarakat luar bandar akan terjejas dengan kenaikan tarif air ini kerana mereka mempunyai keluarga besar dan pendapatan sederhana.
Kadar air yang digunakan oleh mereka juga adalah lebih banyak berbanding orang bandar yang secara puratanya menghabiskan masa lapan hingga 12 jam di tempat kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus fisioterapi nutrisi atlet, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar pada Rabu lepas mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada PBAPP untuk menjalankan kajian kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.

Lim yang juga pengerusi PBAPP berkata sekiranya tarif air di negeri ini dinaikkan, kadarnya masih merupakan yang terendah berbanding di negeri lain, iaitu RM0.31 bagi setiap 1,000 liter padu untuk 35,000 liter pertama.

Menurutnya langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai pengajaran ke atas pengguna sebelum ini gagal membendung sikap pembaziran air di negeri ini.

Sementara itu, Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata kerajaan negeri juga perlu memikirkan jalan untuk mengurangkan air tidak berhasil (NRW) yang dicatatkan sebanyak 20 peratus kini.

Katanya peratusan itu mampu dikurangkan lagi sekiranya ada gerakan positif bagi mengawal jumlah kehilangan air sebelum sampai kepada pengguna.

“Sekiranya perkara itu mampu diurus dengan baik, ia bukan sahaja dapat meringankan beban pengguna malah dapat memberi keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Peluang Belia Suarakan Idea Menjelang Persidangan Komuniti ASEAN 2015

Posted: 05 Apr 2014 12:31 AM PDT

PUTRAJAYA, 5 April – Menjelang Persidangan Komuniti Asean 2015, Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia: Gagasan Komuniti Asean, bertujuan memberi peluang belia menyuarakan idea serta maklum balas.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata semua pandangan dan idea itu akan diambil kira dan dijadikan asas dalam persiapan negara sebagai tuan rumah persidangan berkenaan.

“Beberapa kertas kerja juga akan dibentangkan untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada generasi muda mengenai pelaksanaan Komuniti Asean,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian persidangan itu di sini hari ini.

Beliau berkata memandangkan negara mempunyai peranan penting dalam Asean maka golongan belia perlu sedar bahawa mereka juga mempunyai peranan masing-masing.

Tujuh kertas kerja dibentangkan pada persidangan sehari itu, antaranya Apakah Itu Gagasan Komuniti Asean, Penyertaan Belia Malaysia Dalam Komuniti Ekonomi Asean dan Pelaksanaan Gagasan Komuniti Asean dan Impaknya Terhadap Belia.

Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Dilancar

Posted: 05 Apr 2014 12:22 AM PDT

LEDANG, 5 April – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) dengan memilih Kolej Komuniti sebagai institusi penggerak pelaksanaannya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata program yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama mampu melahirkan modal insan dengan imbangan duniawi dan ukhrawi.

muhyiddin-tpm-timbalan-presiden-umno-pelajar-tahfiz-islam-muslim-agama-pagoh-johor

“Peringkat awal dahulu program pendidikan Islam ini telah dimulakan tetapi di tempat-tempat terpilih, namun kita telah buat keputusan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ini menjadi salah satu dasar nasional,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut di Kolej Komuniti Ledang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Datuk Amir Md Noor.

Muhyiddin berkata pelajar yang mengikuti kursus yang disediakan bukan sahaja menerima sijil dan kelayakan malah meningkatkan nilai diri dari segi ilmu agama.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata sejak 2011 hingga 2013, sebanyak 22,082 peserta telah mengikuti pelbagai kursus pendek berkaitan pendidikan Islam di kolej-kolej komuniti seluruh negara.

Beliau berkata melalui PISH, kursus-kursus berkaitan pendidikan Islam akan diperluaskan ke 90 Kolej Komuniti seluruh negara selain di kawasan komuniti terdekat seperti dewan orang ramai dan masjid.

Katanya PISH akan dilaksanakan melalui beberapa fasa dengan fasa pertama bermula tahun ini bertemakan “membina hubungan dan mengeratkan ukhuwah”.

Muhyiddin berkata fasa tersebut melibatkan kerjasama antara institusi terlibat iaitu Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), majlis agama Islam negeri, institusi tahfiz dan pondok serta badan bukan kerajaan bagi membina kesefahaman dan kepercayaan.

“Perkongsian sumber meliputi kewangan, tenaga pengajar, pembangunan modul, fasiliti dan prasarana akan dilaksanakan secara guna sama selaras hasrat kerajaan mengamalkan penjimatan menerusi pendekatan strategi lautan biru,” katanya.

Katanya fasa kedua pula akan bermula pada 2015 bertemakan “memperkasa bakat insan” dengan tiga program akan ditawarkan di bawah fasa tersebut untuk menyediakan kepelbagaian kepada golongan sasaran dan komuniti.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia meliputi program persijilan bersama antara agensi berkolaborasi, program berkonsepkan “kolej komuniti serba santai” yang membolehkan peserta mengikuti kursus pendek hujung minggu serta program pembelajaran Islam kontemporari yang menjurus aspek fardhu kifayah.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengumumkan Pengerusi LEPAI Tan Sri Mohd Yusof Noor dilantik sebagai penasihat PISH.

Katanya pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman dan kepakaran dimiliki Mohd Yusof dalam aspek penyelarasan pendidikan Islam di Malaysia.

AirAsia Perlu Pindah Ke KLIA2 9 Mei Ini – Najib

Posted: 05 Apr 2014 12:18 AM PDT

HANOI, 5 April – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia perlu berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) seperti yang telah dijadualkan iaitu pada 9 Mei.

Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun kerajaan menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia mendengar dan berbincang dengan mereka sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung perpindahan itu.

najib-kenyataan-di-vietnam-lawatan

“Sebagai sebuah kerajaan kita perlu meneliti apa sebab kalau ada perkara yang mereka (AirAsia) fikir keberatan untuk berpindah tetapi yang saya mahu tekankan adalah dialog mereka dengan pihak kerajaan iaitu MAHB untuk mencari penyelesaian di atas kepentingan bersama.

“Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu dilihat macam ‘arrogant statement’ (kenyataan berbaur angkuh) tapi kalau mereka kata mereka ada sebab dan mereka mahu berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu adalah lebih sesuai lagi,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemain-pemain industri Malaysia dan Vietnam, di sini hari ini.

Najib berada di sini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam yang berakhir hari ini.
Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan syarikat penerbangan itu baru-baru ini yang enggan berpindah ke KLIA2 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), ekoran kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di KLIA2.

Perdana Menteri berkata sepatutnya syarikat itu perlu mengemukakan sebarang kemusykilan dan masalah mereka tentang perpindahan itu pada peringkat awal dan bukannya pada peringkat yang mana KLIA2 sudah siap.

“Sekarang KLIA2 dah hampir siap, kita tidak boleh berpatah balik dan mereka (AirAsia) tidak boleh mengatakan ‘kita tidak mahu berpindah’ kerana mereka perlu berpindah ke sana,” katanya.

Najib berkata kerajaan telah pun melantik jururunding bebas iaitu Ikram Premier Consulting untuk menilai tahap keselamatan KLIA2, dan apabila jururunding berkenaan telah membuat keputusan secara objektif, maka semua pihak perlu menerima.

Kabinet Arah ESSCOM Tingkat Tahap Kesiapsiagaan – Muhyiddin

Posted: 05 Apr 2014 12:15 AM PDT

LEDANG, 5 April – Kabinet mengarahkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meningkatkan tahap kesiapsiagaan, pengawasan dan perisikan ekoran masih berlaku kejadian jenayah di perairan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memandang serius berulangnya kejadian jenayah dengan terbaharu insiden penculikan dua wanita termasuk seorang warga China di sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Rabu lepas.

“Kita pandang berat tentang isu yang telah berulang kali berlaku apa lagi selepas Esscom ditubuhkan, ia masih terus berlaku.

“Kita sedar kawasan ini bukan mudah untuk dikawal kerana pantainya luas dan berhampiran pulau-pulau di bawah jagaan Filipina,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Ledang di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian penculikan di Sabah walaupun dengan kewujudan Esscom.

Muhyiddin berkata Esscom akan dipanggil memberikan taklimat khusus pada mesyuarat Kabinet akan datang berhubung keupayaannya menghadapi ancaman jenayah.

“Mesyuarat jemaah menteri semalam memutuskan kita teliti struktur perintah yang ada di Esscom kerana di situ ada agensi seperti tentera, polis dan penjawat awam.

“Di samping itu apa aset atau alatan ketenteraan seperti bot dan helikopter, ini kita akan teliti, jadi kita panggil Esscom beri taklimat,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Esscom diminta memberi maklumat kepada masyarakat khususnya pengusaha resort dan pelancong mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika berada di kawasan berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata tindakan mengesan mangsa masih diteruskan pihak berkuasa.
Katanya beliau berharap mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan dibebaskan penjenayah.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...