Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TERKINI!! Ribuan Muslimin dan Muslimat Penuhi Pekan #Baling #BalingBerselawat #SelawatPerdana

Posted: 05 Apr 2014 05:19 AM PDT

Alhamdullilah walaupun cuaca petang agak mendung namun dengan izin Allah segalanya berjalan lancar. Ribuan muslimin dan muslimat penuhi Dataran Pekan Baling.

TERKINI!! Himpunan Derita Baling Sesak? #BalingBerselawat Malam Ni! #SelawatPerdana

Posted: 05 Apr 2014 03:13 AM PDT



Sebentar tadi sebelum Mc ke Baling untuk ke program Malam Cinta Rasul Baling Berselawat. Sempat Mc singgah ke Himpunan orang-orang menderita yang Pakatan buat di Kupang, tak jauh dari Pekan Baling. Nampak macam ramai, tapi bila di umumkan himpunan tu mengumpul orang dari seluruh Malaysia. Rasanya Mc takmau komen apa-apa, boleh tengok sendiri la kot..






Ramai tak? Paling ramai pun Mc boleh bagi 2 ribu orang saja kot. Cuma apa yang menyedihkan, hadirin datang duduk atas padang masih basah, pemimpin pulak sedap2 duduk atas pentas. Berjiwa rakyat la konon ya? he he..

Mai kita tengok program Karnival rakyat Malam Cinta Rasul, Baling Berselawat.




Selepas Karnival Rakyat, sekarang para urusetia sedang membuat persiapan untuk Malam Cinta Rasul Baling Berselawat. Pada muslimin dan muslimat yang datang awal disediakan 10 ribu sejadah yang boleh terus dibawa balik.




P/s: Bila kita tertekan, kita rasa susah, kita dikenakan ujian Allah. Bersujudlah kepadanya.. itu tanda Allah rindu pada hambanya.

McTheory:
Marilah kita berqasidah sambil memuji Allah dan Rasul.

HOT!! Gambar Ngeri Pergaduhan Di Sungai Petani! (18SG)

Posted: 04 Apr 2014 09:12 PM PDT



Puncanya semalam hanyalah salah faham, kemudian berlaku pertengkaran kecil dan berakhir dengan tetak menetak. Mangsa berbangsa cina dan suspek yang menetak berbangsa india. Jangan salah faham, ini bukan pergaduhan kaum, tetapi kedegilan dan kesombongan mengatasi akal. Sebab tu jadi macam ni.

Di kabarkan pergaduhan berlaku di Sungai Petani. Macam-macam kes Sungai Petani ni, kes kecil tak boleh bertolak ansur ka? Bila jadi macam ni, kan dah menyusahkan orang, masing-masing nak tunjuk otai la konon. Pakai otak la!

Sapa rasa lemah semangat tak disyorkan tengok gambar dibawah.







Mangsa selamat dihantar ke hospital yang berdekatan dan masih bernafas hingga sekarang.

P/s: pengajaran, jangan nak tunjuk hebat, cakap elok-elok..


McTheory:
Baru lancar bandar selamat, dah ada kes pulak!

INFO!! Ubah Akta, Kerajaan Patut Tangkap Red Bean Army! #RBA

Posted: 04 Apr 2014 07:20 PM PDT


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta kerajaan mengkaji semula akta sedia ada berhubung kawalan terhadap laman sosial.

Merujuk kepada isu Red Bean Army (RBA) yang didakwa pro-pembangkang, Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata undang-undang siber yang baru dan lebih ketat perlu diwujudkan sebagai langkah membanteras kegiatan yang menjurus kepada kenyataan berbaur hasutan.

"RBA ini perlu diawasi dengan perundangan baru yang lebih ketat. Kalau boleh hukuman yang lebih berat seperti penjara terhadap sesiapa yang memainkan isu sensitiviti seperti agama, maruah negara dan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Mubarak di ibunegara semalam.

Turut hadir Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang juga ketua penerangan Mubarak.

Abdul Aziz berkata kebebasan tanpa sempadan boleh memudaratkan keamanan dan ketenteraman negara.

Dalam pada itu, beliau berkata Mubarak melahirkan rasa kesal dengan media siber yang sering melemparkan tohmahan melampau terhadap usaha kerajaan mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Abdul Aziz berkata media siber yang tidak bertanggungjawab itu dilihat sengaja memutarbelitkan cerita sebenar berhubung insiden kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lepas.

"Kami (Mubarak) sedih dengan tragedi ini dan usaha kerajaan dalam operasi mencari dan menyelamat diputar belitkan oleh media tempatan yang tidak bertanggungjawab terutama media siber," katanya.

Mereka ini sengaja memutar belit keadaan ini bagi mencari simpati orang ramai khususnya golongan muda dan memburukkan imej negara sekaligus dapat menggugat persahabatan dan hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia, katanya.

Katanya tindakan memutar belit berita, seolah-olah memperkecilkan usaha kerajaan yang telah diiktiraf dan dihargai oleh 26 negara yang terlibat sama dalam misi mencari dan menyelamat MH370.

"Negara China, Amerika dan Australia pun terlibat dalam misi mencari ini kenapa masih kata tidak menepati sebagai kerajaan bertanggungjawab? Tidak mungkin negara ini akan dapat bantuan daripada negara-negara besar ini sekiranya tidak bertanggungjawab?," soal Abdul Aziz.

Abdul Aziz menggesa masyarakat, khususnya golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan, sebaliknya perlu bijaksana menapis maklumat yang diterima bagi mengelak membuat tuduhan melulu terhadap kerajaan.

- Bernama

Satu contoh dibawah, walaupun ini bukan red bean army, tapi kita taknak perkara macam ini berlaku lagi.

Kurang ajar, biadap, takdak agama dan bodoh!

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...