UMNO Online - “Perang Dalam Kain PKR… Kumpulan Mana Bakal Diliwat??” plus 9 more |
- Perang Dalam Kain PKR… Kumpulan Mana Bakal Diliwat??
- Anwar Cipta PRK Kajang, Selalu Tangguh Kes Liwat… Yang Salah BN Juga
- Anwar Fails In Eleventh Hour Bid To Get Stay Of Tomorrow’s Hearing
- Kerajaan Kelantan Wajar Akui Ketidakmampuan Laksana Pembangunan
- Empat Adun DAP Keluar Dewan Dibidas
- Umpamakan Anwar Yang Hadapi Kes Liwat Dengan Nabi Musa Keterlaluan
- MoU Air Jadi Kecoh : Mungkin Ada Pihak Dalam Pakatan Kempunan Kaut Untung?
- Chew Mei Fun Penuhi Aspirasi Pengundi Kajang – MCA
- Mat Taib Usah Malukan Diri Sendiri – Ruslan Kasim
- Govt Needs To Seriously Address Urban & Rural Income Equality, Says Academician
Perang Dalam Kain PKR… Kumpulan Mana Bakal Diliwat?? Posted: 05 Mar 2014 04:06 AM PST Isu 'perang dalaman' yang melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya semakin memeningkan kepala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Walaupun dia sebelum ini dikatakan mampu menyelesaikan konflik tersebut, namun perkembangan terkini isu tersebut nampaknya semakin sulit untuk ditangani. Malah Ketua Strategi parti itu, Rafizi Ramli sebelum ini turut mengakui antara sebab utama mantan Adun Kajang meletakan jawatan adalah bagi membolehkan Anwar bertanding sekali gus menyelesaikan konflik tersebut. Melalui pendedahan yang dilakukan sebelum ini, masalah dalaman yang melibatkan parti itu bukanlah perkara baru. Ia sebenarnya telah bermula sejak awal tahun lalu dan berterusan sehingga kini. Isu ini bermula apabila Khalid dikatakan pro kepada kumpulan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, manakala Azmin dilihat tetap berdiri teguh di belakang Anwar. Bermula dengan episod sindir menyindir, perbalahan antara keduanya semakin berlarutan apabila keduanya saling 'membogelkan' dan menghentamkan secara terbuka antara satu sama lain. Pelbagai kritikan pedas turut dilemparkan oleh Azmin sehinggakan Khalid dilihat lemah dan tidak cekap mengurus dan mentadbir negeri Selangor. Namun dengan sokongan kuat yang diberikan oleh Azizah, Khalid bingkas bangun dan membalas kembali serangan Azmin yang akhirnya menyebabkan Adun Bukit Antarabangsa itu dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS. Tidak cukup dengan itu, Khalid turut meminta agar beliau dilantik sebagai Pengarah pilihanraya PKR bagi PRK Kajang. Sedangkan sekiranya mengikut amalan biasa, jawatan tersebut sepatutnya di sandang oleh Azmin yang juga merupakan Pengerusi PKR negeri Selangor. Terbaru, Khalid turut mengumumkan akan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei ini. Ekoran perbalahan yang semakin memuncak itu, Anwar terpaksa mengambil jalan selamat dengan menyokong kedua-dua kumpulan bagi mengelakkan para penyokong mereka memboikot kempennya di Kajang. Malah portal pro-pembangkang turut mengambil pendekatan menyiarkan berita kononnya Azmin dan Khalid telah bersetuju untuk melakukan 'gencatan senjata' sehingga PRK Kajang selesai. Pemilihan PKR yang akan diadakan ini, bakal menyaksikan pertembungan hebat antara dua kumpulan ini apabila masing-masing turut membawa calon pilihan mereka untuk bersaing merebut semua jawatan tertinggi parti.
Menurut sumber, Khalid dipercayai akan bergandingan dengan Nurul Izzah dan Tian Chua sebagai regu utamanya bagi jawatan Naib Presiden dan Adun Baru Tiga. Bagi jawatan Ketua Wanita pula, kumpulan Khalid akan bergandingan dengan Adun Batu Tiga Rodziah Ismail dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sebagai Timbalan Ketua Wanita. Bagi kumpulan Azmin pula, dia dikatakan akan menyokong ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin bertanding jawatan naib presiden. Shamsul yang sebelum ini merupakan Ketua Pemuda PKR Pusat dikatakan akan mengosongkan jawatan tersebut bagi membolehkan lebih ramai penyokong Azmin diserapkan di dalam jawatan tertinggi parti. Untuk kerusi Ketua Wanita PKR pula, Azmin dikatakan akan memberikan sokongan penuh terhadap ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin yang juga merupakan penyandang bagi jawatan tersebut. Seterusnya bagi jawatan Ketua AMK pula, Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari akan bergandingan dengan Adun Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin sebagai Timbalan Ketua AMK dilihat sebagai calon pilihan Azmin. Kesimpulannya pemilihan PKR pada kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara dua kumpulan yang saling tamak dan dahagakan kuasa. Walaupun secara dasarnya PKR akan mendakwa pemilihan pada kali ini adalah merupakan sebahagian dari proses demokrasi parti, namun pada hakikatnya graf sokongan Anwar semakin kian menyusut. Apa yang jelas, Anwar semakin hilang cengkaman pengaruhnya terhadap parti yang diasaskannya ini. Mr Beruang Biru |
Anwar Cipta PRK Kajang, Selalu Tangguh Kes Liwat… Yang Salah BN Juga Posted: 05 Mar 2014 03:49 AM PST Ibarat anjing gila yang sedang tersepit, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semalam menyalak sakan menyalahkan Umno/BN yang dikatakan sengaja menggunakan mahkamah untuk mengganggu aktiviti kempennya di Kajang. Paling menarik, kenyataan Anwar itu turut disokong oleh beberapa pemimpin pakatan dan para pencacai yang jelas 'tolol' kerana cuba menipu rakyat dengan menyembunyikan fakta yang sebenar. Secara umumnya, masyarakat mengetahui kes liwat yang melibatkan Anwar ini bukanlah merupakan kes baru kerana ia telah berjalan sejak sekian lama. Namun ekoran tindakan Anwar takut dengan bayang-bayang sendiri, dia terpaksa mencari dan mereka-cipta seribu satu alasan agar dapat digunakan untuk menangguhkan kes tersebut. Malah menurut rekod sepanjang tempoh perbicaraan, mahkamah terpaksa menangguhkan kes ini sebanyak 69 kes dan 5 kali lagi sepanjang tempoh rayuan yang bermula pada 20 Januari 2012. Oleh itu, di manakah rasionalnya untuk mengatakan kes ini digunakan untuk menyekat kempennya di Kajang? Tambahan pula pilihan raya kecil Kajang (PRK Kajang) ini, dilakukan ekoran tindakan biadab PKR yang cuba mengheret rakyat dalam kancah perebutan kuasa yang berlaku di dalam parti itu. Persoalannya ialah, mengapa Anwar begitu takut untuk berdepan dengan kes ini sekiranya betul dia tidak bersalah? Tambah menghairankan apabila Ketua Pembangkang seolah-olah tidak berani untuk berdepan dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik untuk mengetuai pasukan pendakwaan. Masakan tidak, sebaik sahaja Shafee dilantik oleh Peguam Negara, Anwar telah mengemukakan 3 permohonan untuk menghalang bekas Pesuruhjaya Suhakam itu mengetuai kes pendakwaan ini. Sedangkan perlatikan secara "fiat" (autoriti beliau) itu, selari dengan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Sebelum ini Anwar gagal dalam cubaan ketiga di Mahkamah Rayuan bagi menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan bahawa peguam kanan itu seorang yang tidak sesuai dan wajar untuk menerima pelantikan memandangkan dia didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melangar Akta Profesion Undang-undang. Anwar pertama kali mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah tetapi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas. Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 November tahun lepas. Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk M Zain Ibrahim, turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lepas. Rayuannya di Mahkamah Persekutuan turut ditolak pada 11 Februari tahun ini. Paling mengejutkan, apabila Mahkamah semalam turut bersetuju dan mengkritik Anwar yang dilihat sengaja melambat-lambatkan proses rayuan ini. Kesimpulannya mudah, sekiranya Anwar berani berhadapan dengan kes ini secara anak jantan, pasti ia sudah lama diselesaikan. mykmu.net |
Anwar Fails In Eleventh Hour Bid To Get Stay Of Tomorrow’s Hearing Posted: 05 Mar 2014 03:40 AM PST PUTRAJAYA, March 5 – Datuk Seri Anwar Ibrahim failed in his eleventh hour bid today to obtain an order from the Federal Court here to stay the hearing of the prosecution’s appeal against his acquittal on a sodomy charge. The hearing of the prosecution’s appeal has been set for hearing for two days starting tomorrow. A five-member panel of the Federal Court chaired by Justice Tan Sri Abdull Hamid Embong ruled that there were no merits on the two grounds cited by Anwar to support his application for a stay of tomorrow’s court proceeding. The court unanimously dismissed Anwar’s application for an interim stay. “We find there is no reason for us to disturb the discretion of the Court of Appeal in refusing to grant the interim stay (to Anwar),” said Abdull Hamid who presided on the panel with Justices Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah, Datin Paduka Zaleha Zahari and Datuk Ramly Ali. Following this decision, the hearing of the prosecution’s appeal will proceed tomorrow. Anwar was seeking for a stay of tomorrow’s court proceedings pending the hearing of his appeal at the Federal Court over the Court of Appeal’s decision on Monday which denied his third application to disqualify senior lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah from leading the prosecution’s team in its appeal tomorrow. Anwar applied to the Federal Court for the stay order as the Court of Appeal had also rejected his application for a stay of tomorrow’s proceeding. The opposition leader had filed the notice of appeal this morning followed by the application for the stay. The panel presided over the matter at 5.10pm this evening. One of Anwar’s lawyers, R.Sivarasa said Anwar’s appeal would be considered academic since he failed to obtain the stay order. In the proceedings today, Anwar’s other counsel, Karpal Singh, gave two grounds to support the stay application namely that there would be a conflict of interest if Muhammad Shafee appeared as lead prosecutor in the appeal and also he (Muhammad Shafee) was not a fit and proper person to be a deputy public prosecutor. He said Anwar must be given every right to exhaust his legal avenues. However, Muhammad Shafee said there was no hope of success in Anwar’s appeal with regard to his third disqualification application, adding that what Anwar was doing was to delay tomorrow’s hearing of the appeal. The prosecution is appealing against the Jan 9, 2012 High Court decision which had acquitted and discharged Anwar on a charge of sodomising his former aide Mohd Saiful, 26, at a Desa Damansara condominium unit in Bukit Damansara between 3.10 pm and 4.30 pm on June 26, 2008. |
Kerajaan Kelantan Wajar Akui Ketidakmampuan Laksana Pembangunan Posted: 05 Mar 2014 03:34 AM PST KOTA BAHARU, 5 Mac – Kerajaan negeri Kelantan sewajarnya mengakui ketidakmampuan mereka melaksanakan program pembangunan dan sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan hasrat berkenaan. Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata sejak Kelantan diperintah Pas pada 1990, lebih 30 batu asas projek pembangunan yang kononnya akan dilaksanakan kerajaan negeri, namun hanya menjadi “batu tanda” semata-mata. “Mereka patut menyalahkan diri sendiri sebelum meletakkan kesalahan itu di tangan orang lain,” katanya dalam sesi perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V semasa merasmikan istiadat pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-13 semalam, di sini, hari ini. “Kita kecewa persidangan dewan ini dijadikan medan untuk menyalahkan kerajaan Persekutuan sedangkan kesalahan diri sendiri tidak nampak. Sepatutnya kita sama-sama bekerjasama,” katanya. Nozula berkata adalah sesuatu yang menyedihkan apabila kerajaan Persekutuan sering kali dikatakan zalim tetapi pada masa yang sama bantuan kerajaan Persekutuan yang telah membangunkan negeri ini. Katanya kerajaan negeri sepatutnya tidak berjanji untuk melaksanakan projek-projek mega seperti Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai kerana sudah pasti projek itu sukar untuk dilaksanakan. “Ini ibarat mahu beristeri dua tetapi pada hakikatnya dia tidak mampu untuk berbuat demikan, mana projek pelabuhan darat? Mana projek (kambing) Jamnapari? Mana dia?,” katanya. Beliau berkata slogan Membangun Bersama Islam sebenarnya hanya slogan semata-mata dan rakyat terpengaruh yang kononnya mereka akan dibela dengan slogan berkenaan namun hakikatnya mereka tidak dipedulikan dan diberi janji-janji kosong. Menyentuh isu penerokaan berleluasa berhampiran Taman Negara Kuala Koh di Gua Musang, Nozula meminta kerajaan negeri mesti menangani keadaan itu agar taman negara berkenaan tidak terusik dengan segala bentuk pembangunan yang tidak menguntungkan. “Ingatlah yang rugi nanti adalah anak cucu kita. Nak membina apa yang kita ada dan mengekalkan kelestarian alam sekitar mengambil masa yang sangat lama dan bukannya dirosakkan begitu sahaja,” katanya. Sementara itu, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang berbahas sebelum itu berang seketika apabila wakil kerajaan negeri mengambil kesempatan menghentam kerajaan Persekutuan. “Sepatutnya kita di dewan ini bertujuan mengaudit apa yang telah kerajaan negeri lakukan. Tanya kepada kerajaan negeri sudahkah mereka melaksanakan manifesto pilihan raya atau sebagainya,” katanya. Persidangan bersambung esok. |
Empat Adun DAP Keluar Dewan Dibidas Posted: 05 Mar 2014 03:13 AM PST MELAKA, 5 Feb - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris menyatakan rasa kecewa dengan tindakan empat wakil rakyat DAP keluar dewan dan menyifatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan kepada rakyat. “Mereka (pembangkang DAP) mengemukakan pelbagai tuduhan kepada saya dan kerajaan negeri, tetapi bila saya berdiri di sini untuk menggulung dan menjawab segala tuduhan itu mereka semua keluar tidak mahu dengar. “Mereka kata rakyat nak tahu itu ini tetapi bila nak dijawab mereka keluar dewan,” katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 pada Rabu. Idris menyarankan pembangkang melantik segera ketua pembangkang DUN Melaka kerana pembangkang negeri itu dilihat bercelaru tanpa ketua setelah Goh Leong San (DAP-Duyong) meletakkan jawatan pada Oktober tahun lepas. Ketua Menteri berkata DUN Melaka memerlukan sebuah pasukan pembangkang berkesan untuk berfungsi dengan baik. Terdahulu empat wakil rakyat DAP berkenaan bertindak keluar dewan bagi membantah keputusan Speaker DUN Datuk Othman Muhamad tidak membenarkan seorang daripada mereka Chin Choong Seong (DAP-Kesidang) membahaskan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalid Yaakob. Tiga lagi ialah Goh Leong San (DAP-Duyong), Lim Jak Wong (DAP-Bachang) dan Tey Kok Kiew (DAP-Bandar Hilir). Bagaimanapun tindakan itu tidak disertai seorang lagi wakil rakyat pembangkang Dr Md Khalid Kassim (PAS-Bukit Baru) dan untuk rekod ini kali kedua beliau berbuat demikian setelah kali pertama pada persidangan DUN September tahun lepas. Othman sebelum itu memberikan peluang kepada enam wakil pembangkang dan empat wakil Barisan Nasional untuk membahaskan usul itu, namun tidak membenarkan Chin membahaskan ucapan itu atas faktor masa dan Chin akan berucap pada sesi penangguhan pada Khamis. Terdahulu, Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) diarah keluar dewan oleh Othman kerana tetap meneruskan perbahasan walaupun masa diberikan kepadanya telah tamat dengan Khoo melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Idris serta meminta Othman meletak jawatan sebagai speaker. Persidangan bersambung Khamis. |
Umpamakan Anwar Yang Hadapi Kes Liwat Dengan Nabi Musa Keterlaluan Posted: 05 Mar 2014 03:04 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Feb – Perumpamaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Firaun dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ubah seperti Nabi Musa yang dilebelkan oleh bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Razali Nawawi amat keterlaluan yang boleh mengelirukan pemikiran umat Islam terutama golongan muda. Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee walaupun sekadar perumpamaan tetapi di dalam Islam dilarang keras menyamakan manusia biasa dengan taraf kenabian atau kerasulan yang dipilih oleh Allah S.W.T. Katanya, gambaran Dr Mahathir sebagai Firaun berikutan dakwaan kekejaman poltik yang dilakukan ke atas Anwar mungkin boleh diterima oleh sesetengah pihak tetapi bukannya tertalu taksub dengan perumpamaan sebagai Nabi Musa. “Anwar bukan maksum, manusia biasa yang terjebak dengan kes moral yang menjijikkan, apakah ini ciri-ciri yang boleh dibuat persamaan dengan Nabi Musa ?, soal beliau. Lagipun tegas Syed Ali, perjuangan Anwar berpandukan kepada kepentingan politik dalam memburu impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan Nabi Musa berjuang membawa syariat dan ajaran agama untuk kesejahteraan umatnya pada ketika itu. “Walaupun bekas pemimpin Abim itu cuba menggambarkan kebencian melampau terhadap bekas Perrdana Menteri dan meletakkan Anwar, yang sedang berdepan dengan kes liwat tidak ubah sebagai Nabi Musa, perbuatan seperti itu tidak sepatutnya berlaku", katanya dalam enrti terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com. Beliau kesal kerana pembangkang berterusan menyemarakkan rasa benci rakyat terhadap Tun Dr Mahathir dengan mengaitkan dengan isu kekejaman politik terhadap Anwar sehingga dipecat daripada UMNO pada tahun 1998. Syed Ali berkata, sebagai seorang pemimpin pertubuhan Islam yang sedikit masa dahulu amat berpengaruh, Dr Razali tidak sepatutnya membuat perbandingan sedemikian rupa kerana dikhuatri boleh menjejaskan akidah umat Islam.. Katanya, belum ada ada lagi mana-mana pemimpin politik di negara ini yang dibuat perumpamaan sebagai seorang Nabi atau Rasul dan ini satu perbuatan mengelirukan. Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam menyiasat dakwaan yang dibuat oleh bekas presiden Abim itu, ketika berceramah di Taman Puncak Saujana, Kajang, baru-baru ini. Dalam ceramah kempen politik bagi PRK DUN Kajang, Dr Razali seperti yang dilaporkan oleh portal beritathemalaysiainsider hari ini (Selasa) bahawa penderitaan dialami Anwar akibat kekejaman Dr Mahathir tidak ubah seperti Nabi Musa yang dibesarkan Firaun dan kemudian disingkirkan daripada istana. Bekas presiden pertama Abim itu berkata, angkara fitnah yang dilemparkan Firaun ke atas Nabi Musa, memaksanya lari meninggalkan istana menuju ke Iraq. “Saya kata (perumpamaan) mereka ini seperti Firaun dengan Musa. Nabi Musa anak angkat Firaun duduk dalam istananya tetapi apabila dilihat Nabi ini membahayakan, dia membuat fitnah dan Nabi Musa terpaksa membawa diri sampai ke Iraq. “Beginilah Anwar. Apabila Dr Mahathir nampak Anwar ini bahaya, macam-macam dia berbuat fitnah. Fitnah yang tidak pernah dilakukan orang lain sebelumnya,” uajr Dr Razali lagi. Mengulas lanjut, Syed Ali menegaskan tuduhan kononnya Anwar difitnah dan menjadi mangsa akibat kekejaman politik Dr Mahathir adalah tidak berasas sama sekali dan dilihat cuba menegakkan benang yang basah. Katanya, sudah menjadi kelaziman pembangkang dan mereka yang memusuhi pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan melemparkan pelbagai tuduhan dan andaian bagi menyemarakkan kebencian rakyat terhadap parti pemerintah. “Tuduhan Anwar dizalimi oleh Dr Mahathir sudah berulang kali diungkitkan pembangkang, tetapi inilah pertama kali pula Anwar diberikan perumpamaan seperti Nabi Musa, ini perbuatan melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam,” tegasnya. Sehubungan itu, belain menasihatkan pemimpin pembangkang jangan memutarbelitkan ajaran Islam untuk kepentingan agenda politik sehingga boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Islam khususnya. “Berkempenlah secara sihat dan bertamadun, tak perlu untuk mendewa-dewan Anwar sehingga tarafnya diumpamakan dengan Nabi, ini susdah terkeluar dearipada syariat Islam,” tegasnya. |
MoU Air Jadi Kecoh : Mungkin Ada Pihak Dalam Pakatan Kempunan Kaut Untung? Posted: 05 Mar 2014 02:16 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ada sesuatu yang belum selesai apabila kepimpinan pakatan pembangkang masih terus-terusan mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penjelasan berkaitan Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor. Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Haryaty Hamzah melihat bahawa kepimpinan pembangkang lain yang tidak sealiran dengan keputusan Menteri Besar Selangor adalah berasaskan kepada agenda politik atau kecewa untuk ambil kesempatan menangguk keuntungan. "Keputusan Tan Sri Abdul Khalid yang melaksanakan MoU dengan kerajaan pusat menunjukkan kematangan beliau dalam pentadbiran iaitu mengutamakan kepentingan umum tanpa dipengaruhi oleh idealogi politik walaupun idealogi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak sama," katanya kepada UMNO-Online. Terang beliau, ini berbeza dengan kepimpinan dalam pakatan pembangkang khususnya PKR yang secara jelas melahirkan rasa kurang senang dan mempertikaikan keputusan terbabit. Dilaporkan, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak tahu menahu berkaitan MoU berkaitan biarpun beliau adalah Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor, sementara Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali mendesak agar Abdul Khalid memberikan penjelasan dan lebih teruk Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli pula dengan lantang menganggap MoU terbabit merugikan rakyat kerana berat sebelah serta tidak memberi faedah kepada rakyat Negeri Selangor. "Pandangan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ini ada kaitan dengan agenda politik mereka sendiri, enggan mengakui kebolehan pentadbiran kerajaan pusat selain lebih cenderung untuk bermain dengan isu bagi mendapatkan populariti. "Dalam politik, populariti amat penting apatah lagi dalam keadaan pembangkang untuk mengekalkan kerusi di DUN Kajang yang sebelum ini mereka anggap mudah namun malangnya sokongan rakyat di kawasan tersebut sedikit demi sedikit semakin terhakis dan sekarang lebih tertumpu kepada BN." Ujar beliau, langkah kerajaan melaksanakan persefahaman dengan kerajaan Negeri Selangor dalam keadaan mereka berdepan krisis air adalah bukti bahawa kepimpinan BN amat prihatin dan tidak bersifat angkuh. "Perkara ini enggan diakui oleh pemimpin pakatan pembangkang biarpun antara kandungan MoU itu lebih tertumpu kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 lagi." Difahamkan, MoU ini antara lain melibatkan penstrukturan semula industri air Selangor dengan lebih tertumpu pada usaha memastikan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dapat dilaksanakan, yang akan melibatkan perkara penting seperti tarikh mula kerja, pengambilan lebih 75 keping tanah dan pelantikan kontraktor. "Atau barangkali ada agenda lain tersembunyi apatah lagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan melibatkan sejumlah dana yang besar untuk dimulakan namun dengan adanya MoU terbabit maka kemungkinan antara kepimpinan pakatan pembangkang ini tidak akan mendapat untung?" soal beliau. Ujar beliau lagi, kecenderungan kepimpinan pembangkang lebih tertumpu kepada agenda peribadi, antara kuasa, pangkat dan kedudukan tanpa melihat kepada keperluan keseluruhan rakyat sebagaimana menjadi fokus dalam MoU yang dibuat. "Sudahlah sekarang ini akan berdepan dengan PRK Kajang dan kemudiannya pemilihan dalam parti terbabit akan tiba, ditambah pula Tan Sri Abdul Khalid telah mengesahkan untuk bertanding maka ini adalah satu peluang kepada mana-mana pihak untuk jadikan isu MoUsebagai bahan dalam meraih sokongan perwakilan kelak." Dilaporkan juga, MoU tersebut akan memberi kesan kepada pelaksanaan penstrukturan semula industri air di Selangor yang menjadi satu keperluan bagi meningkatkan keberkesanannya dengan mengambil kira perkhidmatan yang lebih mapan dan efisyen termasuklah usaha meringankan beban rakyat yang terkesan daripada krisis air sebagaimana sekarang ini. Melalui MoU itu, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Langat 2 dan sistem agihannya berkuat kuasa pada hari sama MoU dicapai dan kerajaan negeri dibenarkan mengemukakan tawaran untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd., Syabas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) serta Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS). - MediaUMNO |
Chew Mei Fun Penuhi Aspirasi Pengundi Kajang – MCA Posted: 05 Mar 2014 01:52 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Mac – Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bukannya ditentukan dengan mudah, sebaliknya terpaksa mengambil kira pendapat umum. Mendedahkan perkara itu, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata MCA, sebelum ini mengenal pasti beberapa individu termasuk Datin Paduka Chew Mei Fun untuk dipilih sebagai calon BN bagi memberi cabaran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pilihan raya kecil itu. Heng berkata pelbagai proses saringan dilakukan dan pemilihan Chew adalah berdasarkan latar belakang politik, pengalaman selain kajian pendapat para pengundi DUN Kajang terhadap kepimpinan Naib Presiden MCA itu. Kebanyakannya pengundi menyifatkan Chew sebagai calon yang memenuhi aspirasi masyarakat setempat dan mampu berperanan dengan berkesan, katanya kepada Bernama, baru-baru ini. Heng berkata pihaknya melaksanakan dua siri kajian tentang siapa yang sesuai mewakili DUN Kajang yang membabitkan lebih daripada 1,000 responden baru-baru ini dan daripada keputusan kajian itu menunjukkan Chew masih mendapat tempat di hati pengundi. “Peratusan yang menyokong Chew saya tak ingat tetapi beliau dilihat mampu memberi saingan kepada Anwar, meskipun dianggap sebagai calon ‘underdog’ (bukan pilihan). Kita (MCA) akan laksanakan kajian sikap lagi selepas ini untuk kita ketahui bagaimana peluang kita,” katanya. Melihat kepada komposisi jantina pengundi DUN Kajang iaitu 50.07 peratus daripada 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan kecil raya itu adalah wanita, Heng berkata ia adalah satu peluang yang tidak boleh disia-siakan Wanita BN dan Chew. “Kita masih lagi menjalankan program ‘pintu ke pintu’ menemui pengundi. Selain itu selaras dengan tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini iaitu ‘Inspiring Change’ yang bermaksud wanita sebagai penjana perubahan, pengundi di Kajang khususnya wanita gunakanlah undi di tangan mereka untuk membawa perubahan kepada Kajang,” katanya. Beliau menyifatkan Chew yang berperwatakan lembut, mudah mesra dan berjiwa kental, boleh diharapkan pengundi DUN Kajang sebagai wakil rakyat yang akan membela untung nasib mereka dan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada semua penduduk DUN Kajang tanpa mengira bangsa. “Tiada apa yang mustahil dalam politik dan daripada segi keikhlasan untuk berkhidmat demi rakyat, saya percaya calon BN adalah lebih ikhlas berbanding lawannya,” katanya. PRK yang ditetapkan pada 23 Mac itu menyaksikan Chew bakal berdepan Anwar dan calon bebas, antaranya bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Ia diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding. Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Lee menang kerusi DUN Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. |
Mat Taib Usah Malukan Diri Sendiri – Ruslan Kasim Posted: 05 Mar 2014 01:08 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Mac – Bekas Ketua Penerangan Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim membidas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib yang mendakwa bahawa kini tidak ada lagi individu yang berkaliber di dalam UMNO dan menasihati beliau agar jangan jadi seperti pepatah kacang lupakan kulit. Menurut Ruslan, Muhammad Taib seharusnya menyuluh dirinya di cermin terlebih dulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya seumpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. "Apakah dia lupa kes dia dulu? Bukankah ketika itu beliau di dalam UMNO? Perbuatan beliau itulah yang menyebabkan nama UMNO jadi busuk di mata masyarakat. Kerana ada orang seperti beliaulah, maka imej UMNO jadi rosak. "Semasa beliau di dalam UMNO, apa yang beliau tak dapat? Semuanya beliau dapat. Harta, pangkat, populariti, semua beliau dapat. Anak raja pun beliau dapat. Sedangkan pejuang-pejuang sebenar di dalam UMNO tak dapat apa pun dan tak minta apa pun dalam perjuangan membela Agama, Bangsa dan Negara," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Katanya lagi, hakikat sebenarnya ialah ramai pemimpin-pemimpin yang bagus yang telah meninggalkan PKR seperti Dr. Chandra Muzaffar, Dr. Halili Rahmat, Ezam Md Nor, Zainur Zakaria, Dr. Abdul Wahid Ahmad Suhaimie, Zulkifli Noordin dan ramai lagi. “Itu bukti bahawa begitu ramai individu yang berkaliber dan bagus keluar parti dan meninggalkan perjuangan PKR. Siapa pula yang beliau maksudkan pemimpin yang bagus meninggalkan UMNO dan menyokong PKR? “Padahal, yang menyokong perjuangan pembangkang adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang kecewa seperti beliau dan Anwar. Ini memperlihatkan bahawa beliau hanya bercakap semberono tanpa berpijak di bumi yang nyata,”ujarnya. Muhammad Taib dilaporkan berkata demikian ketika berucap pada pada program Pelancaran Jentera Pas PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi. Jelas Ruslan, keluarnya pemimpin-pemimpin seperti Muhammad Taib dan Anwar Ibrahim daripada UMNO merupakan satu proses pembersihan dan penyucian parti ini daripada terus dirosakkan oleh orang-orang seperti mereka. "UMNO lebih baik tanpa mereka. Golongan seperti mereka ini menggunakan UMNO untuk mendapatkan laba dunia, populariti dan sebagainya. Mereka ahli politik tulen, bukan pejuang tulen. "Ahli politik seperti mereka menggunakan pentas politik untuk kepentingan diri mereka sendiri. Perjuangan mereka hanyalah untuk diri mereka, sebab itu mereka kecewa apabila tidak mendapat apa yang mereka hajati dalam UMNO, lalu berhijrah ke parti politik lain. UMNO tidak perlu pemimpin yang sebegini," tegasnya. Seterusnya kata beliau lagi,semua orang tahu apa punca sebenarnya beliau keluar daripada UMNO. "Umum tahu, beliau kecewa kerana tidak dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO ketika bertanding, itu sebenarnya punca beliau keluar UMNO. Merajuk dan kecewa. Tak dapat jawatan, keluar dari parti. Apakah ini sikap pemimpin yang bagus? "Jadi, setelah keluar UMNO, janganlah beliau mencerca dan merendah-rendahkan parti yang pernah memberikan beliau peluang untuk mengaut segala keuntungan yang beliau miliki hari ini. Dulu beliau hanya seorang cikgu biasa, tetapi setelah masuk UMNO, kehidupannya berubah serta merta. "Bak kata pepatah, janganlah rosak panas setahun dek kerana hujan sehari. Janganlah habis madu sepah dibuang. Eloklah beliau berfikir dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, memandangkan beliau sendiri pun dulu adalah antara pemimpin yang telah merosakkan imej UMNO di mata masyarakati," akhiri beliau. -MediaUMNO |
Govt Needs To Seriously Address Urban & Rural Income Equality, Says Academician Posted: 04 Mar 2014 11:56 PM PST KUALA LUMPUR, March 5 – The government needs to seriously address the income inequality between the urban and rural population in the face of the current subsidy rationalisation exercise, says Universiti Malaya Centre for Poverty and Development Studies Director Associate Professor Dr Fatimah Kari. She suggested that the government provide an exit policy for the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) and instead focus more on strengthening social protection policies. Among social protection policies suggested by the centre are job creation and education opportunities to alleviate poverty. “I think the government is in a fairly comfortable situation to address the negative part of the subsidy rationalisation exercise,” she told reporters after announcing the findings of a study on “The Subsidy Rationalisation and its Impact on the Economy and Malaysian Poor Households”. The study revealed that the subsidy reforms would lead to an increase in poverty among rural and urban households and that they would be significantly affected by the energy subsidy reforms compared with other groups. “We are a bit concerned over the pressures of inequality…There is a tendency the inequality gap would widen further like in 1970,” said Fatimah. On the impact of subsidy rationalisation policies on Malaysia’s macroeconomic front, the study said the policies may lead to an initial increase of 0.6 per cent in real Gross Domestic Product. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment