Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Harta Billion-Billion, Anwar Masih Dendam dengan Tun Daim!

Posted: 05 Mar 2014 06:38 AM PST

Betul ke apa yang Anwar kata tu?

Tak habis-habis Anwar menyerang Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin. Kali ni Anwar menuduh Tun Daim manusia paling korup dan paling rasuah semasa menjadi menteri kabinet.

Antara tuduhan Anwar terhadap Tun Daim ialah,
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.

"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, " katanya.

"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini," kata Anwar dalam ceramah di Taman Saga Emas di Kajang sempena perasmian bilik gerakan jentera Daerah Mengundi Bandar Kajang.
Malah Anwar berpendapat pada amalan korupsi yang dilakukan Tun Daim wajar didedahkan untuk mengelakkan rakyat daripada terus diperbodohkan. Takpa kita layan dulu apa kata Anwar tu,

Sehinggalah dia mencabar Najib untuk bertanggung jawab atas semua tu.
"Jika Najib punya integriti, dia perlu bertanggung jawab dengan apa yang dilakukan dan apa yang dicuri oleh Tun Daim Zainuddin dan bagi balik kepada rakyat, " kata Anwar.

"Kalau tidak bercakap, mereka ingat macam orang (rakyat Malaysia) tidak tahu, " katanya.

Hadir sama dalam program ceramah tersebut ialah ahli parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, Adun Taman Templer, Tuan Zaidi Abdul Talib pimpinan KEADILAN Selangor.
Biasa la tuduh memang senang, mencabar pun senang. Tapi sebenarnya, Mc lebih suka kalau PM Najib dedahkan berapa banyak harta Malaysia yang telah Anwar SONGLAP!

Patutnya Anwar cabar untuk siasat dan buka balik file lama semasa dia jadi menteri dulu. Bukannya kita tak tahu, kisah duit RM500 dan RM1000. Berapa billion duit tu lesap ke luar negara.

Siapa yang susun kroni dan kayakan keluarga semasa jadi menteri kewangan dulu? Anwar taknak cabar PM Najib dedah dan kembalikan pada rakyat ke?

Kelakar la Anwar ni.. dok kutuk orang lain, tapi diri sendiri lagi teruk!

Tun Daim tu memang dah kaya.. bisnesman.. apa nak heran.. Tapi Anwar tidak, dari seorang yang miskin, papa kedana, tiba-tiba ada duit berkoyan-koyan. Tak pelik ka tu?

McTheory:
Kalau nak siasat Tun Daim, siasat sekali Anwar.. baru betul..

HOT! Kecoh didepan Mahkamah Putrajaya kes Kalimah Allah!

Posted: 04 Mar 2014 06:55 PM PST

Umat Islam tidak kira dari mana-mana parti politik pun berhimpun untuk tetap berdiri kukuh mempertahankan 'kalimah Allah' dari digunakan oleh pihak kristian.

Gambar-gambar didepan mahkamah,

INFO! Permohonan Maaf Atas Kesilapan Sumber 'Melayu Murtad'! - Mc

Posted: 04 Mar 2014 04:37 PM PST

Gambar yang menjadi kontroversi!!

Gambar diatas tersebar diantara group-group Whatapps, kononnya wajah melayu yang telah dimurtadkan dalam gereja. Bila Mc perhatikan gambar tu, baru Mc ingat bahawa dua tahun lepas pun gambar yang sama turut tersebar, malah sahabat blogger Kedah Medan Tempur, pernah mengeluarkan artikel tentang melayu murtad kerana terlampau geram!

Bayangkanlah, seorang yang beragama Islam menerima gambar dari page facebook kemudian tertulis wajah melayu murtad! Mesti darah kita membuak-buak, lalu diterjemahkan dalam posting pada DUA tahun yang lepas. Mc pun pernah pick up cerita yang sama dari blog beliau.

Namun bila kami sedar bahawa ini kesilapan dari sumber dan boleh menyebabkan fitnah besar terhadap orang dalam gambar, kami pun tarik balik artikel dan memadamnya.

Setelah dikaji, ada dewan yang rekabentuk dalamannya seolah-olah seperti gereja!! Ianya di International Institute of Islamic Thought and Civilzation (ISTAC)

Tengok gambar dibawah,




Masyallah.. tiada rekabentuk lainkah yang sesuai?


Disebabkan perkara ini, Mc memohon maaf pada setiap individu dalam gambar terbabit. Niat kami baik, untuk mencegah melayu dari murtad, cuma sumber kami tak betul. Mana ada seseorang muslim nak murtadkan saudara seagamanya tanpa sebab!!

Memang kami blogger politik, namun emosi telah melebihi akal, hingga terjadinya kesilapan yang tidak disengajakan. Sekali lagi Mc mohon maaf, mana ada manusia yang sempurna dalam perbuatan. Hanya Allah SWT saja yang maha sempurna. 

Kami ni manusia sentiasa berbuat salah.

McTheory:
Permohonan maaf ini akan disebarkan..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...