UMNO Online - “Cari Salah Pihak Lain Satu-satunya Cara Terbaik Pembangkang Tutup Aib Sendiri” plus 9 more |
- Cari Salah Pihak Lain Satu-satunya Cara Terbaik Pembangkang Tutup Aib Sendiri
- Anwar Didapati Bersalah Liwat Saiful Bukhari
- Bank Negara International Reserves At RM427.6 Bln As Of Feb 28, 2014
- Institusi Kesultanan Melayu Hadapi Cabaran Besar Kekal Relevan – Raja Nazrin
- Pembangkang Dibidas Manipulasi & Perbesar Gurauan Sharizat Terhadap Chew Mei Fun
- BN Bertanding Di Kajang Kerana Mendukung Prinsip Demokrasi, Bukan Anwar – Razali
- Pembangkang Cipta Rekod Paling Ramai Pemimpin Tinggalkan Parti
- Keadaan Jerebu Semakin Pulih – Palanivel
- Oil & Gas Sector To Emerge As “Rising Star” To Drive M’sia’s Economy Forward, Says Najib
- Tough Measures Have To Be Taken Despite Political Cost, Says Najib
Cari Salah Pihak Lain Satu-satunya Cara Terbaik Pembangkang Tutup Aib Sendiri Posted: 07 Mar 2014 01:52 AM PST KUALA UMPUR, 7 Mac – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar membidas sikap pembangkang yang gemar mencari salah kerajaan Barisan Nasional dan UMNO, untuk menutup pekung sendiri dalam usaha mencari pengaruh dan meraih sokongan politik dari rakyat di negara ini. Menurut beliau, pendekatan politik mencari salah pihak lain yang diamalkan pembangkang itu kini merupakan satu budaya politik pembangkang yang sudah sebati, baik di kalangan pemimpin, ahli mahu pun penyokong pembangkang seumpama pepatah bagaikan irama dan lagu. "Mereka seboleh-bolehnya mahu menutup segala kepincangan dan kelemahan mereka dengan sentiasa mencari-cari salah pihak lain, khususnya kerajaan BN dan UMNO, malah ada juga usaha untuk melaga-lagakan pimpinan BN sesama sendiri. “Dan menjelangnya Pilihan Raya Kecil DUN Kajang nanti kita yakin banyak lagi yang mereka akan provokasikan kepada rakyat dengan menggambarkan kelemahan kerajaan bagi menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap kerajaan," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Pendekatan seperti ini digunakan oleh pembangkang dalam usaha mereka untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada melihat segala kepincangan dan konflik yang berlaku dikalangan mereka, baik diperingkat hubungan antara rakan sekutu mahu pun dalam parti masing-masing. “Hari ini kita sendiri tahu bahawa sudah menjadi perbualan umum di kalangan rakyat berhubung krisis dalaman PKR, isu MB Selangor yang menjadi pertikaian sesama mereka, kes liwat Anwar dan juga keruntuhan rumahtangga anaknya, Nurul Izzah. "Isu-isu inilah yang sedaya upaya akan cuba diselindungkan oleh kepimpinan pembangkang dengan menggunakan pendekatan mencari kesalahan kerajaan, bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu-isu dalaman pembangkang yang semakin hari semakin kritikal. “Apa pun kita, Pemuda khususnya sudah bersiap sedia untuk menangkis segala apa yang cuba didakyahkan oleh pembangkang dan kita akan bertindak balas dengan memperjelaskan isu sebenar kepada rakyat. Percayalah segala wayang mereka akan memakan diri mereka kelak,” tegasnya. Beliau seterusnya percaya kepimpinan UMNO mahu pun BN yang lain tidak akan terperangkap dengan gaya politik sedemikian rupa. Ini kerana ujar beliau, cara sedemikian sudah pun lapuk selain rakyat di akar umbi hari ini sudah cukup masak dan faham cara politik pihak pembangkang yang lebih banyak auta daripada menggunakan fakta. “Tinggal lagi, apa yang penting adalah usaha kita untuk mematahkan segala gambaran negatif yang cuba mereka momokkan kepada rakyat berhubung kelemahan BN dan keburukkan UMNO, dalam usaha untuk memastikan rakyat tidak akan terpengaruh dengan segala tohmahan dan dakyah yang di bawa oleh pihak pembangkang,” ujar beliau. -MediaUMNO |
Anwar Didapati Bersalah Liwat Saiful Bukhari Posted: 07 Mar 2014 01:41 AM PST PUTRAJAYA, 7 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari. Mahkamah Rayuan telah memberi tempoh sejam kepada peguam Karpal Singh untuk menyediakan mitigasi bagi Anwar, sebelum mahkamah bersidang semula pada pukul 6.15 petang ini untuk menjatuhkan hukuman. Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Semasa melepas dan membebaskan Ketua Umum PKR itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel berkenaan telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis. |
Bank Negara International Reserves At RM427.6 Bln As Of Feb 28, 2014 Posted: 07 Mar 2014 01:39 AM PST KUALA LUMPUR, March 7 – Bank Negara Malaysia’s international reserves stood at RM427.6 billion (equivalent to US$130.6 billion) as of Feb 28, 2014. The central bank said the reserves’ position was sufficient to finance nine months of retained imports and was 3.3 times the short-term external debt. The main components of the international reserves are foreign currency reserves (US$117.7 billion), International Monetary Fund reserves (US$900 million), special drawing rights (US$2.0 billion), gold (US$1.4 billion) and other reserve assets (US$8.6 billion). |
Institusi Kesultanan Melayu Hadapi Cabaran Besar Kekal Relevan – Raja Nazrin Posted: 07 Mar 2014 01:37 AM PST KUALA KANGSAR, 7 Mac – Institusi Kesultanan Melayu kini berhadapan cabaran lebih besar untuk menjadi institusi yang kekal relevan serta diterima secara positif dan dihormati rakyat, titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah. Baginda bertitah kebelakangan ini kedengaran suara yang secara terbuka mencabar peruntukan tertentu undang-undang negara, bersikap melanggar adat dan adab serta mempersendakan Institusi Kesultanan di negara ini. “Pada 21 Februari 2014, Mahkamah Tinggi mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Yang Berhormat Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang didapati bersalah atas tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Februari 2009,” titah baginda pada Mesyuarat Ke-156 Dewan Negara Perak di Istana Iskandariah di sini, hari ini. Baginda bertitah usaha untuk memastikan institusi itu kekal relevan hendaklah difikirkan secara bijak dengan melaksanakan program yang berupaya merapatkan hubungan Raja dengan rakyat agar fahaman dan penghargaan rakyat terhadap Institusi Kesultanan dapat ditingkatkan. Raja Nazrin bertitah program yang melibatkan Raja Pemerintah hendaklah dirangka dan diolah agar dapat memberi pengertian dan mengisi makna serta berupaya memberikan impak dan keberkesanan. “Program-program jangan sekadar hanya berwajah istiadat, dianjurkan dan dihadiri oleh lingkungan audiens yang sama lagi terbatas. Program-program yang tidak dirancang secara bijak bersifat permukaan. “Program-program sedemikian tidak produktif dan gagal memenuhi falsafah dan matlamat ia dianjurkan,” titah baginda. Raja Nazrin bertitah program sedemikian merupakan satu pembaziran sumber, tenaga, masa dan kewangan kerana tidak mendatangkan sebarang nilai tambah mahupun pulangan. “Oleh itu, program-program yang melibatkan Raja Pemerintah, bermula dengan program sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak pada tahun ini, perlu diolah secara bijaksana, disuntik dimensi baharu, disegarkan dengan kandungan lebih dinamik, ditiupkan roh yang menghidupkan agar dapat merapatkan tautan hubungan di antara Raja dengan rakyat dan mengimbangkan antara protocol dengan imej kemesraan Raja Pemerintah terhadap rakyat,” titah baginda. Baginda bertitah untuk tujuan itu ia memerlukan perekayasaan semula beberapa perkara dari segi komposisi tetamu yang diundang serta susun atur tempat duduk agar Raja tidak kelihatan bersemayam terlalu jauh dengan audiens dan hanya diapit orang-orang yang sama serta melihat wajah yang serupa. Raja Nazrin bertitah program dianjurkan di peringkat daerah pula sewajarnya memberi peluang kepada lebih ramai tetamu untuk mengenali Raja dan Raja juga berpeluang mengenali mereka. Baginda bertitah untuk itu, ketua-ketua jabatan di peringkat negeri memadai dijemput secara selektif dan bergilir agar lebih ruang dapat diberikan kepada tetamu di peringkat daerah. “Sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO), wakil-wakil pelbagai agama, persatuan-persatuan kebajikan, belia, sukan dan pelajar, perkhidmatan beruniform, pengetua, guru besar dan guru-guru serta penghulu hendaklah dimasukkan dalam senarai jemputan, agar lebih ramai konstituen berpeluang berinteraksi dengan Raja Pemerintah,” titah baginda. Baginda bertitah selaras dengan langkah berjimat cermat kerajaan, aspek kos juga hendaklah dikawal dan diberikan perhatian serius agar rakyat tidak tersalah anggapan terhadap Institusi Raja. “Kemeriahan sesuatu acara hendaklah menekankan aspek penyertaan rakyat, dimeriahkan kerana kehadiran rakyat dengan perbelanjaan yang sederhana lagi berpatutan,” titah baginda. Raja Nazrin bertitah demi menjamin kelangsungan dan kefahaman rakyat jelata akan peranan serta kerelevanan Institusi Raja, perekayasaan pendekatan amat perlu diperkenalkan agar terjalin rasa kasih, sayang serta hormat rakyat kepada Raja Pemerintah. |
Pembangkang Dibidas Manipulasi & Perbesar Gurauan Sharizat Terhadap Chew Mei Fun Posted: 07 Mar 2014 01:34 AM PST KAJANG, 7 Mac – Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata kenyataannya berhubung status bujang calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun baru-baru ini, hanya gurauan semata-mata. Bagaimanapun gurauannya “Chew Mei Fun mungkin akan menamatkan status bujang sekiranya menang PRK Kajang” sengaja diperbesarkan oleh Pakatan Rakyat, terutama PKR, katanya. “Ini kerana mereka tahu Chew adalah calon yang baik. Saya kenal rapat dengannya, ia (hanya) perbualan dalam satu keluarga tempoh hari, hanya untuk suka-suka…ini bukan satu penghinaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Hulu Langat di sini hari ini. Rabu lepas, sebuah akhbar berbahasa Mandarin melaporkan bahawa Shahrizat ketika memperkenalkan calon BN untuk DUN Kajang itu, dalam program Wanita BN bersama penduduk, berkata dalam nada bergurau Chew mungkin akan menamatkan status bujangnya sekiranya menang dalam PRK 23 Mac ini. Gurauan itu kemudian diulas oleh anggota DUN Bukit Lanjan daripada PKR, Elizabeth Wong Keat Ping sebagai kononnya kenyataan mendiskriminasikan wanita bujang dan mencabar Chew supaya meminta Shahrizat tampil meminta maaf. Shahrizat berkata: “Pada saya, apabila pembangkang memperbesarkan isu ini, ia menunjukkan mereka benar-benar terdesak, terutama Elizabeth Wong.” Sementara itu, Shahrizat berkata pihaknya yakin dengan pengalaman politik serta keperibadian Chew yang baik dapat menarik lebih banyak sokongan daripada penduduk di Kajang, terutama wanita. “Beliau (Chew) seorang yang berintergriti dan berprinsip serta pernah bersama-sama dengan saya menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini…saya yakin dengan kepemimpinan beliau dapat member khidmat terbaik kepada penduduk Kajang,” katanya. Chew, 50, yang juga naib presiden MCA dan bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dilaporkan bakal berdepan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta calon bebas iaitu bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini. |
BN Bertanding Di Kajang Kerana Mendukung Prinsip Demokrasi, Bukan Anwar – Razali Posted: 07 Mar 2014 01:25 AM PST KAJANG, 7 Mac – Keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ialah sebagai mendukung prinsip demokrasi dan atas dasar menyemarakkan amalan politik matang kepada rakyat, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim. Oleh itu, katanya, sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dinamakan sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil itu, BN tetap akan meletakkan calonnya bertanding. “(Sama ada) Anwar bertanding atau tidak bukan isunya, walaupun sekarang ini dilihat kita dibelenggu dengan namanya. Menang atau kalah, yang penting adalah kita (BN) bersungguh-sungguh pada pilihan raya kecil ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Daerah Hulu Langat di sini hari ini. “Kita sebenarnya perlu memilih pemimpin menerusi cara yang sepatutnya, bukan dengan memainkan sentimen yang mencetuskan kemarahan atau menerusi fitnah,” tegas beliau. Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin yang dilaporkan portal berita (MalaysiaKini) bahawa Anwar berkemungkinan tidak dapat bertanding jika pihak pendakwaan berjaya dalam rayuan kes liwat membabitkan Anwar di Mahkamah Rayuan. Sim dilaporkan sebagai berkata Mahkamah Rayuan dijadual memberi penghakiman pada petang Isnin, menyebabkan Anwar tidak mempunyai masa untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman d Mahkamah Persekutuan, sedangkan hari penamaan ditetapkan Selasa ini. Anwar diumumkan oleh PKR sebagai calonnya pada pilihan raya kecil itu yang bakal diadakan pada 23 Mac, sehari selepas Adun Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas, manakala calon BN ialah Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun. Sementara itu, Razali dalam ucapan perasmian karnival itu berkata program itu yang dirancang sejak tiga bulan lalu bukan diadakan di Kajang sahaja tetapi akan menjelajah ke seluruh negara. Sebanyak 26 Institut Pengajian Tinggi dan Swasta mengambil bahagian pada karnival yang berlangsung sehingga esok. |
Pembangkang Cipta Rekod Paling Ramai Pemimpin Tinggalkan Parti Posted: 07 Mar 2014 01:18 AM PST KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasara menyifatkan dakwaan pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa ramai di kalangan pemimpin yang berkaliber di dalam UMNO telah keluar dan menyokong pembangkang merupakan kenyataan yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Sebaliknya menurut beliau, pihak pembangkanglah yang sebenarnya telah mencipta rekod dan sejarah di dalam politik negara apabila berpuluh-puluh pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan berwibawa meninggalkan mereka secara berturut-turut. "Carta pemimpin paling ramai keluar parti sehingga hari ini masih diungguli oleh PKR, kerana inilah parti di dalam pembangkang yang paling ramai yang pemimpinnya keluar parti. Begitu juga dengan Pas ditempat kedua. Ramai juga pemimpin yang berkaliber dan ikhlas dalam perjuangan yang meninggalkan perjuangan Pas, terutamanya akhir-akhir ini. "Contohnya PKR. Pemimpin yang meninggalkan PKR merupakan pemimpin-pemimpin yang berjawatan tinggi seperti Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden PKR), Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR), Fairus Khairuddin (ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang), Ruslan Kassim (Ketua Penerangan PKR), Nell Onn (Ketua Wanita PKR), Abdul Rahman Othman (Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia), Marina Yussuf (Naib Presiden Parti Keadilan), Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR) dan ramai lagi. "Sebab itu saya katakan bahawa dakwaan tersebut tidak berpijak di bumi yang nyata dan inilah sebenarnya sikap pembangkang yang selalu bercakap ikut sesuka hati, tanpa melihat kebenaran dan tidak mahu bercakap benar," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini. Tambah beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggong, pembangkang di negara ini perlulah menjadi pembangkang yang ada prinsip, yang tidak membuat sesuatu kenyataan hanya mengikut sedap mulut tanpa hujah yang tepat dan fakta yang benar. "Mahu tak mahu, pembangkang perlu akui bahawa pimpinan UMNO sekarang bukan saja diiktiraf di dalam negara ini, malah turut mendapat pelbagai pengiktirafan daripada pelbagai badan antarabangsa dalam pelbagai bidang. "Malah Malaysia di bawah pentadbiran BN, di mana UMNO sebagai tulang belakangnya dikenali dan diiktiraf serta menjadi tumpuan antara negara pelancongan ekoran kemakmuran dan keamanan yang dikecapi biarpun negara ini mempunyai pelbagai bangsa dan agama," ujarnya. Jelas beliau, pengiktirafan dunia tentang pencapaian negara secara tidak langsung merupakan pengiktirafan kepada kerajaan pimpinan BN yang berjaya mentadbir negara dengan baik semenjak bermulanya negara ini mencapai kemerdekaan. – MediaUMNO |
Keadaan Jerebu Semakin Pulih – Palanivel Posted: 06 Mar 2014 11:17 PM PST CAMERON HIGHLANDS, 7 Mac – Keadaan jerebu yang melanda negara sekarang semakin pulih berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan penurunan di kebanyakan kawasan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata setakat ini, bacaan IPU di seluruh negara tidak mencapai 200. “Sekiranya melebihi 200, semua sekolah diarahkan tutup dan orang ramai tidak digalakkan keluar rumah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Generasi Inspirasi Cameron Highlands serta penyampaian anugerah cemerlang dan peralatan untuk usahawan Empower Ecer di sini, hari ini. Beliau berkata keadaan jerebu kini berpunca daripada kebakaran hutan di beberapa kawasan di Selangor, Perak, Pahang, Johor dan Terengganu, “Dahulu, kebakaran di Sumatera menyebabkan negara ini dilanda jerebu tetapi sekarang, jerebu berpunca daripada kebakaran di negara ini,” katanya sambil berharap hujan berlaku beberapa kawasan dilanda jerebu. Pada program itu, beliau turut menyampaikan sijil pengiktirafan Empower Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Cameron Highlands kepada 18 pelajar dan 10 usahawan cemerlang. Sementara itu, Palanivel berkata Empower ECER merupakan program unik yang memberi penekanan kepada pengisian program dan membina keyakinan diri para peserta. “Program ini sangat bagus kerana ia melibatkan semua kaum dan dapat memperkasa pelajar dan usahawan sehingga mencapai ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. Empower ECER merupakan inisiatif serampang dua mata bagi pembangunan modal insan yang dilancarkan ECERDC pada 2010 bagi membantu merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar. |
Oil & Gas Sector To Emerge As “Rising Star” To Drive M’sia’s Economy Forward, Says Najib Posted: 06 Mar 2014 11:11 PM PST KUALA LUMPUR, March 7 – The oil and gas sector is to emerge as the “rising star” and significantly drive the Malaysian economy forward this year, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today. He said the expectation was based on the number of oil and gas projects that would be awarded when the massive RM61 billion Refinery and Petrochemicals Integrated Development (RAPID) project in Pengerang, Johor, gets off the ground by year-end. “This will have a major impact on the economy. I’m also hoping for some recovery in other commodity prices as well this year. “I think the commodity (crude palm oil) price, according to a recent forecast made at the just-ended Palm Oil and Lauric Conference, is also expected to spiral. “CPO prices will hover between RM2,500 and RM3,000 per tonne in the near-term,” he said, adding that if the price of the golden crop were to reach RM3,000 per tonne, the commodity’s performance and that the industry would be far better,” he said. “Global economic growth will also be slightly lower, that is the expectation. “So, we have to strengthen the resilience of our domestic economy,” added Najib, who is also the finance minister. |
Tough Measures Have To Be Taken Despite Political Cost, Says Najib Posted: 06 Mar 2014 11:09 PM PST KUALA LUMPUR, March 7 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today admitted that some of the tough measures that had been taken to keep the country's finances in place, including the easing of subsidies, would have had a political cost to him but added that “what had to be done had to done” in the interest of country's economy in the long run. He said this in reply to a question by Tan Sri Dr Mohamed Munir Abdul Majid, Chairman of Bank Muamalat and Senior Visiting Fellow, London School of Economics, during a panel discussion at the National Economic Summit & Dialogue with the Prime Minister of Malaysia here today. Munir had said that all the moves taken by Najib to address the fiscal deficit were in the right direction, from the easing of subsidies to expanding the tax base with the goods and services tax but they have come with a political cost. Various political and social issues have cropped up amid the rising cost, and hence, what was being done to address these issues which were just as important to the economic agenda and confidence levels, he asked. Reducing subsidies has been a daunting prospect, Najib said, adding that many leaders from other countries have faced similar problems when reviewing subsidies that are not sustainable. It has to be done nonetheless, but the key to easing subsidies is to do it progressively, he said, adding that a strong social safety network has to be put in place as well at the same time. That is why the government has been going for targeted subsidies, to ensure that the lower income category of people are not greatly affected by the removal of subsidies. Doing away with subsidies, however, cannot be overnight, as that would be drastic, Najib said, citing the case of Iran which, he said had gone just for that, although it had compensated with some cash. On mitigating the political and social effects that the fiscal measures have had, Najib said there has to better and more effective communications with the people in explaining the measures that had been taken and their benefits. “This is where we have been lacking as the financial moves that the government have taken are of good quality but the marketing of these has not been as good,” he said. Hence the government has been working hard to get across to the people to tell its story, he said. Najib also said that the social media have become the number one shaper of public opinion, with television taking a second seat and the print media the third spot. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment