BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BREAKING NEWS !!! #ANWARIBRAHIM ADA PENGANTI BARU DI #PRKKAJANG !!!

Posted: 07 Mar 2014 07:00 AM PST


PRK Kajang adalah PRK paling kotor dalam sejarah kerana ia diadakan semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang gila publisiti.Ramai melihat PRK Kajang sebagai petanda Anwar panik dan juga buntu dalam menghadapi rayuan kes liwatnya di mahkamah.PRK ini adalah cara terbaik untuk Anwar mengalih perhatian rakyat dari kes tersebut.Di samping itu,PRK Kajang juga boleh dijadikan alasan terbaik untuk Anwar menyalahkan BN sekiranya beliau kalah dalam perbicaraan nanti.Skrip yang dijangka ialah 'BN telah memastikan Anwar kalah di mahkamah kerana takut beliau menjadi Menteri Besar'.Perkembangan terbaru mengenai isu air dan juga pergolakan dalaman PKR yang semakin meruncing,membuatkan Anwar semakin buntu.Anwar menjangka beliau boleh menggunakan sepenuhnya kempen di Kajang untuk meningkatkan sentimen agama dan perkauman melalui isu Kalimah 'Allah'.Harapan beliau,keadaaan akan semakin buruk menjelang rayuan kes liwatnya.seperti hari ini,mahkamah telah memutuskanAnwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantunya,Mohd Saiful Bukhari Azlan

Malang bagi Anwar kerana rakyat sudah tidak ada masa untuknya.Semua orang sibuk menguruskan masalah masing-masing,terutama masalah air dan juga denggi di Selangor.Malah,Anwar ke mahkamah juga tanpa ditemani ribuan penyokong sepertimana tahun-tahun sebelumnya.Ramalan bahawa Anwar akan keseorangan di penghujung hidupnya nampaknya kian menjadi nyata.Namun begitu,ini tidak bermakna Anwar akan berserah dan pasrah sahaja.saya pasti,Anwar telah bersedia dengan 'Pelan B' sekiranya momentum di Kajang tidak meningkat sepertimana yang dirancangnya.Oleh itu,saya percaya yang Anwar tidak akan bertanding di Kajang.Antara desas-desus yang didengar ialah Anwar akan meletakkan orang yang signifikan juga di Kajang tetapi bukan dirinya.sumber yang saya dapat dari dalaman kemungkinan Rafizi ramli akan diletakkan sebagai calon.ini kerana Rafizi telah menukar alamat di kajang.saya tak tahu ini betul atau tidak,sekiranya kurang percaya dengan apa yang saya katakan ini apa kata anda tanya sendiri kepada rafizi.saya pun tidak tahu apa yang Anwar harapkan dari perancangan ini.Mungkin tiada apa-apa,tetapi sekadar untuk menjaga air muka bagi memperlihatkan beliau masih mampu mengatur langkah.Nurul Izzah dan Wan Azizah adalah antara nama yang disebut untuk menggantikan Anwar di Kajang.itu pilihan terakhir sekiranya rafizi ramli tidak dicalonkan 

saya tidak pasti bagaimanakah mereka ini akan mampu menjadi pemangkin kepada Anwar untuk ke Putrajaya.Namun,apa yang pasti ialah Anwar sudah kehabisan langkah.Beliau sudah sampai ke penghujung jalan yang salah dan kini sedang berdiri di hadapan pintu penjara.Wan Azizah atau Nurul Izzah mungkin boleh menggunakan platform Kajang untuk meraih simpati terhadap Anwar.Pun begitu,Anwar sendiri tahu bahawa airmata mereka juga sudah tidak berapa laku lagi.Justeru,saya percaya,seperti juga kita semua,Anwar sendiri tidak tahu apakah perancangannya seterusnya melalui PRK Kajang.kerana hari ini mahkamah dah putuskan semua.Apa yang saya tahu,BN akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat Kajang tidak teraniaya dan pembaziran yang berlaku atas sebab terpaksa melayan  kerakusan nafsu politik Anwar dalam PRK ini,tidaklah sia-sia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR #SITIKASSIM DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Mar 2014 04:00 AM PST


Ahli Majlis Peguam,Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim menggemparkan masyarakat bertamadun apabila merujuk kepada umat Islam yang mempertahankan kalimah 'Allah' sebagai lembu kerana bergurukan Ulama dan bukannya ajaran Al-Quran sebenar.Siti Kassim berkata demikian di perkarangan mahkamah yang bersidang bagi rayuan kes The Herald,yang sebelum ini memutuskan menghalang penggunaan nama 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan Kristian.Siti Kassim turut memakai T-Shirt yang bertulis "Allah Rabb Al Alamin Tuhan Sekalian Alam" sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan pihak Kristian.Majlis Peguam merupakan antara pertubuhan yang menyertai COMANGO iaitu gabungan NGO yang mendesak penghapusan undang-undang berkaitan seks songsang dan juga murtad.Siti Kassim merupakan antara ahli yang paling aktif memperjuangkan perkara ini di mana beliau turut menjadi individu di hadapan dalam mempertahankan program Seksualiti Merdeka suatu ketika dahulu.Secara dasarnya,Siti Kassim menganggap dirinya sebagai mewakili pihak yang lebih arif manakala umat Islam yang tidak bersetuju dengan beliau merupakan pihak yang kolot,mundur dan bodoh. 

Walaubagaimanapun,kenyataan Siti Kassim yang menyamakan umat Islam sebagai lembu menyerlahkan hakikat kebodohan dirinya sendiri.Seorang yang terpelajar,apatah lagi yang berkelayakan sebagai peguam seharusnya tahu memilih perkataan dengan baik untuk berhujah serta tidak terbawa-bawa oleh emosi benci atau marah yang meluap-luap sehingga memanggil orang lain dengan gelaran-gelaran buruk.Jika benar Siti Kassim lebih arif mengenai Al-Quran maka beliau seharusnya tahu bahawa 'Allah' adalah Esa,tidak beranak dan tidak diperanakkan.Justeru,di manakah logiknya bagi Kristian untuk merujuk kepada Tuhan mereka sebagai 'Allah' sedangkan mereka percaya bahawa Tuhan mereka bukannya Esa,tetapi bersifat tiga dalam satu dengan dua daripada entitinya merupakan bapa dan anak ???  Jika sifatNya berbeza,mana mungkin Ia adalah sama ??? Jika tidak sama,kenapa perlu dirujuk kepada nama yang sama ??? Kenapa si hitam perlu digelar putih sedangkan ia sememangnya hitam ??? Kenapa perlu menyusahkan,mengelirukan dan mencipta ketegangan tanpa sebab yang konkrit ??? Ini adalah hujah akademik dengan fakta mudah yang telah tidak mampu dipatahkan oleh pihak Kristian.


Namun,Siti Kassim tetap memilih untuk memihak kepada Kristian.Entah permainan apakah yang Kristian ingin mengajak kita bermain di sini ??? Dan apakah peranan Siti Kassim dalam permainan ini ??? Pihak Kristian kononnya memberi alasan bahawa nama 'Allah' telah digunakan oleh agama lain,khasnya Kristian,sejak sekian lama,terutama di Sabah dan Sarawak dan juga di beberapa negara Arab. Namun,hakikat di sini ialah kita bukan bercakap mengenai Sabah atau Sarawak atau negara Arab tetapi di Semenanjung Malaysia.Di Semenanjung,undang-undang menghalang agama lain menggunakan nama 'Allah' telah tercatat sejak berdekad lalu. Undang-undang ini tidak pernah membawa masalah kepada sesiapa malah ternyata merupakan antara faktor yang memungkinkan rakyat hidup dalam harmoni.Undang-undang ini tidak sekelumit pun menjejaskan amalan agama Kristian dari apa- apa segi sekali pun.Oleh itu,saya ingin bertanya pihak Kristian,jika tidak ada yang terjejas kerananya,malah membawa keharmonian pula,kenapa perlu ia ditentang,dicabar dan diubah ??? 


Apakah agama Kristian mengajar penganutnya untuk mencipta ketegangan dan menentang keamanan ??? Apakah agama Kristian mengajar penganutnya mencipta kekeliruan dan kecelaruan ??? Berbalik kepada Siti Zabedah Kassim,sang peguam yang berpemikiran terbuka,bijak lagi moden tadi,saya juga ingin tahu,apakah yang beliau faham mengenai ajaran Kristian mahupun Islam ??? Sudah berapa kali beliau khatam Al-Quran dan sudah berapa banyak rujukan dibuat bagi melayakkan beliau 'menglembukan' umat Islam lain ??? Atau sudah berapa kali beliau khatam Injil ???  Dan Injil versi manakah yang dikhatamnya ??? saya ingin menyeru Siti Kassim dan golongan yang diwakilinya iaitu 'liberal, plural, LGBT dan Kristian', iaitu jika anda benar-benar bijak, berhujahlah atas fakta dan alasan yang logik. Jawablah persoalan-persoalan yang dikemukakan iaitu tentang kenapa dan mengapa perlu sangat menggunakan nama 'Allah' bagi Tuhan Kristian walaupun ia tidak membawa apa-apa perbezaan pun kepada penganut Kristian dari segi amalan mereka ???     

Kenapa perlu bermati-matian berjuang sehingga mencetuskan ketegangan sedangkan penggunaan nama 'Allah' di dalam Injil tidak membawa faedah apa-apa, melainkan keburukan semata-mata ??? saya pasti Siti Kassim dan yang segolongan dengannya tadi tidak mampu menjawab soalan ini.Justeru,merekalah yang sebenarnya golongan ekstrem yang tidak lagi rasional dalam memperjuangkan kebebasan total dengan cuba memaksa cara hidup dan kepercayaan mereka itu ke atas orang lain.Mereka gemar mencari gaduh dan mencipta ketegangan, gemar mengejek dan memperlekeh orang lain dan menganggap cara mereka sebagai cara yang hak atau benar.Hakikatnya,mereka inilah manusia jahiliah,berpemikiran kolot dan bodoh sombong.Untuk pengetahuan Siti Kassim,lembu juga tahu mengikut hukum alam dan tidak akan melakukan  hubungan sejenis seperti rakan-rakannya.Manusia yang tidak tahu undang-undang dan engkar dengan hukum alam adalah jauh lebih hina dan bodoh,dari lembu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! KES LIWAT II !!! #ANWARIBRAHIM DIDAPATI BERSALAH !!!

Posted: 07 Mar 2014 01:48 AM PST


3 panel Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan mensabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.Prosiding mendengar rayuan dari pasukan pendakwaan ditetapkan bermula semalam hingga hari ini.Hakim menerima rayuan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


Memandangkan waktu pejabat sudah hampir berakhir,agak sukar untuk pasukan pembelaan Anwar diketuai peguam Karpal Singh untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.Ini bermakna,hari ini Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dihantar ke penjara pada hari ini sebelum pasukan pembelaan boleh memfailkan prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan.



SEBARKAN GAMBAR DI ATAS !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

SUNGGUH BIADAP !!! ADUN #PKR SALAHKAN #UMNO KERANA #TWEET ISU #POLIS ???

Posted: 07 Mar 2014 01:00 AM PST


Semua salahkan UMNO,tak pun blogger UMNO.itu sahajalah hujah longkang pemimpin PKR yang kini digunapakai Dr Afir Bahardin,Adun PKR Seberang Jaya.Jangan ingat rakyat bodoh dan tak memahami tweet anda.Apabila anda menyatakan tweet itu tidak merujuk kepada sesiapa adalah jawapan dangkal.Di ketika semua rakyat terkejut dengan terkorban seorang anggota Polis ketika menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam,beliau telah tweet kenyataan cukup biadap dengan mengatakan "Penjenayah Bunuh Polis itu tidak menghairankan" apa maksudnya tu ???



KLIK UNTUK BESARKAN

TAK KESIAN KERR DENGAN ANAK POLIS NI ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MOU AIR !!! PENYOKONG #PEMBANGKANG SERANG #KHALIDIBRAHIM KAW-KAW !!!

Posted: 06 Mar 2014 10:23 PM PST


Tindakan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman dengan kerajaan persekutuan terus mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pakatan rakyat.Tidak cukup dengan itu,para pencacai PR turut mengambil kesempatan ini untuk menghentam Khalid dengan pelbagai kata-kata kesat,cacian dan makian.Terbaru keputusan Khalid menerima pelawaan stesen televisyen TV3,untuk ditemubual dalam program Soal Jawab berhubung memorandum persefahaman (MoU) air ini semakin menghangatkan keadaan.Ini kerana pimpinan pembangkang sebelum ini sering menyelar dan meminta para penyokong mereka agar memboikot media arus perdana yang dikatakan sebagai tali barut BN/Umno.Maka keputusan Khalid itu, sudah pasti memberikan satu gambaran hebat kepada mereka.Disebabkan itu juga,media-media sosial sejak malam kelmarin penuh dengan sumpah seranah pencacai PR yang marah dengan tindakan Khalid itu.  

Khalid disifatkan sebagai penipu dan gila kerana menggunakan media arus perdana untuk menerangkan kepada rakyat berhubung keputusan yang dibuat itu.Selain itu para pegawai Khalid turut dilemparkan dengan kata-cemuhan seperti 'Bastard' (anak haram) dan sebagainya.Hanya kerana menerima pelawaan TV3 itu bagi menerangkan rational di sebalik persetujuan MoU,Khalid dikatakan telah bersekongkol dengan Umno untuk memburukkan pimpinan dan meranapkan parti Keadilan.Dia turut dikatakan bangang dan dilabelkan sebagai 'trojan horse' yang bakal menghancurkan PKR. Timbalan Presiden PKR,Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli sebelum ini antara yang lantang mengkritik Khalid serta mendesaknya agar segera memberitahu isi kandungan perjanjian tersebut.Malah Azmin turut mengatakan,Khalid tidak boleh berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk membuat perjanjian rahsia.Selain itu,pimpinan PR juga turut menggesa agar Menteri Besar Selangor itu agar tidak tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian awal dengan kerajaan pusat selepas termeterainya memorandum persefahaman (MOU) sebelum ini. Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU dengan kerajaan Barisan Nasional yang turut disaksikan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin. MoU tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.


KLIK UNTUK BESAR KAN 

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin PR akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.Selain itu,kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! DENDANGAN #SUMBANG #LIMKITSIANG KE ATAS 'WIRA MELAYU' DIDEDAHKAN !!!

Posted: 06 Mar 2014 06:00 PM PST


Terasa 'geli geleman' apabila Lim Kit Siang menobatkan Ally Hazran Hashim,Siti Kassim dan Mohd Nor Izzat Johari sebagai wira tidak didendang melalui tulisan di blognya baru-baru ini.Bagi yang kurang arif,Mohd Nor Izzat adalah guru yang mengkritik sistem SBA,Ally Hazran pula adalah antara orang-orang Melayu yang membawa bunga dan buah- buahan ke gereja Holy Family di Kajang sebagai tanda memihak kepada Kristian dalam isu kalimah 'Allah'.Manakala Siti Kassim adalah ahli Majlis Peguam yang menyatakan kekesalan terhadap Nurul Izzah kerana menafikan kenyataan sendiri yang menyokong hak murtad oleh umat Islam.saya yakin bahawa Kit Siang sendiri merasa geli untuk memuji mereka ini kerana bukan senang bagi beliau untuk memuji atau membela orang Melayu.  

Bukan kita tidak tahu bahawa selama ini Kit Siang dan partinya tidak pernah membela atau memuji individu Melayu kecuali jika mempunyai agenda politik tertentu untuk DAP.Oleh itu,melalui artikel tersebut,saya dapat melihat bahawa Lim Kit Siang sebenarnya begitu terdesak untuk menepis imej rasis yang terpasak kuat di dalam salur darah keturunannya.DAP terlalu bencikan orang Melayu dan tidak mungkin akan menerima,jauh sekali meletakkan Melayu di tempat yang tinggi tanpa agenda di sebalik batu.BuktinyaDAP pernah membodohkan diri membela seorang wanita yang dipercayai warga Cina yang dipaksa berbogel dan ketuk ketampi ketika di dalam tahanan polis.Namun,apabila terbukti yang terlibat adalah seorang Melayu, DAP diam membisu dan tidak ingin lagi membela beliau.Sikap rasis DAP bukan ilusi tetapi boleh dilihat secara jelas apabila mereka meroboh gerai dan merampas tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang tanpa belas kasihan.Kemuncak rasisnya DAP ialah apabila parti itu sengaja mengenepikan perwakilan Melayu yang telah lama berjuang bersama mereka dan sanggup memanipulasi undi bagi memastikan seorang Cina yang memakai nama Melayu iaitu Zairil Khir Johari memenangi jawatan CEC semata-mata kerana enggan membiarkan seorang Melayu tulin memegang jawatan dan mewakili Melayu dalam parti itu.   

Oleh itu,apabila DAP tiba-tiba mengangkat tiga orang Melayu di atas sebagai wira, kita melihatnya sebagai hipokrasi yang sungguh memualkan.Apatah lagi apabila selama ini,DAP tidak pernah mengiktiraf wira-wira negara seperti Mat Kilau,Left. Adnan, Kanang Anak Langkau dan lain-lain.Malah,DAP mengangkat Chin Peng si komunis musuh negara pula sebagai wira.Gelaran 'wira' merupakan gelaran yang diberi kepada manusia yang berjasa kepada negara.  Jasa itu pula bukanlah alang-kepalang, tetapi selalunya melibatkan keselamatan dan nyawa, sebelum membolehkan seseorang itu layak digelar wira.Nampaknya,'standard' wira di kalangan Melayu bagi DAP amat rendah sekali di mana seseorang itu hanya perlu bersetuju dengan DAP,mengkritik kerajaan atau menentang undang-undang yang berkaitan Islam juga sudah dikira layak digelar wira.Lagi hebat penentangan terhadap kerajaan, lagi hebatlah keperwiraannya di mata DAP.Pengiktirafan yang begitu tinggi dari Kit Siang terhadap ketiga-tiga Melayu ini membuktikan betapa Kit Siang tidak punya sedikit pun semangat nasionalisme dan hanya melihat dunia dari segi politik sempit perkauman Cina semata-mata.Kit Siang tidak mampu menghayati semangat keperwiraan sebenar para pahlawan negara tetapi memusatkan seluruh perjuangannya dan hidupnya demi kuasa politik DAP,yakni kaum Cina.    

Berdasarkan hakikat ini,saya tertanya-tanya,apakah Melayu-melayu di atas bangga menerima pengiktirafan Kit Siang ??? Sedarkah mereka bahawa mereka sebenarnya bukanlah wira kepada sesiapa,melain alat untuk DAP mencapai matlamat mereka semata-mata ???   Sedarkah para 'wira' ini bahawa DAP tidak akan memuji sesiapa dari kaum Melayu jika pujian itu tidak boleh dipergunakan untuk kepentingan Cina ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! KANTOI !!! #LIMKITSIANG DAH TAHU #ANWARIBRAHIM ADA AGENDA PERIBADI UNTUK MENANG ???

Posted: 06 Mar 2014 04:00 PM PST


Tidak mustahil Anwar Ibrahim akan kecundang pada pilihan raya kecil Kajang jika politik dalaman pakatan pembangkang terus bergolak.Malahan menurut pemimpin veteran Dap,Lim Kit Siang bukan sahaja Anwar akan kalah tetapi pembangkang juga akan turut berpecah.Mungkin ini satu helah politik Kit Siang untuk mendapat simpati supaya penyokong dan ahli PKR,Pas dan Dap bersatu padu tetapi realiti apa yang sedang berlaku di dalam dan juga intra-parti tidak boleh dinafikan. Inilah yang memeningkan kepada pemimpin pembangkang seperti Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.Anwar telah diberi mandat untuk menjadi pemimpin de facto pakatan pembangkang tetapi skandal demi skandal yang melanda dirinya serta percakaran teruk antara pemimpin-pemimpin PKR sendiri menyerlahkan ketidak mampuan beliau sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan menawan Putrajaya.Pertama peribadi dan personaliti Anwar sendiri sudah tercalar apabila beliau gagal untuk menunaikan janji kepada pengungi yang menyokong pembangkang pada PRU13 lalu untuk menjadi perdana menteri. Pengundi Cina khususnya amat kecewa dengan kegagalan Anwar dan sedikit demi sedikit mereka mulai sedar akan kesilapan mereka terlalu mempercayai beliau. 

Dalam usaha cuba untuk menutup kegagalan dan kelemahan beliau,Anwar merancang strategi untuk menjadi menteri besar Selangor pula.Ini seperti impian seorang yang hendak menjadi doktor,tetapi apabila cita-cita tidak tercapai,puas sudah hati sekadar menjadi jururawat atau pembantu perubatan.Begitulah dilema yang dihadapi Anwar hasil daripada ketamakan kuasa dan teringin sangat menjadi pemimpin nombor satu negara walau apa pun rintangan yang datang.Jika Anwar sanggup berbuat apa saja termasuk bersekongkol dengan parti rasis Dap kerana idamkan menjadi perdana menteri, beliau juga rela melakukan perkara yang sama untuk menjadi menteri besar.Keadaan politik yang boleh di katakan stabil di Selangor kerana pembangkang memenangi majoriti pertiga yang besar telah diporak perandakan oleh Anwar kerana hendak menggantikan Khalid Ibrahim.Tidak semena-mena pilihan raya kecil Kajang terpaksa di adakan dan Adun PKR C.C. Lee yang baru memegang jawatan itu selama lapan bulan terpaksa mengundur diri. Lee yang berusia awal 30an dikorbankan kerana Anwar yang sudah 67 tahun dan lanjut usia masih ingat beliau popular dan gagah dalam arean politik. Sudah Adun Kajang ditendang keluar,kini Khalid pula di letak jawatan kerana hendak memenuhi nafsu Anwar yang tidak ada batasnya.Samada ini akan berlaku atau sebaliknya bergantung kepada kuasa penentu Sultan Selangor. 

Walaupun menang tidak semestinya sultan merestui perlantikannya sebagai menteri besar baru. Jika belaiu menang tidak semestinya Khalid akan tunduk kepada kehendak Anwar. Ini jelas dalam perjanjian persefahaman antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri berhubung isu pengambil alihan empat aset ais di Selangor.Khalid tidak memaklum atau berbincang pun dengan Anwar mengenai rancangannya untuk menandatangani MoU tersebut.Mana tidaknya,Khalid tidak perlu merujuk kepada Anwar yang setakat menjadi penasihat ekonomi bergaji RM1. Malahan barisan exco negeri juga tidak mengetahui perancangan Khalid hingga ke saat akhir MoU di meterai.Keadaan ini sudah cukup menjelaskan pendirian dan sikap Khalia yang independen dan tidak suka dikongkong oleh Anwar atau mana-mana pihak.Inilah yang merisaukan Kit Siang kerana kepentingan Anwar amat menyerlah dalam pakatan pembangkang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...