Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Kenyataan Saiful Bukhari Selepas Keputusan Mahkamah! #Liwat2.0
- HOT! Anwar Bersalah Propaganda BN? #Liwat2.0
- TERKINI!! Anwar Bersalah Liwat Saiful!!
- HOT! Najib Utamakan Negara Berbanding Politik Diri Sendiri!
- HOT! Anwar diantara Individu Paling HEBAT Pernah ditemui! #LIWAT
HOT! Kenyataan Saiful Bukhari Selepas Keputusan Mahkamah! #Liwat2.0 Posted: 07 Mar 2014 06:50 AM PST Kenyataan Saiful Bukhari Benar Janji Allah Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil. Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak pada saya. Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini. Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya. Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya. Akan terus Istiqamah Kepada Allah saya berserah SAIFUL BUKHARI AZLAN |
HOT! Anwar Bersalah Propaganda BN? #Liwat2.0 Posted: 07 Mar 2014 03:40 AM PST Spin Pakatan Rakyat mengenai keputusan mahkamah yang menghukum Anwar bersalah: Mereka mempropagandakan: 1. Mengapa mahkamah memilih tarikh bicara pada masa PRK Kajang. JAWAB: Siapa yang mengarah dan menyusun jalan cerita supaya bekas wakil rakyat Kajang letak jawatan pada tarikh yang sudah dimaklumkan mahkamah yang akan bersidang?. Dont tell me you do not know the court prosiding dates, its an open knowledge. Unless... Ahha.. 2. Najib berkonspirasi bersama hakim untuk menghukum Anwar bersalah. JAWAB: Mengapakah menilai keputusan hakim secara berpilih?. Adakah Anwar berkonspirasi bersama hakim yang terdahulu semasa beliau dibebaskan?. Waktu tu kenapa tak jadi isu? Harus diingat keputusan kali ini diputuskan oleh 3 orang hakim. Dan semuanya menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, 3 - 0. 3. TS Mohamad Shafee Abdullah merupakan peguam upahan UMNO. JAWAB: Semua peguam mengambil upah diatas khidmat yang diberikan, namun belum terbukti TS Mohamad Shafee merupakan ahli UMNO. Bukti yang jelas semua peguam bela Anwar adalah ahli parti DAP, PKR mahupun PAS. Apakah ia menjadi satu kesalahan? Tentunya tidak. Yang penting ialah khidmat profesional mereka yang cemerlang. 4. Permintaan rayuan penangguhan Karpal Singh ditolak. JAWAB: Sudah 61 kali kes ini tertangguh, berapa kali mereka nak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan. Ada faham? 5. Najib dikatakan isytihar perang pada Pakatan Rakyat. JAWAB: Yang ini suka hati kau orang la nak cakap. Kau punya maki hamun siang malam kat Kajang sehingga seorang pemimpin negara tidak dihormati oleh segelintir rakyatnya kau tak kira.. Berani buat berani tanggung la.. Kau ambil sedapnya, buruknya nak pas pada orang lain.. |
TERKINI!! Anwar Bersalah Liwat Saiful!! Posted: 07 Mar 2014 01:54 AM PST Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu. Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung ialah integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu. Ia telah didedah di mahkamah bahawa pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira telah membuka beg plastik yang tertutup dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meletakkan 12 sampel dalam sampul surat berasingan sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia untuk dianalisis. Walaupun peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertegaskan bahawa rantaian bukti tidak terjejas walaupun beg plastik dari HKL dibuka, Ram pula menyatakan sebaliknya berkaitan "keaslian" sampel air mani, walaupun diperiksa empat hari selepas kejadian yang dikatakan itu. Selepas kejadian liwat yang dikatakan pada 26 Jun 2008 di kondominium Desa Damansara, Saiful memberi keterangan bahawa dia tidak mandi dan tidak membasuhnya dalam usaha "untuk menyimpan bukti". Dia membuat laporan polis dua hari kemudian dan sampel itu diambil pada malam 28 Jun dan awal pagi 29 Jun. Sampel itu kemudiannya disimpan oleh Pereira, bukan dalam peti sejuk seperti yang diarahkan oleh doktor HKL, tetapi dalam kabinet logam di pejabatnya dan kemudian diserahkan kepada ahli kimia pada malam 30 Jun. Dalam prosiding jenayah, pihak pendakwaan sering diperlukan untuk Selepas penghujahan pihak pembela pagi ini, Shafee akan meneruskan penghujahan balas. Beliau mengambil dua setengah jam dalam berhujah kes pendakwaan semalam. Adalah menarik untuk melihat sama ada panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, akan menyampaikan keputusannya hari ini atau sebaliknya mengumumkannya pada tarikh yang lain. Bagi Anwar, keputusan itu boleh menjejaskan usahanya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang di mana tarikh pencalonan telah ditetapkan pada Selasa depan. |
HOT! Najib Utamakan Negara Berbanding Politik Diri Sendiri! Posted: 06 Mar 2014 09:27 PM PST Saya utamakan kepentingan negara KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan perancangan kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia lebih kukuh dan makmur, dengan berkata pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan untuk merealisasikan status negara pendapatan tinggi. Berucap pada Sidang Kemuncak Dialog Ekonomi Kebangsaan di sini, Najib menegaskan bahawa sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab utama beliau ialah melindungi rakyat Malaysia. Najib berkata kepimpinan adalah membuat apa yang betul, bukan apa yang mudah, dan keputusan salah akan merencatkan pembangunan Malaysia. "Saya memilih untuk menjaga kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya," katanya pada sidang kemuncak anjuran bersama Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli). Pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi dan negara maju, kata Najib yang juga Menteri Kewangan. ini termasuk pelaksanaan pembaharuan subsidi yang menyaksikan pengurangan pembayaran untuk gula dan bahan api, selain peralihan daripada subsidi menyeluruh kepada sokongan bersasar bagi membantu mereka yang sangat memerlukannya. Najib yang mengambil peluang ini untuk bercakap terus kepada rakyat, Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci beberapa isu utama, termasuk pentingnya untuk melaksanakan subsidi bersasar, usaha untuk memerangi rasuah, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menarik pelaburan asing. "GST (yang akan diperkenal pada April 2015) akan membolehkan kita untuk meningkatkan perbelanjaan pembangunan. Daripada memberi subsidi, kita boleh membelanjakan lebih banyak wang untuk pelaburan produktif - ke atas infrastruktur, sekolah dan penjagaan kesihatan," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata semasa kabinet meluluskan reformasi subsidi, ia dilakukan hasil sokongan padu Perbendaharaan, Bank Negara, dan Unit Perancang Ekonomi. Najib berkata beliau tidak memandang ringan terhadap keputusan untuk mengurangkan subsidi atau memperkenal GST. "Saya memikirkan secara mendalam mengenai risiko, kemungkinan kesannya ke atas rakyat. Namun saya memutuskan kita perlu bertindak - untuk menjamin keselamatan, kemerdekaan dan pertumbuhan masa depan," kata Perdana Menteri. Beliau berkata ini dilakukan berikutan Malaysia, yang sedang melakukan perjalanan, sudah pun menetapkan destinasinya - sasaran merealisasikan negara berpendapatan tinggi. Najib bagaimanapun berkata kerajaan mendengar kebimbangan yang dihadapi rakyat, dan akan membuat penyesuaian dasar apabila diperlukan. "Mentadbir adalah untuk membuat keputusan yang betul untuk esok, dan bukan hanya untuk hari ini. Kegagalan bertindak sekarang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya. Sambil menyatakan bahawa memang mudah untuk ahli politik membuat janji manis, menawarkan apa yang dikehendaki rakyat dan menangani akibatnya kemudian, Najib menegaskan bahawa 'kepimpinan adalah melakukan apa yang betul, bukan apa yang mudah." - BERNAMA |
HOT! Anwar diantara Individu Paling HEBAT Pernah ditemui! #LIWAT Posted: 06 Mar 2014 05:49 PM PST Anwar kata dia tak meliwat, tapi benarkah dia tak liwat? Kalau tak liwat, kenapa boleh ada? Pelik kan? Baca seterusnya dibawah ni, Sekadar selintas langsung apa yang berlaku di Mahkamah Rayuan hari ini dalam kes Liwat II yang amat digeruni oleh Anwar Ibrahim dan dicopnya sebagai 'PANDIKUTTI' (anak babi). Dari seorang teman yang mengikuti perbicaraan tersebut.... Shafee memang bagus. Tak hairanlah Bang Non takut sangat dengan dia. Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan menyatakan perkara tersebut dan Shafee membalas, Menurut Shafee, ada kalanya kita tidak akan menemui sebarang kecederaan pada dubur sekiranya pelincir digunakan (dalam hal ini, KY JELLY). Menurutnya lagi, dari hujung kuku Saiful, terdapat kesan kulit tertuduh (Anwar Ibrahim). Shafee menambah, sehingga kini tiada sebarang penjelasan bagaimana air mani Anwar boleh berada dalam dubur Saiful. "Dengan penemuan konklusif air mani itu, para doktor merumuskan telah berlaku penetrasi." Shafee kemudiannya membandingkan kes itu dengan satu lagi kes di mana tiga tabung uji yang tidak disita namun telah diterima oleh mahkamah "Dalam kes (Anwar) ini, ahli kimia menerima sampel yang telah disita, namun keputusannya tetap diragui." Kata Shafee, gambar-gambar dan video membuktikan Anwar Ibrahim memang berada di tempat kejadian. "Tidak ada satu bukti pun yang ditampilkan oleh pihak pembela. Pasukan pembela tidak jujur apabila rakaman video tersebut ditampilkan, mereka segera menggugurkan pembelaan tanpa sebarang usaha menampilkan bukti pembelaan." Menarik? Petikan dari House Pk Adakah air mani Anwar boleh terbang masuk dalam dubur Saiful? Wow! Mc bukan nak melucah, tapi banyak perkara membabitkan Anwar ni, lucah memanjang.. geli pun ada bila kita dengar. he he.. McTheory: Macam mana air mani Anwar boleh ada 4 cm dalam tu ek.. pelik kann? |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment