tun faisal dot com |
Posted: 06 Mar 2014 08:36 PM PST Berapa ramai Menteri, Ahli MT dan KSU yang sanggup mengulas dan menyebarkan ucapan Perdana Menteri seperti yang dilakukan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan? Bukankah mereka ada pegawai media sosial yang dibayar oleh kerajaan untuk melakukan tugas-tugas seperti ini untuk bos mereka? Rahman telah mengambil satu inisiatif untuk menulis tweet ini sendiri dan itu menjadikan beliau lebih terkehadapan berbanding Menteri, Ahli MT, KSU dan mana-mana ahli politik dan penjawat awam yang lain. Ada kapten GLC yang buat perkara yang sama? Mungkin akaun twitter dan facebook pun mereka tak ada dan mungkin mereka fikir mereka langsung tidak bertanggung jawab untuk menyampaikan mesej-mesej kerajaan... Saya utamakan kepentingan negara mengatasi populariti sendiri - PM 2014/03/07 - 10:59:29 AM Cetak Emel Kawan KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan perancangan kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia lebih kukuh dan makmur, dengan berkata pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan untuk merealisasikan status negara pendapatan tinggi. Berucap pada Sidang Kemuncak Dialog Ekonomi Kebangsaan di sini, Najib menegaskan bahawa sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab utama beliau ialah melindungi rakyat Malaysia. Najib berkata kepimpinan adalah membuat apa yang betul, bukan apa yang mudah, dan keputusan salah akan merencatkan pembangunan Malaysia. "Saya memilih untuk menjaga kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya," katanya pada sidang kemuncak anjuran bersama Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli). Pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi dan negara maju, kata Najib yang juga Menteri Kewangan. ini termasuk pelaksanaan pembaharuan subsidi yang menyaksikan pengurangan pembayaran untuk gula dan bahan api, selain peralihan daripada subsidi menyeluruh kepada sokongan bersasar bagi membantu mereka yang sangat memerlukannya. Najib yang mengambil peluang ini untuk bercakap terus kepada rakyat, Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci beberapa isu utama, termasuk pentingnya untuk melaksanakan subsidi bersasar, usaha untuk memerangi rasuah, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menarik pelaburan asing. "Jika ekonomi mahu terus berkembang kukuh, kita bukan sahaja perlu mengurangkan perbelanjaan tidak produktif, malah meluaskan aliran pendapatan, yang membolehkan kita melabur pada masa depan. "GST (yang akan diperkenal pada April 2015) akan membolehkan kita untuk meningkatkan perbelanjaan pembangunan. Daripada memberi subsidi, kita boleh membelanjakan lebih banyak wang untuk pelaburan produktif - ke atas infrastruktur, sekolah dan penjagaan kesihatan," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata semasa kabinet meluluskan reformasi subsidi, ia dilakukan hasil sokongan padu Perbendaharaan, Bank Negara, dan Unit Perancang Ekonomi. Najib berkata beliau tidak memandang ringan terhadap keputusan untuk mengurangkan subsidi atau memperkenal GST. "Saya memikirkan secara mendalam mengenai risiko, kemungkinan kesannya ke atas rakyat. Namun saya memutuskan kita perlu bertindak - untuk menjamin keselamatan, kemerdekaan dan pertumbuhan masa depan," kata Perdana Menteri. Beliau berkata ini dilakukan berikutan Malaysia, yang sedang melakukan perjalanan, sudah pun menetapkan destinasinya - sasaran merealisasikan negara berpendapatan tinggi. Najib bagaimanapun berkata kerajaan mendengar kebimbangan yang dihadapi rakyat, dan akan membuat penyesuaian dasar apabila diperlukan. "Mentadbir adalah untuk membuat keputusan yang betul untuk esok, dan bukan hanya untuk hari ini. Kegagalan bertindak sekarang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya. Sambil menyatakan bahawa memang mudah untuk ahli politik membuat janji manis, menawarkan apa yang dikehendaki rakyat dan menangani akibatnya kemudian, Najib menegaskan bahawa 'kepimpinan adalah melakukan apa yang betul, bukan apa yang mudah." - BERNAMA |
Antara Harun Din dan Siti Kassim, Muslim yang waras pilih siapa? #AntiComango #Comango Posted: 06 Mar 2014 06:12 PM PST Pilih satu di antara dua... sebagai Muslim yang waras anda pilih yang mana? Di zaman ini, ramai yang mengaku Muslim tetapi belum tentu Muslim. Mereka mungkin sekadar Melayu yang keliru tentang aqidah dan pegangan mereka. Mereka keliru di antara falsafah dan pegangan barat, termasuk ideologi sosialis dan fahaman pluralisme dan merasakan itu adalah pegangan dan ajaran Islam. Selain dari yang keliru, jangan kita tolek kemungkinan bahawa ada sebilangan daripada mereka yang telah murtad dan dipergunakan oleh musuh Islam untuk mengelirukan umat Islam. Mereka ini mungkin dari segi nama dalam kad pengenalan adalah Melayu dan Muslim tetapi mereka sudah lama menjadi murtad dan bergerak sebagai misionari. Hati-hatilah dan jaga keluarga kita. Jangan sampai anak-anak kita jadi seperti budak-budak muda berbaju T hitam yang tak tahu apa-apa tetapi dipergunakan oleh musuh Islam dan Melayu murtad. Ayat biasa golongan Comango, liberal dan pluralis ini adalah - "dont judge, jangan hakimi kami, hanya Allah yang layak hakimi kami". Erkk kalau dah selambak macam ni, orang tak judge lagi? Neraca yang digunakan oleh seorang umat Islam untuk memilih dan membuat keputusan adalah ayat Quran dan al-hadis. Apa neraca yang digunakan oleh Siti Kassim ni sebenarnya? DONT JUDGE? Kalau diberi pilihan, untuk memilih di antara Ustaz Harun Din dan Siti Kassim, siapa yang akan dipilih oleh seorang Muslim yang waras dan berpandukan alQuran dan hadis? Orang Islam sejati akan tahu di mana pendirian dan kedudukan mereka dalam isu berkaitan ummah dan aqidah. Hanya yang keliru atau yang sudah sesat dan yang sudah meninggalkan Islam sahaja yang tidak tahu di mana kedudukan mereka. Anda orang yang macam mana? |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment