BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! PENIPUAN #CYBERTROOPER #PEMBANGKANG #SUARARAKYAT DIDEDAHKAN !!!
- BONGKAR !!! DARI #SELANGOR KE #KELANTAN !!! LEPAS TU #PUTRAJAYA !!! APA CERITA NI #KHALIDIBRAHIM ???
- EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH #TERESAKOK KENA SALAM #TELURBUSUK DIDEDAHKAN !!!
- #PRKKAJANG !!! #UMNO GUNA #MAHKAMAH UNTUK GANGGU #KEMPEN #ANWARIBRAHIM DI KAJANG ???
- HOT NEWS !!! #POLIS MAUT DITIKAM #PENJENAYAH !!! MANA #PEGUAM DAN #NGO #PEMBANGKANG ???
- KURANG AJAR !!! #KALIMAHALLAH !!! #SITIKASSIM PANGGIL 'MELAYU BODOH' ??? VIDEO INSIDE !!!
KANTOI !!! PENIPUAN #CYBERTROOPER #PEMBANGKANG #SUARARAKYAT DIDEDAHKAN !!! Posted: 06 Mar 2014 07:00 AM PST anda lihat gambar diatas.sedap nya kata orang UMNO.mana bukti siti kassim orang UMNO.dah kaji kerr siapa sebenarnya siti kassim ni ??? buat pengetahuan anda wahai puak pembangkang siti kassim adalah daripada COMANGO dan bukannya daripada UMNO. HENTIKANLAH MEMFITNAH WAHAI PUAK PEMBANGKANG !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! DARI #SELANGOR KE #KELANTAN !!! LEPAS TU #PUTRAJAYA !!! APA CERITA NI #KHALIDIBRAHIM ??? Posted: 06 Mar 2014 04:00 AM PST Dalam kesibukan PRK Kajang,dalam kesesakan jerebu,dalam keadaan hospital kekurangan katil untuk menempatkan pesakit denggi,dalam kesengsaraan akibat keputusan bekalan air serta dalam keadaan jalan di Selangor berlubang-lubang tidak diselenggara sejak sekian lama,Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat masih begitu sibuk sekali berpolitik.Sejak dari awal pentadbirannya,Khalid Ibrahim tidak pernah ada masa untuk rakyat kerana beliau terlalu sibuk mempertahankan diri dari menjadi mangsa kerakusan rakan- rakan sendiri.Jika beliau ada masa untuk rakyat tentu beliau telah bekerjasama dengan kerajaan pusat sejak awal dahulu lagi bagi menyelesaikan isu air. Bukannya setelah keadaan semakin kronik barulah hendak ditandatangani MOU.Menyedari 'nyawa' politiknya benar-benar terancam,Khalid semakin 'aktif melebarkan sayapnya' akhir-akhir ini.Baru-baru ini,beliau secara tidak semena-mena membuat lawatan ke Kelantan walaupun negeri dan partinya berada di dalam keadaan kelam kabut. Lawatan ke Kelantan tersebut merupakan lawatan rasmi pertama sejak beliau menjadi Menteri Besar Selangor.Tujuan lawatan tersebut adalah untuk menandatangani MOU bagi membangunkan tujuh projek yang melibatkan hab halal,pendidikan agama,pembangunan latihan belia,pembinaan empangan tadahan air,pengembangan sistem gadaian Islam,pembangunan rangkaian fiber dan juga pengumpulan dan pemasaran produk Kelantan di Selangor.Sekali imbas,tujuan Khalid tampak murni sekali.Namun,persoalannya,bagaimana Khalid dapat membantu Kelantan sedangkan Selangor juga tidak mampu diuruskannya dengan baik ??? dan apakah ikhlas Khalid ingin membantu Kelantan dari segi latihan belia sedangkan pusat Giat Mara di Selangor juga ditutupnya ??? Bagi mereka yang 'celik' politik, pasti tahu bahawa Khalid adalah sinonim dengan DAP.Segala tindak tanduk Khalid adalah berdasarkan 'kelulusan' kalaupun bukan 'arahan' DAP. Selama Khalid memerintah Selangor,beliau sentiasa memihak kepada Kristian-DAP,walaupun dalam kes murtad.Selain itu,beberapa tindakan Khalid seperti dalamisu sewa tapak perniagaan di PKNS dan juga isu penjualan tanah Yayasan Selangor dilihat sebagai tidak mengambilkira nasib dan kepentingan Melayu.Malah,kenaikan harga hartanah yang melambung tinggi di bawah pentadbiran PKR juga diragui sebagai berkait rapat dengan kerakusan pemaju dari kroni DAP yang bermaharajalela tanpa sebarang kawalan dari pentadbiran Khalid.Justeru,apabila Khalid mula 'memanjangkan langkah' sehingga ke Kelantan, kita merasa gusar kalau-kalau Kelantan pula menjadi mangsa kerakusan DAP.Perlu diingatkan bahawa walaupun kerajaan PAS Kelantan dan PKR Selangor bernaung di bawah satu pakatan, namun itu bukan penghalang pemimpinnya untuk menikam sesama sendiri. Buktinya,kes saman RM2 juta yang memperlihatkan Presiden PAS berbohong mengenai ADUN PKR dan juga saman Azmin terhadap akhbar milik parti sendiri,Suara Keadilan yang membabitkan jumlah yang sama.Khalid juga telah mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan datang.Ini mengesahkan bahawa terdapat pergolakan yang serius di dalam PKR hari ini yang memaksa Khalid menjadi lebih agresif untuk menyelamatkan 'nyawa'nya.Mungkin kini Khalid sedar bahawa beliau tidak boleh mempercayai sesiapa jua di dalam partinya.Persoalannya,jika Khalid juga tidak mampu mempercayai rakan-rakannya,bagaimana rakyat dapat mempercayai mereka ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH #TERESAKOK KENA SALAM #TELURBUSUK DIDEDAHKAN !!! Posted: 06 Mar 2014 12:32 AM PST Lebih kurang jam 11:30 malam semalam,selepas teresa kok selesai memberikan ucapan,seorang lelaki Melayu telah mendatangi Teresa Kok dengan berpura-pura seperti hendak bersalam dengan YOWTAI itu.Tanpa diketahui oleh sesiapa pun,di dalam tangan lelaki tersebut,terdapat sebiji telur tembelang.Semasa dia bersalam dengan Teresa Kok,telur tembelang tersebut telah dipecahkan.lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok tadi cuba melarikan diri. Lelaki yang tidak dikenali itu telah dikepung,dipukul dan dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak polis.Manakala Teresa Kok yang pucat lesi,menggeletar ketakutan dan hilang suara,tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali tangan yang berbau telur tembelang. Sebelum itu,amaran telah diberikan oleh sebuah NGO Islam yang mengancam akan mengadakan bantahan dan akan berhimpun di Padang Taman Cermai,Permatang Pauh bermula jam 9:00 malam bagi membantah ceramah Teresa Kok.Bagaimanapun,Teresa Kok yang cukup dikenali dengan kesombongan dan keangkuhan,enggan peduli dengan bantahan tersebut.Cuma malang buat lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok dan memecahkan telur tembelang di telapak tangan Teresa Kok.Dia tidak memberikan sebarang kecederaan,sebaliknya dia pula yang telah dicederakan. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! #UMNO GUNA #MAHKAMAH UNTUK GANGGU #KEMPEN #ANWARIBRAHIM DI KAJANG ??? Posted: 05 Mar 2014 09:06 PM PST Ibarat anjing gila yang sedang tersepit,Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim menyalak sakan menyalahkan Umno/BN yang dikatakan sengaja menggunakan mahkamah untuk mengganggu aktiviti kempennya di Kajang.Paling menarik,kenyataan Anwar itu turut disokong oleh beberapa pemimpin pakatan dan para pencacai yang jelas 'tolol' kerana cuba menipu rakyat dengan menyembunyikan fakta yang sebenar.Secara umumnya,masyarakat mengetahui kes liwat yang melibatkan Anwar ini bukanlah merupakan kes baru kerana ia telah berjalan sejak sekian lama.Namun ekoran tindakan Anwar takut dengan bayang-bayang sendiri, dia terpaksa mencari dan mereka-cipta seribu satu alasan agar dapat digunakan untuk menangguhkan kes tersebut. Malah menurut rekod sepanjang tempoh perbicaraan,mahkamah terpaksa menangguhkan kes ini sebanyak 69 kes dan 5 kali lagi sepanjang tempoh rayuan yang bermula pada 20 Januari 2012. Oleh itu,di manakah rasionalnya untuk mengatakan kes ini digunakan untuk menyekat kempennya di Kajang ??? Tambahan pula pilihan raya kecil Kajang (PRK Kajang) ini,dilakukan ekoran tindakan biadab PKR yang cuba mengheret rakyat dalam kancah perebutan kuasa yang berlaku di dalam parti itu.Persoalannya ialah,mengapa Anwar begitu takut untuk berdepan dengan kes ini sekiranya betul dia tidak bersalah ??? Tambah menghairankan apabila Ketua Pembangkang seolah-olah tidak berani untuk berdepan dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik untuk mengetuai pasukan pendakwaan.Masakan tidak,sebaik sahaja Shafee dilantik oleh Peguam Negara,Anwar telah mengemukakan 3 permohonan untuk menghalang bekas Pesuruhjaya Suhakam itu mengetuai kes pendakwaan ini.Sedangkan perlatikan secara "fiat" (autoriti beliau) itu,selari dengan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Sebelum ini Anwar gagal dalam cubaan ketiga di Mahkamah Rayuan bagi menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan bahawa peguam kanan itu seorang yang tidak sesuai dan wajar untuk menerima pelantikan memandangkan dia didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melangar Akta Profesion Undang- undang. Anwar pertama kali mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah tetapi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 November tahun lepas. Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee,berdasarkan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk M Zain Ibrahim,turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lepas. Rayuannya di Mahkamah Persekutuan turut ditolak pada 11 Februari tahun ini. Paling mengejutkan, apabila Mahkamah semalam turut bersetuju dan mengkritik Anwar yang dilihat sengaja melambat-lambatkan proses rayuan ini.Kesimpulannya mudah,sekiranya Anwar berani berhadapan dengan kes ini secara anak jantan, pasti ia sudah lama diselesaikan APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #POLIS MAUT DITIKAM #PENJENAYAH !!! MANA #PEGUAM DAN #NGO #PEMBANGKANG ??? Posted: 05 Mar 2014 06:00 PM PST Media arus perdana kelmarin,melaporkan berita mengenai seorang anggota polis yang maut ditikam dengan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah warga asing ketika melakukan rondaan di Taman Sentosa,Klang.Manakala rakan setugas mangsa pula dikatakan nyaris maut setelah dilibas dengan parang di muka dan kepala.Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi,ketika mangsa,Koperal Raja Aizam Raja Mohd,53 dan rakan setugasnya,Koperal Mohd. Aidil Mustafa,29,cuba menahan dua lelaki dan tiga wanita dalam keadaan mencurigakan.Namun apa yang menyedihkan, insiden tersebut langsung tidak diendahkan oleh para peguam dan NGO pembangkang yang sebelum ini begitu lantang bersuara terutama dalam kes-kes yang melibatkan kematian penjenayah.Apabila ramai yang mempersoalkan tindakan mereka itu,alasan diberikan mereka bukannya ingin membela penjenayah.Semua itu dilakukan hanyalah dalam konteks hak asasi manusia dan membela mereka yang kononnya ditindas.Cuba kita lihat dari konteks yang lebih luas. Pembangkang sebelum ini cuba mengapi- apikan rakyat,kononnya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib gagal membendung tahap jenayah yang semakin meningkat.Tidak cukup dengan itu,mereka turut membentangkan pelbagai indeks data yang menunjukkan peningkatan jenayah di Malaysia yang kononnya dilakukan oleh badan- badan bebas (yang amat meragukan).Seterusnya apabila pihak berkuasa cuba menjalankan tugas dan mengambil tindakan terhadap para penjenayah yang terlibat,mereka sekali lagi tampil dengan lantang kononnya pihak berkuasa tidak mengikut prosedur yang ditetapkan,melanggar hak asasi manusia dan sebagainya.Malah ada yang mempertikaikan tindakan polis yang menembak mati para penjenayah terbabit, kerana dikatakan hanya tertumpu kepada kaum tertentu. Sehingga ada di kalangan mereka yang sanggup turut serta dalam setiap operasi,kononnya untuk memantau tindakan yang dilakukan oleh PDRM.Namun,apa yang menggelikan hati ialah,apabila polis meminta mereka menandatangani surat pelepasan (surat mati) untuk tidak menyalahkan polis sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.Orang yang kononnya berani itu,terus senyap dan langsung tidak berani untuk membangkitkan isu mengenainya lagi.Malah ketika kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan 2013) yang bertujuan untuk membendung aktiviti ini khususnya jenayah berat,kumpulan yang sama sekali lagi tampil untuk membantahkan. Persoalannya apa sebenarnya yang mereka mahu ??? Mengurangkan indeks jenayah yang semakin meningkat ??? Atau membela para penjenayah atas nama hak asasi walaupun dengan mengorbankan nyawa anggota polis yang bertugas ??? Atau sekadar hanya ingin mewujudkan sentimen kemarahan rakyat agar membenci kerajaan.Tetapi apabila kita kaji sikap sebenar pembangkang maka kita akan mendapati, segala yang diperjuangkan tidak lebih hanya bermotif politik dan kadang kala mereka bagaikan 'takut kepada hantu yang tiada' dan bimbang kepada bayang-bayang yang tidak wujud. Kesimpulannya,mereka hanya inginkan kuasa untuk memerintah.Demi untuk mencapai matlamat tersebut,mereka sanggup tampil dan membantah apa sahaja keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.Sebab itu pembangkang lebih rela memperjuangkan penjenayah,berbanding nasib anggota polis yang mempertaruhkan nyawa demi untuk menjaga keselamatan masyarakat.Itulah kualiti pembangkang di negara ini !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KURANG AJAR !!! #KALIMAHALLAH !!! #SITIKASSIM PANGGIL 'MELAYU BODOH' ??? VIDEO INSIDE !!! Posted: 05 Mar 2014 04:00 PM PST kurang ajar !!! kerana Kalimah Allah siti kassim panggil melayu bodoh.siapa anda nak panggil melayu bodoh ??? inilah puak COMANGO kononnya mengaku melayu beraga Islam.lihat video di bawah Manusia-manusia di bawah inilah yang di panggil BODOH oleh Siti Kasim ini !!! SubhanAllah !!! Ya Allah !!! Masa kamu akan sampai wahai SITI Kasim !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment