#HOT! Punca Kenapa Buku ULTRAMAN di HARAMKAN! Posted: 06 Mar 2014 05:23 AM PST | Hanya hiasan.. |
Buku Ultraman di HARAMKAN? Bunyinya macam kelakar pun ada. KDN ni ada kena mengena dengan Anwar ke? Atau Anwar yang suruh haramkan buku ni? Kita baca dulu, Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. Apa punca yang menyebabkan buku tu kena haram? Tentu ianya sangat dahsyat dan boleh memudaratkan masyarakat. Dengan contoh, Harakahkah pun boleh dapat lesen, kiranya buku Ultraman ni lagi teruk la ya? Jom tengok puncanya dibawah ni, Rasanya dah tahu apa punca buku tu kena haram kan? Kalau tak bahaya dan mengelirukan, ianya tak akan diharam. McTheory:Kalau dibiar, dah nanti orang ingat Ultraman tu ada kena mengena dengan tuhan pulak! |
HOT! Pemuda Kedah Kecewa Dengan Keputusan Kalimah Allah! Posted: 05 Mar 2014 05:04 PM PST
Kenyataan Pemuda Kedah mengenai isu Kalimah Allah :
Pemuda Kedah kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini terus menggantung keputusan rayuan kalimah Allah oleh pihak Gereja The Herald. Pemuda Kedah amat membimbangi bahawa situasi akan terus menerus menyebabkan ketengangan kaum dan agama yg berpanjangan. Kita juga menuntut agar jabatan peguam negara memberi penjelasan secara jelas kenapa keputusan rayuan ini ditangguhkan.
2) Pemuda UMNO Kedah juga mendesak agar satu undang2 khas digubal bagi menangani tindakan provokasi dan penghinaan thdp agama dan kaum dimedia2 sosial. Kita sememangnya bimbang trend ini sekiranya tidak ditangani akan mencetuskan huru-hara agama dan kaum. Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar SKMM dan JAKIM diberi autoriti yg besar dan kuat utk menguatkuasa sebarang undang2 dan tindakan khas bagi membenteras golongan2 yg tidak bertanggungjawab ini.
3) Pemuda UMNO juga mendesak COMANGO diharamkan sama-sekali drpd bergerak secara sah dan melontarkan pandangan mereka. Bagi Pemuda Kedah COMANGO adalah satu pertubuhan yg mampu menyemarakkan lagi kebencian diantara agama dan kaum. Sekiranya kerajaan masih berlembut, Pemuda bimbang pelbagai bentuk provokasi akan mudah disebarkan hingga membawa kejadian2 yg tidak diingini. Hakikatnya, kenyataan ini dibuat bukanlah meraih laba dan sokongan politik drpd sesuatu kaum yg majoriti, tetapi atas dasar kestabilan negara secara keseluruhan. Trend permainan api perkauman agama dan kaum ini seharusnya dihentikan dan dikawal bagi mengelakkan tragedi berdarah 13 Mei yg pernah menghantui kita
Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
|
|
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment