House PK

House PK


PANAS BERAPI! AL KISAH PAK MENTERI BAGI ANUGERAH PADA MALAYSIAKINI -WAJIB BACA DAN SEBARKAN!

Posted: 05 Mar 2014 11:31 PM PST

Aku dapat tahu yang menteri kita Zahid Hamidi, Shabery Cheek, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia dan Pengerusi SKMM telah ditipu oleh pihak penganjur yang dinamakan dengan nama Malaysian Social Media Chambers. Inilah cerita yang aku dapat.

Baiklah kita pun tak tau siapa dianya Malaysian Social Media Chambers ni. Tapi tidakkkah pak-pak Menteri dan Penagarah ni siasat dulu latar belakang siapa mereka ni? Takkan la orang kenamaan pergi ke majlis yang tak tau siapa mereka sebenarnya???

Kalau macam tu, siapa pun boleh buat majlis dan panggil Pak Menteri? Dan Pak Menteri akan turun saja tanpa mengetahui siapa atau majlis apa yang dihadiri? Boleh tipu macam tu je ke? Jangan la bagi alasan tak masuk akal ok. Bagilah alasan logik sikit. Kita nak tau siapa Media Social Chambers ni.

Takkan la para pegawai yang berkerja untuk Menteri dan Ketua Penagarah ni begitu naif dan tak tahu mereka dijemput ke mana kan?

Video kat atas tu dah dibuat dengan penjelasan dari Chairman Media Social Chambers sendiri. Dia kata ianya diberi kerana dibuat vote online dan semua memilih Malaysiakini? Betui ka Dawood? Macamana kita semua tak tahu korang ada voting macam ni? Tak ada siapa pun tahu?

Or memang gang Dawood ni nak buat secara tertutup dan nak kasi Malaysiakini menang? Kita bukan nak pertikai, tapi kita mau tanya kriteria apa si Dawood and the gang ni pakai? Lagi satu si Dawood ni kata Menteri tahu tentang kemenangan Malaysiakini, so berbalik pada aa yang aku tulis diawal tadi, tidak timbul persoalan menteri tak tau kan?

Kita bukan kata Zahid yang pilih Malaysiakini, tapi bila dia sendiri yang bagi award pada portal yang kuat memitnah PM dan isteri ni dan dia memang dah tahu dari awal lagi, so itu yang menjadi persoalan, aku nak tinggalkan korang dengan video Zahid memarahi Malaysiakini


Aku tak marah Malaysiakini sebab mereka membuat kerja mereka, cuma aku menjadi pelik bila Pak Menteri yang marah dan hentam Malaysiakini dulu kini siap tepuk bahu dan bagi anugerah lagi.  WAYANG APA NI? Percaya atau tidak ni?

Ke kita kena tipu je ni???

CILI KASI TARUK! COMANGO VERSI ISLAM NAK MENGATASI ISLAM YANG SEBENAR?

Posted: 05 Mar 2014 04:30 AM PST

Ini perempuan yang sokong Kalimah Allah boleh diguna oleh agama lain. Dan korang tengok la sendiri bagaimana penampilan diri dia. Adakah dia ni mempunyai ciri-ciri Islam? Kita kena tanya puak-puak PAS ni.

Apa nak jadi dengan melayu liberal macam ni? Hmmmm

KUNYIT HANGIT! ANWAR RAYU UNTUK KETEPIKAN SHAFIE TAPI GAGAL LAGI! DIMANA KEADILAN?

Posted: 05 Mar 2014 02:39 AM PST

Kali keempat al jubs buat rayuan untuk tolak Shafie Abdullah tapi gagal jugak,, suka tak suka esok Anwar kena hadapi perbicaraan rayuan Kes Saiful. Yang bestnya bila Anwar kritik dan hina mahkamah takde siapa pun berani nak kata dia buat 'contempt of court'.

Tapi kalau orang lain cakap sikit je, sebarisan peguam akan bersedia untuk kenakan orang yang bercakap benar. Pelik gak kita punya undang-undang ni. Lain macam je aku tengok. Tapi takpa la itu lain kali aku cerita.

La ni, Anwar hang jangan banyak bunyi dan hadir je ke mahkamah esokd an lusa and please jangan ambil MC lagi sebab kita dah meluat dengan segala penangguhan yang hang buat tu. Lagi satu jangan la dok cerita kata mahkamah tak adil. Sejak kebelakangan ni semua keputusan memihak pada Pakatan kan? Apa lagi korang tak puashati?

Kesian Saiful, dah berapa lama dia tunggu untuk mendapat keadilan. Si Anwar ni pulak tak habis-habis buat drama. Saiful tetap istiqama dan menanti dengan penuh sabar. Dia dah lalui bermacam-macam dah tapi dia tetap sabar.

Aku harap Saiful akan mendapat keadilan yang sewajarnya. Tapi persoalannya boleh ke dia dapat kalau Anwar asyik dok mengelat je ni?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...