House PK |
EKSKLUSIF! ROSMAH MANSOR MAAFKAN CINA KETUA PENERANGAN DAN PUBLISITI DAP YANG KURANG AJAR! Posted: 04 Mar 2014 02:27 AM PST Baru-baru ini, portal berita Malaysiakini jelas dilihat mempunyai niat jahat apabila memutar belitkan kenyataan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor apabila hanya menggunakan beberapa keratan dalam teks ucapan beliau untuk menggambarkan satu persepsi yang negatif pada pembaca. Rosmah hanya mengatakan demi mahu mendekati rakyat, beliau rela mengorbankan hobi2 yang disukai selama ini antaranya bermain badminton. Artikel Malaysiakini pula menulis seolah-olah Rosmah mengatakan rakyat merampas segala-galanya dari beliau, jelas tajuk dan tulisan seperti itu bertujuan menimbulkan kebencian. Ucapan beliau itu dijadikan bahan sindiran oleh penyokong2 & beberapa pemimpin pembangkang. Malah golongan yang berada di atas pagar juga termakan dengan hanya membaca tajuk di Malaysiakini, sedangkan apa yang cuba disampaikan oleh Rosmah ialah beliau sanggup mengorbankan masa demi rakyat, iaitu rakyat lebih utama dari hobi2 beliau. Penulis tidak nampak kesalahan pada ucapan Rosmah, beliau berusaha untuk menangkis persepsi buruk terhadap beliau selama ini dengan cuba mendekati rakyat melalui pogram2 kebajikan. Tidak semua program2 bantuan dan kebajikan boleh dihadiri oleh PM dek kekangan masa. Apa salahnya sekiranya Rosmah sebagai isteri menjadi wakil ? Mungkin dengan cara itu jugalah segala keluh kesah rakyat boleh disampaikan terus kepada PM melalui isteri yang menjadi wakil menghadiri majlis2 seperti ini. Walaupun dihujani pelbagai tohmahan, fitnah dan hasutan, penulis tengok Rosmah tak mudah melatah, ada kalanya beliau mendiamkan diri adakalanya melalui respon2 sinikal yang kena tepat pada batang hidung mereka yang membuat tohmahan ada beliau. Seorang ahli DAP, Hew Kuan Yew yang digelar "Superman" di kalangan rakan2 chauvanis telah membuat kenyataan yang agak kurang ajar apabila seolah olah mendoakan supaya Rosmah mati dengan merujuk kepada artikel 'spin' Malaysiakini di atas. Namun respon 'bersahaja' yang ditunjukkan Rosmah menunjukkan betapa cara pemikiran beliau mengatasi pemikiran hasad dengki Hew Kuan Yew itu. HOUSE PK: Aku petik artikel ini dari blog Be Da Man. Aku tengok makin lama puak DAP ni main melampau. kalau ya pun tak suka tak perlu nak buat macam tu kan? Si Hew Kuan Yew ini adalah KETUA PENERANGAN DAN PUBLISITI DAP! |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment