UMNO Online - “RM60 Juta Baiki Kuarters Tentera – Hishammuddin” plus 9 more

UMNO Online - “RM60 Juta Baiki Kuarters Tentera – Hishammuddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

RM60 Juta Baiki Kuarters Tentera – Hishammuddin

Posted: 25 Feb 2014 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Feb -  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peruntukan RM60 juta telah diperoleh bagi membaik pulih kuarters tentera yang daif.

Sebagai permulaan, enam buah kem utama iaitu Kem Tok Jalai, Alor Setar; Kem Desa Pahlawan; Kelantan, Kem Seberang Takir, Terengganu; Kem Tapah, Perak; Kem Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kem Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur akan dibaik pulih.

Kerajaan juga telah meluluskan RM2 juta untuk sewaan bas sekolah bagi menggantikan trak membawa anak-anak tentera pergi-balik sekolah di sekitar Lembah Klang mulai April, katanya kepada warga kementerian itu di Kementerian Pertahanan, di sini Selasa.

Kementerian memohon peruntukan tambahan RM21 juta untuk tujuan meluaskan perkhidmatan itu ke seluruh negara, katanya.

Beliau berkata, sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat, kementerian juga memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membina kemudahan sukan dan olahraga untuk warga ATM di Kem Perdana, Sungai Besi.

Di majlis itu, Hishammuddin menggariskan lima fokus kementerian antaranya, membabitkan pemantapan industri pertahanan bagi membolehkan negara mempunyai jaringan pertumbuhan industri pertahanan yang sistematik dan mantap.

Beliau mahukan industri tempatan menjalin kerjasama dengan institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sama ada di dalam atau luar negara untuk meningkatkan kualiti produk pertahanan negara.

Syarikat-syarikat besar dari luar negara pula boleh bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran produk pertahanan untuk pasaran negara ASEAN serta rantau lain seperti Timur Tengah, katanya.

“Malaysia boleh memainkan peranan sebagai pelopor untuk membolehkan ASEAN menjadi “kilang” pengeluaran produk pertahanan,” katanya.

Fokus lain, katanya, ialah latihan pegawai tentera, eksesais ketenteraan, perolehen aset terutama aset strategik dan program “offset”.

“Kerjasama dengan negara-negara jiran seperti Brunei dan Singapura bagi pembelian aset ketenteraan dapat mengelakkan pertindihan atau pembaziran di mana kita boleh menggunakan aset dari negara lain untuk menjaga keamanan dan kestabilan rantau ini secara bersama,” katanya apabila menyentuh mengenai perolehan aset.

Syabas : List Of Areas To Be Involved In Water Rationing

Posted: 25 Feb 2014 04:41 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 25  - Following is the list of areas which will be affected by the planned water rationing in the Hulu Langat, Kuala Langat and Sepang districts from Feb 27 till March 31, as was announced by Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) today.

HULU LANGAT

Zone 1

*Taman Juara Jaya

*Taman Bukit Belimbing

*Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3

*Taman Harmoni Indah

*Taman Puncak Utama, Seri Kembangan

*Taman Putra Budiman

*Taman Balakong Jaya

*Taman Seri Timah

*Taman Tanming Jaya

*Kawasan perindustrian Balakong

*Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan

*Taman Industri Balakong

*Taman Tanming Permai

*Taman Industri Lifong

*Taman Tanming Ria

*Taman Sungai Besi Indah Zon 1

*Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan

 

Zone 2

*Kawasan Perindustrian Cheras Jaya

*Taman Impian Ehsan Seri Kembangan

*Taman Desa Karunmas Seri Kembangan

*Kampung Baru Balakong

*Taman Kasturi Cheras

*Taman Sri Indah Cheras

*Taman Bukit Emas

*Taman Cheras Jaya

*Taman Impian Indah

*Taman Taming Indah

*Taman Sejati

*Taman Seri Sungai Long

*Taman Bukit Sungai Long

*Rumah Kenangan Cheras

*Taman Dutamas

*Taman Setia Kasturi Cheras

*AEON Cheras Selatan

*Taman Industri Balakong Jaya

*Taman Setia Balakong

*Taman Sinaran

*Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan

*Dataran C180 Balakong

 

KUALA LANGAT AND SEPANG

 

Zone 1

*Kampung Olak Lempit

*Kampung Bukit Changgang

*Kampung Labohan Dagang

*Selangor Dredging

*Taman Changgang Jaya

*Kompleks Perabut Olak Lempit

*RTB Bukit Changgang

*Bandar Sri Ehsan

*Bandar Mahkota

*Bandar Sungai Emas

*Taman Arked

*Taman Ambar

*Taman Sri Dagang

*Taman Langat Murni

*Taman Langat Utama

*Taman Murnimas

*Taman Seri Telok Datok

*Taman Sri Cheding

*Sekolah Tamil Sungai Sedu

 

Zone 2

*Kota Warisan

*Warisan Bestari

*Taman Bunga Raya

*Taman KLIA Indah

*Tiara Heights

*Taman Ixora

*Taman Dahlia

*Taman Seroja

*Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )

*Taman Kenanga

*Taman Desa Vista

*Taman Desa Bestari

*Salak Permai

Waythamoorthy Should Stop Blaming PM, Admit Own Weakness – Makkal Sakti President

Posted: 25 Feb 2014 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 25  - Hindu Rights Action Force (Hindraf) chairman P. Waythamoorthy should stop blaming Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for his resignation as Deputy Minister in the Prime Minister’s Department recently.

Makkal Sakti Party president Datuk R.S. Thanenthiran said his action was nothing more than to cover up his own weakeness after destroying the hopes of the Indian community when he failed to work with the government in bringing about changes to that community.

KL15_180911_KONVENSYEN_MAKKAL_SAKTI

He said Waythamoorthy had clearly failed to use the ‘golden opportunity’ given by Najib but instead tried to use his position as deputy minister to be the ‘King Maker’ to the Indian community by making various allegations without understanding the procedures that needed to be followed.

“Waythamoorthy failed to understand his responsiblities as a deputy minister, his politically immature attitude and lack of awareness led him to behave like the head of a non-governmental organisation (NGO).

“His stubbornness in not adhering to the system practised in the government administration brought him failure, and, made him resign his post last Feb 10,” Thanenthiran told Bernama at Wisma Bernama, here today.

Thanenthiran said Waythamoorthy was actually not interested in fighting for the Indian community, and had never participated in any public meetings to draft plans to champion their cause throughout his tenure as deputy minister.

He also queried the Hindraf leader’s rational in asking for funds for his ministry and taking in staff as reported when such matters was never the practice of any government.

Waythamoorthy also did not respect the role of the component party that represented the Indian community in the Barisan Nasional (BN) and had actually never met with them during the duration he was in the governemnt.

Instead he tried to display his ‘political heroism’ alone to the prime minister.

On Waythamoorthy’s request that Najib resigned merely because he allegedly did not fulfil his promises, Thanenthiran said it was a very shameful act, especially when made against a person, who had given him the opportunity to serve his own community.

“Actually there should be a feeling of indebtedness because I am confident the Indian community really appreciated the prime minister and government’s sincerity and they will not be influenced by narrow-minded leaders like Waythamoorthy,” he said.

The Kelantan-born Waythamoorthy is the first Indian leader from an NGO to  have been appointed as deputy minister.

International Seminar On Moderation In Islam April 8-10

Posted: 25 Feb 2014 04:27 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 25  - An international seminar on moderation in drawing up syariah objectives will be held from April 8 to 10 at Menara Felda, in Platinum Park, Kuala Lumpur.

Organised jointly by the Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) of the Prime Minister’s Department and Felda, the seminar is expected to be launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak

IWM Chairman, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin said among the aims of the seminar was to support and spread the understanding of moderation in all areas to support national development.

Meanwhile, IWM was actively involved throughout the country in explaining wasatiyyah or moderation in Islam.

“IWM was just set up last March and for a start, we have gone to government departments, worked with NGOs and institutes of higher learning,” he said, adding that he would use the soft approach with Muslim extremist groups.

Bala Di Selangor, Khalid Tertidur Lagi Atau Disebabkan Badi Anwar

Posted: 25 Feb 2014 04:24 AM PST

Masyarakat khususnya di Selangor dan Lembah Klang pada ketika ini sedang berdepan dengan masalah air, ekoran keputusan kerajaan negeri PKR yang mengambil keputusan untuk mengenakan catuan air bermula hari ini.

Menurut laman web rasmi kerajaan negeri, pencatuan itu terpaksa dilakukan disebabkan pengurangan yang ketara di Empangan Selangor yang turut melibatkan Loji Sungai Rasa, Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 ekoran keadaan cuaca panas yang berlanjutan.

"Langkah ini terpaksa dilakukan bagi memastikan simpanan air empangan mampu bertahan sehingga akhir Mac 2014," menurut Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

khalid-ibrahim-lena-tidur-gagal-menteri-besar-selangor-pkr-pakatan-tv3

Khalid turut berkata pencatuan tersebut bertujuan untuk menambah simpanan air untuk penggunaan dua bulan akan datang.

"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.

"Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bulanan akan datang," katanya.

Apa yang menghairankan, Khalid sebelum ini mendakwa bekalan air mentah di Selangor masih berada di paras selamat walaupun berhadapan dengan cuaca panas dan kering serta mampu bertahan sehingga lima bulan.

"Sebab kita ada tiga, empat bulan (bekalan air mentah) untuk tunggu lagi satu bulan (sebelum) musim tengkujuh" katanya kepada pemberita beberapa hari sebelum ini.

Persoalannya mengapakah Khalid mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Sekejap dia mendakwa bekalan air Selangor mencukupi, namun selang beberapa hari dia mengumumkan langkah pencatuan dan menyalahkan faktor cuaca?

Atau mungkinkah ketika sesi penerangan diberikan, Khalid tertidur lagi sehingga menyebabkan dia tidak tahu situasi sebenar. Kalau tidak masakan kenyataan yang diberikan berubah-ubah hanya dalam beberapa hari.

Paling menarik, ada yang sedikit nakal menyifatkan bala yang terjadi di Selangor ini adalah berpunca dari Anwar Ibrahim. Mereka mendakwa disebabkan Anwar begitu rakus mengejar kuasa kerana ingin menjadi Menteri Besar, Tuhan telah menurunkan bala untuk rakyat Selangor.

Malah prestasi bola negeri juga gagal memberikan prestasi yang memberangsangkan apabila kalah beberapa perlawanan sejurus selepas Anwar mengadakan perjumpaan dengan kelab penyokong pasukan itu.

Walaupun hujah-hujah berkenaan Anwar itu hanyalah merupakan pandangan 'nakal', namun apa yang pasti, semenjak pakatan rakyat memerintah Selangor, pelbagai kepincangan dapat dilihat sehingga, menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Ibrahim Satay

Tidak Masuk Akal Pemimpin Bertaraf Dunia Takut Sahut Cabaran Berdebat

Posted: 25 Feb 2014 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Timbalan Pengarah Pilihanraya DUN Kajang, Datuk Johan Abd Aziz berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menyahut cabaran debat bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan tidak perlu berdolak dalik berhubung cabaran tersebut.

Menurut beliau, Anwar sebelum ini begitu lantang membuat cabaran untuk berdebat, namun kelihatan menikus dengan memberikan seribu satu alasan bagi mengelak menyahut cabaran debat yang datang dari bekas ahli partinya sendiri.

"Sebagai pemimpin yang dianggap bertaraf dunia, Anwar tidak sepatutnya mengelak dari cabaran debat Zaid.  Kalau sebelum ini, beliau nampaknya begitu galak mencabar kepimpinan UMNO termasuk Presiden UMNO untuk berdebat, mengapa tidak dengan Zaid.

anwar-muka-pening-bingung-ralat-nasib-masa-depan-takdir-tuhan

"Sepatutnya Anwar tidak berdolak dalih dalam isu debat ini. Jika benar PRK Dun Kajang ini tidak ada kepentingan peribadi, maka saya rasa Anwar patut menyahut cabaran ini sebagai satu medan untuk memberi penjelasan apa rasionalnya PRK DUN Kajang ini demi kebaikan masa depan rakyat di negeri ini," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih yakin bahawa Anwar sedaya upaya akan mengelak daripada bertembung dan berdebat dengan Zaid kerana bimbang dilondehkan oleh bekas ahli PKR itu.

"Bagaimanapun, saya tak rasa Anwar akan sahut cabaran debat Zaid. Anwar bimbang, Zaid akan londehkan segala-gala kelemahan dan kepincangan beliau dalam memimpin yang tidak mampu untuk beliau nafikan.

"Apatah lagi, dalam keadaan beliau diselubungi oleh isu-isu perbicaraan liwatnya terhadap Saiful Bukhari, isu keadaan rumah tangga anaknya yang kucar kacir, dan juga isu partinya yang kini semakin susut pengaruhnya akibat ramai pemimpin dan ahli yang sudah mula angkat kaki dan meninggalkan PKR," ujarnya.

Secara tidak langsung menurut beliau lagi, penolakan Anwar untuk menyahut cabaran Zaid ini juga mempoerlihatkan seolah-olah beliau tidak berani untuk berhadapan dengan Zaid, ekoran bimbang segala pembohongan beliau kepada rakyat Malaysia, khususnya kini DUN Kajang  dibongkar satu persatu oleh Zaid.

"Apa yang jelas bagi saya, taraf pemimpin dunia itu masih lagi jauh buat Anwar. Jika dengan Zaid pun beliau tak berani, macamana mahu diiktiraf sebagai pemimpin bertaraf dunia. Saya gembira juga jika Anwar setuju, kerana debat ini umpama pertemuan buku dengan ruas.

"Kita nak tengok juga sejauh mana Anwar mampu memutar belitkan fakta dan terus-terusan berbohong kepada rakyat apabila satu demi satu pembohongan dan kepincangan beliau didedahkan oleh Zaid di dalam debat itu kelak," ujarnya. -MediaUMNO

21 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Layak Jadi MB Selangor

Posted: 25 Feb 2014 04:14 AM PST

1. Di bawah undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor..?

2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor..Dah sahih Anwar lahir di P.Pinang.

3. Seseorang yang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yang tiada ada rekod jenayah..Seseorang yang bergelar Dato' pun akan ditarik balik darjah Dato' Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yg telah sabit dihukum penjara 6 tahun.

perhimpunan-haram-505-stadium-kelana-jaya-anwar-bantah-pru-pecah-belah-negara-harmoni

4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yang berhubung rapat dengan pro zionis terutamanya dengan Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).

5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yang mana terdapat di kalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan Anwar untuk tannding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sebagai MB Selangor..Masih ramai Adun2 Dap,Pkr dan Pas mahukan T.Sri Khalid kekal sebagai MB.

6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival Melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yang ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan  PEMBELA termasuk rakan-rakan lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dengan melafazkan kata sokongan kepada segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel dengan berhasrat untuk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercannggah dengan dasar luar negara yang tidak mengiktraf kewujudan negara Israel..

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas-bekas rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sebagai seorang yang berfahaman pluralisme agama yang menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yang kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah..Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network's Newsline (Jim Middleton) yang disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dalam perbincangan dengan Tan Sri Khalid untuk menggantikan sebagai  MB Selangor yang baru. Sedangkan pada 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sebagai MB Selangor yang baru…

10. Di peringkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh-musuh Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.

anwar_wolfowitz _dana_luar_yahudi

11. Anwar disebut-sebut untuk merencanakan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) yang terlibat secara proaktif memulakan 'Arab Spring' di negara2 timur tengah yang menyaksikan kejatuhan kerajaan-kerajaan di sana.

12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dan bermoral..Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi untuk kepentingan Anwar yang gagal jadi PM pada PRU 13..Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kepada ADUN Kajang untuk mengosongkan kerusi berkenaan.

13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari..Jika dalam rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sebagai ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di Selangor..Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sebagai MB dari awal lagi.

14. Terdapat tidak kurang 12 kes-kes lain di mahkamah Sivil, sama ada yang sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yang melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat selangor mahu melihat MB Selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.

15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya untuk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dengan memberi tempoh 2 minggu kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong.

16. Anwar seorang pemimpin yang tiada nilai integriti dengan sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya untuk dilantik sebagai MB Selangor.

17. Anwar sering diserang secara peribadi yang membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman-teman rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yang disaman ke mahkamah seperti Dr Chandra Muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dengan kenyataan-kenyataan benar jika dibicarakan di mahkamah.

anwar_saiful_angkat_tangan_sumpah_laknat_muhabalah

18. Fahaman pro republikan yang menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dengan mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu terus terpinggir. Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.

19. Anwar sering menggunakan kaedah-kaedah yang tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu cita-citanya.

- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya dengan racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..

- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dalam keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dgn alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari daripada soal siasat polis dalam kes Saiful.

-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN Menyertai pakatan pembangkang.

-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dlm kes tuduhan liwat oleh Saiful.

20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai-pegawai yang pernah rapat dengan beliau telah bermufaraqah dengan beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas SU sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dalam majlis-majlis dan perhimpunan yang melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505..

Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sbg ADUN KAJANG dan MB SELANGOR.

anginperubahan.blogspot.com

Krisis Air Selangor : Sekali Lagi Rakyat Kena Tipu!!!

Posted: 25 Feb 2014 03:41 AM PST

Krisis air di Selangor bukannya berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebarang petanda. Sejak 2010 lagi kerajaan negeri telah diberi amaran oleh pakar akan terjadinya masalah air yang meruncing dalam beberapa tahun akan datang.

Malah, lebih dari itu, jalan penyelesaiannya telah pun dikaji dan dirancang jauh lebih awal dan hanya menunggu perlaksanaan sahaja.

Namun, malang bagi rakyat Selangor kerana telah memilih kerajaan dari parti yang lebih mementingkan politik dari pengurusan negeri dan rakyat.  Ketika amaran, kajian dan perancangan dibentangkan, kerajaan negeri menuduh ia hanya sebahagian dari mainan politik UMNO.

pembinaan_loji_langat_2_selangor_air

Kononnya, projek Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan pusat untuk menangani masalah bekalan air adalah berunsur kronisme dan bakal menyebabkan tariff air meningkat.

Sedangkan hakikatnya, Loji Langat 2 tiada kena mengena dengan tariff air kerana ia merupakan projek kerajaan pusat untuk kesejahteraan rakyat Selangor.

Kerajaan PR Selangor juga sebelum ini mendabik dada sebagai lebih arif tentang bagaimana untuk mengatasi masalah bekalan tanpa perlu merujuk kepada rancangan awal oleh kerajaan BN terdahulu mahupun kerajaan pusat, ataupun syarikat bekalan air yang dikatakan kroni UMNO.

Kononnya, kerajaan PR mampu mencari kaedah lain yang lebih murah dan praktikal. Sedangkan hakikatnya, kerajaan pusat telah pun membina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor dan kerajaan negeri hanya perlu membina Loji Langat 2 sahaja.  Tentu sahaja kaedah ini sudah cukup murah.

Namun, ia tetap ditolak oleh PR dengan berbagai-bagai alasan politik.  Kini, setelah semakin lama pembinaan ditangguhkan, tentulah semakin meningkat kosnya.

Jika diimbas kembali sejak beberapa tahun dahulu, begitu banyak sekali 'konon-konon' yang dikemukakan oleh kerajaan Selangor bagi menepis isu air.

Jika diimbas kembali sejak beberapa tahun dahulu, begitu banyak sekali 'konon-konon' yang dikemukakan oleh kerajaan Selangor bagi menepis isu air.

Selangor pernah mengumumkan yang kononnya kerajaan negeri akan memproses air lombong bagi menampung keperluan rakyat di mana harganya lebih murah berbanding Loji Langat 2.

Memetik sumber dari The Star pada 16 Februari 2012, Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata,

"kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air.  Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020.”

Dalam satu kenyataan media dalam Selangorku.com, pada 21 Oktober 2012,  Tan Sri Khalid Ibrahim siap memberikan bukti kononnya Selangor tidak akan berhadapan dengan masalah air dalam masa terdekat berdasarkan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang meningkat sebanyak 55.43 peratus kepada 127.49 meter padu.

Beliau kemudian berkata, "Saya mengesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan."

Tahun demi tahun berlalu, peringatan demi peringatan diberikan namun kerajaan negeri Selangor terus-terusan menafi yang krisis air akan berlaku dan  kadangkala mengaku pula ia akan berlaku tetapi tiada apa perlu dirisaukan kerana 'kononnya' kerajaan negeri mempunyai teknologi terkini yang lebih baik dan lebih murah untuk menangani krisis itu.

Akhirnya, 2014 pun tiba dan masih tiada apa-apa penyelesaian yang dicapai oleh kerajaan negeri.  Akibatnya beribu-ribu rakyat Selangor kini terpaksa menanggung sengsara ketiadaan air sehingga berminggu-minggu.

Pun begitu, kerajaan PR Selangor masih lagi enggan mengaku kebodohan dan kesilapan sendiri tetapi terus menerus menipu dengan menyalahkan syarikat bekalan air, kalau pun tidak menuduh krisis ini sebagai sabotaj dari kerajaan UMNO.

kepimpinan_selangor_khalid_azmin_musuh_rakyat_mangsa

Hatta, sehingga ke hari ini juga, kita melihat kenyataan Menteri Besar Selangor terus menerus bersifat menipu kononnya bekalan air mencukupi sehingga 5 bulan lagi dengan cuba menyalahkan pihak syarikat bekalan air.

Hakikatnya, syarikat bekalan air hanya menyediakan khidmat rawatan dan pengedaran, tetapi masalah ketiadaan air adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Dengan kedegilan kerajaan negeri menerima bekalan dari Pahang melalui Loji Langat 2, maka mereka perlu mencari alternatif lain bagi memastikan bekalan mencukupi.  Di mana proses air lombong yang dijanjikan?   Di mana proses pembenihan awan atau apa saja yang kononnya mampu difikirkan?

Jelaslah bahawa semuanya tipu belaka!

Mungkin parti PR telah terlalu biasa hidup dengan cara menipu.  Oleh itu, walaupun telah menjadi kerajaan, mereka masih lagi membawa sikap menipu dan enggan bertanggungjawab atas apa jua yang berlaku ke atas negeri dan rakyat di bawah pemerintahan mereka.

Persoalannya, selama mana sebuah kerajaan negeri boleh bertahan dengan cara menipu? Apapun, terpulanglah kepada rakyat Selangor sendiri untuk menentukannya.

Mr Beruang Biru

tahukah_anda_krisis_air_selangor

Hasil Kebijaksanaan Kerajaan Selangor Akhirnya Rakyat Berdepan Krisis Air

Posted: 25 Feb 2014 02:47 AM PST

KUALA LUMPUR 25 Feb –  Apa sudah jadi?.. Akhirnya penduduk di Selangor terpaksa berdepan catuan air. Persoalannya sekarang siapa tipu siapa?  Ini kerana satu ketika dulu rakyat Selangor diberi jaminan bahawa air di negeri ini mencukupi dan tidak akan berlaku krisis air.

Mengulas mengenai perkara itu Ketua UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari berkata masalah catuan air mungkin dapat dielakkan sekiranya projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak tertangguh oleh alasan-alasan yang remeh atau permainan politik sempit kerajaan Selangor.

Menurut beliau walaupun keadaan cuaca kering yang menyebabkan berlakunya situasi berkenaan, namun sekurang-kurangnya dengan usaha yang dibuat seperti pembinaan loji baru Langat 2 sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah yang berlaku hari ini.

khalid-ibrahim-lena-tidur-gagal-menteri-besar-selangor-pkr-pakatan-tv3

"Dulu mereka mendakwa air di Selangor cukup dan Selangor tidak akan mengalami krisis air… kini semua terjawab bahawa rakyat negeri ini sekali lagi tertipu. Kerajaan Selangor tidak boleh cuba cuci tangan dengan cuba meletakkan beban kesalahan ke atas bahu orang lain.

"Sebab itu dari awal kita mengingatkan Kerajaan Selangor agar tidak bermain politik sempit dalam soal bekalan air ini.  Langkah jangka panjang seperti projek Langat 2 tidak sepatutnya menjadi bahan mainan politik.  Inilah akibatnya apabila Kerajaan Selangor bertindak dengan kurang cerdik yang akhirnya rakyat jadi mangsa”,  katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kerajaan Selangor akan melaksanakan catuan bekalan air secara bergilir di seluruh negeri ekoran daripada penyusutan paras air empangan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peringkat pertama catuan melibatkan pengguna di Dengkil dan Cheras ekoran penutupan loji rawatan air (LRA) di Bukit Tampoi dan Cheras Batu 11.

Azhari seterusnya menambah apa yang berlaku hari ini diharap dapat menjadi pengajaran yang berguna kepada kerajaan negeri.

"Inilah kesannya yang kita nampak…Kerajaan persekutuan hanya mahu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan pembinaan loji baru itu. Hari ini kita boleh lihat dan boleh nampak kepentingannya itu.

"Bukan kepentingan politik pun…bukan kepentingan apa-apa tetapi sekali lagi saya ingin tekankan ianya adalah untuk kepentingan rakyat kerana air ini cukup penting dalam kehidupan kita," ujarnya.

Sebelum ini, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menjangkakan simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara termasuk Selangor hanya mampu membekalkan air antara satu dan tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.

Pandangan AWER itu dilihat menyamai jangkaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) apabila Timbalan Pengarah Makro dan Penswastaannya, Nor Azmi Diron dalam taklimat pada 21 Februari lalu menyatakan, paras air di tujuh empangan di Selangor ketika ini hanya mampu bertahan dalam tempoh lima bulan dengan dua daripadanya iaitu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gate dalam keadaan kritikal. -MediaUMNO

beratur-bantuan-krisis-air-tentera-atm-balakong-selangor

Ops Harga 2014 Terus Diperhebat – Hasan

Posted: 25 Feb 2014 12:53 AM PST

PUTRAJAYA, 25 Feb – Ops Harga 2014 terus diperhebat meskipun isu kenaikan harga barang kini dikatakan agak reda berbanding sebelum ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata penguatkuasaan akan terus dijalankan melalui kehadiran pegawai penguat kuasa di pasar-pasar utama seluruh negara.

“Kerja-kerja penguatkuasaan ini bukan mudah kerana berdepan pelbagai risiko. Bagaimanapun mereka tetap komited menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat,” katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.

menteri-kpdnkk-harga-barang-naik-hasan-malek-ahmad-bashah-raya-cina

Ops Harga 2014 dilancarkan awal tahun ini turut menjadi platform untuk mendidik peniaga supaya mematuhi undang-undang ditetapkan, selain membantu kerajaan mencari punca peningkatan harga barang untuk tindakan selanjutnya, kata Hasan.

Menerusi operasi itu, kementerian membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa ke sasaran utama iaitu pasar basah, kedai runcit dan restoran, dengan penumpuan terhadap tanda harga, pengeluaran notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 serta memeriksa alat timbang dan sukat.

Sehingga 12 Feb lepas, bahagian penguat kuasa kementerian memeriksa 171,323 premis perniagaan di seluruh negara, melibatkan kompaun bernilai RM107,407 dikenakan kepada peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi itu.

Sementara itu, Hasan berkata pada tahun ini kementerian perlu melihat kembali hala tuju sektor koperasi, francais, jualan langsung, petroleum dan perdagangan edaran untuk membantu pertumbuhan ekonomi domestik.

“Dalam pada itu terdapat program-program sedia ada yang perlu dilihat dan dinilai semula keberkesanannya bagi memastikan hasilnya jelas dan setimpal dengan jumlah wang yang dibelanjakan,” kata beliau.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...