Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Kedah Akan Maju Setanding Melaka! - DS @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 25 Feb 2014 07:06 AM PST

 
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir membayangkan negeri Kedah akan mengikut jejak langkah negeri Melaka ke arah mencapai status sebagai negeri maju.
Berbeza sedikit dengan negeri Melaka yang terkenal dan maju dalam sektor pelancongan, Mukhriz memberitahu bahawa Kedah akan maju mengikut acuannya tersendiri, khususnya membabitkan sektor pertanian.
"Kedah mempunyai tanah yang luas dan penduduknya terlibat dalam pertanian.
"Jadi bila kita sebut negeri maju ini, ia sedikit berbeza dengan negeri Melaka yang terkenal dengan pelancongan," kata beliau yang dipetik dari sumber, Utusan Online, semalam.
Sesuai dengan jolokan sebagai "jelapang padi" negara, Kedah yang kini dipimpin anak mantan Perdana Menteri itu dilaporkan baru selesai merancang pembangunan dan kemajuan negeri tersebut hasil dari makmal transformasinya.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kedah itu memaklumkan bahawa beliau dan exco-exco Kerajaan Negeri Kedah masih belum menetapkan tempoh tertentu untuk menjadikan Kedah berstatus negeri maju, namun usaha ke arah tersebut sedang giat dijalankan.
Meneruskan rangka lawatan kerja selama tiga hari bersama barisan exconya, Mukhriz menjangkakan mampu bekerjasama dengan negeri bersejarah itu dalam pelbagai bidang, selain bertukar pandangan dalam urusan pentadbiran dan kemajuan negeri masing-masing.
Dalam lawatan tersebut, rombongan kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah sempat melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Melaka,  Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri.

HOT! 'Imam Baling Kasut' Syukur Kerana Mendapat BR1M!

Posted: 24 Feb 2014 09:12 PM PST



25 FEB: Masih ingat lagi kisah Hoslan Hussin, seorang lelaki yang bertindak biadap membaling selipar ke arah barisan panel Hakim Mahkamah Rayuan?

Hoslan, Ahli PAS seumur hidup yang dikenali sebagai "Imam Hoslan", pernah mendapat perhatian umum apabila menghiasi dada akhbar serta mendapat liputan berita televisyen akibat perbuatan beliau itu hingga digelar "Imam Baling Selipar".


Ketika itu Hoslan sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Rayuan kerana turut terbabit dalam perhimpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demonstrasi tanpa permit yan g lain.

Akibat tindakan membaling selipar itu Hoslan dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Beliau telah selesai menjalani hukuman penjara berkenaan dan kini insaf.

Malah Hoslan turut menerima wang skim BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan terbaru BR1M 3.0 yang sedang diagih sekarang serta bersyukur dengan pemberian ikhlas Kerajaan Persekutuan itu.

Hoslan yang baru kembali dari Yaman kerana menghantar anaknya belajar di sana memaklumkan telah di jemput oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara.

Ikuti rakaman video temu ramah pengakuan yang dibuat Hoslan yang boleh disifatkan penyokong tegar PAS kepada Minnag Jinggo.

Semoga "keinsafan" dan kematangan yang ditunjukkan Hoslan ini benar-benar ikhlas.-bnbbc.my


HOT! Anwar Tak Suka Hukuman Terhadap Pelaku SEKS? #PRKKajang

Posted: 24 Feb 2014 07:19 PM PST


 
 
Juhaidi Yean Abdullah – Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu.

Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.

Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.

Krisis berterusan hingga 1980-an

'Krisis' Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion.

Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran.

Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei.

Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan 'Operasi Lalang' pada 1987 bagi meredakan suasana.

Peristiwa ini dapat dibaca dalam buku Anwar Ibrahim: Evolution of A Muslim Democrat, karya Charles Allers (Monsoon, Singapore, 2013).

Anwar juga perancang dan pemain utama 'politik wang' ketika bersama UMNO, terutama bagi menjayakan Team Wawasan yang menyokongnya dalam pemilihan parti pada 1993.

Ramai kawan rapat dan ahli keluarga beliau yang mendapat habuan besar daripada pengagihan kontrak kerajaan dan penswastaan sekitar 1992 hingga 1994.

Beliau juga mengawal media arus perdana dan menggunakannya untuk menyekat dan menyerang 'musuh-musuhnya' dalam UMNO, terutama Tun Ghafar Baba, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Sanusi Junid (ms 94)

Hubungan Anwar dengan Pas sekadar menguntungkan beliau. Menurut Prof Osman Bakar, berbeza dengan PAS, Anwar tidak buang identiti Melayunya dan mengutamakan nilai plural serta universal Islam, bukannya soal hudud atau negara Islam (ms 65).

Sokong Dr M isu hudud

Anwar sokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak sependapat dengan PAS dalam soal ini. Hujah Anwar, PAS salah meletakkan keutamaan seperti yang diutarakan Dr Yusof al-Qardhawi kerana hudud bukan soal terpenting bagi sebuah negara Islam dan Islam pula bukan semata-mata pasal hudud.

Kata Nagata dan John Funston, Anwar yang berpendidikan Inggeris pada 1950-an dan 60-an bergantung kepada khidmat ulama terkenal untuk membantu kerjaya politiknya kerana beliau sedar kekurangannya dalam pendidikan agama formal. Ketika bersama ABIM dulu, beliau mewirakan Prof Syed Naguib al-Attas dan kini, al-Qardhawi dan ulama PAS yang boleh menyokongnya.

Menarik juga diketahui bahawa walaupun pada mulanya Anwar bersama pemimpin PAS menyokong Revolusi Iran dan memuja Ayatollah Khomeini (1900-89), sebelum akhirnya menolak apabila melihat kegagalan pengaruh liberal dan reformis dalam kerajaan Islam republik itu.

Anwar tidak suka apabila hakim Iran seperti Sadegh Khalkhali (1927-2003) menghukum pesalah yang berkhalwat atau melakukan kesalahan seks. (ms 61)
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...