BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! RM 2 JUTA !!! TERBUKTI #HADIAWANG MEMBUAT FITNAH !!!

Posted: 25 Feb 2014 07:00 AM PST


Ekoran dakwaan yang mengaitkan calon dari pakatan pembangkang dengan pil kuda,Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin,calon PKR DUN Bukit Besi,Terengganu.Selain itu,Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang,Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang,kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Dia dipetik berkata,parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan- syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.Ekoran dakwaan tersebut,Shamsul telah membuat satu laporan polis dan memfailkan saman bernilai RM2 juta terhadap Abdul Hadi yang didakwa telah memfitnah nya.Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.Plaintif ketika ditemui berkata,Tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR,tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan. 


Pada 26 Jan yang lalu,mahkamah telah memerintahkan Presiden Pas itu untuk memfailkan draf pembelaan berhubung saman malu tersebut,namun Abdul Hadi gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan itu.Ekoran dakwaan tersebut,pihak polis sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti atau maklumat berhubung calon PRU13 yang memiliki rekod jenayah seperti penjualan pil kuda supaya tampil bagi membantu pihak polis melakukan siasatan.Persoalannya, mengapa Presiden Pas itu senyap membisu berhubung dakwaan yang dilemparkan sebelum ini ??? Sekiranya benar dia mempunyai bukti atau maklumat, mengapa ia tidak diserahkan kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan ??? Mengapa Abdul Hadi membisu seolah-olah TAKUT untuk membela diri terhadap kenyataan yang dilemparkan sebelum ini ??? 

Kesimpulannya mudah,kes ini jelas membuktikan bahawa Presiden Pas itu sebenarnya penipu besar.Walaupun mereka sering mendakwa kononnya ingin memperjuangkan Islam, namun sebagai tokoh agama ternyata Abdu Hadi terlupa,di dalam Islam menuduh mana- mana individu tanpa bukti yang kukuh dan jelas adalah merupakan satu fitnah yang dikategorikan sebagai dosa besar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MALAYSIAKINI MELAPORKAN #RBA MEMANG WUJUD !!!

Posted: 25 Feb 2014 04:00 AM PST


Malaysiakini melaporkan bahawa beberapa laman Facebook milik pembangkang telah tidak dapat dilayari kerana telah disekat oleh kerajaan.Menurut portal pembangkang itu,antara yang disekat ialah Facebook 'We Fully Support Pakatan (DAP)'. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Jailani Johari bagaimanapun menafikan mengambil tindakan menyekat mana-mana facebook,mahupun apa- apa media milik pembangkang.Menurut Datuk Jailani,kerajaan bersifat neutral dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara semua pihak.Amatlah pelik sekali apabila pembangkang menuduh kerajaan menyekat suara mereka di dalam media sosial secara tiba-tiba.Walhal,jika kita mengikuti perkembangan semasa di dalam negara,hampir setiap hari ada saja laman milik penyokong pembangkang yang menyumpah seranah 'kerajaan,Melayu dan Islam' dan hampir semua dari mereka juga tidak diambil tindakan. 

Malah,tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan Malaysia adalah yang paling terbuka sehinggakan ikon biadap pembangkang terhadap 'kerajaan,Melayu dan Islam' iaitu Namewee,diberi pengiktirafan dan bantuan untuk terus berkarya memperlekeh kerajaan, Melayu dan Islam sesuka hatinya.Bertitik-tolak dari Nameweelah maka lahir berpuluh kalau pun tidak beratus-ratus laman sosial peribadi dan juga kumpulan yang wujudnya semata-mata untuk menghentam 'kerajaan, Melayu dan Islam'. Justeru,dengan begitu banyak laman sosial yang menjadikan 'kerajaan, Melayu dan Islam,./hatta Raja-raja' sebagai sasaran,apakah signifikannya facebook 'We Fully Support Pakatan (DAP)' sehinggakan ia perlu disekat ??? Lagipun,bukankah semua pemimpin DAP juga melaungkan perkara yang sama dengan apa yang diseru oleh laman facebook itu ??? Kenapa perlu diambil tindakan ke atas facebook tersebut tetapi tidak terhadap pemimpin DAP ??? Hakikatnya,tuduhan bahawa laman sosial pro-PR disekat hanya mengesahkan bahawa tentera siber DAP sememangnya wujud.Jika tidak,siapakah yang menjadi admin kepada laman-laman yang dikatakan disekat ini ???  Siapakah yang mengendalikannya dan siapakah yang menjadi pengunjung setia untuk menekan 'like' dan 'share' saban hari dan waktu ??? 

Apakah benar rakyat Malaysia di kalangan orang-orang Cina benar- benar ketagih kepada facebook pro-PR sehingga sanggup menghabiskan masa membaca dan mempopularkannya secara konsisten setiap hari jika tidak ditugaskan khas untuk melakukannya ??? Sikap menyekat kebebasan bersuara adalah sikap pembangkang, bukan kerajaan.Siapa yang boleh lupa ugutan Anwar terhadap wartawan yang berbunyi 'you ulang, I saman' hanya kerana si wartawan bertanya soalan yang tidak boleh dijawabnya.Malah,bagi para pelayar laman politik pastinya cukup maklum bahawa sebarang komen negatif terhadap pembangkang di dalam blog atau laman web milik pemimpin mereka, akan dibuang.  Jika kita mengulang-ulang mengkritik mereka pula,maka kita akan disekat terus.Pembangkang juga cukup sinonim dengan seruan memboikot akhbar perdana.Tidak cukup dengan itu, pemimpin pembangkang telah beberapa kali mengadakan simbolik membakar akhbar pro-kerajaan sebagai tanda protes bagi menghalang penyokong mereka membaca dari sumber lain selain daripada mereka.  

Pembangkang juga cukup terkenal dengan menghalang wartawan dari media perdana membuat liputan dalam program-program mereka.Justeru,amatlah memualkan apabila pembangkang berhujah tentang kebebasan media dan menuduh kerajaan menyekat media mereka. Namun begitu, dari satu sudut lain,mungkin ada baiknya juga jika kerajaan benar-benar mengambil tindakan menyekat laman sosial milik pembangkang yang jelas menghasut dan menjejaskan keharmonian.Maklumlah,jika tidak disekat pun dituduh menyekat,maka mungkin lebih baik kerajaan benar-benar menyekat saja suara mereka.Sekurang-kurangnya,Malaysia pasti akan lebih aman tanpa suara pembangkang di alam maya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! SELEPAS TIPU KAUM #INDIA DI #BUAHPALA KINI #ANWARIBRAHIM TABUR JANJI DI #KAJANG !!!

Posted: 25 Feb 2014 12:30 AM PST


Menyedari akan kemungkinan kalah di Dun Kajang Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim terpaksa menabur janji manis kepada masyarakat India di sana sebagai satu usaha untuk memancing undi.Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang dilaporkan berkata,Dia mahu membantu menyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat kelak.   Antara janji manis yang ditaburkan semalam ialah, kononnya ingin menyelesaikan harga rumah selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang.  

"Kita mesti dengar dan ambil tahu daripada rakyat.Saya datang ke sini bukan atas nama ketua pembangkang saya mahu mintak tolong kalau saya menang PRK Kajang kita angkat Selangor kalau ada cadangan saya terima," katanya.  

Persoalannya benarkah Anwar jujur terhadap semua janjinya ??? Apakah dia akan mengotakan semua janji manis yang ditaburnya itu ??? Jawapannya sudah tentu tidak !!!  


Kerana ini bukanlah kali pertama Anwar menipu khususnya kepada masyarakat India.Pasti ramai yang masih ingat tragedi yang menimpa masyarakat India di Kampung Buah Pala,Bukit Gelugor.Ketika kempen pilihanraya umum ke-12, Anwar secara peribadi telah datang dan berjumpa dengan semua penduduk kampung tersebut dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.  

"Tapi you percaya sama saya.Ketua Menteri,DAP dengan Keadilan kita punya geng juga.Dua minggu lepas menang (PRU12),mesti itu Ketua Menteri atau dia punya wakil akan datang sini. Betul saya cakap, kalau dia tak buat kerja, Ini bukan Anwar" katanya.   

Namun sejurus selepas menang,semua masalah yang melibatkan penduduk India di Kampung tersebut bukan sahaja GAGAL diselesaikan.Malah kesemua rumah mereka telah dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.Menurut wakil penduduk,mereka telah bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 13 Mac 2008,sebaik sahaja DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah hak milik tanah tersebut.  

''Guan Eng ada menyatakan sekiranya tanah tersebut belum dipindah milik, beliau akan menyerahkan tanah itu kepada penduduk kampung," katanya.   

Malangnya,kerajaan negeri bertindak menukarkan hak milik tanah itu tanpa pengetahuan penduduk kampung menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah. ''Ramai penduduk kampung mengalami tekanan dan trauma,kami dianggap sebagai setinggan,jadi di manakah nasib kami sebagai tuan tanah," katanya.   

Berikutan itu,mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum 3 Ogos bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan.Kesimpulannya,di manakah janji-janji yang ditaburkan oleh Anwar sebelum ini ??? Buat masyarakat India,buat lah keputusan dan pilihan yang bijak,kerana keputusan ada di tangan anda.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKKAJANG !!! ANTARA #CHEWMEIFUN DAN #TERESAKOK !!! MANA LAGI HEBAT ???

Posted: 24 Feb 2014 09:00 PM PST


Tidak salah jika saya katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim.Seolah-olah seorang artis yang sudah hampir dilupakan,Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu saja.Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak 'sukar' akibat kegagalan mengenepikan Tan Sri Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk 'memasarkan' dirinya dan kesinambungan partinya,tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya, siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya.Lebih dari itu,dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar,maka PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di dalam Barisan Nasional.    

Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin,maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun,bukanlah lawan Anwar.Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA,berkeperibadian baik serta berprinsip.Untuk itu,beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.Pendek kata,Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.Ini menjadikan beliau dengan Anwar bagaikan langit dengan bumi.Justeru,adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti ini,tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti.PRK Kajang adalah bukti bahawa parti PKR adalah parti yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya MCA pula adalah parti yang bersungguh-sungguh berusaha memulihkan kekuatan dan memperbaharui komitmen dengan BN.Strategi PR dalam PRK Kajang adalah jelas iaitu untuk meraih undi berdasarkan sentimen perkauman dan agama.   

Ini terbukti apabila Anwar masuk ke gereja untuk berkempen bagi 'memberi harapan' kepada Kristian mengenai isu kalimah 'Allah' dan kemudian berjanji akan mempertahankan kalimah 'Allah' di dalam ceramah lain di hadapan orang-orang Melayu.Berbeza dengan MCA,di mana parti itu tidak menyentuh persoalan sensitif tetapi membawa bersamanya seruan perpaduan,semangat setiakawan dan keharmonian antara kaum.Walaubagaimanapun,kita tidak boleh menafikan yang faktor 'kaum' tetap menghantui PRK ini.Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak, maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan pemimpin Cina dari PR juga.Lawan yang paling sesuai,tentulah 'heroin paling bijak' dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok.Teresa Kok kini menjadi antara personaliti paling penting dalam DAP hanya kerana beliau merakamkan video ucapan Tahun Baru Cina dengan cara mengejek-ejek Perdana Menteri dan isteri.Video tersebut dikecam hebat oleh rakyat Malaysia kerana dianggap tidak sensitif dan tidak matang dalam memikul tugasnya sebagai pemimpin.Apa yang menarik ialah,sikap DAP dan keseluruhan Pakatan Rakyat yang tidak melihat sebarang kesalahan dari video Teresa Kok.Malah,Teresa dibela bersungguh- sungguh sehinggakan pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang sendiri dilihat tiada kerja lain selain menulis membela Teresa Kok sejak beberapa minggu lalu di dalam blog beliau.   

Perlu diingatkan bahawa Teresa Kok juga telah dikaitkan dengan projek RM1billion dengan syarikat Goldsino dari China.Oleh itu,integriti beliau dan juga parti DAP serta PR dan PKR Selangor semuanya menjadi tandatanya.Berdasarkan hakikat ini,maka tidak salahlah sepertimana yang dikatakan tadi iaitu PRK Kajang bukan semestinya sebuah platform untuk Anwar mencari glamour.Tetapi,apa yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu.Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini :    

Dengan sikap pemimpin PR terhadap Teresa Kok,apakah kita boleh mempercayai bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia ???  

Antara Teresa Kok dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan untuk membawa keharmonian ???     

Antara DAP dan MCA,parti manakah yang layak bercakap tentang keamanan dan patriotisme ???

Antara PKR dan MCA,parti manakah yang menggunakan 'perkauman' sebagai alat kempen dengan hujah berbeza-beza mengikut hadirin ???    

Jika masyarakat Cina sanggup memilih Anwar dan merasakan pemimpin seperti Teresa Kok sebagai lebih baik dari Chew Mei Fun,maka jelaslah bahawa mereka tidak lagi rasional dalam membuat keputusan dan sebaliknya lebih cenderung bertindak atas dasar emosi dan perkauman.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! CHE MEI FUN SI #GIANTKILLER ??? APA MAKSUDNYA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Feb 2014 06:00 PM PST


"kalau kerbau kita pegang talinya,kalau manusia kita pegang janjinya". 

Itu insiden yang terjadi pada 8 April 2010 setelah dengan tidak berdolak-dalik lagi,Datin Paduka Chew Mei Fun meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.Waktu itu bukan 'kecil anak' jawatan yang disandangnya.Jawatan Ketua Wanita MCA,Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dilepaskan.Bukan itu sahaja tetapi berserta sekali jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat serta senator.Semua ini atas sebab prinsip.Iaitu enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terpilih sebagai Presiden MCA pada 28 Mac tahun yang sama,meskipun terbukti telah terlibat dalam satu skandal.Meskipun Soi Lek sebelum itu menawarkan Mei Fun untuk menduduki Majlis Presiden,dia tetap berpegang pada prinsipnya.Tindakan Mei Fun itu wajar dipelajari kerana di situlah letaknya natijah demokrasi yang sebenarnya dan tiga tahun selepas tidak mempunyai sebarang jawatan,mungkin kerana ditakdirkan atas integriti yang ada pada beliau,Mei Fun kembali bangkit dalam MCA setelah terpilih sebagai Naib Presiden pada penghujung tahun lalu. 

Baru-baru ini,beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.Kalau diamati dari segi integriti, prinsip ini barangkali tidak ada pada diri Anwar. Kita tentu tidak akan sesekali lupa bagaimana Anwar sekitar 2011 dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong pakatan pembangkang. Kredibiliti dan maruah Penasihat PKR itu sebenarnya sudah tercalar sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen.Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Kononnya ada blackout,penipuan undi termasuklah isu 40,000 warga asing yang didakwa digunakan untuk mengundi.Pembohongan dalam dakwaan isu 40,000 warga asing yang dibawa masuk menjelang pengundian itu begitu serius.Tetapi seperti mana sebelum ini, dakwaan terbaharu itu dinafikan Anwar walaupun dakwaan sama disiarkan dalam portal berita antarabangsa,antaranya Straits Times Singapore,Wall Street Journal,China Post,The  Economist dan Korean Press. 

Terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan olehnya dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan.Anwar berbohong dan melempar tuduhan liar untuk membangkitkan rasa amarah, sekali gus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan dan barangkali sudah tiba masanya bagi Malaysia mengamalkan 'politik ilmu bukannya politik ampu,politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi'.Hakikatnya,integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibiliti,ketulusan,keikhlasan,kejujuran,etika,prinsip moral,hati budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain.Ini terutamanya bagi mereka yang berjawatan seperti para menteri serta ahli Parlimen.Watak yang dimainkan oleh ahli politik,apatah lagi bakal-bakal calon pilihan raya kecil DUN Kajang nanti termasuklah butir bicaranya juga dinilai dari sudut keintegritiannya. Sekiranya yang diomong dan diceramahkan itu tidak dilaksanakan, pada waktu itulah integritinya terhilang. Apatah lagi jika bicaranya itu sering kali mencela dan mencaci, pada waktu itu jugalah, integritinya semakin pudar dan lenyap.

Inilah yang disebut oleh Syed Hussein al-Atas dalam Intelektual Masyarakat Membangun sebagai 'bebalisme' yang mana cirinya yang menonjol adalah kehilangan pekerti.Di sebalik wajah integriti yang bertaut pada Mei Fun,apakah akan ada kejutan pada 23 Mac ini di Kajang ??? Adakah kira-kira 42 peratus pengundi Cina di Kajang akan memberi peluang kepada Mei Fun atau setidak-tidaknya untuk ruang kepada MCA sendiri tampil dengan tekad baharu memberi sumbangan kepada kaum Cina.Jika diambil kira rekod MCA dengan parti saingannya,DAP dalam sejarah pilihan raya memang tidak kurang hebatnya. MCA juga boleh belajar daripada sejarah politik parti itu sendiri dalam 11 pertembungan dengan DAP bagi merebut kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang diadakan sejak 1969.Pada 1969,MCA seri dengan DAP apabila kedua-dua parti itu masing-masing memenangi 13 kerusi.Namun pada pilihan raya 1974 MCA bangkit dengan (19-9),1978 (17-16) dan 1982 (24 -9).MCA kemudiannya tewas kepada DAP, dua kali berturut-turut pada 1986 (17-24) dan 1990 (18-20). Tetapi MCA kembali bangkit pada 1995 (30-9),1999 (28- 10) dan 2004 (31-12 ).MCA kembali kalah pada 2008 (15-28) dan yang terbaharu 2013 (7 -38).

Ini bermakna MCA berjaya menewaskan DAP 7 kali,tewas 4 kali dan seri sekali dalam 11 pertembungan mereka.Secara keseluruhannya MCA berjaya menang 219 kerusi berbanding DAP hanya 189 dalam pertembungan 44 tahun mereka sejak 1969. Mei Fun boleh mengambil suntikan semangat ini untuk berdepan dengan PKR di Kajang.Calon bukan pilihan atau 'underdog' pasti akan muncul dalam setiap pilihan raya termasuk dalam saingan pilihan raya kecil seperti Kajang.Sejarah pilihan raya di negara ini menyaksikan ramai calon 'heavyweight' yang tumbang.Apa yang membezakan calon-calon bukan pilihan ini adalah kemampuan dan keterampilan mereka untuk menggugat calon pilihan dan menjadi calon 'Giant Killer'.Mei Fun tampil dengan rekod integriti dan reputasi yang baik.Cuma,mampukah beliau mencipta kejutan sebagai si Giant Killer dalam keadaan politik semasa di mana sesetengah pengundi sudah mempunyai pendirian masing- masing parti atau calon mana yang mahu diundi ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...