UMNO Online - “Persatuan India Malaysia dan Parti Punjabi Malaysia Diterima Sebagai Ahli Gabungan BN” plus 9 more |
- Persatuan India Malaysia dan Parti Punjabi Malaysia Diterima Sebagai Ahli Gabungan BN
- MoU Air : Bukti Anwar Pemimpin Lemah
- Rekonsiliasi Nasional Menjadi Sukar Jika Ada Pihak Terus Amal Politik Kebencian
- FDIs To Malaysia Surge 25 Pct To RM38.8 Billion Last Year
- Pengundi Kajang Rugi Kalau Pilih Calon Sekadar Persinggahan
- iBR1M Boleh Dituntut Bermula 1 Jan sehingga 31 Dis 2014 – Ahmad Maslan
- BR1M, Dividen KWSP Bukti Kejayaan Program Transformasi
- Yang Di Pertua Negeri Sarawak : Pembangkang Diselar Amal Politik “Double Standard”
- SPRM Kemuka 18 Kes Salah Laku Laporan Ketua Audit Kepada Peguam Negara
- MoU Air Selangor Tidak Boleh Diubah Sekalipun Anwar Jadi Menteri Besar
Persatuan India Malaysia dan Parti Punjabi Malaysia Diterima Sebagai Ahli Gabungan BN Posted: 28 Feb 2014 03:00 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Feb – Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini telah memutuskan untuk bersetuju menerima dua buah parti politik yang berhasrat menjadi ahli gabungan BN. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dua parti tersebut ialah Persatuan India Malaysia dan Parti Punjabi Malaysia. "Permohonan kedua-dua parti ini mendapat kelulusan sepenuhnya oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional," jelas beliau kepada kepada pemberita dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BN di Bangunan Dato Onn, Putra Wolrd Trade Center (PWTC) di sini hari ini. Sementara itu, menurut Najib, mesyuarat MajlisTertinggi BN turut membincangkan soal persiapan pilihanraya kecil DUN Kajang berhubung gerak kerja kempen dan jentera pilihanraya. "Perkara ini telah dimaklumkan oleh Tan Sri Mahyuddin Yassin sebagai timbalan pengerusi BN dan juga pengarah pilihanraya DUN Kajang, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di mana pada keseluruhannya jentera BN amat komited dan segala persiapan berjalan dengan lancar untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. "Setakat ini sambutan yang diberikan terhadap calon BN amat menggalakkan tetapi dalam masa yang sama kita tidak menafikan bahawa BN akan menerima tentangan yang hebat daripada calon pembangkang yang akan bertanding. "Tetapi kita tahu bahawa calon BN merupakan seorang yang disenangi oleh penduduk tempatan, mempunyai track record yang baik serta berpendirian tegas dan ingin memberikan khidmat baktinya kepada rakyat di DUN Kajang," ujarnya. Kata Najib lagi, BN juga akan menyelaraskan strategi menghadapi pilihanraya ini bersama parti-parti komponen agar jentera-jentera pilihanraya BN akan bergerak dengan lebih selaras dalam pilihanraya kecil tersebut. "BN juga telah mengatur banyak program dan kita akan berusaha sedaya upaya untuk menentukan keputusan yang sebaik mungkin untuk BN dalam pilihanraya yang akan dihadapi tidak lama lagi," ujarnya. Selain itu, Najib turut menyentuh tentang pilihanraya yang bakal diadakan di Balingian, Sarawak yang terpaksa dikosongkan apabila bekas Ketua Menteri Sarawak dan juga ADUN di kawasan tersebut dilantik sebagai Tuan Yang Dipertuan negeri Sarawak. "Kita kini sedang menunggu tarikh pilihanraya yang akan ditentukan oleh SPR, dan selepas itu PBB serta BN Sarawak akan sediakan senarai calon yang difikirkan layak untuk mewakili BN di kawasan tersebut," jelasnya. -MediaUMNO |
MoU Air : Bukti Anwar Pemimpin Lemah Posted: 28 Feb 2014 02:57 AM PST Selain terbukti dengan sendirinya menyeksa rakyat Selangor dalam isu bekalan air di Selangor, kekecohan yang tercetus dalam PKR berhubung tindakan sendirian Khalid Ibrahim menandatangani MoU dengan kerajaan pusat, menunjukkan Anwar adalah pemimpin yang lemah, disebalik degang degung kata dia pemimpin hebat. Hebat apa najis kalau Khalid satu orang pun Anwar tak boleh nak kawal. Khalid jelas tidak percayakan Anwar sebab ikut laporan The Star hari ini, Khalid mengesahkan ada pemimpin PKR bawa orang-orang tertentu untuk campur tangan dalam soal pengambilalihan aset air milik Syabas, Puncak Niaga, ABBAS dan sebagainya tu. Dia tak sebut pemimpin mana, tapi penulis yakin Anwar ada hubungan. Sebab itulah semua orang dalam pembangkang tidak tahu buah butir MoU tersebut kerana Khalid sembunyi rapat-rapat, terpaksa Azmin bercakap bagi pihak Anwar meminta Khalid mengadapnya untuk beri penjelasan. Macam biasalah, bila perbalahan berlaku sesama mereka, rakyat dijadikan alasan kenapa Khalid perlu menjawab kepada Anwar, kononnya nak pastikan hak rakyat terjaga, itu rakyat dan ini rakyat. Hakikatnya sebenarnya , rakyat tahu dan peduli apa pasal perjanjian ini, depa tahu air datang terus ke rumah saja, taklah macam sekarang, catu sana catu sini. Lebih teruk lagi ada yang berbulan takde air walaupun catuan belum dibuat. Patutkah? Jangan lupa, ini baru Khalid, belum lagi sebut Azmin, belum sebut Rafizi, belum sebut DAP dan lain-lain nama yang selama hari ini hanya berdiri di belakang tabir Anwar sebagai penyumbang kempen politik dan sebagainya. Mereka ini lebih 'intim' dengan Anwar sehingga ke tahap yang sulit-sulit. Kalau meroyan orang-orang ni semua, lagi Anwar kelam kabut. Masa itu tak tahulah kerusi mana nak kena kosong untuk selesaikan masalah tersebut. Kelemahan Anwar ini patut digunakan sepenuhnya oleh UMNO dan BN dalam kempen PRK Kajang yang akan datang ini. Benar, peluang kita lebih besar kalah dari menang, tapi itu bukan sebab Anwar tapi sebab cina dah nampak peluang nak memperalatkan peliwat tua ini untuk letak kaum mereka sebagai Perdana Menteri. Yang penting rakyat 1Malaysia ini nampak siapa sebenarnya Anwar – gila kuasa tapi tak cukup kekuatan untuk mengawal kuasa tersebut. mykmu.net |
Rekonsiliasi Nasional Menjadi Sukar Jika Ada Pihak Terus Amal Politik Kebencian Posted: 28 Feb 2014 02:42 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Feb – Semua pihak perlu bersatu hati dan menyokong Rancangan Rekonsiliasi Nasional yang bakal diumumkan kerajaan sebagai inspirasi kepada rakyat untuk saling hormat-menghormati dan hidup dalam satu keluarga besar di Malaysia, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah. Katanya, sekiranya ada antara pihak yang terpengaruh dengan gaya politik kebencian pembangkang yang lebih cenderung untuk menghuru-harakan negara maka tidak mungkin rekonsiliasi yang diidamkan tidak akan tercapai. "Pakatan pembangkang amat takut sekiranya perpaduan berlaku dalam masyarakat negara ini kerana dengan tindakan bersatu padu sebagaimana Rancangan Rekonsiliasi Nasional maka tentunya mereka tidak akan dapat mewujudkan suasana tidak harmoni dan kemudiannya menghasut rakyat untuk menolak kerajaan," katanya kepada UMNO-Online. Dilaporkan, Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu akan mengumumkan Rancangan Rekonsiliasi Nasional yang akan dilaksana bagi mencipta persekitaran yang kondusif dan menggalakkan perpaduan kosensus berlandaskan prinsip hormat menghormati, bekerja dan bergembira bersama, serta semangat bertolak-ansur untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik untuk semua. "Inilah perancangan jangka panjang dalam tanggungjawab sebuah kerajaan yang benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat dan sewajarnya rancangan tersebut perlu disokong dan mendapat kerjasama dari semua pihak bagi menjayakannya. "Tapi tentunya pakatan pembangkang pun punya perancangan untuk merosakkan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan sebagaimana yang seringkali mereka buat misalnya demonstrasi jalanan dan melakukan pelbagai perkara buruk," ujar Dr Ibrahim. Tegas beliau, dengan apa yang telah berlaku sejak kebelakangan ini, amat terserlah bahawa pakatan pembangkang sememangnya tidak mahu melihat perdamaian dan perpaduan di kalangan rakyat berlaku kerana mereka tahu sekiranya rakyat Malaysia bersatu padu maka BN akan terus kukuh dan utuh. "Pembangkang ini tidak mahu kerajaan yang diterajui oleh BN kukuh dan mereka bermati-matian mahu merosakkan apa-apa sahaja dasar kerajaan biarpun secara jelas pelaksanaan kerajaan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat. "Lebih teruk lagi, pakatan pembangkang menggunakan isu-isu sensitif sebagai bahan untuk memporak-perandakan negara, mencabar undang-undang dan mempertikaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan sedangkan sewajarnya semua perkara ini tidak berlaku." Dalam hal ini, beliau memberi contoh bagaimana pembangkang menggunakan isu keagamaan dan perkauman sebagai bahan politik selain sanggup melakukan penghinaan kepada institusi Di-Raja sedangkan Raja-raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Perlembagaan negara. "Kita tidak perlu terjerat dengan taktik emosional pembangkang kerana seharusnya setiap apa yang hendak kita putuskan adalah bersandarkan kepada perundangan negara ini dengan sistem demokrasi yang adil dan terpimpin, Perlembagaan Persekutuan menjadi pegangan, kita ada Rukun Negara sebagai panduan, Raja-raja Melayu perlu terus dipertahan selain menjadikan sejarah lalu sebagai tauladan. "Banyak tindakan pakatan pembangkang yang bercanggah dengan undang-undang negara kita, mencabar kedudukan Perlembagaan Negara sedangkan keharmonian dan keutuhan masyarakat majmuk yang kita pertahankan selama ini cuba dicalarkan," katanya lagi. Bidas beliau, pembangkang cuba menjahanamkan negara melalui demonstrasi jalanan, mengadakan himpunan haram dan menggunakan pelbagai kata-kata kesat untuk kepimpinan tertinggi negara. "Keharmonian negara akan menjamin masa hadapan generasi akan datang dan Rancangan Rekonsiliasi Nasioanl dibuat untuk kepentingan semua pihak, mengenepikan perbezaan yang berlaku dan mewujudkan suasana muhibah dalam masyarakat antara kaum dalam jangka masa panjang." Terbaru, antara pemimpin pembangkang yang didapati melanggar perundangan ialah Karpal Singh yang didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis Perlembagaan pada 2009. Karpal Singh, telah mempertikaikan perlantikan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan menyalahkan DYMM Sultan Perak kerana memperkenankan pelantikan tersebut bagi menggantikan Nizar Jamaluddin. Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan bahawa DYMM Sultan Perak perlu diseret ke mahkamah untuk dibicarakan kerana memberikan perkenan kepada perlantikan Zambry Abdul Kadir setelah pakatan pembangkang kehilangan majoriti di DUN Perak. - MediaMNO |
FDIs To Malaysia Surge 25 Pct To RM38.8 Billion Last Year Posted: 28 Feb 2014 01:43 AM PST KUALA LUMPUR, Feb 28 – Global foreign direct investments (FDIs) inflow into Malaysia surged 25 per cent year-on-year to RM38.8 billion last year, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed said today. He said the manufacturing sector continues to be the biggest contributor to the FDI inflows. The FDI in the manufacturing sector registered a 11.2 per cent growth to RM14.6 billion last year while that of services sector jumped by 42 per cent to RM11.2 billion, he told a press conference on “Malaysia’s Investment Performance 2013″. Mustapa said the FDI in the mining and quarrying sector rose by 15.8 per cent to RM11.1 billion. Top sources of FDIs were the United States, South Korea, the European Union-member countries, Singapore, Japan and China. Mustapa expects the FDIs to hit at least RM40 billion this year. |
Pengundi Kajang Rugi Kalau Pilih Calon Sekadar Persinggahan Posted: 28 Feb 2014 01:00 AM PST KUALA LUMPUR 28 Feb – Pengundi di Kajang mempunyai peluang yang terbaik untuk membuat pilihan sama ada untuk memilih calon yang sedia berkhidmat untuk mereka atau pun calon persinggahan. Ketua UMNO Kapar, Datuk Faizal Abdullah berkata calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Meng Feng bukan sahaja mempunyai pakej dari beberapa sudut seperti bermoral, integriti, anak tempatan malah beliau mewakili sebuah parti yang ada 'track record' serta menunjangi kerajaan diperingkat persekutuan. Menurut beliau berbanding dengan calon lawan banyak perkara yang boleh dipertikaikan terutama kemampuan untuk memberi fokus terhadap membela nasib penduduk Kajang sedangkan di kawasan yang sedang diwakilinya di Permatang Pauh sering terabai. "Di Permatang Pauh sendiri dia (Anwar Ibrahim) selalu tinggalkan. Apa jaminan yang dia boleh beri khidmat sepenuh masa di Kajang. “Pilihan raya kecil DUN Kajang adalah proses untuk memilih wakil rakyat. Justeru kita yakin pengundi Kajang lebih memerlukan calon yang boleh memberi khidmat terbaik kepada mereka. Jadi dengan situasi berkenaan, Datin Paduka Chew Mei Fun tentunya mempunyai kelebihan untuk dijadikan pilihan utama," katanya kepada UMNO-Online di sini. Faizal seterusnya menambah PRK Kajang tidak akan mengubah kerajaan negeri sekalipun BN memperoleh kemenangan dan begitu jugalah sebaliknya. "Itulah situasinya…Pilihan raya ini tidak akan mengubah kerajaan negeri sebaliknya pilihan raya kecil untuk memilih wakil rakyat…Nama pun wakil rakyat. Jadi kenalah cari yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat dan bukannya sekali sekala sahaja datang jenguk ke Kajang nanti. "Sebab itu pentingnya para pengundi di sana mencari seorang calon yang benar-benar dapat berkhidmat untuk mereka…. Sekarang keputusan berada di tangan mereka untuk membuat pertimbangan sebaik mungkin. Untuk mereka juga dan bukannya untuk kawasan lain dan bukannya untuk mengubah kuasa kerajaan negeri. Itu adalah pilihan raya umum," ujarnya. -MediaUMNO |
iBR1M Boleh Dituntut Bermula 1 Jan sehingga 31 Dis 2014 – Ahmad Maslan Posted: 28 Feb 2014 12:45 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Feb – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini menjelaskan bahawa tuntutan insuran Bantuan Rakyat 1Malaysia (iBR1M) adalah bagi kematian dan kemalangan cacat kekal bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014. Justeru tambah beliau lagi mereka yang terbabit akan menerima tuntutan sebanyak RM30 ribu dan kematian yang bukan disebabkan kemalangan akan menerima RM1,000. “Tuntutan ini bermula 1 Januari 2014 walaupun pelancaran iBR1M ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah pada 22 Februari 2014. Yang dapat ialah penerima BR1M seisi rumah sahaja. Penerima BR1M bujang tidak dapat. “Borang-borang tuntutan iBR1M ini boleh didapati di laman web Persatuan Takaful Malaysia, www.malaysiantakaful.com.my, di laman Lembaga Hasil Dalam Negeri di www.hasil.gov.my atau berhubung dengan pejabat LHDN di seluruh Malaysia," ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Jelas beliau lagi borang tuntutan iBR1M yang lengkap diisi akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima pengendali takaful. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai iBR1M ini, boleh hubungi hotline 03-27162716 atau email i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my. Dalam perkemangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa tempoh penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ini ialah bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun mulai 22 Februari 2014 bagi yang telah member maklumat akaun bank manakala bagi yang tidak mengemukakan akaun bank, pembayaran akan dibuat secara berperingkat melalui majlis pengagihan BR1M yang bermula 23 Februari 2014. "Ada juga yang bertanya, mengapa ada yang masih belum menerima BR1M mereka. Jadi , bukan 23 Februari tu semua orang akan dapat, ini yang saya nak maklumkan. “Seramai hampir enam juta penerima BR1M telah selesai. Jumlah penerima BR1M ini sebenarnya antara 7.9 juta, kemungkinan sehingga 8.1 juta orang penerima. Jadi, yang dah selesai ialah enam juta penerima, ada lebih dua juta lagi yang sedang diproses, kita harap dalam bulan Mac semuanya akan selesai" ujarnya lagi. -MediaUMNO |
BR1M, Dividen KWSP Bukti Kejayaan Program Transformasi Posted: 27 Feb 2014 11:51 PM PST Kempen awalan yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim di Kajang menunjukkan pembangkang menjangkakan pertembungan sengit dengan Barisan Nasional. Kerusi Dewan Negeri Undangan Kajang sudah berada dalan genggaman pembangkang masuk penggal kedua tetapi mereka masih khuatir akan kekuatan di kawasan itu. Sepatutnya Anwar dan pembangkang merasa selesa kerana negeri sudah mereka tawan bagi penggal kedua pula dan sokongan terhadap beliau juga nampaknya tidak menjadi masalah terutama di kalangan pengundi Cina. Tetapi mengapa Anwar masih mengalabah lalu cepat-cepat turun ke padang untuk menemui pengundi dan penyokong sejurus beliau mengumumkan dirinya menjadi calon di Kajang. Satu kemungkinan boleh disebabkan kemampuan kerajaan pusat mengurus ekonomi dan pembangunan negara baik. Ini menyukarkan Anwar dan jentera pilihan raya pembangkang untuk meyakinkan rakyat terhadap apa yang telah disumbangkan oleh PKR, Pas, dan Dap di Selangor. Sepanjang dua penggal ketiga-tiga parti itu memerintah Selangor, ekonomi negeri itu tidak menyerlah sepertimana berlaku di bawah pentadbiran BN satu masa dahulu. Tidak ada pengumuman program ekonomi besar yang diumumkan malah tidak ada berita mengenai pelaburan asing yang besar di Selangor. Semuanya berjalan atas kejayaan yang dicetus dan dibawa oleh BN selama lebih 50 tahun. Contoh terbaik yang menunjukkan kegagalan kerajaan negeri PKR-Pas-Dap ialah sikap anti kerajaan pusat sehingga membawa kepada kesengsaraan rakyat dalam isu air. Sedari 2009 kerajaan pusat sudah memberi amaran bahawa negeri itu akan mengalami krisis air yang kronik jika kerajaan negeri tidak memberi kelulusan berhubung projek Air Selangor 2. Malangnya pembangkang melihat isu air sebagai satu isu baik untuk dipolitikkan. Untuk menunjukkan kuasa mereka menteri besar Khalid Ibrahim bersikap angkuh menolak kerjasama dengan kerajaan pusat dan akhirnya jutaan rakyat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpaksa menanggung sengsara kekurangan bekalan air. Keadaan musim panas dan kering telah menyebabkan paras air di beberapa empangan di Selangor sudah mencapai tahap kritikal dan kemungkinan besar catusan air akan dikenakan. Jika kerajaan negeri lebih bersikap terbuka dan pro-rakyat sebagaimana yang mereka laungan sudah tentu krisis ini boleh dielakkan dengan persediaan awal. Satu lagi faktor yang ditakutkan oleh Anwar ialah kejayaan perdana menteri datuk Seri Najib Tun Razak meringankan beban hidup rakyat. Lebih tujuh juta rakyat berpendapatan rendah kini dalam proses menerima pemberian wang tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemberian BR1M selama ini diterima baik oleh rakyat yang mana Malaysia satu-satu negara di dunia yang mewujudkan program ini untuk rakyatnya. Negara kaya seperti Amerika Syarikat, Cina dan Eropah tidak mampu untuk menyaingi apa yang dilakukan oleh negara ini. Tambah pula agihan dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tertinggi dalam sejarah sebanyak 6.35 peratus membuktikan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul dan mantap. Ia berlaku selepas PRU13 dan ini satu lagi bukti bahawa kerajaan tidak bermain politik memperjudikan nasib dan kebajikan rakyat. BR1M dan kadar dividen KWSP paling tinggi membuktikan dasar fiskal kerajaan untuk adalah antara terbaik di dalam dunia. Ketika kuasa ekonomi gergasi AS dan Eropah bergelut menyelamatkan ekonomo masing-masing, Malaysia terlindung daripada mala petaka krisis ekonomi dunia disebabkan kepimpinan negara yang cekap dan professional. Sekiranya perdana menteri dan anggota kabinet tidak mampu mengemudi bahtera ekonomi negara dalam keadaan lautan ekonomi dunia yang bergelombang, nescaya ia akan tenggelam dan hanyut ditelan badai dan taufan. Tetapi semua ini tidak berlaku menunjukkan negara berada dalam tangan yang cekap dan diyakini. Ustaz Amin Fauzi |
Yang Di Pertua Negeri Sarawak : Pembangkang Diselar Amal Politik “Double Standard” Posted: 27 Feb 2014 11:42 PM PST KUALA LUMPUR, 28 Feb – Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Beliau menegaskan tindakan pembangkang itu sebenarnya cuba untuk menindakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan negara. Fadillah turut mempersoalkan tindakan tersebut yang cuba memberikan gambaran, bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh didesak untuk melakukan apa-apa tindakan yang berada di bawah bidang kuasa Baginda. "Sekiranya mereka mendakwa YAB Pehin Seri (Taib Mahmud) tidak layak menjadi Tuan Yang Terutama (Sarawak) disebabkan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau sebagainya. "Saya ingin bertanya kepada mereka, adakah terdapat sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atasnya? Sedangkan semua dakwaan tersebut langsung tidak dibuktikan, Sedangkan sebagai seorang peguam, ketua DAP Sarawak itu sepatutnya tahu akan undang-undang. Seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah, sehingga disabitkan oleh mahkamah," katanya. Fadillah turut mempersoalkan, sekiranya pembangkang ingin memperjuangkan asas dan prinsip tersebut, mengapa mereka tetap menyokong Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim? "Sekiranya benar, mereka (pembangkang) konsisten atas prinsip tersebut, mengapakah mereka menyokong Anwar untuk bertanding di Kajang, di masa yang sama turut membayangkan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor? Malah mereka yang mendakwa kononnya berpegang kepada prinsip ini, turut menyatakan sokongan terhadap individu yang sama sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. "Persoalannya apakah Anwar layak menjadi seorang Menteri Besar? Mengapa mereka langsung tidak mempersoalkan isu tersebut? Sedangkan dia pernah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, dan yang paling penting masih ada kes yang sedang berjalan terhadapnya. "Mengapa ia tidak dipersoalkan? Sebab itu saya tegaskan isu ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan jelas membuktikan wujudnya 'double standard' di kalangan pembangkang," ujar beliau lagi. Selain Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng turut pernah disabitkan oleh mahkamah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 18 bulan atas kesalahan menerbitkan berita palsu dan menghasut. Namun disebabkan sokongan dan pengaruh bapanya yang merupakan Pengerusi DAP Pusat, Lim Kit Siang (pada ketika itu), Guan Eng kembali aktif di dalam politik parti yang kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung dan seterusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. |
SPRM Kemuka 18 Kes Salah Laku Laporan Ketua Audit Kepada Peguam Negara Posted: 27 Feb 2014 11:09 PM PST KUALA LUMPUR, 28 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kesemua 18 kertas siasatan yang dibukanya berhubung salah laku dan kecuaian penjawat awam dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata antara 18 kes yang disiasat oleh SPRM setakat 21 Feb lepas ialah tuntutan palsu pengarah di Kementerian Kerja Raya membabitkan dua projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Pengarah itu mengesahkan Sijil Perakuan Siap bagi kerja-kerja pembinaan asrama UMK di Jeli dan kampus di Bachok yang masing-masing bernilai RM23.6 juta dan RM100.4 juta sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi serta tidak disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Kes lain ialah tuntutan palsu oleh Telekom Malaysia (TM) kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung projek Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 yang bernilai RM4.37 juta bagi tempoh 2007 hingga 2012. Bagi tempoh 2007 hingga 2010, TM juga menuntut bayaran perkhidmatan Promosi dan Publisiti sebanyak RM3.19 juta sedangkan projek tersebut telah dibatalkan, katanya. Beliau berkata bagi kes salah laku dan kecuaian lain yang melibatkan urusan tatatertib pula, sebanyak 140 pegawai dikenal pasti membabitkan 24 kes. “Daripada jumlah itu, 99 pegawai telah dimulakan prodising di bawah tatatertib, 12 di bawah prosiding tatatertib dan surcaj serta 29 pegawai di bawah prosiding surcaj,” katanya. Antara kes yang melibatkan prosiding tatatertib dan surcaj ialah kes kehilangan aset oleh 67 pegawai polis dan kes pemberian program bantuan yang melibatkan dua pegawai Kementerian Belia dan Sukan. Katanya setakat 21 Feb lepas, lembaga tatatertib telah selesai menangani kes membabitkan 20 pegawai dengan 18 didapati bersalah dan dua lagi dibebaskan. Daripada 18 yang didapati bersalah, 16 dikenakan hukuman amaran dengan implikasi penangguhan kenaikan pangkat selama setahun, seorang dikenakan hukuman denda melibatkan pemotongan emolumen maksimum tujuh hari yang membawa implikasi penangguhan kenaikan pangkat selama 18 bulan dan seorang lagi dihukum tangguh pergerakan gaji yang membawa implikasi penangguhan kenaikan pangkat selama 30 bulan. Selain itu, 41 pegawai juga dikenakan surcaj, katanya. |
MoU Air Selangor Tidak Boleh Diubah Sekalipun Anwar Jadi Menteri Besar Posted: 27 Feb 2014 10:23 PM PST KAJANG, 28 Feb – Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata perkara itu terkandung di dalam MoU itu dan ia merupakan obligasi kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun. Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap. “Rakyat akan rasa lega kerana projek ini akan berjalan tanpa terganggu dan kita harap projek ini dapat siap mengikut jadual agar sumber air dari Pahang akan mengalir ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya selepas melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Kwan Tung, Sungai Chua di sini, hari ini. Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Anwar boleh menghentikan projek Langat 2 sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini dan menjadi Menteri Besar Selangor. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun. Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU itu di Putarajaya dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mengulas kenyataan Anwar seperti dilaporkan portal berita bahawa beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak tahu menahu mengenai perjanjian MoU itu, Muhyiddin berkata ia adalah satu perkara luar biasa memandangkan Anwar adalah penasihat ekonomi kerajaan Selangor. “Anwar tidak tahu menunjukkan beliau tidak memberikan nasihat dan hanya mahu ‘nama’ dan langsung tidak memberi perhatian (masalah air Selangor). “Dia (Anwar) sebagai penasihat ekonomi patut ambil langkah menyelesaikan masalah air, dalam soal begini nyata beliau tak ada sumbangan,” katanya. Muhyiddin menarik perhatian bahawa isu itu jelas menunjukkan kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu tidak sehaluan. Timbalan Perdana Menteri turut mempersoal bagaimana Anwar sebagai orang luar Selangor akan mampu berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat di negeri itu jika menang PRK DUN Kajang. “Kenapa orang Pulau Pinang datang ke Selangor untuk menjadi Menteri Besar. Apa kurangnya orang Selangor sendiri. Kalau pun dia menang dan nak jadi Menteri Besar, dia banyak kerja dan sibuk. “Hari ini di Jepun, esok ke Amerika Syarikat, macammana nak menjaga pengundi di Kajang,” katanya. Muhyiddin bagaimanapun melahirkan rasa lega apabila projek Langat 2 yang tergendala sejak tahun 2008 telah selesai untuk kepentingan rakyat walaupun kedua-dua pihak iaitu kerajaan pusat dan negeri berlainan ideologi politik. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menegaskan komitmen dan jaminan perjanjian yang dimeterai perlu dihormati dan disempurnakan. “Sebarang perubahan maka ia telah melanggar perjanjian,” katanya. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata jentera BN akan member fokus di semua 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kajang. “Kita tidak ambil mudah kerana kita berdepan dengan satu pertandingan sengit. Walaupun kita (BN) adalah underdog tetapi semangat juang tinggi”. Terdahulu, beliau meluangkan masa hampir sejam di pusat perniagaan Kwan Tung di sini, bertemu orang ramai dan wakil pertubuhan bukan kerajaan komuniti Cina dari sekitar DUN Kajang. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment