Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Baik Sibuk dengan Rakyat Dari Sibuk dengan Skandal! #FitnahPR

Posted: 28 Feb 2014 09:19 AM PST



Video diatas menjadi isu atau topik hangat yang sedang diperkatakan ketika ini. Salahkah kenyataan DS Rosmah tu? Mungkin beliau sibuk menjaga rakyat dari segi tugasnya yang mempunyai banyak rumah kebajikan seperti PERMATA.

Apa yang puak pembangkang ni dengki sangat dengan DS Rosmah? Beliau berjasa pada rakyat pun salah ka? Biar la.. sedangkan kita tahu, puak pembangkang sendiri mempunyai isteri sampai 3, 4 orang dan hanya duduk dirumah menjaga anak dan memuaskan nafsu suami.

Tu pun tak puas-puas, dok makan luar juga!


Pembaca tahu apa yang DS Rosmah sibuk sangat tu?

Jom kenali siapa DS Rosmah sebenarnya,


1. Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai Rosmah Mansor merupakah wanita yang paling 'glamer' di arena politik Malaysia. Nama beliau tidak pernah lekang di sebut oleh para pembangkang. Segala

2. Setiap perilaku diperhatikan, setiap tutur katanya akan dijadikan bahan bualan. Setiap berita mengenai beliau pasti akan 'disensasikan'. Bak kata orang, Rosmah Mansor is 'da boom'.

3. Tiada seorang pun isteri Perdana Menteri Malaysia yang telah berjaya 'mencuri' hati dan minda rakyat Malaysia, lebih -lebih lagi para pembangkang seperti yang telah berjaya dilakukan oleh beliau.

4. Tidak dapat dinafikan kebanyakan perkara yang disembangkan merupakan tohmahan dan perkara-perkara negatif belaka, ia umpama mereka yang berkata-kata itu terlupa bahawa wanita yang menjadi pendamping setia PM ini seorang yang 'kejam' dan tidak 'berhati perut' juga mempunyai sifat pemurah

5. Tidak ramai yang tahu di sebalik wajah tegas itu, ada banyak amal bakti yang 'disembunyikan' dan tidak digembar-gemburkan.


Antaranya:

a. Membantu pelajar miskin secara peribadi

b. Menghantar mereka yang kurang mampu menunaikan haji

c. Membantu keluarga susah, anak-anak OKU dan mereka yang hidup di pedalaman secara peribadi

d. Membantu mereka yang jumpa dia secara peribadi, dan mereka bukannya orang kaya atau orang bisnes

5. Memang tidak dapat dinafikan Rosmah Mansor, sebgai seorang insan biasa tidaklah sempurna, tetapi ketidak sempurnaan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan amal jariah yang beliau lakukan untuk rakyat.

6. Dan amal jariah itulah, merupakan pengikat kunci Dato' Sri Najib kepada beliau, walaupun pelbagai fitnah dilemparkan kepada isterinya. Dato' Seri lebih tahu akan perihal isteri beliau.

7.Tiada isteri pemimpin lain, termasuk isteri-isteri mantan Perdana menteri lain melakukan amal jariah kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh Rosmah.

8. Sifat ini juga tidak diperlihatkan oleh Wan Azizah, Nurul Izzah, Isteri Khalid Ibrahim ataupun isteri Guan Eng.

9. Sifat pemurah ini membuatkan Tun Rahah akur, kerana itu memang sifat semula jadi Rosmah dan bukan di buat-buat seperti segelintir aahli politik demi untuk meraih sokongan.

10.Sifat pemurahnya memang telah di ketahui sejak di baangku sekolah lagi, di mana ramai rakan-rakannya telah di bantu semasa zaman persekolahan di Kolej Tunku Kurshiah, kerana keluarganya agak 'berada' berbanding dgn rakan-rakan yang lain.

11. Oleh itu, jika kita mahu memperkatakan tentang kepincangan sifat seseorang itu, kita juga sewajarnya berlaku jujur dengan memperlihatkan kebaikannya juga.

12. Terdapat juga bilik khas untuk tetamu di Seri Perdana, di mana tetamu boleh rehat dan tido. Cubalah sendiri jika mahu melihat sendiri Rosmah Mansor yand digembar-gemburkan sebagai 'Perempuan Puaka' oleh segelintir individu.

13.Dan jangan lupa, jika ada antara individu yang merasakan Rosmah seoarang wanita yang 'jahat', anda dialu-alukan untuk memburuk-burukkan beliau kepada makcik-makcik yang khusyuk melihat sidang umno di skrin besar. Manalah tahu, mungkin anda akan pulang dengan buah tangan berupa satu 'tamparan wanita' umno .



HOT! Khalid Sokong BN? BN Sokong Khalid? #KrisisAirSelangor

Posted: 28 Feb 2014 05:14 AM PST

Poster yang tersebar semalam.. dusta atau kebenaran?

Pelik pulak perkara yang jadi 2, 3 hari ni. Semalam ada kabar angin kata Khalid Ibrahim sokong BN, entah betul, entah tidak. Tapi hari ni tiba-tiba MCA pulak kata sokong Khalid Ibrahim. Makin pelik permainan politik di Selangor ni.

Jangan pulak lepas ni ada yang kata Khalid Ibrahim nak masuk BN!

Itu bertambah pelik!!

Baca cerita kat bawah ni,


MCA hari ini memuji Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dilihat bagi membuka harapan bagi membantu calonnya mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Kajang.

Merujuk kepada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Putrajaya dan Selangor semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, Khalid sedia mengetepikan perbezaan politik demi rakyat.

Ini, tambahnya, menunjukkan Khalid, yang dispekulasi bakal digantikan Anwar jika ketua umum PKR itu menang dalam pilihan raya, memahami keadaan rakyat.

"Terpulang kepada media dan pemilih untuk menilai siapa patut menjadi menteri besar," katanya dalam sidang media di bilik operasi MCA Kajang hari ini.

Ditanya tentang kenyataan Anwar yang tidak tahu menahu berkenaan MoU itu, Wee berkata:

"Ini menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara Anwar dan Khalid."

INFO! Malaysia Perlu Pengikhtirafan Dunia Sebagai Hak Orang Melayu!! #KedahTua

Posted: 28 Feb 2014 01:13 AM PST



Menyokong ISMA yang mahu tanah bumi Malaysia hak orang Melayu! Dunia perlu ikhtiraf kita sebagai tuan tanah dimuka bumi ini. Kalau tak, sampai bila-bila pun akan ada pertikaian dari kaum lain yang mahu mengaku kononnya tanah Malaysia ini mereka yang jejak dahulu.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kini mahu pengiktirafan dunia bahawa Malaysia warisan dan hak orang-orang Melayu sejarah pendudukannya di negara ini.

NGO itu mahu pengiktirafan seperti benua China diiktiraf warisan Cina, India untuk orang India dan England untuk orang Inggeris.

"Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu," kata Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mt Dali.

"Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil Tanah Melayu sebagai warisan Melayu dan hak Melayu."

Dalam kenyataannya hari ini, Rahman berkata, tuntutan itu wajar berdasarkan kajian beberapa bulan lalu yang mendapati genetik Melayu berusia antara 60,000 hingga 70,000 tahun lalu berbanding Cina (40,000-45,000).

Katanya, Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu disebut "the Cradle of Human Civilazation" yang membiakkan kaum etnik lain.


"Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu," katanya.

Beliau juga membangkitkan tamadun awal Melayu Kedah Tua yang berusia seawal abad kedua sebelum masihi, berdasarkan penemuan pasukan arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurt Rahman lagi, Melayu merupakan identiti negara ini dan agama anutan terakhir orang Melayu di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya adalah Islam.

Di sebabkan perkara macam ni lah, di Kedah sekarang ni berlangsung Program 'Jom Cari Kedah Tua'


Apa Itu Tamadun Awal Kedah Tua!

Program anjuran Sekretariat Penyelidikan Tamadun Awal Kedah Tua dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM akan diadakan bermula pada 28 Feburari 2014 sehingga 2 March 2014 di tapak Arkeologi Sgn Batu, Merbok, Kedah.

Program ini bakal memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama melakukan ekspedisi arkeologi yang bakal diketuai oleh Datuk Prof Dr Mokhtar dari USM. Semua dijemput untuk menyertai program pencarian ini bersama pihak-pihak media arus perdana terpilih. Tempat adalah terhad.

Program ini bermula pada 28 Februari 2014 pada 4 petang dan berakhir pada pagi 2 March 2014. Pada 2 March 2014, YAB Dato' Seri Menteri Besar akan datang pada jam 2 petang untuk bersama-sama dengan orang ramai di tapak arkeologi tersebut. Orang ramai dijemput hadir pada 2 March 2014 seawal 12 tengahari untuk jamuan kenduri kampung juga bertempat di tapak tersebut. Datanglah beramai-ramai.

Pada 2hb akan terbongkarlah sejarah Kedah Tua yang sebenar, maka ia akan merubah landskap sejarah Kedah hatta Malaysia.

Nantikan perkembangan program Kedah Tua ini..

HOT! Zahid Hamidi Dah Jadi Zahid Komidi?

Posted: 27 Feb 2014 10:33 PM PST

Gelak sakan Zahid oii...

Amboih la, gelak sampai terpejam mata si Zahid ni. Lama betul tak dengar cerita pasal Zahid, sejak menang VP ni, rasa dia macam tak wujud, walaupun gelombang krisis perkauman makin lama makin hangat. Mana dia sembunyi?

Tiba-tiba muncul, bagi anugerah kat Malaysiakini, pelik.. tapi benar!

Penggunaan luas media sosial oleh Malaysiakini nampaknya terbalas dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 di Kuala Lumpur malam tadi.

Portal berita bebas itu memenangi hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian.

Anugerah itu berasaskan undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata, mereka merancang meningkatkan penggunaan media sosial dengan melantik kakitangan sepenuh masa bagi menguruskannya.

"Kami ada hampir sejuta peminat Facebook.

"Tetapi saya percaya kita boleh lakukan lebih baik lagi," kata Gan yang menerima anugerah itu daripada tangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zahid antara menteri yang tidak puas hati dengan Malaysiakini sebelum ini.

Ketika berjalan untuk menerima anugerah itu, Gan sempat berseloroh: "Kamu tak akan tuding jari pada saya kan?"

Zahid kemudiannya tersenyum dan membalasnya: "Gencatan senjata".

Dalam ucapan di hadapan 300 orang di majlis itu, Zahid menggesa media sosial melaporkan secara benar dalam posting masing-masing.

Sempat gurau pulak tu, kalau dulu sebelum pemilihan, rakyat Malaysia tengok Zahid macam hero, tapi hari ini, hero yang dulu dah jadi heroin. Muka yang garang dalam TV sound pengkhianat negara, dah hilang, cuma yang tinggal muka tersengih bagi award pada Malaysiakini.

Mc tahu, nanti bila Mc tulis macam ni, ramai la berkoyan-koyan blogger pro Zahid yang akan mengutuk dan menghentam Mc. Tapi biasa la, kita faham, kawan-kawan cari makan. he he he..

Cuma, tolonglah kawan-kawan ku semua, nasihatkan menteri KDN yang menang VP UMNO paling tinggi ni, supaya sedar diri dan ingat dia masih menteri KDN dan bukan selebriti.

 

 McTheory:
Apa lagi Zahid mahu? buat kerja laaa..

HOT! Mahkamah TAK ADIL, Anwar SAMAN 100 JUTA Dapat 800 Ribu!

Posted: 27 Feb 2014 08:12 PM PST


Kes saman RM100 juta Anwar Ibrahim ke atas Wan muhammad Azri @ Papa Gomo. Mahkamah membuat keputusan bahawa Wan Mohd Azri adalah penulis blog papagomo.com dan mengarahkannya membayar kos gantirugi am sebanyak RM800k kepada DS Anwar Ibrahim dan RM50K sebagai gantirugi kos.  

Peguam Wan Mohd Azri, Jasbeer Singh memberitahu hakim sebenarnya tidak mengesahkan bahawa Azri merupakan penulis papagomo.com tetapi hakim hanya menggunakan alasan plaintif berjaya membuktikan kes. Pihak defendan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Untuk rekod Anwar Ibrahim saman RM 100 juta hanya menang RM800 ribu. Ahli PKR saman presiden PAS dan Hadi Awang kalah RM2 juta.

Apa pun steady la Azri..

HOT! Anwar Sembunyi Bawah Skirt Sapa Pulak Ni? #RafiziGeli

Posted: 27 Feb 2014 05:33 PM PST


'Tembak menembak' antara dua bekas sahabat karib politik yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang - Datuk Zaid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi semakin panas.

Rafizi Ramli mungkin menyesal pergi jolok bekas Naib Presiden PKR itu dakwa konon ada lobi projek untuk rakannya di Selangor semasa berada dalam PKR dulu untuk conteng arang imejnya.

Zaid bertindak balas terhadap dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR itu dalam sidang akhbar Rabu dengan memanggil satu sidang akhbar di rumahnya dekat Petaling Jaya Khamis.

Di depan ramai wartawan yang hadir Zaid melibas sakan Anwar dan Rafizi.Ini termasuk mendakwa Rafizi hanya budak suruhan Anwar untuk mencercanya.

"Oleh itu saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi," kata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.


Selain menafikan dakwaan Rafizi beliau ada melobi projek untuk rakannya di Selangor,Zaid pula mendakwa Anwar semasa dalam kerajaan dulu beri kontrak pada kroni-kroninya.

Beliau juga dakwa Anwar kena 'checkmate' oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bila Menteri Besar Selangor itu tandatangan perjanjian persefahaman mengenai air dengan Kerajaan Pusat Rabu.

Anwar semasa ditemui wartawan di Kajang petang Rabu dakwa beliau tidak tahu menahu mengenai perjanjian itu.

Zaid sendiri menilai komen Anwar itu tak masuk akal.

"Mestilah dia tahu. Dia cuma tak bersetuju. Sebab salah satu sebab Anwar mahu menjadi Menteri Besar ada kena mengena dengan hasratnya untuk menstrukturkan semula air di Selangor dengan cara yang berbeza dengan Khalid," dakwanya.

Menurut Zaid sekiranya Anwar menang dalam pilihanraya kecil Kajang dan menjadi Menteri Besar sekalipun beliau tidak boleh buat apa-apa tentang perjanjian air itu.

"Ia sudah terlambat kerana dia sudah kena check-mate," kata Zaid.

Katanya langkah Khalid menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Pusat mengenai krisis air itu wajar kerana jika tidak diselesaikan sehingga selepas PRK Kajang dan Anwar menang serta jadi Menteri Besar, sudah pasti air di Selangor akan diswastakan.

Dakwa Zaid lagi, Anwar mahu mengambilalih jawatan Khalid sebagai Menteri Besar kerana beliau tahu Selangor banyak duit dan dia boleh mengawal pengswastaan air.

"Berbillion Ringgit untuk diswastakan. Tapi mujurlah Tan Sri Khalid ini pintar orangnya. Dia dapat mempertahankan projek air itu dengan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Pusat untuk selamatkan Selangor," katanya lagi.

"Dalam soal ini saya rasa tindakan Khalid itu betul dan saya setuju. Saya rasa masa depan Selangor akan selamat dan pengswastaan akan berakhir. Kerajaan Negeri akan mengambilalih dan sokongan Pusat dalam hal ini mesti dialu-alukan. Kalau Kerajaan Pusat tak bagi duit nak bayar balik kepada swasta, ia akan membebankan Kerajaan Negeri. Ini rakyat perlu alu-alukan. Ini bukan soal UMNO-PKR. Ini soal rakyat.

"Inilah isu yang akan saya bawa di Kajang, iaitu penjelasan yang betul kepada rakyat. Sebagai pemimpin kita kena berterus terang dengan rakyat. Anwar tak berterus terang. Dia kata nak bangunkan Kajang, nak jadikan bandar satelit, dan macam-macam dia janji. Saya hanya nak rakyat Kajang pilih pemimpin yang betul. Kalau pemimpin itu karut, ada 10 atau 20 rancangan pun tak ada makna," katanya.

Menurut Khalid, rekodnya lebih baik daripada Anwar kerana sewaktu menjadi Menteri tidak pernah menyalahguna kuasa seperti Ketua Umum PKR itu.

"Semasa saya jadi Menteri saya tidak salahgunakan kuasa tetapi Anwar masuk jel kerana salahguna kuasa. Kita jangan lupa. Semasa dia jadi Menteri dia beri kontrak kepada kroni-kroni dia. Ini didedahkan oleh Tun Mahathir pada 1998. Itu semua kita ingat. Dia tulis Tun Mahathir pemimpin yang berkroni tetapi apabila senarai keluar, kroni-kroni siapa yang lebih?

"Rakyat jangan lupa tahun 1998. Kita jangan lupa apabila Umi Hafilda buat report polis siapa yang suruh polis ajar dia tarik balik kenyataan itu? Siapa? Saya tak buat kerja macam tu," katanya.

Sementara itu mengenai kenyataan media yang dibuat oleh Rafizi yang mendakwanya melobi projek di Selangor, Zaid berkata, Ahli Parlimen itu sudah dilatih begitu.

"Enam tahun saya kenal Tan Sri Khalid Ibrahim dan tidak pernah buat permohonan untuk saya, keluarga dan kawan. Tanyalah Exco-Exco Selangor, Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan pejabat Menteri Besar. Satu inci tanah Selangor saya tak minta sebab saya bukan nak jadi Menteri Besar.

"Rafizi budak Anwar. Anwar sendiri tak boleh kawal Khalid. Tak kanlah saya nak lobi budak dia. Tak masuk akal. Tan Sri Khalid dia strict. Dia profesional. Dia tak kira Anwar ke, siapa ke. Pentadbiran negeri dan parti diasingkan. Itu yang Khalid pertahankan dan itu yang saya pertahankan. Jadi saya pertahankan Khalid bukan sebab saya lobi projek atau sebab dia sudah bagi banyak kat saya.

"Saya tak perlu lobi. Saya tak perlu jadi Menteri Besar. Saya tak perlu kaya macam Anwar ni. Dia nak duit banyak sebab dia ada cita-cita nak pergi Putrajaya. Saya tak ada. Jadi sebab itu dalam soal ini saya nak beritahu Anwar Ibrahim - tak usah berselindung di belakang Rafizi. Suruh budak itu cerca saya. Kita berdepan mengenai soal kepimpinan dan integriti pemimpin. Itu yang perlu kita bincang," katanya.

Zaid berkata semasa di dalam UMNO beliau juga tidak pernah melobi Perdana Menteri minta projek untuk kawan atau kroni.

"Saya tak pernah lobi Najib untuk apa-apa. Itu rekod saya dalam UMNO. Lain dengan rekod Anwar dalam UMNO. Rekod saya dalam UMNO tak ada minta projek untuk kawan atau kroni. Tak kanlah bila saya masuk PKR saya nak tukar bulu. Tapi Rafizi nak mainkan. Dalam kenyataan dia, dia kata ini budaya UMNO. Zaid bawa budaya UMNO dalam PKR. Tidak. Anwar yang bawa budaya itu," katanya.

Zaid berkata tindakan Rafizi memburuk-burukkannya adalah atas suruhan Anwar yang bimbang kalah di Kajang.

"Anwar kata MCA cabarannya yang utama tetapi peluru berpandu diasah kepada saya. Jadi saya harap orang Kajang faham benda tu. Orang MCA tak tahu Anwar sebab mereka tak masuk UMNO. Saya ni tahulah. Saya sinipun sudah masuk dan sana pun saya ada. Jadi saya tahu.

"Politik Rafizi ini kotor. Semata-mata kerana dia berjaya memalukan Shahrizat dan NFC dan menang di Kampung Pandan dia rasa dah jadi hero besar. Saya nak ingatkan budak ini...dalam politik ini bila pemimpin bohong, fitnah orang, rakyat akan tahu, kalau tidak sekarang, kemudian," kata Zaid lagi.

Menurut Zaid ada kemungkinan Rafizi berhenti jadi Penasihat Ekonomi Selangor kerana tidak mendapat sesuatu dari Menteri Besar.

Maka dakwanya tidak hairan kalau selepas ini Rafizi akan spin cerita kononnya Khalid akan masuk UMNO hanya kerana menandatangani perjanjian air dengan Kerajaan Pusat.

Pada sidang akhbar itu juga mengedarkan kenyataan media untuk menjawab isu dakwaan Rafizi terhadapnya.-AgendaDaily
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...