UMNO Online - “Mubarak Calls For Stern Action Against Teresa Kok” plus 9 more

UMNO Online - “Mubarak Calls For Stern Action Against Teresa Kok” plus 9 more

Link to UMNO Online

Mubarak Calls For Stern Action Against Teresa Kok

Posted: 11 Feb 2014 03:57 AM PST

SEREMBAN, Feb 11 – The government should take legal action against the Member of Parliament for Seputeh Teresa Kok for producing a video that allegedly insulted the leader and the Malays.

The vice-president of the Malaysian Council of Former Elected Representatives (Mubarak) Datuk Mohd Yazid Baba said this was necessary to prevent such provocation from being repeated in future.

“We fear that if it is allowed to go on, it can break up the solidarity and social harmony in the country. The government must take stern action in terms of the law so that it will become a lesson to those wishing to do it,” he told reporters after opening the general meeting of the Negeri Sembilan Mubarak Branch, here today.

He said that Mubarak lambasted the action of Teresa Kok as it should not have been made by a respected member of the House (Parliament).

In another development, he urged the government to review the pension structure for former Members of Parliament and former State Assemblymen as the present rate was inadequate.

Meanwhile, in the election of committee members of the Negeri Sembilan branch of Mubarak, Mohd Yazid was elected unopposed. He succeeds Datuk Siti Rahmah Kassim who did not seek election.

Datuk Abdul Muhi Abdul Wahab was elected as Deputy President unopposed.

DAP Paling Teruk, Tidak Beretika… Langgar Peraturan ROS, Langgar Perlembagaan Parti Sendiri

Posted: 11 Feb 2014 03:19 AM PST

KOTA KINABALU, 11 Feb – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak hari ini membidas tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi memohon perintah membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menghalang pengiktirafan Jawatan Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

lim-guan-eng-zairil-bukan-anak-khir-johari-tipu-undi-pemilihan-cec-pusat-dap-rasis

Menurut beliau, apa yang jelas hari ini ialah segala permasalahan berhubung pemilihan CEC itu adalah hasil daripada aduan ahli-ahli parti DAP sendiri kepada ROS dan bukannya sengaja dilakukan ROS sendiri.

"Begitu banyak aduan yang diterima oleh ROS daripada ahli-ahli parti DAP sendiri. Antaranya tempoh notis yang tidak mencukupi, 800 lebih perwakilan yang layak mengundi tidak dijemput untuk pemilihan semula dan banyak lagi.

"Malah, ahli-ahli mereka sendiri berasa sangsi dengan kaedah pemilihan dan mengesyaki bahawa adanya penipuan dan manipulasi undi yang terjadi pada hari pemilihan. Jelas, bahawa segala aduan ini datang dari ahli mereka sendiri dan ROS hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah agensi yang memantau ketelusan perjalanan sesebuah pertubuhan," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu, tindakan memfailkan permohonan bagi menghalang pengiktirafan ROS itu merupakan satu tindakan yang menurut Salleh sebagai satu cubaan untuk memperlihatkan kepada rakyat dan penyokong mereka, seolah-olah kepimpinan DAP yang menjadi mangsa  dalam soal ini.

"Sedangkan pemimpin-pemimpin parti dan juga ahli DAP sendiri yang merupakan penyebab kepada berlakunya segala perkara yang akhirnya mengakibatkan kepada pemilihan CEC kali kedua ini tidak diiktiraf oleh ROS.

"Ternyata, DAP cuba untuk mencipta satu senario yang menggambarkan seolah-olah mereka ini menjadi mangsa kepada ROS bagi mendapatkan simpati ahli, penyokong dan rakyat sedangkan hakikatnya pemimpin mereka sendiri yang  melanggar undang-undang  serta  terus berdegil dan enggan membetulkan segala  kesilapan mereka,"jelasnya.

dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat

Kata Salleh lagi, DAP sengaja menuduh ROS menzalimi parti tersebut dengan mencari pelbagai alasan untuk tidak mengiktiraf pemilihan CEC mereka yang diadakan kali kedua, semata-mata untuk mengalihkan segala kelemahan, kepincangan dan ketidaktelusan mereka kepada pihak lain, khususnya kerajaan BN.

"Saya lihat, tindakan itu adalah cubaan DAP untuk mengalihkan kesalahan mereka kepada pihak lain. Pemimpin DAP, sepatutnya menjelaskan mengapa perkara ini berlaku dan mengapa tidak ada sebarang pembetulan kesilapan yang mereka lakukan di dalam pemilihan CEC ini seperti yang telah diminta oleh ROS berkal-kali.

"Saya mahu memperingatkan  DAP bahawa UMNO sendiri sebagai parti pemerintah tidak pernah terkecuali daripada mengikuti peraturan dan undang-undang sepertimana yang berlaku dalam krisis UMNO pada tahun 1988.

"Tetapi apa yang dilakukan oleh kepimpinan DAP sebenarnya adalah lebih teruk dan tidak beretika kerana DAP bukan saja  melanggar peraturan ROS tetapi sebenarnya kepimpinan parti tersebut telah melanggar perlembagaan parti mereka sendiri," akhiri beliau. -MediaUMNO

BR1M 3.0 Akan Dikredit Dalam Akaun Penerima 22 Februari – PM

Posted: 11 Feb 2014 02:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Feb -  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

rakyat-layak-terima-br1m-bantuan-kerajaan-wang-tunai

Menerusi laman Facebooknya pada Selasa, Najib berkata, bagi pemohon yang tiadaakaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.

Implementation Of Hudud In Brunei Can Only Be Evaluated After Three To Five Years – Tun Abdul Hamid

Posted: 11 Feb 2014 02:34 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 11 – The effectiveness of the hudud law in Brunei can only be evaluated after three to five years of its implementation, former Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad said today.

The adviser to the drafting of the hudud law in Brunei said only after that period could it be assessed whether or not implementation of the law could reduce crime.

abdul-hamid-mohammad-bekas-ketua-hakim-negara-malaysia

“We cannot yet evaluate implementation of the law in Brunei because it is not yet implemented. Perhaps in another three or five years we can see how it is enforced and its effects.

“Will Brunei, which is already peaceful and prosperous, will be more peaceful and more prosperous?.

“So far, countries that have implemented hudud, like Pakistan, Nigeria and Sudan, seem to be far lagging behind compared with countries which did not, like  Sweden, Norway, Iceland, Denmark and  Japan,” he said in his public talk on  ”The effects of hudud in Brunei: Differences between Brunei and Malaysia” at the International Institute Of Advance Studies (IAIS) here.

Brunei will implement the syariah law in stages, beginning with ta'zir crimes (minor crimes like close proximity and indecency), in April.

“Provisions under existing laws, including the Penal Code, will continue to be in force as usual and the cases will continue to be tried by the Civil Court. This is because work to update the relevant laws, like the Criminal Procedure Code and the Evidence Act 6, has yet to be completed,” he added.

He said if hudud was to be implemented in Malaysia for criminal offences, it could only be done by making it (hudud) a federal law, and not for offences relating to the precepts of Islam.

The federal constitution, he said, did not object to the implementation of such a law and Parliament could chose the penalty to be imposed for criminal offences, including based on the syariah law.

“By doing so, its enforcement can cover Muslims and non-Muslims,” he added.

He said a law applying hudud punishments for criminal offences under the federal jurisdiction to Muslims only would be inconsistent with Article 8 of the Federal Constitution .

It would be a discrimination on ground only of religion and therefore, unconstitutional, null and void, he added.

Kerajaan Negeri Tidak Cekap Tangani Pencemaran – Wanita UMNO P. Pinang

Posted: 11 Feb 2014 01:35 AM PST

BUKIT MERTAJAM, 11 Feb – Wanita UMNO Pulau Pinang hari ini menyifatkan kerajaan negeri sebagai tidak cekap dan efisien dalam menangani masalah pencemaran air di sungai dan laut di Pantai Batu Ferringhi, di sini.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang Senator Norliza Abdul Rahim berkata kerajaan negeri pimpinan DAP seharusnya bertindak pantas dengan menutup kawasan pantai untuk kerja pembersihan.

“Apa yang kerajaan negeri buat hanya menyalahkan pihak-pihak tertentu. Kalau mereka memikirkan mengenai keselamatan masyarakat, mereka kena tutup untuk proses pembersihan. Selepas memastikan kawasan itu selamat barulah boleh benarkan orang ramai berkunjung ke situ.

pantai-tercemar-pencemaran-e-coli-penang-batu-ferringhi-kerajaan-negeri

“Bagi saya tindakan kerajaan negeri lembab dan tidak cepat sebagaimana slogan mereka ‘Penang Cleaner, Greener’ yang dilaung-laungkan sebelum ini…tetapi (mereka) tidak melaksanakan tindakan sebagaimana yang diperkatakan,” katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata kerajaan negeri tidak akan menutup pantai berkenaan kepada pengunjung seperti yang disaran sesetengah pihak.

Keputusan itu katanya berdasarkan hasil analisis kimia Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua untuk aktiviti rekreasi dan peranginan pantai.

Sebahagian air laut di pantai itu dilapor bertukar menjadi kehitaman yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan dan siasatan awal JAS menemukan elemen bakteria E.coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.

Norliza berkata walaupun kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua, kerajaan negeri perlu menutup kawasan itu sehingga ia benar-benar bersih dan selamat untuk aktiviti air.

“Demi keselamatan rakyat kena tutup. E.coli ni mengikut pergerakan laut, ada kalanya tahapnya tinggi dan ada kalanya rendah. Tetapi bakteria itu tetap ada. Bagi saya bila kita membincangkan keselamatan rakyat ‘there is no negotiation’,” tegasnya.

Terdahulu, Norliza mengetuai kira-kira 50 anggota Wanita UMNO dari 13 bahagian di negeri ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung penerbitan video yang mempersendakan pelbagai perkara sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Norliza berkata sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang politik, Kok sepatutnya lebih profesional dalam membangkitkan sesuatu isu selain tidak memperlekehkan pemimpin dan kerajaan Malaysia.

Anwar Fails In Final Bid To Disqualify Muhammad Shafee As Lead Prosecutor

Posted: 11 Feb 2014 01:13 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim today once again failed in his final appeal to disqualify Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah from leading the prosecution team in the prosecution’s appeal against his acquittal on a sodomy charge.

A five-member Federal Court panel chaired by Chief Judge of Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin unanimously dismissed Anwar’s second application to disqualify Muhammad Shafee.

With this ruling, Muhammad Shafee will be the lead prosecutor in the prosecution’s appeal against Anwar’s acquittal, which is scheduled for hearing in the Court of Appeal tomorrow.

Anwar’s first application was dismissed by the Court of Appeal on Sept 17 last year, following which he appealed to the Federal Court, but was also dismissed.

Justice Zulkefli in his ruling said the court could not accept the contents in the statutory declaration (SD) made by former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim against Muhammad Shafee as the statement was made out of court.

On Jan 9, 2012, the High Court in Kuala Lumpur acquitted and discharged Anwar on a charge of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, at a Desa Damansara condominium unit in Bukit Damansara between 3.10 pm and 4.30 pm on June 26, 2008.

Muhammad Shafee, a senior lawyer, was appointed by the Attorney-General by fiat (authorization) under Section 376 (3) of the Criminal Procedure Code (CPC) and Article 145 (3) of the Federal Constitution to conduct the appeal at the Court of Appeal.

Earlier, counsel Tommy Thomas, representing Anwar, among others had submitted that Muhammad Shafee as a lawyer had a duty to decline his appointment as lead prosecutor in the appeal as it would be breach of the Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978.

Muhammad Shafee countered that the defence should have written a complaint by way of a letter to the Attorney-General to reconsider his decision in appointing him as lead prosecutor in the team.

Later, after the decision, Anwar told the media that he was disappointed with the court ruling but he had to deal with it.

Fahami Kuasa Pengguna Bagi Tangani Kenaikan Harga Barang

Posted: 11 Feb 2014 12:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Masalah kenaikan harga barang boleh ditangani sekiranya masyarakat menguasai dan memahami sepenuhnya kuasa mereka sebagai pengguna, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata pengguna perlu bijak menggunakan kuasa membeli dengan tidak meneruskan urus niaga atau pembelian terhadap barangan yang dijual pada harga yang mahal.

Persatuan-Pengguna-Islam-Malaysia

“Mereka boleh membuat pilihan lain di tempat-tempat yang menawarkan harga yang lebih baik dan berpatutan.

“Memang akan terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dan mengenakan harga barangan yang tinggi terhadap pengguna dan bagi yang kurang prihatin mereka akan ditipu dengan mudah,” katanya di Seminar Kepenggunaan: Kita Tertipu, anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini hari ini.

Seminar berkenaan antaranya bertujuan memberi pengetahuan tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna dan pendedahan mengenai cabaran menangani isu-isu kepenggunaan masa kini dan akan datang.

Nadzim berkata selain itu, pengguna juga perlu mengubah pemikiran serta cara hidup mereka dengan memupuk sikap berjimat cermat dan meningkatkan produktiviti.

“Langkah itu harus bermula dari rumah kita sendiri dan pengguna harus pandai menguruskan perbelanjaan atau kos dalam pelbagai aspek.

“Apabila sikap itu berjaya dipupuk dan diamalkan dari dalam rumah, seseorang pengguna akan lebih bijak berjimat pada perkara yang lebih besar,” katanya.

Ringankan Beban Rakyat… Kalau Ukur Bijak Bercakap Pembangkang Menang

Posted: 11 Feb 2014 12:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Feb. – Usaha berterusan kerajaan dengan memperkenalkan pelbagai langkah bagi membantu meringankan beban rakyat adalah bukti kesungguhan dan kebertanggungjawaban sebagai pemimpin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim.

Katanya, gerakan dari kepimpinan atas dibuat selari dengan disambut oleh para pemimpin tempatan agar setiap individu di akar umbi tidak ada yang tercicir.

"Usaha kerajaan dibuat berterusan dengan mengenalpasti kumpulan sasar dan kemudiannya mengambil jalan terbaik bagi membantu mereka tanpa mengendahkan tindakan segelintir pihak khususnya pembangkang yang hanya tahu mencari salah dan melakukan provokasi atas kesusahan rakyat," katanya kepada UMNO-Online.

anwar-pembangkang-sensasi-harga-naik-bukan-tolong-rakyat-gimik-politik-janji-kosong

Ujar beliau, jika mahu diukur dari soal kelantangan bercakap maka tentunya kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) tewas berbanding pembangkang kerana keutamaan kerajaan adalah melaksanakan tanggungjawab secara amanah dan berhemah.

"Sudah memang kerja pembangkang yang akan mencari salah kerajaan dan memburuk-burukkan apa-apa sahaja pelaksanaan atau program yang dibuat kerana mereka sebenarnya tidak ada kerja khusus yang boleh dibuat.

"Pemimpin BN turun padang, bertemu rakyat dan menyelami permasalahan yang berlaku tanpa ada masa untuk melayan kerenah pembangkang yang lebih cenderung dalam media sosial dengan memanipulasi pelbagai usaha dan langkah yang telah kerajaan yang lakukan."

Tegasnya, komitmen utama pemimpin-pemimpin kerajaan adalah untuk membantu rakyat sebagaimana sekarang ini yang berdepan dengan masalah berkaitan kenaikan harga barang maka kerajaan laksanakan pelbagai alternatif untuk mereka.

najib-kempen-turun-harga-barang-pasar-raya-besar-aeon-giant-econsave-tesco-mydin-speedmart-nsk-kkmart-segi

"Sudah memang kerja pembangkang yang akan mencari jalan untuk memburukkan apa-apa sahaja yang berkait dengan kerajaan apatah lagi yang membabitkan kepentingan rakyat kerana mereka menjadikannnya sebagai jalan mudah untuk meraih populariti," katanya.

Terang beliau, sikap pembangkang membuktikan mereka adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab lantaran lebih bertumpu kepada mencari kesalahan pihak lain daripada mencari alternatif membantu rakyat.

"Inilah bukti komitmen kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat sedangkan pakatan pembangkang yang selama ini lebih banyak menuding jari langsung tidak memainkan peranan."

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah merasmikan kempen penurunan harga barang yang menjadi sebahagian daripada pendekatan kerajaan bagi menangani masalah kos sara hidup selain melakukan pemantauan harga di pasaran dan langkah tidak menaikkan kadar tol di semua lebuh raya.

Turut terlibat ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang melancarkan jihad memerangi orang tengah dalam sektor perikanan dengan lapan strategi utama bagi membebaskan nelayan daripada golongan itu. – MediaUMNO

Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

Posted: 10 Feb 2014 11:34 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dari 11 hingga 23 Mac ini termasuk gerakan-gerakan provokasi yang sememangnya sudah menjadi amalan pihak pembangkang pada setiap pilihanraya kecil yang diadakan.

zainuri-zainal-ketua-pemuda-selangor-umno-bn-perhimpunan

Ketuanya, Zainuri Datuk Zainal berkata belum kempen bermula pakatan pembangkang sudah pun mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur provokasi kononnya Barisan Nasional (BN) dan Pemuda BN sendiri akan membuat keganasan pada tempoh waktu berkempen nanti.

"Kita tak amalkan politik ganas ini, mereka sengaja mereka-reka cerita bahawa BN amal politik ganas ini semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa BN terdesak untuk menang di DUN Kajang, tetapi kita juga nak beritahu, merekalah yang sebenarnya mengamalkan politik keganasan ini pada PRK atau PRU sebelum ini.

“Justeru itu, tak payahlah guna taktik politik murahan dengan membuat tuduhan kepada pihak lain sedangkan rekod selama ini menunjukkan merekalah yang mengamalkan politik ganas terutama apabila membabitkan PKR. Pada pilihan raya umum lalu, mereka jugalah yang telah menahan bas kilang kononnya membawa pengundi hantu.  Itu belum lagi sepanduk atau bahan kempen yang menjurus kepada unsur provokasi yang melampau" ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang.

Jelas beliau lagi sudah menjadi amalan pakatan pembangkang yang sentiasa melempar tuduhan kepada BN sedangkan merekalah selama ini yang sentiasa mencetuskan suasana tidak tenteram pada setiap pilihanraya diadakan.

“Kepada pembangkang kita ingatkan mereka usah ‘lempar batu sembunyi tangan’.  Jentera kita sudah bersedia untuk menangkis apa jua taktik kotor mereka di Kajang apatah lagi yang bertanding nanti ketua umum mereka yang cukup terkenal dengan permainan wayangnya.

“Kita yakin mereka sudah merancang sesuatu dan kita akan pastikan jentera kita tidak masuk dalam perangkap mereka. ," tambahnya lagi. -MediaUMNO

PBB Will Not Split, Says Fatimah

Posted: 10 Feb 2014 10:08 PM PST

KUCHING, Feb 11 – Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud’s resignation will not cause a split in Parti Pesaka Bumiputera (PBB), the party’s Wanita deputy leader, Datuk Fatimah Abdullah said today.

Fatimah-Abdullah-PBB-Sarawak

Fatimah, who is the State Welfare, Women and Family Development Minister, said PBB would remain stable and its members united, regardless the person to be appointed to replace Abdul Taib as Chief Minister.

Last Saturday, Abdul Taib announced that he would step down as Chief Minister end of the month.

“In PBB, there is a strong will that unite us together to maintain harmony and the party’s strength to ensure it continues to be the lead party in Barisan Nasional in the state,” she told the media when met at the Petronas Chinese New Year programme here today.

On Umno staying out of Sarawak, Fatimah said that had been the PBB’s stand because its role in Sarawak was the same as Umno’s role in the peninsula.

She said PBB had proven its capability in protecting the interests of bumiputera in Sarawak and ability to work with other BN component parties in the state, namely Parti Rakyat Sarawak (PRS), Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) and the Sarawak United People’s Party (SUPP).

She said this was proven with the number of seats won by BN in the state elections.

“Hence, there is no need for Umno to comer here,” she added.

On a speculation that Special Functions Minister at the Chief Minister’s Office Tan Sri Adenan Satem would be appointed as the new Chief Minister, Fatimah said the people should wait for an announcement by Abdul Taib himself on the matter.

"PBB and other BN component parties, at a meeting last Sunday, had unanimously agreed for the chief minister himself to choose his successor,” he added.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...