Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Asal Usul Bandar #Kajang? #PrkKajang

Posted: 11 Feb 2014 08:15 AM PST


bandar Kajang zaman dulo-dolu..

Nampaknya bahang kehangatan pilihan raya kecil PRK DUN Kajang kian terasa. Pelbagai spekulasi yang timbul. Di kesempatan ini apa kata kita mencari Asal Usul Nama Kajang seperti yang diceritakan diceritakan oleh Datuk Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Abdul Jalil Datuk Abdul Rani. Jom kita baca dan hayati.

WALAUPUN memegang gelaran Datuk Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Abdul Jalil Datuk Abdul Rani sangat mudah didekati.

Tidak lokek dengan senyuman, malah tutur bicaranya yang santun membuat penulis berasa senang walaupun baru lima minit bertemu dengan beliau.

Menjadi Orang Besar Daerah Hulu Langat, Abdul Jalil yang lebih mesra dipanggil Tok Ungku berkata, sejak dari kecil beliau menjadi saksi perkembangan di Kajang.

Katanya, dari pekan kecil, Kajang membangun menjadi sebuah bandar besar menempatkan pelbagai kemudahan dengan jumlah penduduk yang semakin padat.

Berkajang di Sungai Langat

Diminta berkongsi cerita mengenai asal usul Kajang, sambil tersenyum, Tok Ungku memberitahu mengikut versi bapanya.

Terdapat ramai pedagang luar yang datang ke Tanah Melayu melalui Sungai Langat sering kali berhenti di satu kawasan diperairan sungai itu. Menurut cerita bapa Tok Ungku, kebanyakan pedagang yang melalui laluan itu adalah orang Bugis.

"Pada zaman itu pada pedagang ini menggunakan sampan besar beratap, yang dipanggil Kajang, dan acap kali pedagang-pedagang ini berkata 'ini tempat kita berkajang', maksudnya macam berkhemahlah.

"Apabila sering kali kawasan itu menjadi tempat para pedagang ini berkajang maka lekatlah nama kawasan itu Kajang. Itulah cerita arwah bapa saya, tetapi ada juga versi cerita orang lain, itu saya tidak pasti," katanya.

Arwah bapanya, Datuk Ungku Abdul Rani Datuk Shamsuddin juga merupakan bekas Orang Besar Daerah Hulu Langat dan baru meninggal dunia pada April lalu di usia 90 tahun.

"Arwah bapa saya, antara Orang Besar Daerah yang paling lama di Selangor, beliau memegang jawatan itu sejak 1955 hinggalah 2013. Banyak pengalaman dan cerita yang dikongsikan kepada saya, sebelum saya mengambil alih tugasnya secara rasmi pada tahun lalu," katanya.

Bagaimanapun, tugas menjadi Orang Besar Daerah ini sudah dipikul sejak tahun 2010 lagi apabila bapanya mulai uzur.

Tidak pernah keluar dari Selangor

"Sepanjang 64 tahun, di sinilah tempat saya membesar, sejak lahir saya tidak pernah keluar dari Selangor khususnya Kajang. Jika tanya saya bagaimana Kajang yang dulu dan sekarang, memang sangat berbeza," katanya.

Menurut Tok Ungku, dari segi komposisi kaum, pada awalnya, Melayu paling ramai, diikuti Cina dan India.

Bagaimanapun, hasil pembangunan yang rancak membuatkan Kajang menjadi tumpuan orang ramai.

Katanya, dari hutan belukar menjadi sebuah pekan kecil, kini Kajang mempunyai kawasan pentadbiran seluas 78,761 hektar (787.61 kilometer persegi).

Mengikut rekod terkini, kapasiti penduduk Kajang telah menjangkau 311,785 orang, yang mana majoritinya masih dipegang kaum Melayu.

Katanya, susun atur masyarakat Kajang sama seperti di kawasan lain iaitu kaum Cina memonopoli kawasan bandar.

Bagaimanapun, hasil permodenan semasa, penempatan kawasan tidak lagi mengikut kaum malah semakin seimbang.

Bandar sate

Menurut Tok Ungku, sejak daripada dahulu lagi, Kajang sudah mendapat jolokan sebagai bandar sate.

"Ini antara tarikan utama di Kajang, tidak dinafikan orang sanggup datang dari jauh untuk menikmati sate Kajang," katanya.

Sekali lagi membuka cerita, menurut Tok Ungku antara orang yang terawal memperkenalkan sate di Kajang adalah Haji Tasmin (Tasmin Sakiban).

"Sejarah sate ini bermula dari beliaulah sekitar 1930-an, beliau yang berasal dari Jawa datang ke sini menjaja sate dengan membawa kandar (kereta roda) dari kampung ke kampung.

"Keenakkan satenya menjadi bualan ramai sehingga jenama sate di Kajang kekal sehingga ke hari ini," katanya.

Wakil Sultan di Hulu Langat

Gelaran Orang Besar Daerah, sedikit asing khususnya kepada belia hari ini, menurut Tok Ungku, 'OBD' masih berperanan dalam masyarakat hari ini sebagai wakil Sultan di sesebuah daerah itu.

"Sultan adalah ketua agama negeri, sebagai wakil kepada Sultan, peranan utama kami lebih kepada mengenai hal-hal agama, seperti memantau pembangunan masjid-masjid dan surau-surau di daerah ini.

"Selain itu, OBD juga mendengar rintihan rakyat setempat mengenai masalah atau keperluan semasa, kemudian perkara itu akan diajukan kepada pihak berwajib, jika masalah itu benar-benar tidak dapat diselesaikan baru dibawa kepengetahuan Sultan," katanya.

Penulis cuba mencuit peribadi Tok Ungku dengan bertanya, perlukah untuk buat temu janji dahulu untuk bertemu Tok Ungku?

Dalam ketawa kecil, Tok Ungku berkata: "Siapa-siapa sahaja boleh datang jumpa saya, mahu buat temu janji boleh, tiada pun tak apa. Kalau ada perkara penting diluar waktu pejabat, boleh datang terus ke rumah," katanya.

Menurut Tok Ungku, Sultan sering kali berpesan, istana dengan rakyat mesti rapat sebagai wakil Sultan yang duduk dibawah perlu prihatin dengan rintihan rakyat.

Susulan tiada jurang yang besar diletakkan, rata-rata rakyat setempat amat menyenangi peribadi beliau.

Tidak campur politik

Ditanya dengan soalan mengenai pilihan raya kecil Dun Kajang, Tok Ungku dengan lembut memberitahu yang beliau tidak boleh mencampuri urusan politik di negeri itu.

"Kami orang istana tidak dibenar campur urusan politik, cukup sekadar ambil tahu dan kenali wakil-wakil rakyat di daerah ini. Menyentuh lebih lanjut tidak dibenarkan," katanya.

Bagaimanapun, sebagai seorang Ahli Majlis, beliau tetap mengikut perkembangan semasa di daerah Hulu Langat terutamanya Kajang.

"Tidak kira siapa yang menang, orang Kajang mahukan perkhidmatannya, beliau perlulah adil kepada semua bangsa. Mereka yang dipilih perlu bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan," katanya mengakhiri perbualan.

Sumber Asal

INFO! @MukhrizMahathir Buat Musuh Gelisah! #HanyaDiKedah

Posted: 11 Feb 2014 05:44 AM PST




MALAM kelmarin bertempat di Stadium Darulaman Alor Setar berlangsung Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat dengan kehadiran kira-kira 40,000 umat Islam dari seluruh pelosok negeri ini untuk menzahirkan kecintaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Majlis dihiasi dengan alunan qasidah dan selawat diketuai tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech As Seggaf usai perarakan peserta pada lewat petang yang diketuai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tazkirah ulama yang hadir pada majlis ilmu tersebut sangat berharga kepada mereka yang hadir dan begitu juga lantunan qasidah dan selawat yang bergema menjadi pengisian yang sangat bermakna.

Pun begitu di sebalik niat kerajaan negeri Kedah memperbanyakkan usaha dakwah dan tarbiah kepada masyarakat Islam di negeri ini seperti program tersebut masih ada suara-suara sumbang dalam kalangan pemimpin pembangkang menuduhnya sekadar percaturan politik demi meraih sokongan rakyat.

Tanpa segan-silu, ada yang sanggup menggelar Mukhriz dengan pelbagai nama dan apa yang menyedihkan adalah kenyataan seumpama itu keluar dari mulut pemimpin yang mengakui Islam sebagai teras perjuangan parti mereka.

Barangkali parti pembangkang hari ini semakin tercabar kerana pelbagai langkah yang sebahagiannya menjadi dasar kerajaan negeri dalam mempertahankan Islam dan umatnya semakin mendapat tempat di hati rakyat termasuk daripada parti lawan.

Apatah lagi, pentadbiran Mukhriz dilihat konsisten dalam memastikan kesejahteraan Islam di negeri ini sekali gus dilihat menggerunkan terutama sekali apabila beliau mampu melaksanakan dasar yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pemerintahan sebelum ini.

Sebagai contoh, pewartaan fatwa anti Syiah yang kelak penggubalan enakmen di bawahnya dan ketegasan kerajaan negeri terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama lain dalam kitab mereka, memperlihatkan kesungguhan Mukhriz dalam menjaga kesejahteraan Islam di negeri ini.

Mukhriz juga berani mengambil langkah mengasingkan pendapatan negeri daripada sumber yang patuh syariah dan tidak patuh syariah bagi perbelanjaan yang melibatkan umat Islam iaitu sesuatu yang julung-julung kali diadakan.

Siapa yang dapat menjangka seorang pemimpin yang dilihat sering tampil dengan imej korporat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini mempunyai sisi lain sebagai seorang pemimpin yang tegar dalam menegakkan syiar Islam.

Nah, ini sebenarnya realiti kepimpinan Mukhriz yang digeruni pemimpin pembangkang negeri ini sekali gus cuba diserongkan dengan pelbagai tohmahan walaupun ketika beliau cuba mengusahakan pelbagai langkah ke arah meningkatkan kerohanian umat Islam negeri ini.

Berbalik kepada program malam tadi, selain bagi memupuk penghayatan dan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW, majlis seumpama ini seharusnya dilihat sebagai medan penyatuan seluruh umat Islam dan tidak sewajarnya 'diserongkan' hanya kerana penganjurannya diterajui oleh kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh UMNO-BN.

Kebanyakan penduduk negeri ini sebenarnya cukup bersyukur dan gembira dengan penganjuran acara seumpama itu yang memberi peluang kepada mereka beribadah dan menyatakan kecintaan kepada Rasulullah.

Semua memahami bahawa Islam memberi ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak berselawat ke atas Rasulullah seperti firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Mukhriz sendiri menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan program Kedah Berselawat sebagai acara tahunan dan niat murni beliau wajar disahut semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Mudah-mudahan, pada ketika pemimpin pembangkang di negeri ini 'bekerja keras' meletakkan pantang-larang pada pentadbiran Mukhriz, beliau tidak melatah dengan membalas perbuatan serong tersebut sebaliknya meneruskan sahaja usahanya kerana akhirnya, rakyat yang akan menilai keikhlasan beliau itu.- Utusan

HOT! Pas Kedah Oiii.. Duit Hadiah Masjid Pun Nak Rembat Ka? #HanyaDiKedah

Posted: 10 Feb 2014 08:11 PM PST

Tak berapa clear.. gambar lama..

Ada satu cerita menarik mengenai Pas di Kedah. Dah la masa Pas memerintah, satu masjid pun tak pernah buat. Lepas tu ada pengikhtirafan masjid terbaik. Masjid terbaik ni diberi kepada Masjid Ar-Rahman, Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam.

Siap dapat pengikhtirafan dari Baginda Sultan Kedah. Hadiahnya ialah sijil dan wang RM5000 untuk AJK Masjid. Tapi sayangnya, duit RM5000 yang sepatutnya dihadiahkan oleh kerajaan negeri (PAS KEDAH) kepada masjid berkenaan tak sampai.

Malah dah lebih 5 tahun AJK Masjid berkenaan menunggu duit hadiah hinggalah sekarang.

Paling menyedihkan apabila dikabarkan duit hadiah untuk masjid tu dah keluar masa zaman Pas lagi, namun hilang ditengah jalan.

Apa nak jadi dengan puak Pas ni. Duit hadiah masjid pun nak rembat ka? Cukup-cukup la rembat balak dengan tanah wakaf, duit hadiah masjid pun SAPU?

Tak percaya? baca kat bawah ni,




Mc nak tolong bagitau pada puak Pas ni, duit masjid bukan duit Pas noo. Jangan pulak dok fikir semua duit atau duit derma masjid tu untuk Pas pulak!

P/s: Duit masjid pun rembat.. Islam celah mana taktau puak ni..


McTheory:
Depa ni tak takut tuhan kot.. atau memang dah rasa diri confirm syorga?

HOT! Antara Skandal Teresa Kok Yang Kita Tak Tahu!! #DapRasis

Posted: 10 Feb 2014 05:11 PM PST

Siapa Teresa Kok dan babi?

Dulu kita tak pernah dengar pun nama si Teresa Kok ni. Malah kita pun tak tahu siapa sebenarnya Teresa Kok, hinggalah dia mula mempertikaikan perkara yang berkaitan dengan Islam dan Melayu.

Bermula dengan pertikaian tulisan jawi di papan tanda jalan, kemudian mempertikaikan laungan azan di kawasan Seputeh, katanya menganggu, lepas tu mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia, paling baru dan paling hangat, video celaka Chinese New Year yang menghina melayu dengan panggilan 'melayu pergi mati'!


Kita hanya kenal Teresa sebagai cina rasis yang tidak hormati agama Islam dan bangsa melayu. Cuma apa yang Mc pelik, walaupun Teresa hina Islam dan melayu, namun masih ramai melayu Pas dan Pkr sanggup jadi lembu dan anjingnya.

Tapi dalam segi kerja, kita tak nampak Teresa ada buat kesalahan atau salahguna kuasa. Teresa mengunakan IMEJ BERSIH dan berintegriti hebat memaparkan dirinya yang kononnya BERSIH!

Kononnya dia telah menjadi ahli politik yang bersih. Tapi adakah anda tahu dia mempunyai proksi selama ini? Khalid Gagap sendiri telah membangkitkan perkara proksi sebelum PRU13. Inilah punca yang menyebabkan dia tidak dibenarkan bertanding di negeri Selangor. Dalam bab ini, saya akan mendedahkan salah satu penyelewengan dan rasuah yang dibuat oleh Teresa KOK. Perkara ini berkaitan dengan projek yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing bernilai RM1 bil pada 2 bidang tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Bahru yang terletak di Sepang dan daerah Hulu Selangor.

Yayasan Selangor memiliki 2 sebidang tanah di Dengkil di bawah daerah Sepang dan Kuala Kubu Bahru di bawah daerah Hulu Selangor. Tanah di Dengkil, Sdn. 39693 dengan saiz 15.17 ekar disewa kepada sekolah agama swasta dengan yuran RM25k/sebulan. Tanah di Kuala Kubu Bahru, Sdn. 521 disewakan kepada PLKN ( Pusat Latihan Khidmat Negara ) terdiri daripada 2 kem di atasnya dengan bayaran sebanyak RM700k yang merupakan penyumbang / pendapatan untuk Yayasan Selangor. Kedua-dua tanah itu saiznya kira-kira 40 hingga 50 ekar.

Pada 14 . Disember 2011, Yayasan Selangor telah menerima Surat daripada Goldsino Pelaburan Pembangunan Limited yang berpangkalan di Zhuhai China untuk memulakan projek solar Photovaltaic Loji Kuasa tersebut. Cadangan untuk memajakkan tanah itu keluar selama 25 tahun dan projek ini dianggarkan bernilai sehingga RM 1 bilion. Pada mesyuarat pertama , 2 wakil dari Goldsino Pelaburan Pembangunan Terhad hadir dan menyebut bahawa mereka kenal dengan Teresa KOK .




Fakta yang menarik dinyatakan di dalam Surat daripada Goldsino kepada Yayasan Selangor ianya berbunyi begini "kami ingin merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada Yayasan Selangor kerana menjemput kami untuk mengambil bahagian bagi projek di atas" menunjukkan bahawa perbincangan awal telah dibuat antara Teresa KOK dengan wakil-wakil dari Goldsino Pelaburan Pembangunan Terhad (merujuk kepada KOK Chee Keong , Pengarah Goldsino Pelaburan Pembangunan Terhad [Malaysia ]).

Pada 19 Disember 2011, Hafidah Haron, Pemangku Aset Kanan dan Pengurus Pembangunan di Yayasan Selangor mengeluarkan memo dengan profil Goldsino Pelaburan Pembangunan Terhad kepada Pegawai Undang-Undang Yayasan Selangor untuk menjalankan " yang menjalankan syarikat ". Pada 22 Disember 2011, Yayasan Selangor yang mengeluarkan "Surat" (LOI ) untuk Goldsino Pelaburan Pembangunan Terhad ditandatangani oleh Raja Amir Shah, Timbalan Pengurus Besar yang dilantik oleh Dato 'Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada 27 Disember 2011 di Yayasan Selangor mempunyai pertemuan dengan Goldsino Pelaburan Pembangunan Terhad di dalam bilik mesyuarat di Menara Yayasan Selangor. 8 pegawai terlibat  iaitu Yayasan Selangor dan KOK Chee Keong membentangkan Goldsino Investment Limited. Memorandum Persefahaman ( MOU) telah dibincangkan dalam menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB ).

LOI telah diserahkan kepada Goldsino Pelaburan Presiden Limited dalam mesyuarat pada 28 Disember 2011. Penyerahan LOI dalam masa yang singkat membuktikan bahawa projek ini telah diberikan berdasarkan kaedah Rundingan Terus (direct nego). Tiada sebarang tender terbuka yang diiklankan dalam laman web Yayasan Selangor berkaitan dengan projek ini. Sehingga hari ini, tidak ada perbincangan lanjut dibuat ke atas keuntungan yang diperolehi oleh Yayasan Selangor selepas majlis penyerahan kedua-dua tanah kepada Goldsino Pelaburan Pembangunan Limited.

Apa yang paling saya hairan sekali, cadangan projek itu seolah-olah mustahil kerana Selangor tidak mempunyai masalah dengan kekurangan kuasa elektrik. Rundingan terus dalam projek ini adalah bertentangan dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat mengenai rasuah dan penyelewengan.

Apa sebenarnya hubungan antara Goldsino Pelaburan Pembangunan Limited dengan Teresa KOK?

Pendedahan seterusnya nanti akan didedahkan oleh penulis yang Mc ambil dari SINI

McTheory:
Kononnya IMEJ BERSIH.. tapi terpalit juga dengan skandal projek!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...