Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Calon BN Dedah Punca Kekalahan di Sungai Limau?

Posted: 16 Nov 2013 05:12 AM PST



Kelakar pulak Mc dengar Dr Sohaimi calon BN yang kalah di Sungai Limau dok merepek sebab dan punca kekalahan. Orang lain tak bersuara dan salahkan sesiapa sebab malas nak bising. Dia pula beria-ria kononnya buat post mortem punca kekalahan la pulak.

Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang hadir di analisis pasca PRK Sungai Limau di Universiti Malaya hari ini berkata BN tidak akan mampu memenangi hati pengundi melalui pemberian yang diberikan semasa tempoh berkempen kerana pengundi mempunyai calon pilihan sendiri.

"Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

"Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak," katanya.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

"Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

"Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN. Inilah yang menjejaskan sokongan pengundi Cina selain peratus keluar mengundi Cina yang tidak begitu ramai," katanya yang mengundang gelak tawa hadirin atas ucapannya.

Semua yang dia kata tu betui, tapi ada lagi punca sebenar kekalahan BN di Sungai Limau ialah dia sendiri! Pemilihan calon yang tidak tepat dan dilihat tidak membantu jentera pilihanraya mengakibatkan semua orang lemah semangat.

Macam mana nak menang kalau kita tengok calon sendiri pun serupa takmau menang!

Tak perlu Mc ulas panjang, tanya wartawan dan jentera penerangan UMNO, berapa ramai yang kena maki dengan pengawai calon sendiri dan berapa ramai pula yang komplen tak puas hati dengan calon BN yang tak pandai ambil hati rakyat sekeliling.

Senyum pun malas, salam pun malas.. ada hati nak kritik orang lain. adehh.. dok diam-diam la Dr Sohaimi!

McTheory:
Macam mana nak menang dengan calon macam ni?

HOT! Wan Salleh Bekas Ketua PKR Kedah Umum Keluar Parti!

Posted: 15 Nov 2013 11:46 PM PST


Satu tamparan hebat pada PKR Kedah apabila bekas Ketua PKR Kedah keluar parti.

Beliau membuat sidang media di Hotel De Baron.

Sebab utama beliau meninggalkan parti adalah disebabkan PKR Kedah bagai tidak berfungsi dan masih tidak membuat sebarang aktiviti termasuk mesyuarat parti.

- PKR pusat tidak mengambil berat kpd Cabang2 di seluruh Malaysia dan ketua2 yg bertungkus lumus menghidupkan parti

- Telah mengosongkan pejabat PKR Langkawi kerana telah 6 bulan tertunggak

- Pimpinan Pusat dan Negeri dilihat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesunggguhan ketua2 cabang yg bersusah payah, berhabis wang ringgit, tenaga serta mencari sokongan namun dikesampingkan cth kepimpinan di Kulim Bandar Baru, Alor Setar, Kubang Pasu dan yg nyata Langkawi

- Kecewa kerana tidak diberi peluang utk bertanding di DUN Kuah namun membawa masuk org asing yg tidak faham keadaan setempat.
- Kepimpinan Pusat tidak mahu mendengar nasihat kepimpinan tempatan

- Akan terus menabur bakti kpd pddk Langkawi setakat kemampuannya namun bukan ats tiket politik...tidak akan menyertai mana2 parti politik

- keluar parti bukan kerana ditawarkan wang ringgit oleh mana2 parti...tidak akan menyertai UMNO dan tidak akan berkompromi dgn UMNO krn bersimpati dengan rakyat Malaysia.

- Jika badan NGO perlu utk memberi ucapan/buah fikiran akan di utamakan demi nasib anak bangsa Malaysia.

- Mengistiharkan meletak jawatan sbg Ketua Cabang PKR Langkawi dan keluar dari parti PKR berkuatkuasa hari ini dan tidak akn melibatkan diri lagi dgn PKR.

McTheory:
PKR Kedah boleh tutup Kedai la kot.. hehe..

#HOT! #MuktamarPas Tahun 2013, Misi Selamatkan Mat Sabu!

Posted: 15 Nov 2013 07:17 PM PST


Nampaknya nama Mat Sabu dah tak sepopular dulu. Kalau dulu bila Mat Sabu turun berceramah, mau beribu-ribu ahli bawahan Pas turun dengar ceramah beliau. Tetapi kini zaman kegemilangan Mat Sabu dah tamat, the end. Hingga Mat Sabu terpaksa mengunakan kuasa parti untuk kekalkan kuasa Timbalan Presiden Pas.

Buktinya apabila di Kedah Ketua Pas kawasan masing-masing terpaksa mengeluarkan senarai pemimpin pilihan (kita UMNO panggil 'cai') dengan memasukan nama Mat Sabu dalam jawatan Timbalan Presiden. Sedangkan kalau mengikut ahli Pas sendiri, mereka lebih rela untuk mengantikan Mat Sabu dengan orang lain, sesiapa saja asalkan bukan Mat Sabu.

Pernah sewaktu kempen di Sungai Limau, Mat Sabu diminta pandu kereta sendiri ketempat ceramah di Bukit Besar, tanpa dijemput atau diiring sedangkan beliau adalah Timbalan Presiden Pas. Perbuatan tersebut menimbulkan kekecohan dikalangan pemimpin Pas negeri kerana Mat Sabu tidak dilayan dengan baik oleh markas Pas Bukit Besar.

Sejak daripada peristiwa tersebut, Mat Sabu terus tersentap dan jarang lagi turun berceramah sewaktu PRK Sungai Limau tempohari.

Walaupun percalonan Mat Sabu hanya dicabar oleh Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Seorang individu yang kurang popularnya, namun lebih ramai ahli Pas berminat untuk memilih Nik Amar berbanding Mat Sabu yang terkenal dengan fahaman songsang komunis dan pro syiah. Mungkin disebabkan itu, ahli Pas sudah kurang berminat dengan Mat Sabu dan mahu melantik orang yang lebih baik menjadi Timbalan Presiden Pas.

Pas terpaksa mengekalkan Mat Sabu disebabkan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Guan Eng dan Anwar Ibrahim sendiri, jika nak dibandingkan keakraban kedua-dua pemimpin tersebut dengan pemimpin Pas yang lain. Hadi Awang pun tak mampu nak makan babi dengan Guan Eng jika kita mengambil kira statement Mat Sabu yang rela makan babi dari makan ayam.

Kalau Pas rasa mereka boleh berjaya dan lebih Islam dengan cara Mat Sabu, Mc rasa ahli Pas harus terus beri sokongan terhadap Mat Sabu. Tetapi jika Pas rasa keputusan PRU ke 13 yang lepas menyaksikan Pas kehilangan sokongan melayu Islam, sudah sampai masa untuk Pas buat perubahan yang agak drastik.

Namun pada muktamar Pas pada kali ini, apa yang Mc nampak sebagai misi 'Selamatkan Mat Sabu' kalau tanpa kuasa parti, sudah pasti Mat Sabu ditolak mentah-mentah ketepi!


McTheory:
Kami ok saja kalau Pas angkat lagi Mat Sabu.. lagiiii kami sukaa.. hehe

HOT! List Geng Tuhan Harun Di TANGKAP!

Posted: 15 Nov 2013 05:19 PM PST



Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau 'jamming' lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai 'Tuhan Harun'.

Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.

Berikut senarai 27 individu yang dipercayai pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang
diminta tampil membantu pihak polis bagi menyelesaikan kes tembak Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini:

Waran tangkap:
1. Harun Mat Saat, 47 (Pengasas)

2. Husin Ismail, 43

3. Pius Anahong@ Mahdi Abdullah, 40

4. Mohd Khalilie Zazali, 31

5. Syahiszam Soid, 40

6. Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28

7. Azida Mohd Zol, 30

Lain-lain:
8. Mohd Hafizuddin Mohd Azam, 27

9. Mohamad Tirmidzi Othman, 17

10. Hashim Zakaria, 38

11. Farhaien Othman, 22

12. Lukman Harun, 20

13. Mohd Ghazali Fitri Mohd Azam, 25

14. Muhammad Nazrul Zakaria, 38

15. Mohd Rozi Akasah, 38

16. Shamsul Amri Abu Hassan, 44

17. Saufi Harun, 18

18. Norhafizah Mohd Azam, 28

19. Mohd Edham Mohd Nizam, 18

20. Khairul Amir Akasah, 34

21. Sharizal Shamsuddin, 32

22. Muhammad Harun, 21

23. Norhairi Harun, 41

24. Shazliana Mokhtarudin, 29

25. Othman Abdullah, 48

26. Kheairus Ali, 47

27. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

- Utusan
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...