BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! #MUKTAMARPAS !!! BUKTI TANGAN ASING TURUT MENCATURKAN PAS DIDEDAHKAN !!!

Posted: 15 Nov 2013 07:30 AM PST


Bridget Welsh iaitu seorang kolumnis Meloyakini yang kini menjadi Professor di sebuah Universiti di Singapura pernah menghadiri Muktamar PAS ke-55.Bridget Welsh pernah menjadi Professor di Universiti John Hopkins di mana Anwar pernah menjadi penyarah jemputan atas bantuan sahabatnya Al-Gore dan John Wolfowitz.Bridget Welsh juga menjadi Pengarah Malaysia Asia Barometer yang bekerjasama dengan Merdeka Centre untuk menjalankan 'kajian' mengenai politik di Malaysia.Bridget Welsh disyaki sebagai agen asing berdasarkan latarbelakangnya sebagai konsultan di Freedom House iaitu antara rangkaian NED,yang diterajui CIA.Objektif Freedom House adalah untuk mewujudkan dunia yang mengiktiraf kebebasan mutlak dengan mengambil Israel sebagai contoh.Kebebasan ini merangkumi hak LGBT dan juga murtad iaitu dua isu yang menjadi halangan terbesar di negara Islam,termasuk Malaysia.seperti yang pembaca Badut Rakyat lihat hari ini,perjuangan kebebasan Freedom House ini kini dipikul oleh COMANGO yang bertindak mendesak kerajaan di peringkat antarabangsa.Justeru,kehadiran Bridget Welsh di Muktamar PAS ke-55 dahulu amatlah mencurigakan.Selepas Muktamar PAS ke-57 Bridget Welsh dilaporkan membuat ulasan positif mengenai kemenangan Mat Sabu sebagai Naib Presiden PAS. 

Beliau menyifatkannya sebagai kemenangan kumpulan progresif yang akan mengukuhkan PR.Jelas di sini bahawa PAS telah lama menjadi perhatian pihak asing dan pakatan PAS bersama DAP dan PKR merupakan satu perkembangan yang sangat mengujakan bagi mereka.Kemasukan kumpulan liberal iaitu Anwarinas ke dalam PAS serta kemenangan Mat Sabu yang menjadi balaci DAP dilihat sebagai tanda 'kemenangan pertama' bagi mereka.Dari sudut lain pula,ia merupakan kekalahan bagi PAS dan permulaan kemusnahan umat Islam.Secara dasarnya,isu LGBT dan murtad yang diperjuangkan oleh Freedom House melalui COMANGO hanyalah sebagai 'alat' untuk mencetuskan ketidakstabilan di dalam negara Islam di mana ia dijadikan alasan untuk menentang kerajaan dan memberontak.Manakala,matlamat utama adalah untuk menjatuhkan kerajaan agar dapat digantikan dengan seorang pemimpin boneka bagi membolehkan pihak asing menguasai ekonomi dunia.Berdasarkan rekod,adalah lebih mudah untuk menjatuhkan sesebuah negara Islam dengan menggunakan Islam sendiri.Untuk itu,pihak asing menubuhkan pertubuhan yang menggunapakai nama Islam atau menyusup masuk ke pertubuhan Islam sedia ada bagi mencetuskan kekeliruan,ketegangan dan persengketaan sesama umat Islam dan juga terhadap kerajaan mereka.

Malang sekali kerana Ikhwanul Muslimin juga tidak terkecuali dari menjadi permainan mereka.Ini terbukti melalui penglibatan salah seorang 'orang kuat' Ikhwanul Muslimin,iaitu Youseff Nada,di mana beliau merupakan antara pencetus Arab Spring.Youseff Nada turut mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dan dianggap oleh bekas banduan dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu,sebagai rakan keluarga.Seperti juga Anwar,Youseff turut duduk atau terlibat bersama dalam rangkaian NED melalui IIIT,King Farouk Foundation dan Foundation for the Future.Bagaimanapun,Malaysia tidak mempunyai pergerakan Ikhwanul Muslimin untuk dipergunakan sebagai pencetus pemberontakan terhadap kerajaan.Percubaan memberontak melalui kumpulan liberal pula nampaknya sukar dilakukan kerana kumpulan ini merupakan minoriti.Walaupun percubaan terus dilakukan melalui COMANGO,namun ia dijangka tidak mampu membawa kesan besar.Justeru,tidak hairanlah apabila nama Hadi Awang tiba-tiba dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin di peringkat tertinggi di mana beliau dikatakan dilantik sebagai Setiausaha Agung pergerakan itu.Berita ini disiarkan oleh akhbar Al-Wathan di Mesir.Jika sebelum ini Hadi atau PAS cukup bangga jika dikaitkan dengan sebarang pergerakan Islam di luar negara,tetapi kali ini Hadi nampaknya pantas menepis dan menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut.Malah,Hadi juga katanya sedang berkira-kira untuk menyaman akhbar terbabit. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa respon Hadi Awang menggambarkan yang beliau berada dalam keadaan bimbang dan takut.

Persoalannya,kenapa harus ada khabar angin sebegitu ??? Siapa yang meniupkannya atau kenapa ia bertiup dikala Muktamar hampir tiba ??? Hadi Awang dan PAS secara keseluruhannya wajar melihat perkara ini dengan lebih mendalam.Tanyalah pada diri sendiri,siapakah yang mencaturkan PAS ??? Apakah hanya Anwarinas yang cuba mencaturkan PAS dari dalam ??? Atau hanya DAP yang cuba mengarah-arah PAS dari luar ??? Atau ada lagi tangan lain yang lebih besar yang cuba memperalatkan parti itu ??? saya melihat apa yang berlaku sebagai strategi pihak asing untuk menggambarkan kewujudan rangkaian pergerakan Islam di negara ini yang berpotensi memberontak pada suatu hari nanti.Memandangkan Malaysia mengamalkan kesederhanaan di mana personaliti atau kumpulan yang ekstrem sukar untuk dicari, maka nama Hadi Awang dan parti PAS diketengahkan sebagai pihak yang berpotensi itu.Umat Islam di Malaysia harus berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan apa jua maklumat yang diterima akhir-akhir ini.

Nampaknya,asakan pihak asing untuk mencetuskan ketidakstabilan dan menggugat keharmonian negara serta kedudukan agama Islam, semakin menjadi-jadi.Muktamar PAS yang bakal menjelang dijadikan 'tingkap' bagi mereka untuk mengintai dan mengatur apa yang boleh,untuk tujuan itu.Semua ini boleh dilakukan kerana PAS memberi peluang kepada mereka untuk masuk ke dalam,duduk bersama malah bergandingan tangan serta berpelukan mesra demi untuk merampas Putrajaya.Sudah tiba masanya PAS sedar dengan siapa mereka berpakat dan siapa atau apa yang mereka jemput untuk duduk bersama mereka.saya pasti,Hadi Awang dan segelintir pemimpin PAS yang bijak, telah sedikit demi sedikit semakin menyedarinya.Soalnya,sampai bila mereka akan terus bersekongkol dengan syaitan semata-mata kerana ego,enggan mengaku tersilap di hadapan UMNO ??? Atau apakah PAS sebenarnya telah membuat perjanjian besar dengan syaitan dan tidak dapat melepaskan diri lagi ??? jawapannya di tangan anda !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! DS @SHAHRIZATJALIL TARIK BALIK SAMAN !!! TAPI @RAFIZIRAMLI TAKKAN TERLEPAS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Nov 2013 04:00 AM PST


Sehari dua ini,portal dan blog-blog pembangkang begitu kecoh dengan laporan mengenai penarikan balik saman fitnah Ketua Wanita Umno,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR),Mohd. Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang,Zuraida Kamaruddin berhubung isu National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).Mereka cuba mewujudkan persepsi kononnya penarikan balik saman tersebut membuktikan bahawa Shahrizat bersalah dalam hal tersebut dan takut untuk berdepan dengan kemungkinan kalah dalam perbicaraan dan yang paling menarik,mereka juga turut menggambarkan kononnya semua dakwaan yang dikemukakan oleh Rafizi adalah benar dan meraikan penarikan saman fitnah itu seolah-olah pembangkang telah menang dalam kes perbicaraan.Sedangkan mengikut fakta kes,saman fitnah tersebut ditarik balik setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan kes tersebut semasa prosiding di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman.Shahrizat yang juga merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,memfailkan saman tersebut melalui peguam utamanya,Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah pada 19 Januari 2012. 

Shahrizat selaku pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya sebelum ini mendakwa,Mohd. Rafizi dan Zuraida yang dinamakan sebagai pihak defendan telah melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFCorp.Walhal menurut bekas menteri Kabinet itu,beliau tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut,mahupun Agro- Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).Penyiaran dan pengulangan kenyataan berbaur fitnah itu didakwa Shahrizat memberi gambaran,beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan menteri agar projek NFCorp diserahkan kepada Agro-Science.Plaintif yang mendakwa pernyataan fitnah tersebut telah menyebabkan reputasi dan nama baiknya terjejas menuntut ganti rugi am atas fitnah lisan sebanyak RM50 juta sementara ganti rugi teruk dan teladan juga sebanyak RM50 juta serta memohon perintah injunksi.Mohd. Rafizi pula pada 30 Mac tahun sama,telah memfailkan tuntutan balas terhadap Shahrizat dengan mendakwa bekas menteri Kabinet itu yang sepatutnya menjawab pendedahan dibuatnya berhubung isu NFCorp,sebaliknya melancarkan serangan peribadi dan dendam terhadapnya. Ironinya mereka seolah-olah terlupa dengan satu lagi saman fitnah yang dikemukakan oleh NFCorp terhadap Ahli Parlimen Pandan itu dan portal pembangkang Malaysiakini. 

NFCorp dan pengerusinya Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebelum ini telah menfailkan saman itu pada 3 Jun yang lalu berhubung satu kenyataan fitnah yang dilalakukan oleh Rafizi pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 7 Mac yang kemudiannya disiarkan dalam laporan portal tersebut pada hari yang sama.Kemelut NFCorp menjadi perhatian ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa syarikat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya, diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta kepada syarikat tersebut.Disebabkan itu,kerajaan telah berjanji akan segera meneliti dan mengambil beberapa langkah dengan mengkaji semula hala tuju projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di samping mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan kepada NFCorp.Hasilnya sebuah syarikat kerjasama antara Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mengambil alih keseluruhan operasi syarikat yang mengendalikan NFC.Pada 19 April lalu,persetujuan pengambilalihan itu telah diberikan berdasarkan kesanggupan syarikat usahasama itu mengambil alih semua aset dan liabiliti NFC.Syarikat usahasama itu juga sebelum ini bersetuju untuk membuat pembayaran permulaan sebanyak RM34 juta bagi tahun lepas dan tahun ini.Bakinya iaitu RM216 juta termasuk faedah akan dibayar dalam perjanjian konsesi baharu yang akan dibincangkan.Terbukti bahawa projek NFC mempunyai potensi jika tidak bagaimana syarikat KASB sanggup mengambil alihnya.Syarikat HFG dari Jepun itu yakin konsep perniagaan NFC adalah berdaya maju kerana ia hampir menyamai perniagaan HFG yang dimulakan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua lebih 65 tahun lalu susulan kebimbangan kerajaan negara itu mengenai isu jaminan makanan. 

Sebelum ini NFC mempunyai aktiviti penternakan,pemprosesan daging,pengeluaran makanan ternakan dan pemasaran.Ia juga sudah siap membangunkan ladang model seluas 1,500 hektar.Kesimpulannya usaha pihak pembangkang selama ini hanyalah bertujuan untuk merosakkan imej Shahrizat.Ini kerana mereka sebenarnya takut dengan kekuatan jentera Wanita Umno yang bersatu padu,rajin bekerja dan turun padang setiap kali pilihnanraya.Maka mereka yang gementar dan cemburu dengan kerja keras itu telah mencari jalan untuk menjatuhkan sayap yang merupakan tulang belakang parti itu.Apa pun,buat Rafizi bersedialah untuk berdepan dengan tindakan saman yang sedang berjalan itu.Ia juga bertujuan untuk dijadikan pengajaran agar berhati-hati dalam membuat kenyataan berbaur fitnah.Inilah yang dinamakan,kerana mulut badan binasa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ISU COMANGO !!! AKHIRNYA MARINA MAHATHIR TERPERANGKAP !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Nov 2013 01:47 AM PST


Apabila kita merasa diri kita terlalu hebat,maka kita akan secara tidak sedar telah menutup ruang untuk menerima ilmu baru.Apabila ruang untuk menerima ilmu tertutup,apa yang belaku ialah pengetahuan kita menjadi terhad,yakni tidak mampu berkembang.Akibatnya,kita kekal di takuk yang sama dan tidak mampu melihat sesuatu itu secara meluas dan mendalam dari sudut-sudut yang berbeza.Inilah yang berlaku kepada Marina Mahathir.Marina yang membesar di luar negara dan di kelilingi berbagai bangsa dari berbagai agama,merasakan yang beliau sudah mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai hidup berbanding orang lain yang terikat pada nilai bangsa dan agama masing-masing.Marina percaya bahawa keterbukaan adalah sama dengan kebijaksanaan.Lebih terbuka seseorang,lebih bijak dan lebih baiklah orang itu,mengikut logik fikirannya.Oleh kerana itu,Marina memandang tinggi kepada cara hidup barat dan merasa yakin bahawa cara hidup sebegitulah yang terbaik.Sampai ke satu tahap,Marina gagal membezakan baik dan buruk kerana terlalu menyanjung barat.Seorang yang bijak pasti tahu bahawa dalam setiap sesuatu di dunia ini, pasti ada baik buruknya. Yang baik mengenai barat adalah ilmu dan tamadunnya (yang mana diwarisi dari tamadun Islam) dan yang buruk mengenai barat ialah kurangnya nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan. 

Walaupun barat kononnya menjuarai hak asasi manusia,tetapi barat juga telah merendahkan nilai diri seorang manusia dengan menerima nilai-nilai kebinatangan yang berkiblat kepada nafsu.Malangnya,Marina mengambil semuanya secara borong dengan menganggap semua mengenai barat itu adalah baik dan semua yang tidak kebaratan itu sebagai tidak baik dan mundur.Jelas,Marina telah tidak mewarisi walaupun sebesar hama dari kebijaksanaan bapanya.Hari ini,Marina berdiri atas platform hak asasi manusia dan hak asasi wanita melalui berbagai-bagai NGO.Antaranya ialah Sisters in Islam (SIS).Marina pernah dijemput merasmikan program Seksualiti Merdeka pada tahun 2011 bagi mempromosi seks songsang sebagai hak asasi.Apabila program tersebut dikecam hebat,Marina tampil membelanya dengan menafikan ia sebagai pesta seks tetapi Marina gagal memahami bahawa kecaman tersebut ditujukan kepada perlakuan songsang atau luar tabie yang menyalahi fitrah semulajadi manusia serta bertentangan dengan agama.Keterbukaan fikiran Marina nampaknya tidak mampu membantunya mengemukakan hujah balas yang bernas.Perkara yang sama berlaku apabila Marina dikecam oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengenai isu tuntutan COMANGO.ISMA baru-baru ini mengedarkan risalah yang memaparkan 'dalang' di belakang COMANGO berdasarkan kapasiti beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah SIS yang menjadi sebahagian dari watak utama dalam tuntutan itu. 

Marina bagaimanapun, menafikan yang beliau terlibat dengan COMANGO dan mengugut akan menyaman ISMA.Penafian Marina menyebabkan ramai yang keliru termasuk penyokongnya sendiri.Marina telah menyatakan secara terbuka pendiriannya mengenai seks songsang atau LGBT dan Marina juga pernah membuat kenyataan yang menggambarkan beliau menyokong murtad di dalam salah satu tulisan beliau sepertimana petikan berikut : 

 "Terdapat kecenderungan banyak pihak untuk mendakwa sesiapa yang berfikiran berbeza dari mereka,lebih dari sebelum ini.Yang anehnya mereka ini lebih minat memberkas dari kalangan sesama akidah.Ianya umpama menyertai sebuah kelab dan kemudian anda tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkannya walaupun anda sudah tidak menyenangi peraturan-peraturannya." Dua perkara ini,iaitu LGBT dan murtad,merupakan antara tuntutan COMANGO yang menjadi isu utama yang mengundang kecaman hebat terutama dari ISMA.Justeru saya tidak faham kenapa apabila dikecam oleh ISMA,Marina enggan mengaku menyokong atau pun terlibat dengan COMANGO pula. Jika ditafsirkan dengan ringkas, kenyataan Marina bolehlah ditulis seperti berikut : "Marina sokong LGBT dan murtad tetapi Marina tak sokong tuntutan COMANGO." 

Sudah tentulah kenyataan ini bersifat kontra dan tidak masuk akal sama sekali.Kini terserlah sudah bahawa Marina adalah seorang manusia yang keliru seperti juga para pengikutnya.Ini terbukti melalui laman-laman sosial para pengikutnya, di mana mereka nampaknya langsung tidak memahami apa yang berlaku sehinggakan apabila isu ISMA vs Marina menjadi hangat,mereka menunjuk sokongan kepada Marina dengan kata-kata pujian kerana tegas menyokong hak LGBT dan murtad.Sedangkan isu di sini ialah Marina menafikan menyokong perkara tersebut melalui COMANGO.Berbalik kepada masalah golongan 'terbuka' atau lebih bangga dikenali sebagai 'liberal' seperti Marina,episod ini mendedahkan bahawa mereka ini tidaklah sehebat mana dan jauh sekali lebih bijak dari Melayu biasa yang kukuh jatidirinya.Manusia yang tiada jatidiri,enggan menerima dirinya sendiri dan juga budaya serta adat kaumnya,secara semulajadinya adalah manusia yang keliru.Kekeliruan yang berserta dengan keangkuhan akhirnya membawa kepada kebodohan.Semoga Marina belajar sesuatu dari apa yang berlaku iaitu keterbukaan tidak sama dengan kebijaksanaan.Marina perlu belajar merendah diri dan mengakui bahawa kebebasan hidupnya tidak menjadikan beliau lebih hebat dari sesiapa.Malah,ia mungkin membawa kehinaan pada diri sendiri.jelas marina mahathir kini terperangkap

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PEMBANGKANG CUBA WUJUDKAN SENTIMEN KEBENCIAN MASYARAKAT INDIA !!!

Posted: 15 Nov 2013 01:32 AM PST


Seolah-olah sudah menjadi trend bagi portal dan blog pembangkang untuk memainkan isu-isu sensitif bagi mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat.Malah mutakhir ini,mereka dilihat begitu hebat menggunakan isu masyarakat India berbanding isu masyarakat Cina yang 'agak kurang' dimainkan.Mungkin kerana sokongan kaum Cina dilihat sudah tekad dan bulat untuk bersama pakatan pembangkang,jadi isu kumpulan etnik terbabit bukan lagi menjadi keutamaan.Berbanding sokongan kaum India yang dilihat mula kembali untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu.Malah mengikut analisa yang dijalankan,kepulangan sokongan pengundi India ditambah dengan sokongan kaum Melayu,Sabah dan Sarawak telah menyebabkan pembangkang gagal merampas Putrajaya walaupun mengunakan pelbagai slogan seperti 'UBAH' dan 'Ini Kalilah'.Apa yang nyata sokongan masyarakat India yang memberikan mesej 'Lain Kalilah' mungkin antara sebab mereka dijadikan sasaran agar kembali untuk membenci kerajaan BN.

Contohnya,bermula dengan isu 'kantin tandas' di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana mereka dengan segala cara cuba menghasut kumpulan etnik terbabit dengan memainkan isu tersebut hampir saban hari.Sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan bilik persalinan yang digunakan buat sementara waktu bagi memudahkan para pelajar bukan Islam menikmati jamuan mereka ketika proses pengubahsuaian kantin asal dijalankan.Tambah menghangatkan suasana apabila ada ibu bapa pelajar yang membiarkan hal kantin ini dipergunakan sebagai isu politik.Mereka seolah-olah sengaja membiarkan diri dijadikan alat kepada kumpulan tertentu terutama dari parti cauvinis itu untuk 'mencucuk' jarum.Jadilah isu kantin di bilik persalinan sebagai modal kononnya kumpulan minoriti dipinggirkan.Di tangan kumpulan ini,isu yang mudah bertukar rumit yang kemudian cuba dikait-kaitkan dengan soal kaum dan agama.Seterusnya mereka dengan pantas menggunakan isu 'korban di sekolah' bagi menarik perhatian kaum India.Kononnya demi melakukan majlis korban sempena sambutan Aidiladha, pihak sekolah telah menyebabkan pelajar beragama hindu terguris dan trauma. 

Pelbagai hujah digunakan bagi menyokong dakwaan yang tidak berasas itu.Kerana bagi mereka apa yang penting masyarakat India perlu diajar secara halus untuk kembali membenci kerajaan sekali gus menolak BN dalam PRU-14 nanti.Belum pun isu tersebut reda,mereka sekali lagi mempertikaikan dan mendakwa pihak polis seolah-olah sengaja shoot to kill atau dalam bahasa mudah 'membunuh gangster India' di dalam Ops Cantas yang dilakukan.Sedangkan pada hakikatnya ia bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah berat dan tembak yang semakin menunjukkan peningkatan.Untuk menguatkan lagi tohmahan yang dilemparkan itu, ada pemimpin pembangkang yang kononnya sanggup menawarkan diri untuk mengikuti operasi yang dijalankan bagi 'memeriksa' kaedah yang digunakan mengikuti SOP yang dibenarkan.Namun sehingga hari ini, orang yang kononnya berani itu masih lagi gagal menandatangani surat pelepas seperti yang ditetapkan. 

Terbaru mereka sekali lagi menggunakan sentimen masyarakat India dengan mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional melalui Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) sengaja bertindak zalim dengan merobohkan kuil Sri Muneswarar di Jalan P Ramlee.Sedangkan apa yang dilakukan ialah merobohkan struktur bangunan tambahan yang didirikan secara haram.Sedangkan sekiranya kita teliti,sepanjang pemerintahan kerajaan pakatan rakyat di Selangor,mereka telah merobohkan hampir 7 buah kuil.Malah kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang turut dikatakan merobohkan kuil hindu Sri Veera Muiswarar dengan alasan faktor keselamatan kerana berada berhampiran saluran paip kimia.Kenapa semua itu tidak dijadikan sebagai isu ??? Apabila ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat,ia dianggap sebagai zalim,kejam,menindas dan sebagainya.Namun sekiranya ia dilakukan oleh kerajaan pakatan,ia adalah sebaliknya.Kesimpulannya,mereka sengaja ingin memainkan politik perkauman, ekstremisme dan cauvinistik selagi sokongan masyarakat India terus kuat menyokong kerajaan BN.Ini kerana mereka sedar,tanpa sokongan masyarakat India usaha mereka untuk merampas kerajaan hanya akan menjadi sia-sia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #GLC PERLU MAIN PERANAN BANRTU AKHBAR BAHASA MELAYU !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Nov 2013 06:00 PM PST


Seperti ada sesuatu yang tidak kena,apabila banyak GLC (Syarikat Milik Kerajaan / Goverment Link Company) mengambil pendirian untuk tidak meletakkan iklan mereka dalam akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia,Berita Harian dan New Straits Times.Malah Perdana Menteri sebelum ini juga pernah memberikan teguran kepada semua agensi kerajaan,syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terutama milik bumiputera agar mengiklankan lebih banyak dengan akhbar-akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan arus perdana berbahasa Melayu.Menurut statistik yang diperoleh dianggarkan hanya 3.7 peratus sahaja nilai iklan yang diberikan oleh 35 syarikat GLC utama kepada akhbar-akhbar berbahasa Melayu.Sedangkan akhbar-akhbar berbahasa Melayu khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian banyak membantu kerajaan dalam memperjuangkan agenda bumiputera.Berdasarkan kajian terbaharu AmResearch,perbelanjaan pengiklanan (adex) untuk akhbar berbahasa Melayu merosot 1.8 peratus sehingga September lalu,walaupun adex industri mencatat pertumbuhan sebanyak 3.7 peratus. 

Menurut RHB Research pula,bagi September sahaja,adex akhbar berbahasa Melayu jatuh 26 peratus kepada RM116 juta berbanding RM154 juta untuk tempoh sama tahun lalu.Ini berbeza dengan akhbar Cina dan Inggeris yang masing-masing meningkat 8.9 peratus dan 7.2 peratus.Maka amatlah wajar untuk syarikat-syarikat GLC menyokong akhbar-akhbar tersebut bagi meneruskan perjuangan untuk menjayakan lagi Dasar Pemerkasaan Ekonomi khususnya untuk orang Melayu dan Bumiputera.Malah sekiranya kita rujuk petunjuk prestasi utama (KPI) kepimpinan GLC adalah untuk memastikan pencapaian ekonomi bumiputera meningkat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 5,000 usahawan baharu pada setiap tahun Adalah agak malang jika GLC tidak membantu memartabatkan pengiklanan dalam akhbar Melayu,sedangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sering melaungkan usaha untuk memperkasa ekonomi bumiputera namun ia seolah-olah langsung tidak difahami dan ditaati oleh syarikat GLC.Ramai peneraju GLC seperti sudah hilang jati diri dan lupa hakikat kewujudan GLC itu sendiri.Mereka menyerahkan penentuan iklan misalnya kepada pihak industri terutama agensi yang banyak dikawal oleh ekspatriat,golongan rasis dan liberal yang tidak bertunjangkan perlembagaan.Alasan yang selalu diberi oleh pihak industri adalah atas pertimbangan komersial semata-mata, yang sebenarnya terdedah kepada manipulasi. 

Persoalannya,bagaimana kita mahu menyandarkan masa depan kedaulatan Bahasa Kebangsaan kepada ekspatriat dan golongan tersebut ??? Dalam satu sesi perbincangan,Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mempersoalkan beberapa bank dan syarikat telekomunikasi di bawah GLC yang kurang mengiklankan produk mereka dalam akhbar Bahasa Kebangsaan.Antara nama yang disentuh adalah Celcom, CIMB dan Petronas.CIMB misalnya,walaupun majoriti pengguna adalah Melayu tetapi lebih ghairah mengiklan untuk akhbar Inggeris dari bahasa ibunda.Sedangkan sekiranya difikirkan secara rasional, pengiklanan adalah merupakan kaedah serampang dua mata dan merupakan tanggungjawab mereka sebagai warga negara kerana Perlembagaan negara meletakkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan untuk semua rakyat.Malah dari segi logiknya bahasa kebangsaan adalah bahasa yang digunakan sebagai bahasa penyatuan untuk semua kaum di negara ini.Sebelum ini,beberapa NGO,golongan akademik dan orang perorangan pernah mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan Dasar Pengiklanan Negara (DPN) yang bermatlamat untuk mengawal industri iklan, menangani lambakan iklan asing dan mendaulatkan bahasa kebangsaan.Selain itu satu garis panduan khusus juga perlu ditetapkan melalui DPN agar mewajibkan 60 peratus iklan semua syarikat GLC diberikan kepada akhbar berbahasa Melayu khususnya Utusan Melayu.Ini kerana,sekiranya akhbar-akhbar berbahasa Melayu terkubur,tiadalah lagi pihak yang berani mempertahan Perlembagaan dan memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.Sekaligus menyebabkan semakin ramai anak-anak muda hilang jati dirinya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM TIDAK MAMPU UNTUK MENERAJUI PEMBANGKANG !!!

Posted: 14 Nov 2013 04:00 PM PST


Kemelut dalaman parti-parti pakatan pembangkang serta tuduh menuduh antara satu sama lain bakal mengakibatkan mereka berpecah.Antara ketiga-tiga parti pembangkang,PKR merupakan entiti paling muda dan paling rapuh sekali atau 'the weakest link'.Walaupun dipimpin oleh Anwar Ibrahim sebagai ketua umumm kepimpinannya tidak sama sekali menyerlah.Ini menjadi faktor utama mengapa dua daripada lima ahli dewan undangan negeri PKR di Sabah keluar parti lalu menyokong Barisan Nasional.Presiden PKR,Dr Wan Azizah Ismail cuba mempertahankan kepimpinan Anwar dengan mengalihkan kesalahan keluar parti atas bahu dua Adun terbabit iaitu Jeremmy Malajad dan Jelani Hamdan.Wan Azizah berkata ia berpunca daripada perbalahan antara mereka dan pucuk pimpinan PKR negeri dan tidak ada kaitan dengan Anwar.Dengan mudah sekali beliau menyucikan suaminya daripada memikul tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam partinya di Sabah.Jika di lihat rekod Wan Azizah sebagai presiden adalah amat hambar sekali kerana dalam apa jua keadaan sekalipun beliau tetap akan mempertahankan Anwar. 

Walaupun sudah dua kali suaminya itu didakwa terlibat dalam seks songsang liwat dan bukti pembabitannya adalah jelas sekali,Wan Azizah menutup mata dan memekaknya telinganya terhadap kebenaran Menyokong dan taat kepada suami adalah satu hal tetapi melindungi serta acap kali menafikan perlakuan jijiknya bukan sahaja dosa dari segi agama tetapi tidak melayakkan beliau memimpin sebuah lagi.Mungkin Wan Azizah masih menaruh keyakinan Anwar alan menjadi perdana menteri suatu hari kelak tetapi realiti setiap hari berlaku peluang ia berlaku semakin tipis.Begitu juga hubungan antara Pas dan dap semakin renggang akibat kenyataan biadap pemimpin veteran Dap,Karpal Singh baru-baru ini.Karpal mencadangkan supaya mana-mana parti politik yang berteraskan perkauman atau agama hendaklah dimansuhkan.Cadangan beliau itu disasarkan kepada UMNO khususnya dan juga Pas.Cadangan Karpal itu sendiri bersifat rasis kerana mensasarkan hanya dua buah parti politik milik Melayu tetapi tidak pula ia berkeras supaya MCA dan MIC dibubarkan juga. Hakikatnya walaupun Dap mengklaim partinya sebagai paling demokratik dan majmuk, realiti adalah amat berbeza sekali. 

Dap mengaku telus dan adil tetapi setelah pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu didakwa menyeleweng,imejnya telah tercalar teruk.Apatah lagi setelah diadakan pemilihan semula,masih lagi ramai anggota parti itu mempertikaikan kesahihan keputusan yang tidak banyak berubah daripada yang pertama.Dap adalah parti pembohong dan amat rasis sekali kerana slogannya untuk rapat kepada bangsa Melayu hanyalak taktik untuk mendapat undi.Buktinya apabila Dap berjaya menunggangi Pas dan PKR,ia mendapat banyak undi Melayu pada pilihan raya umum lalu hingga muncul sebagai parti pembangkang terbesar di Parlimen.Cadangan sesetengah pemimpin Pas supaya kerjasama politik atau tahalus siyyasi dengan PKR dan Dap dikaji semula adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya. Keberadaan Pas dalam pakatan pembangkang tidak membawa apa manfaat jangka panjang kepada parti itu.Ini jelas melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sg Limau baru-baru ini di mana Pas kehilangan lebih 60 peratus majoriti undinya berbanding sebelumnya.Ini menunjukkan di peringkat akar umbi, ahli-ahli Pas sudah tidak setuju dengan ikatan kerjasama dengan dua sekutu politiknya.Pas lebih banyak menanggung rugi daripada keuntungan jika terus bersama PKR dan Dap. 

Orang Melayu akan terus meminggirkan parti itu yang dilihat sudah mengorbankan banyak prinsip perjuangannya untuk mengambil hati parti rasis Dap terutamanya objektif menubuhkan Negara Islam.Dap sudah tentu mahu Pas terus berada di dalam kebodohannya kerana ia boleh meraih sebanyak keuntungan daripadanya dari segi undi di dalam pilihan raya.Sasaran Dap adalah untuk meningkatkan undinya menjelang PRU14 jika Pas dan PKR terus berada di sisinya memberi sokongan padu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...