BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! ISU MAJLIS PEGUAM !!! AMBIGA HARUS BERTANGGUNGJAWAB !!!
- EKSKLUSIF !!! TAUFAN HAIYAN !!! APA KATA USTAZ FATHUL BARI ??? VIDEO INSIDE !!!
- HOT NEWS !!! #MUKTAMARPAS59 !!! PEMUDA PAS TOLAK USUL ULAMA DAN NAK SANGAT GUAN ENG MASUK ISLAM !!!
| BONGKAR !!! ISU MAJLIS PEGUAM !!! AMBIGA HARUS BERTANGGUNGJAWAB !!! Posted: 24 Nov 2013 07:30 AM PST Masyarakat sebelum ini sering dikejutkan dengan tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan bagi mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih yang kononnya dipenuhi dengan banyak nama pemilih yang diragui.Namun di dalam kesibukan mendesak,mengkritik malah pernah mencabar SPR Ambiga yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam jelas terlupa melihat masalah dalaman yang melanda badan yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 itu.Baru-baru ini,bertempat di salah sebuah hotel di ibu kota satu sidang akhbar khas telah diadakan oleh Khairul Azam mengenai pelanggaran hak asasi oleh Majlis Peguam berhubung hak ahli dalam pemilihan Jawatankuasa Majlis Peguam baru-baru ini. Azam melalui kenyataan penuhnya mengatakan antara perlanggaran hak dan prinsip yang dilakukan badan itu ialah tiada rekod atau daftar bahawa kertas undi pos telah dihantar kepada semua 15,331 orang ahli Bar Malaysia.Malah beliau turut merasakan wujud pengundi hantu yang mengundi kerana tiada penggunaan dakwat kekal yang mengesahkan siapa yang telah memangkah kertas undi tersebut "Mungkin kertas undi di pangkah oleh peguam dan mungkin juga kerani pejabat peguam yang yang memangkah kertas tersebut.Adalah melucukan,apabila Pemilihan Bar Council masih menggunakan kaedah undi pos sedangkan kaedah tersebut amat dikritik lantang oleh Bersih yang diketuai oleh bekas Presiden Malaysian Bar yang pada ketika itu turut menang hasil dari sistem undi pos semasa pemilihan Bar Council" katanya.Menurut Azam lagi sekiranya dirujuk kepada statistik di laman web www.malaysianbar.org terdapat seramai 15,331 orang peguam berdaftar dan ia termasuklah nama ahli-ahli yang telah meninggal dunia dan mereka yang tidak lagi meneruskan karier sebagai peguam. Malah statistik juga menunjukkan angka kertas undi yang di pos kepada ahli kerap tidak konsisten dengan jumlah ahli. Beliau juga turut menegaskan kertas undi yang dihantar kepada ahli secara pos boleh ditandakan oleh sesiapa sahaja termasuklah kerani,pembancuh kopi malah budak pejabat kerana tiada satu pun sistem yang digunakan dapat mengesahkan hanya peguam yang berdaftar sahaja boleh mengundi atau dalam bahasa mudah, ia secara tidak langsung telah membuka ruang dan peluang kepada kewujudan pengundi hantu. Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan itu sebelum ini begitu lantang mendesak,mengkritik malah pernah mencabar SPR untuk mengendalikan pilihan raya umum yang disifatkan sebagai berat sebelah,tidak adil dan sebagainya.Antara tuntutan mereka ialah membersihkan senarai pemilih termasuk membuang nama-nama mereka yang tidak dapat dikesan,sudah meninggal atau diragui kesahihannya.Selain dari itu Bersih juga turut mendesak agar SPR mereformasikan undi pos yang disifatkan sebagai lapuk dan ketinggalan zaman termasuklah menggunakan sistem dakwat kekal bagi mengelak orang yang sama mengundi buat kali yang kedua.Kesimpulannya ialah inilah yang dinamakan 'kuman di seberang laut nampak,namun gajah di pelupuk mata tak nampak'.Mereka mendakwa SPR dengan pelbagai tuduhan namun di masa yang sama,Majlis Peguam masih mengunapakai kaedah dan cara yang dikritik itu.Tambah menghairankan, sejurus selepas Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangannya dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu,Ambiga seolah-olah senyap sepi.Malah ketika DAP berdepan dengan masalah pemilihan CEC yang dipertikaikan oleh ahli parti itu sendiri,Ambiga tetap membisu.Jelaslah semua yang dilakukan sebelum ini hanyalah retorik politik semata-mata bagi mewujudkan persepsi buruk rakyat agar menolak Barisan Nasional (BN) sekali gus menjadi tali-barut dan lembu tunggangan kepada pakatan pembangkang. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! TAUFAN HAIYAN !!! APA KATA USTAZ FATHUL BARI ??? VIDEO INSIDE !!! Posted: 24 Nov 2013 04:00 AM PST Dikatakan Taufan Haiyan ini adalah taufan paling kuat dan dahsyat yang pernah dicatatkan di dunia.Berkelajuan 315km sejam dan telah meragut lebih 10,000 nyawa.Wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur.Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk sekurang-kurangnya di enam daripada 7,000 kepulauan negara itu termasuk Leyte,Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan. Ramai yang menyatakan ianya adalah sebab dari perubahan cuaca dan sebagainya.Mereka menyatakan ribut sebegini berlaku pada setiap tahun cuma kali ini ianya bukan seperti tahun-tahun lalu.Namun desas desus juga menyatakan ianya akibat daripada mereka merobohkan masjid pada September 2013 lalu sehingga terbunuh beberapa orang Islam. Ada juga umat Islam yang ditembak dalam proses merobohkan masjid tersebut.Apa pun ianya adalah perkara ghaib.Tidak diceritakan mengapa bala dan ujian diturunkan.Tidak dinyatakan bala dan ujian diturunkan di atas sebab-sebab tertentu.Allah pasti menurunkan bala bencana kepada sesuatu kaum yang melakukan maksiat secara terang-terangan.Apa yang pasti umat Islam mesti mengambil pengajaran di atas kemusnahan yang telah berlaku sebagai pengajaran. Allahua'lam. LIHAT VIDEO DI BAWAH APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #MUKTAMARPAS59 !!! PEMUDA PAS TOLAK USUL ULAMA DAN NAK SANGAT GUAN ENG MASUK ISLAM !!! Posted: 23 Nov 2013 09:00 PM PST Pas sebelum ini sering mendakwa bahawa asas perjuangan parti itu adalah untuk menegakkan negara Islam melalui 'Kepimpinan Ulama'.Malah ia adalah merupakan antara modal penting setiap kali parti itu mengadakan program ceramah di kampung-kampung.Namun benarlah seperti kata pepatah 'Ibarat Lidah Yang Tidak Bertulang' semua yang diucapkan itu hanyalah merupakan kata-kata manis bagi menarik sokongan rakyat.Sedangkan pada hakikatnya ia amat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin parti itu.Dewan Pemuda Pas yang bersidang menolak usul bagi mempertahankan kepimpinan ulama atas alasan teknikal.Pengerusi tetap Muktamar Pemuda Pas,Misbahul Munir menyatakan usul tersebut ditolak kerana bertentangan dengan perlembagaan parti serta kurang jelas dan perlu diperbaiki.Seterusnya Sheikh Umar Ali perwakilan dari Kluang dan Fakrulrozi Hasan (Lumut) ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menyatakan usul tersebut kurang jelas dan mempunyai agenda orang tertentu.Haris Alimudin (Sandakan) pula menyatakan secara teknikal Fasal 25 dalam Perlembagaan Pas yang menyatakan jawatan presiden dan timbalan presiden Pas perlu terdiri daripada ahli Pas dan tidak tercatat perlu dari golongan ulama atau profesional. "Kalau nak buat semua (ulama),perlu tukar perlembagaan," ujarnya.Selain Pemuda,Dewan Muslimah Pas juga sebelum ini turut mengambil pendekatan yang sama apabila menolak usul yang dibawakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib agar parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang selepas dilanda pelbagai kemelut dalaman dengan sekutu mereka DAP dan PKR.Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) sebelum menerima usul yang mendesak agar Pas pusat memasukkan fasal yang memperuntukkan jawatan presiden,timbalan dan sekurang-kurang salah seorang naib presiden terdiri daripada golongan ulama.Desakan tersebut dibuat oleh Urusan Ulama Pas Kuala Nerus,Terengganu,supaya "tidak timbul kecelaruan" dalam pemikiran ahli dan memastikan kelangsungan kepimpinan ulama berhubung kepimpinan di peringkat tertinggi parti itu.Menurut pemerhati politik senario ini dapat dinilai dengan jelas bagaimana kumpulan yang di label sebagai Anwarinas telah merosakkan perjuangan Pas dan membelakangkan slogan kepimpinan melalui ulama yang menjadi modal politik dan survival parti itu. Jadi persoalan yang perlu ditanya oleh ahli akar umbi dan perwakilan Pas,adakah benar kempen para parasit dan kaumpro-Anwarinas bahawa tidak perlu Jawatankuasa Pas pusat dianggotai oleh ulama kerana konon sudah ada Majlis Syura Pas.Sedangkan pada hakikatnya mereka secara terang-terangan telah menolak ketetapan Majlis Syura dalam soal fundamental seperti kalimah ALLAH ??? Di dalam perkembangan yang lain pula,Pengarah Perpaduan Nasional Pemuda Pas,Afnan Hamimi melahirkan harapan agar suatu hari nanti Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng dapat memeluk Islam.Walaupun kenyataan tersebut hanyalah merupakan satu harapan,namun dari satu sudut pula ramai yang melihat ia sebagai satu pendekatan untuk menarik kembali sokongan masyarakat Islam dan Melayu yang semakin meninggalkan parti itu. Ini kerana ramai di kalangan ahli dan penyokong Pas yang pro-ulama jelas tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan parti itu sebelum ini yang dilihat terpaksa akur dan tunduk terhadap gesaan DAP.Antaranya pendirian berhubung isu kalimah Allah,menggugurkan penggunaan slogan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan terbaru sikap berdiam diam berhubung tuntutan Comango yang jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment